Anda di halaman 1dari 2

PENYAKIT paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-

19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu.
Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 26.9 juta manusia dan
mengakibatkan kehilangan lebih 880,000 nyawa setakat ini. Selain itu, penyebaran
jangkitan koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan manusia serta merencatkan
pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik.

Langkah-langkah mencegah virus Corona


Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020
untuk mencegah virus Corona. Seterusnya, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
digantikan dan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Sempadan negara kita
masih ditutup dengan keputusan tidak membenarkan warga asing masuk ke negara kita
sebab setakat ini jangkitan Covid-19 di negara luar masih serius. Namun, dimanakah
peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi membantu dalam membasmi
penularan wabak COVID-19 ini?

Jaga jarak 1 meter


Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan
yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak
yang dekat (Close conversation).
Penjarakan fizikal (physical  distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-
kurangnya 1 meter. Elakkan bersalaman dan bersentuhan terutamanya orang yang
berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya. Sekiranya
memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan
yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak
bersentuhan.
Lakukan Saringan, Dapatkan rawatan segera jika
bergejala
Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang
upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera
menjalani pemeriksaan kesihatan. Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara
percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara
sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan.

Memakai topeng muka dengan betul


Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu terutamanya memakai topeng muka.
Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan
segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng
muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari
masa ke semasa.
BERMULA 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka atau topeng muka di pengangkutan
awam dan tempat-tempat awam yang sesak adalah diwajibkan. Mereka yang didapati
ingkar peraturan ini akan dikenakan tindakan tegas seperti kompaun dan dihadapkan ke
mahkamah.

Kuarantin diri
Berkuatkuasa 24 Julai, kerajaan mewajibkan prosedur Kuarantin Wajib 14 hari kepada
mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara di Stesen
Kuarantin yang ditetapkan oleh Kerajaan, sama ada di institut latihan awam atau hotel.

Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’


Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung. Dengan kekal berada di rumah
dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik
untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi
kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan
rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak
perlu keluar.

Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah


Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh. Campurkan
satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang
kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan
pintu peti ais.

Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan
dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand
sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi
virus.

Kesimpulannya, Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus


COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk
memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala. Diharapkan dalam
tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal.

Anda mungkin juga menyukai