Anda di halaman 1dari 1

Antara fadhilat dan kehebatan ayat ini adalah:

1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara oleh Allah SWT sebagaimana Allah
memelihara Nabi Muhammad SAW.

2. Setiap kali berwuduk lalu bacalah ayat Kursi nescaya Allah akan meninggikan darjat setinggi 40 kali
dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya mendoakan
kepada sipembaca sehingga ke hari kiamat.

3. Sesiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70 ribu malaikat
kepadanya, mereka semua memohon keampuanan dan mendoakan untuknya.

4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Kursi, akan dikurniakan Allah kebaikan yang tidak terhitung
banyaknya kepada seisi rumah.

5. Membaca ayat Kursi boleh menghilangkan rasa marah, dijauhi malapetaka dan gangguan syaitan.

6. Jika di dalam kesempitan, Allah SWT memberi pertolongan dan jika seorang itu miskin dia akan
menjadi kaya dengan izinNya.

7. Sesiapa yang pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangan segala kefakiran di
depan matanya.

8. Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali setiap pagi jumaat kemudian berwuduk dan
solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan.

Anda mungkin juga menyukai