Anda di halaman 1dari 39

Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.

Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada
masa hadapan. Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan, tidak
aktif dan terlalu banyak menghisap rokok. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang
tidak sihat sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi kolesterol, tidak
melakukan senaman dan makan secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti
serta penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah
semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak serta menjaga mereka sejak kecil
lagi. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya hidup sihat
dalam kalangan anak-anak mereka?
Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak
mereka adalah dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan
dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, air serta serat. Ibu
bapa perlulah sentiasa menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrisi kepada anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di rumah kerana makanan di luar, khususnya geraigerai makanan di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan penuh minyak. Jika
tabiat yang baik ditanam dalam diri anak-anak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga
pemakanan mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pengambilan
minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana minuman sebegini tidak memberikan apa-apa
kebaikan dan mengandungi kandungan gula yang berlebihan. Anak-anak perlulah diajar untuk
minum air kosong atau jus buah-buahan yang asli. Jelasnya, ibu bapa perlulah memastikan anakanak mengamalkan pemakanan seimbang dalam memupuk amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti bersenam dan beriadah bersama anak-anak.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyihatkan badan, malah hubungan antara ibu bapa dengan
anak-anak akan menjadi lebih erat. Aktiviti bersenam mampu mengekalkan gaya hidup sihat kerana
peluh-peluh yang keluar sewaktu melakukan senaman akan keluar bersama-sama toksin badan.
Kesannya, anak-anak mampu membina tahap imunisasi yang tinggi terhadap serangan penyakit.
Aktiviti senaman perlulah dilakukan sekurang-kurannya 20 minit sehari dan tiga kali seminggu.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah senamrobik, berjoging, berbasikal, berenang serta mendaki
bukit. Disebabkan ramai golongan ibu bapa yang bekerja, senaman ini boleh dilakukan pada awal
pagi ataupun pada waktu petang selepas ibu bapa pulang dari kerja. Apabila seseorang itu bersenam
dan beriadah, mereka dapat meningkatkan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental bak kata
pepatah, badan cergas otak cerdas. Tegasnya, ibu bapa perlulah melakukan aktiviti senaman dan
riadah bersama anak-anak supaya amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah membawa anak-anak membuat pemeriksaan kesihatan secara
berkala untuk memupuk amalan gaya hidup sihat. Ibu bapa digalakkan untuk membawa anak-anak
menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ataupun dua kali setahun.
Pemeriksaan kesihatan adalah penting kerana mampu mengesan sesuatu penyakit ketika masih di
peringkat awal dan memudahkan pesakit menjalani rawatan dengan teknologi moden kini. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Dengan ini, ibu bapa dapat mengenali tubuh
badan anak-anak mereka dengan lebih baik dan mampu menentukan pilihan yang terbaik untuk
anak-anak mereka. Jika ibu bapa mendapati anak-anak mereka tidak sihat, ibu bapa perlulah segala
membawa mereka berjumpa dengan doktor untuk mendapat ubat serta pengesahan tentang
penyakit yang dihidapi. Bukan itu sahaja, ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mematuhi

nasihat doktor dan mengambil ubat pada masa yang ditetapkan. Jelasnya, pemeriksaan kesihatan
secara berkala oleh anak-anak akan memupuk amalan gaya hidup sihat.
Ibu bapa juga perlu mengajar dan melatih anak-anak mereka mengutamakan kebersihan diri pada
setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti
menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan
amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah
mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan
dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak dihinggapi lalat mahupun
memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa ibu bapa
dalam menitik beratkan aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini
harus dilentur sejak dari rebung dalam diri anak-anak agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat
apabila mereka dewasa kelak.
Akhir sekali, bagi menjalani amalan gaya hidup sihat, ibu bapa perlu memastikan agar anak-anak
mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. Tubuh badan anak-anak juga perlu direhatkan dengan
kadar yang diperlukan untuk mengecas semula organ-organ dalam badan mereka. Bagi anak-anak
yang telah mencapai usia remaja, mereka memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam sehari untuk
tidur dengan selesa. Namun, ramai anak-anak muda pada masa ini yang lebih suka tidur selepas
tengah malam walaupun keesokan merupakan hari persekolahan. Kesannya, mereka tidak akan
berasa cergas dan badan akan lesu dan tidak bermaya. Malahan, pelajaran anak-anak juga diganggu
dan lama-kelamaan prestasi mereka dalam peperiksaan semakin merosot. Salah satu langkah yang
boleh diambil oleh ibu bapa adalah menetapkan satu masa yang spesifik untuk anak-anak masuk
tidur dan mestilah dipatuhi dengan sepenuhnya. Tegasnya, untuk memupuk amalan gaya hidup
sihat, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat yang secukupnya.

PERANAN IBU BAPA MENGGALAKKAN ANA2 AKTIF DALAM BIDANG SUKAN


Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana,
aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak
yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan
kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan
moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu
seperti peribahasa Melayu, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Dengan cara itu, nama
negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara
dalam bidang sukan.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan
cara membelikan anak-anak mereka peralatan sukan. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan
yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang
berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton, squash
dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang
sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya, mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan
seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara.

Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan
dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam
aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan
menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta
kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk
dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia.

Selain itu, ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak
mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara itu, anak-anak mereka
lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani
anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan
atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada
anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu, tinggi gunung,
tinggi lagi harapan kami. Seterusnya, mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan
pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Hal
ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan
dengan serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang
sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa
yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta
motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.

Secara keseluruhannya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk
menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya
memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di
negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata
dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Kita mahu agar kecemerlangan
akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang
sukan. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, "genggam bara api biar sampai jadi arang"
sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan.

IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA


Pada era globalisasi ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak
mereka membaca karya-karya ilmiah agar dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana anak-anak muda pada era ini, lebih gemar membaca bahanbahan bacaan yang ringan seperti surat khabar, novel cinta, komik, majalah hiburan dan animasi
kartun. Majalah atau buku yang sarat dengan ilmu dan pengetahuan seperti buku-buku motivasi,
pembinaan kendiri, falsafah, Majalah Dewan Masyarakat, Solusi, Dewan Budaya, Al Islam, dan Anis
kurang diminati malah ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu akan kewujudan majalah
tersebut di pasaran. Mereka berpendapat bahawa membaca karya-karya ilmiah dianggap berat dan
membosankan kerana memerlukan minda untuk berfikir sedangkan majalah atau buku-buku yang
berunsurkan hiburan lebih seronok untuk dibaca kerana pembacaan bagi mereka hanya sekadar
mengisi ruang kosong dalam masa senggang sahaja. Apa pun yang jelas, buku yang baik adalah kunci
kepada khazanah kebijaksanaan. Ibu bapa merupakan insan yang penting untuk melahirkan anak
yang berilmu, bersahsiah baik dan dihormati oleh orang lain. Persoalannya, apakah modus operandi
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan?
Untuk memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak, ibu bapa haruslah membawa anak-anak
ke pesta buku atau pameran buku seperti Pameran Buku Antarabangsa di PWTC yang diadakan
pada setiap tahun. Hal ini dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan. Apabila ibu
bapa membawa anak-anak ke pameran buku, minat anak-anak untuk membaca buku akan
bercambah. Anak-anak akan dapat melihat pelbagai jenis buku yang menarik serta menyeronokkan
untuk dibaca. Mereka berpeluang untuk memilih buku-buku yang disukai dan diminati. Dalam hal ini,
peranan ibu bapa amat penting untuk membimbing anak-anak agar dapat memilih buku yang
berkualiti yang mampu membina pemikiran atau minda anak-anak. Selain itu, anak-anak juga
berpeluang untuk membaca buku-buku yang berunsurkan keagamaan, falsafah, motivasi dan
sebagainya.. Hal ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anakanak. Di samping itu, anak juga berpeluang untuk membaca buku-buku yang memaparkan sejarah
negara lain. Hal ini, dapat meningkatkan pengetahuan am anak-anak tentang Negara luar. Tegasnya,
usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke pameran buku merupakan salah satu langkah
efektif yang melahirkan minat anak-anak untuk membaca karya-karya ilmiah dan menjadi ulat buku
dan seterusnya menjadi generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Selain itu, ibu bapa harus menjadi suri teladan kepada anak-anak dalam aspek membaca.
Justeru, ibu bapa hendaklah memulakan budaya membaca di rumah dengan menyediakan
persekitaran yang boleh merangsang minat anak-anak untuk membaca buku-buku ilmiah. Ibu bapa
hendaklah membaca buku-buku dan surat khabar pada setiap hari terutama pada waktu senggang.
Perbuatan ibu bapa yang suka membaca pasti akan dicontohi dan diikuti oleh anak-anak kerana
pepatah menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Pada zaman ini, anak-anak tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah Jadi, ibu bapa boleh mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk membaca buku-buku
ilmiah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan asas pendidikan bermula dari
rumah. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti membaca bersama anak-anak pada hari cuti sewaktu
semua ahli keluarga berehat di rumah. Dalam hal ini, Ibu bapa janganlah menjadi seperti ketam
mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan diri sendiri tidak betul. Sekiranya, ibu bapa tidak
pernah membaca bahan-bahan ilmiah, bagaimanakah anak-anak hendak membaca bahan-bahan
tersebut. Anak-anak akan suka membaca apabila melihat orang tuanya membaca. Jelasnya, ibu bapa
harus menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak kerana anak-anak akan menjadikan
membaca sebagai satu amalan ke mana-mana sahaja mereka pergi bak kata pepatah kalau asal

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dicampak ke bumi
menjadi penawar.
Selain itu, ibu bapa boleh membina perpustakaan mini yang mengandungi bahan-bahan ilmiah
yang menempatkan pelbagai jenis buku ilmiah seperti novel karya agung, kamus, buku- buku
agama, dan buku motivasi diri selain buku pelajaran dan buku rujukan. Hal ini dapat menyuburkan
minat anak-anak untuk membaca buku-buku yang disimpan di rak buku tersebut. Ibu bapa juga
hendaklah memainkan peranan dan memastikan anak mereka membaca buku-buku yang disediakan
dalam perpustakaan mini di rumah. Anak-anak juga digalakkan untuk membaca surat khabar atau
majalah ilmu pada setiap hari dan membaca sebuah buku pada setiap minggu. Hal ini akan
menyebabkan masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa perlu keluar rumah.
Perpustakaan mini yang disediakan oleh ibu bapa tidak memerlukan modal yang banyak. Buku-buku
dan majalah yang dibeli pada setiap bulan boleh disimpan dalam perpustakaan mini tersebut.
Pembacaan buku dan majalah yang berulang kali dapat menguatkan minda anak-anak. Pepatah
menyatakan bahawa bangsa yang membaca, bangsa yang berjaya. Apabila anak-anak sudah biasa
didedahkan untuk membaca surat khabar pada setiap hari dan sebuah buku pada setiap minggu,
anak-anak akan biasa berbuat demikian dan menjadikan membaca sebagai amalan rutin harian
kerana alah bisa, tegal dek biasa. Mereka akan selalu membaca apabila ada masa terluang dan
mereka akan menghargai masa kerana masa itu emas. Tambahan pula, jika ibu bapa mempunyai
waktu terluang, mereka bolehlah membawa anak-anak ke perpustakaan awam yang berhampiran
dengan tempat tinggal mereka. Perpustakaan awam memuatkan berjuta-juta buku yang boleh
meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak. Malahan, apabila anak-anak pergi ke perpustakaan
awam, mereka dapat membaca buku dalam keadaan yang senyap, aman, damai dan tenang.
Jelasnya, usaha ibu bapa membawa anak-anak mereka ke perpustakaan awam dan menyediakan
perpustakaan mini di rumah dapat melahirkan generasi yang cinta akan ilmu pengetahuan.
Di samping itu, Ibu bapa perlu menambahkan sumber bacaan dengan membeli banyak buku atau
majalah yang mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh mengembangkan minda anak-anak.
Pepatah menyatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Apabila anak- anak banyak membaca,
sudah tentu pengetahuan mereka pun akan meningkat. Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah
membeli bahan bacaan secara tetap pada setiap bulan seperti Majalah Dewan Masyarakat, Dewan
Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam dan Solusi selain surat khabar yang dibeli secara harian. Secara tidak
langsung, anak-anak akan tertarik untuk membaca buku-buku dan majalah yang mengandungi
banyak ilmu dan pengetahuan yang dibeli oleh ibu bapa mereka. Minat untuk membaca bahanbahan yang berkualiti pasti akan bercambah dalam jiwa mereka. Anak-anak yang disuburkan dengan
budaya membaca, pasti dapat membina jati diri unggul, mempunyai minda sihat, berketerampilan
sebagai orang berilmu dan berpengetahuan tinggi. Selain itu, ibu bapa boleh memberikan hadiah
berupa buku sempena hari lahir atau hadiah sempena kejayaan anak-anak dalam pelajaran atau
peperiksaan sebagai ganjaran. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku-buku
motivasi sempena hari lahir anak. Hadiah tersebut dapat memotivasikan diri anak-anak. Mereka
akan belajar bersungguh-sungguh kerana menghargai jasa ibu bapa. Amalan seperti ini akan
menyebabkan anak-anak hidup dalam dunia buku. Tak kenal maka tak cinta.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa untuk melahirkan generasi
yang cinta akan ilmu pengetahuan, ibu bapalah yang memainkan peranan penting menggalakkan
anak-anak membaca bahan-bahan ilmiah. Ibu bapa harus menanamkan sikap suka membaca dalam
kalangan anak mereka kerana membaca akan menjadikan minda anak-anak mereka cerdas. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa mestilah menjadi pendorong untuk menyemaikan minat membaca dalam
kalangan anak mereka. Jika anak-anak sudah jatuh cinta dengan aktiviti membaca, kejayaan dalam

bidang pelajaran akan terbentang luas di depan mereka pada masa depan. Ibn Khaldun dalam karya
besarnya, Muqaddimah, pernah berkata bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi syarat dan
pelengkap kepada kekuatan fizikal, malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa
terbabit. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan generasi yang
cinta akan ilmu pengetahuan.

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH ANAK2


Jelas menunjukkan bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga memainkan peranan yang sangat
penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Anak-anak merupakan anugerah dan amanah
Tuhan yang tidak ternilai . Ibu bapa bertanggungjawab untuk mewujudkan rumah tangga yang aman
dan damai kerana anak-anak akan berasa bahagia apabila ibu bapa memberikan sepenuh kasih
sayang dan melindungi diri anak-anak mereka. Anak-anak ibarat sehelai kain putih , ibu bapalah
yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Persoalannya , apakah peranan keluarga khususnya
ibu bapa dalam pembentukan sahsiah anak-anak ? Pada pendapat saya,jawapannya sudah pasti
tugas dan peranan yang boleh dimainkan oleh keluarga terutama seorang insan yang bergelar ketua
keluarga amat penting dan pelbagai dalam melahirkan sahsiah terbilang dalam kalangan anak-anak
mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan pembentukan sahsiah anak-anak
dengan memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak . Pepatah sering
menyatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya . Peribahasa ini jelas menunjukkan
bahawa pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi agar anak-anak
dapat membuka minda serta mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan negatif .
Penerapan nilai agama dapat membantu anak-anak untuk membezakan antara baik dan buruk
perlakuan yang akan dilakukan . Selain itu , anak-anak juga akan membesar dengan perpandukan
ajaran agama . Didikan agama yang sempurna merupakan benteng yang ampuh untuk mengelakkan
anak-anak terjebak dalam kancah gejala sosial. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang
mementingkan didikan agama akan menjadi anak yang baik sahsiah dan akhlaknya . Sebagai contoh ,
jika sesebuah keluarga mempunyai pegangan agama yang kuat, anak-anak mereka akan mempunyai
tingkah laku yang baik kerana madu satu tong dirembes, rembesnya madu juga. Jelaslah bahawa
pendidikan agama yang secukupnya sangat penting untuk membentuk sahsiah anak-anak.

Selain itu, ahli keluarga khususnya ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak
bagi memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik . Hal ini demikian kerana anak-anak yang
berusia setahun jagung memang mudah mencontohi sebarang bentuk perlakuan orang yang lebih
dewasa daripadanya. Dengan erti kata lain, sekiranya ahli keluarga yang lebih tua memiliki sahsiah
yang baik, sudah tentu perbuatan ini dapat dicontohi oleh anak-anak kerana pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi . Sebagai contohnya , jika ahli
keluarga yang lebih dewasa rajin membaca , sudah pasti anak-anak yang terdidik dalam suasana
demikian akan mencontohi perbuatan ahli keluarga yang gemar membaca. Tokoh-tokoh pujangga
pernah menukilkan bahawa kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau , terlontar ke
udara menjadi kejora, dicampak ke bumi menjadi penawar. Pernyataan di atas jelas menunjukkan
betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sesebuah keluarga dalam pembentukan sahsiah
anak-anak . Ibu bapa perlulah menjadi suri teladan yang boleh dicontohi anak-anak . Ibu bapalah
yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak di peringkat awal. Sekiranya corak yang dilakar
menarik dan cantik , maka akan baik dan eloklah pembentukan akhlak anak-anak. Anak anak yang
sering mencontohi perbuatan ibu bapa yang baik , tidak akan sesekali cuba melakukan sesuatu yang
boleh menconteng arang atau menjatuhkan maruah keluarga. Tegasnya, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

Seterusnya, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak cara hidup sederhana dan
bertanggungjawab . Ibu bapa harus menyediakan jadual tugasan di rumah supaya anak-anak lebih
bertanggungjawab. Anak-anak perlu diajar tentang pengurusan diri seperti membasuh baju,
menggosok pakaian dan menyimpan baju dalam almari . Anak-anak juga perlu diajar supaya bersifat
sederhana dan bersyukur dengan apa-apa sahaja yang ada di rumah mereka . Hal ini amat penting
untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki . Ibu bapa juga perlu
menerapkan nilai kesederhanaan diri anak-anak di rumah agar anak-anak dapat menjadi insan yang
sentiasa berjimat cermat dan tidak boros dalam berbelanja . Anak-anak yang sudah diterapkan
dengan hidup yang sederhana akan membesar sebagai seorang yang sederhana sikapnya , tidak
sombong dan tidak berlebihan dalam sesuatu perkara. Anak-anak juga melakukan sesuatu dengan
penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hal ini penting bagi melahirkan generasi
masa depan yang berpandangan jauh. Tegasnya , pembentukan sahsiah anak-anak yang baik dapat
dilahirkan sekiranya ibu bapa mendidik anak-anak tentang cara hidup yang sederhana dan
bertanggungjawab .

Akhir sekali, ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi gerak geri anak-anak khususnya
anak-anak yang sudah meningkat remaja. Dalam hal ini , ibu bapa perlu mengetahui aktiviti yang
dilakukan oleh anak-anak mereka serta mengetahui latar belakang rakan sebaya anak-anak.
Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar terhadap masa depan
anak-anak kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau
kelakuannya kerana mereka mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Ibu bapa tidak
wajar memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada anak-anak . Hal ini demikian kerana anak-anak
yang diberi kebebasan penuh oleh ibu bapa dibimbangi akan terjebak dengan perbuatan tidak
bermoral yang boleh menconteng arang di muka keluarga . Oleh itu , ibu bapa perlulah mengenal
pasti perubahan yang berlaku terhadap anak-anak pada setiap masa agar ibu bapa boleh bertindak
lebih awal, bak kata pepatah , beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Ibu bapa perlulah
mengambil berat dengan siapa anak mereka berkawan atau bersahabat dan mengetahui tujuan anak
keluar rumah dan balik lewat ke rumah. Sekiranya ibu bapa bertindak awal , sudah pasti masa
hadapan anak-anak dapat diselamatkan. Jelasnya , ibu bapa perlulah memantau serta mengawasi
gerak-geri anak-anak agar dapat melahirkan anak yang berperibadi mulia .
Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak . Untuk melahirkan anak-anak yang
bersahsiah baik , ibu bapa perlulah menyedari akan tanggungjawab mereka untuk mendidik anakanak menjadi insan yang mulia . Setiap ahli keluarga perlulah melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan ilmu keibubapaan . Hal ini penting kerana pembentukan sahsiah anak-anak harus
bermula dengan diri keluarga itu sendiri . Ibu bapa harus membetulkan diri mereka terlebih dahulu
agar anak-anak dapat mencontohi segala perlakuan dan keperibadian mereka kerana mereka
merupakan role model bagi anak-anak. Tegasnya, rumah tangga merupakan kebun yang subur
untuk melahirkan insan yang berjiwa luhur dan bersahsiah mulia. Rumahku, Syurgaku.

PERANAN IBU BAPA MENYEMAI AMALAN BERJIMAT CERMAT DALAM KALANGAN ANAK-ANAK
Dalam era pascakemerdekaan ini, imej negara tercinta kita semakin harai semakin disanjung tinggi
di persada dunia. Pembangunan secara global yang dialami oleh negara kita menyebabkan kita
berasa gah dan membolehkan kita menikmati kemajuan tersebut. Namun begitu, masyakat kita acap
kali tersentak apabila pihak media massa sering memaparkan kenaikan harga pada dada-dada
akhbar dan disiarkan melalui media elektronik. Oleh hal yang demikian, amalan berjimat cermat
semasa berbelanja amat penting diterapkan dalam kalangan generasi muda memandangkan
golongan ini sering dikaitkan dengan sikap boros ketika membeli-belah. Dalam hal ini, ibu bapa harus
turun padanng bagi mengambil usaha-usaha bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara
berhemat dalam kalangan anak-anak.

Antara usaha dominan yang pragmatik untuk menyemai amalan berjimat cermat dalam diri
seseorang termasuklah ibu bapa harus menerapkan didikan agama dalam kalangan anak-anak. Hal
ini demikian kerana, setiap agama menuntut umatnya supaya mempunyai nilai-nilai yang baik
termasuklah amalan berjimat cermat. Selain itu, didikan agama turut membolehkan seseorang
menaakul baik buruk tindakannya, terutamanya dalam aspek perbelanjaan. Maka, anak-anak akan
sentiasa bersikap selaras dengan peribahasa, 'beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis'.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus memberi didikan agama yang sempurna baik secara formal
mahupun secara tidak formal. Dengan pendidikan agama, anak-anak akan lebih didedahkan dengan
cara-cara membuat perancangan sebelum membeli-belah kerana 'sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna'. Malahnan, anak-anak akan berbelanja mengikut kemampuan dan tidak
bersikap boros yang dianggap sebagai amalan syaitan dalam sesetengah agama. Deduksinya, didikan
agama harus diterapkan dalam sanubari anak-anak bagi meningkatkan kesedaran berbelanja secara
berhemat.

Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa harus menyemai amalan berjimat cermat dalam kalangan anakanak dengan menjadikan dirinya sebagai suri teladan yang terbaik ketika berbelanja. Hal ini demikian
kerana, apa-apa perkara yang dilakukan oleh ibu bapa akan menjadi ikutan atau jejak langkah ankanak. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya' dan 'bapa
borek, anak rintih'. Sejajar dengan itu, anak anak selalu membuat pemerhatian terhadap cara ibu
bapa berbelanja. Maka, ibu bapa haruslah mencerminkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja
dengan meungutamakan barangan dan perkhidmatan yang menjadi keperluan harian serta tidak
membeli barangan mengikut perasaan kerana 'ikut rasa binasa, ikut hati mati'. Malahan, ibu bapa
harus memberi keutamaan kepada produk tempatan yang lebih murah dan bermutu tinggi daripada
produk import. dengan demikian, ibu bapa dapat mempamerkan sikap berjimat cermat di sampin
memberi sambutan kepada produk tempatan. Hal ini seumpama peribahasa 'serampang dua mata'.
Tuntasnya, ibu bapa harus menjadi inspirasi yang terbaik kepada anak-anak bagi memupuk amalan
berjimat cermat.

Bukan itu sahaja, ibu bapa turut perlu memberi bimbingan dan nasihat kepada anak-anak ketika
berbelanja sebagai usaha menyemai amaln berjimat cermat. Malahan, hal ini perlu dilakukan apabila
anak-anak masih kecil lagi bak kata pepatah 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Sehubungan
dengan itu, ibu bapa harus mendedahkan anak-anak kepada cara membeli-belah secara bijak.
sebagai analoginya, cara-cara . membandingkan harga barangan sebelum membeli. hal ini demikian

kerana, harga sesuatu barang berbeza-beza mengikut lokaliti tempat. Contohnya, harga barangan di
kedai kecil jauh lebih murah berbanding dengan kompleks beli-belah bertaraf lima bintang. Selain
itu, ibu bapa harus membimbing anak-anak supaya membeli produk yang bermutu dan harganya
berpatutan. Dengan demikian, anak-anak yang setampuk darah, setahun jagung dapat mengadaptasi
amalan berjimat cermat semasa berbelanja di samping dapat mengelak diri daripada diseleweng
oleh para peniaga.

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu memupuk amalan berjimat cermat semasa berbelanja
dengan memberi kesedaran kepada anak-anak. Hal ini demikian keran, menurut pakar psikologi,
anak-anak yang masih muda tidak boleh dipaksa bagi mengamalkan sesuatu amaln. Sebaliknya,
anak-anak perlu diberi kesedaran bahawa betapa pentingnya amalan berjimat cermat dalam diri
seseorang. Malahan, anak-anak perlu didedahkan kepada kesan-kesan buruk jika seseorang itu
bersikap boros ketika berbelanja. Secara langsung, anak-anak dapat mengetahui cara-cara membeli
barangan secara berhemat kerana 'hanya jauhari yang mengenal manikam'. Di samping itu, anakanak dapat memastikan kehidupan yang bahagia dan tidak akan berhutang keliling pinggan.
Tegasnya, ibu bapa harus memberi mesej yang jelas kepada anak-anak melalui kesedaran berbelanja
secara berhemat.

Kesimpulannya, ibu bapa sebagai individu yang terdekat dengan anak-anak perlu memikul
tanggungjawab bagi menyemai amalan berjimat cermat dalam sanubari anak. Hal ini demikian
kerana, anak-anak yang diibaratkan sebagai insan kerdil ciptaan Tuhan merupakan tunjang negara
yang harus mengenggam amalan berjimat cermat. Jika tidak. anak-anak akan dibelenggu oleh
pelbagai masalah kewangan pada masa hadapan. Maka, sebelum nasi memjadi bubur ibu bapa
harus peka dalam usaha menerapkan amalan berjimat cermat dalam kalang anak-anak.

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Menabung Dalam Diri Anak-Anak
Masyarakat lebih gemar menghabiskan wang yang ada daripada menabung. Stigma yang negatif ini
sememangnya sudah lama berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Walaupun pihak kerajaan pernah
memerah keringat untuk menggalakkan rakyat menabung, khususnya anak-anak, tetapi usaha murni
tersebut telah menemui jalan buntu, seperti hujan di atas pasir. Secara literalnya, menabung dapat
ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang di bank, di dalam tabung dan yang seumpamanya.
Dalam usaha menjayakan amalan menabung, ibu bapa memainkan peranan yang paling penting
untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak.

Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan
menabung dalam kalangan anak, sepantun peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada
usia yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta tidak dapat
membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan mencontohi pelakuan dan tingkah
laku ibu bapa. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di
telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak
akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat

menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpan wang yang berlebihan di dalam tabung. Ibu bapa
juga harus membuka akaun bank untuk menyimpan wang. Kontranya, sekiranya ibu bapa membazir
wang mereka, anak-anak tidak mungkin akan menabung. Gambaran di atas memanifestasikan
peranan ibu bapa sebagai suri teladan untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Mutakhir ini, pihak bank telah memberikan galakan kepada masyarakat untuk membuka akaun
bank. Pihak bank juga menyediakan pelbagai insentif yang menarik, seperti kadar faedah yang tinggi
kepada sesiapa sahaja yang membuka akaun bank untuk menambat hati masyarakat. Lantas ibu
bapa harus memanfaatkan peluang ini untuk membuka akaun bank bagi anak-anak mereka. Amalan
menyimpan wang di dalam bank dapat dicerminkan dengan peribahasa, menyediakan payung
sebelum hujan. Hal ini berlaku demikian kerana wang yang akan disimpan di dalam bank dapat
digunakan semasa kecemasan. Dengan membuka akaun bank, anak-anak berpeluang didedahkan
dengan kepentingan amalan menabung. Anak-anak juga akan mengambil iktibar bahawa menabung
merupakan amalan kudus yang harus disemai. Ibu bapa juga harus mengambil inisiatif tanpa
mengenal penat dan lelah untuk membawa anak-anak ke bank dua bulan sekali. Usaha untuk
menyimpan wang di bank harus dilakukan secara istiqamah dan konsisten, bukan sekadar hangathangat tahi ayam sahaja. Ilustrasi di atas menggambarkan bahawa ibu bapa harus mengorak langkah
yang proaktif untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Semasa meraikan hari ulang tahun kelahiran anak-anak, ibu bapa gemar menghadiahkan hadiah
yang mahal-mahal kepada anak-anak sebagai tanda kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai
misalan, terdapat segelintir ibu bapa yang akan menghadiahkan komputer, alat permainan video dan
sebagainya kepada anak-anak sebagai bukti mereka telah menatang minyak yang penuh. Pernahkah
terlintas dalam jalur fikiran anak-anak tentang impak negatif pemberian hadiah-hadiah sedemikian
kepada anak-anak? Kesan yang paling ketara ialah anak-anak akan bersifat hedonistik. Lantaran itu,
langkah yang paling afdal ialah ibu bapa sewajarnya menghadiahkan tabung kepada anak-anak
sempena ulang tahun kelahiran anak-anak. Hal ini bukan sahaja dapat menyerlah kasih sayang ibu
bapa terhadap anak-anak, tetapi juga dapat menanam amalan menabung dalam hati nurani anakanak. Ibu bapa digalakkan menghadiahi anak-anak tabung yang cantik dan bercorak menarik agar
anak-anak akan menggunakannya untuk menabung. Anak-anak juga akan menyedari kepentingan
amalan menabung dalam kehidupan seharian. Deduksinya, memang tidak ada sesiapa yang
berupaya menyangkal bahawa tindakan ibu bapa memberikan tabung sebagai hadiah adalah sangat
wajar untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk
amalan menabung dalam kalangan anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang amouh
kerana dengan adanya penerangan, anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang
kepentingan amalan menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimatcermat dan mengikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya menguruskan kewangan
dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa harus
memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak
dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Antaranya, anak-anak akan dikuasai keborosan. Penerangan
harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh anak-anak.
Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran untuk

menyampiakan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut
amat mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Sebagai penalinya, ibu bapa
harus menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi masa hadapan
yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.

Setiap tahun, pihak kerajaan akan bahu-membahu dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk
menganjurkan Kempen Menabung. Matlamat utama aktiviti tersebut dianjurkan adalah untuk
mempraktikkan amalan menabung dalam kalangan anak. Dalam majlis pelancaran Kempen
Menabung, pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan, seperti sayembara menulis esei, kuiz
pengetahuan am dan pertandingan melukis. Hadiah-haidah yang lumayan telah disediakan untuk
pemenang-pemenang. Oleh itu, ibu bapa harus membawa anak-anak untuk memeriahkan majlis
tersebut serta memberikan kerjasama yang padu untuk menjayakan kempen tersebut. Usaha pihak
kerajaan yang bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) adalah seperti sambil
menyelam minum air. Hal ini demikian, usaha yang murni ini bukan sahaja dapat merapatkan
hubungan kekeluargaan, tetapi juga dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Anakanak memang akan memperoleh kemaslahatan yang banyak sehingga tidak dapat dihitung oleh jari.
Antaranya, anak-anak akan diperkenalkan kepada teknik menabung yang berkesan. Anak-anak juga
dapat menghabiskan masa dengan berfaedah. Natijahnya, ibu bapa berperanan untuk membawa
anak-anak ke Kempen Menabung agar dapat memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.

Akhirulkalam, seluruh strata masyarakat khususnya ibu bapa harus melangkah sederap dengan
pihak-pihak ataupun agensi-agensi yang lain untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan
anak. Amalan menabung merupakan nadi pembangunan dan kesentosaan negara. Justeru, jangan
meranapkan impian Wawasan 2020 yang lantang diuar-uarkan oleh mantan perdana Menteri
Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammah. Bersama-samalah kita memanifestasikan iltizam
Malaysia untuk menjadinegara yang maju yang dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara moden di seantero dunia. Hal ini kerana salah satu elemen kearah kemajuan negara
ialah amalan menabung. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah
Malaysia terus gilang-gemilang di persada antarabangsa hingga kekal abadi. Semoga dengan
saranan-saranan pragmatik di atas menjadi kenyataan, fajar sidik 2020 yang akan menyingsing nanti
akan membawa sinar baru kepada masa hadapan anak watan Malaysia. Nik kasa nir jaya.
Ungkapan berirama Sanskrit ini mencerakinkan bahawa kejayaan tidak mungkin dibuahkan tanpa
usaha yang padu dan konkrit daripada ibu bapa untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan
anak.

LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA UNTUK MENGGALAKKAN ANAKANAK MENJAGA KEINDAHAN ALAM SEKITAR.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini
tentang isu penjagaan keindahan alam sekitar. Isu penjagaan keindahan alam sekitar di negara kita
semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuwan negara baik di
warung-warung kopi mahupun di parlimen. Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus
memikirkan langkah yang perlu di pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk
menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar bagi melahirkan keharmonian dalam
masyarakat. Hal ini bertepatan degan peribahasa Melayu, anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
perlu mencorakkannya. Justifikasinya, hal ini kita sering didedahkan dengan isu ini di dada-dada
akhbar di dalam negara kita. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting bagi mendidik anakanak supaya sayang dan cinta akan negara kita. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak
pada kebolehan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalakan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan
menyedari bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam memastikan anak-anak mereka
menjaga keindahan alam sekitar. Ibu dan bapa haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak
mereka. Sebagai langkah pertama dan langkah yang utama, ibu bapa mestilah mendidik mereka
sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengitar semula boleh dianologikan
sebagai mengisi sejenis air di dalam bekas yang dikhaskan untuknya. Air tersebut digunakan pada
masa hadapan sebagai bahan yang berguna. Menurut Datuk Seri Shahrizat Jalil, pihak kerajaan
telahpun menyediakan tiga buah tong sampah yang mempunyai warna yang berbeza untuk sampah
yang berbeza. Pihak kerajaan juga telah menghasilkan sebuah lagu bagi mengingatkan tentang kodkod warna tong sampah tersebut bersama kepentingan mengitar semula. Tong sampah yang
berwarna biru telah dikhaskan untuk kertas, tong oren pula dikhususkan untuk plastik manakala
tong coklat disediakan untuk kaca. Sekiranya seluruh kulawarga melaksanakan tanggungjawab
mereka, keindahan alam sekitar pasti dapat dikekalkan. Peribahasa Melayu ada menyebut, belakang
parang kalau diasah akan tajam juga. Ibu bapa mestilah mengamalkan amalan mengitar semula
dalam kalangan anak-anak supaya boleh menjadi rutin harian mereka.
Anak-anak sentiasa memerhatikan segala perlakuan ibu bapa dari segi mental dan fizikal.
Segala perlakuan yang ditunjukkan ibu bapa menjadi ikutan anak-anak. Bergantung kepada ibu
bapalah untuk mencorak peribadi anak-anak yang menunjukkan sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang
baik. Ibu bapa harus memperlihatkan teladan yang baik kepada anak-anak atau digambarkan sebagai
role model. Selain itu, ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar anak-anak cara untuk menjaga
kebersihan alam sekitar terutamanya yang berkaitan dengan sampah. Peranan ibu bapa untuk
mengajar anak-anak untuk membuang sampah dengan cara yang betul ke dalam tong sampah yang
dikhaskan untuk pembuangan sampah. Kendatipun begitu, jika ditelusuri secara mendalam, memang
patut kebersihan sekeliling dijaga untuk keselesaan bersama dan tidak menyakitkan mata.
Tambahan pula, sikap yang baik akan mendapat kehidupan yang baik. Hal ini boleh dikaitkan dengan
aforisme Melayu, bapa borek anak rintik. Maka ibu bapa harus bergerak sederap dalam membentuk
keperibadian anak-anak untuk menjalani kehidupan yang selesa dalam menekankan penjagaan alam
sekitar. Tiada ubat yang tiada penawarnya tanpa cara dan langkah pragmatik dan sistematik.

Prakasa yang pragmatik lagi efisen bagi menggalakkan anak-anak menjaga alam sekitar ialah
ibu bapa boleh menetapkan jadual waktu kepada anak-anak untuk membersihkan rumah agar nilai
penjagaan alam sekitar dapat dipupuk dari rumah. Jadual waktu pembersihan rumah yang
ditetapkan oleh ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan penjagaan alam
sekitar. Ibu bapa perlu memulakan langkah bagi menyediakan jadual waktu pembersihan rumah
sejak anak-anak kecil lagi agar perasaan cinta akan alam sekitar dapat ditanam di dalam diri anakanak sejak peringkat awal lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu,
penggunaan jadual waktu pembersihan rumah yang dilakukan oleh ibu bapa dapat memberikan
contoh yang baik kepada anak-anak kerana sifat ini akan menjadi amalan dan ikutan kepada anakanak sampai bila-bila dan membentuk adab dan akhlak yang baik ini kerana adab dan akhlak yang
buruk adalah sifat yang tidak patut ada di dalam diri seseorang. Ibarat kata Wahab Munabin, akhlak
dan adab yang buruk ibarat tembikar yang sudah pecah, tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat
dikembalikan menjadi tanah.

Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut
kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada zaman
kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam sekitar. Natijahnya,
generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat keindahan alam sekitar yang tuhan
kurniakan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Tidak Menggunakan Plastik. Ibu bapa yang lebai
lagi berjanggut haruslah memberi contoh dengan mengamalkan kempen ini kepada anak-anak
kerana anak-anak ibarat kain putih maka ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak mudah
mengikuti perbuatan atau amalan yan dilakukan oleh ibu bapa kerana sebagaimana acuan begitulah
kuihnya. Sementelahan lagi, anak-anak akan lebih menyayangi alam sekitar dan alam sekitar akan
sentiasa terjaga. Sekiranya, kita sentiasa bersinergi dalam menjaga alam sekitar, masalah
pencemaran yang ghalibnya diperkatakan dapat ditangani. Menurut El Leseur, tanpa semangat tidak
ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.

Akhirul kalam, kita mempunyai pelbagai kaedah untuk menjaga keindahan alam sekitar
supaya bumi hijau ini dapat memelihara dengan baik. Oleh itu, kita sebagai penduduk bumi ini
bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, alam sekitar yang terpeliharaakan
melahirkan suasana yang tenang dan selesa. Natijahnya, kita juga dapat menyelamatkan bumi
daripada pencemaran yang mungkin memudaratkan penduduknya. Hal ini kerana, ibu bapa
hendaklah menitikberatkan kaedah-kaedah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak
menjaga keindahan alam sekitar sebelum keadaan bumi di tahap kritikal. Hal ini bertepatan dengan
aforisme, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya masyarakat Malaysia bersama-sam berganding
bahu menjaga keindahan alam sekitar, kita akan dapat mengecapi kehidupan yang harmoni dan
sejahtera dengan berterusan. Seperti yang diperkatakan William Shakespeare, jangan hentikan
usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi.

Huraikan peranan ibu bapa bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa anak-anak itu.
Rakyat yang patriotik diibaratkan seorang individu yang sanggup mengorbankan dirinya untuk
kepentingan negara tanpa banyak alasan. Antara tindakan yang dilihat sebagai cinta akan negara
meliputi amalan bekerja dengan rajin, tidak menimbulkan masalah seperti terlibat dalam jenayah,
dan membantu rakyat lain yang miskin. Pihak media massa terutama akhbar telah menggunakan
konsep patriotik ini dalam banyak karya penulisan mereka sebagai cubaan untuk menanam
semangat ini dalam jiwa rakyat. Sebenarnya, ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan
semangat ini dimiliki oleh anak-anak generasi muda Malaysia.
Tindakan yang paling mudah ialah ibu bapa sering membawa anak melancong ke tempat bersejarah
di negara ini terutama ketika musim cuti sekolah. Anak akan lebih mengerti perjuangan tokoh
negara seperti Dato Bahaman dan Mat Kilau apabila mereka dapat melihat sendiri kawasan
pertempuran yang berlaku antara pejuang negara dengan penjajah British itu. Mereka boleh
membaca penulisan yang biasanya menerangkan serba ringkas perjuangan pejuang ini di kawasan
bersejarah itu lalu menimbulkan rasa bangga dan berterima kasih atas perjuangan tokoh tersebut.
Jadi, anak akan lebih tinggi semangat cinta akan negaranya apabila sering melawat tempat
bersejarah di negara ini.
Selain itu, ibu bapa sendiri hendaklah memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak
sendiri kerana kita tidak mahu digelar umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus pula.
Pemaparan teladan ini dilakukan menerusi percakapan, tindakan, penghayatan dan sebagainya yang
menjurus ke arah pengorbanan negara terhadap kehidupan mereka selama ini. Anak telah diyakini
akan meniru kelakukan orang tua mereka bak kata pepatah bapa borek anak rintik terutama apabila
sering didedahkan dengan kelakuan patriotik sebegini. Jadi, teladan ibubapalah yang membawa
penyemaian benih nasionalisme dalam jiwa remaja kita tersebut.
Negara kita menyambut kemerdekaan setiap tanggal 31 Ogos dan seharusnya ibu bapa membawa
anak untuk sama-sama melihat sambutan hari kebangsaan ini. Biasanya, kawasan sambutan ini akan
dipenuhi dengan pelbagai acara yang cuba meniupkan semangat cinta akan negara ini dalam hati
mereka yang hadir itu. Suasana yang penuh dengan semangat nasionalisme ini pasti menimbulkan
rasa bangga dalam hati anak yang menontonnya itu. Oleh itu, amalan membawa anak ke tempat
sambutan hari kebangsaan boleh memupuk rasa cinta akan negara.
Malah, ibu bapa zaman moden ini boleh menggunakan teknologi untuk menghuraikan semangat
patriotik kepada anak mereka. Penggunaan teknologi seperti internet dan telefon pintar
membolehkan ibu bapa menyalurkan lebih banyak informasi tentang sejarah negara dengan satu
sentuhan sahaja. Ibu bapa boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah
negara yang kadangkala begitu mengelirukan itu juga. Sesungguhnya, penggunaan teknologi
sebegini mampu memudahkan tugas ibu bapa untuk memastikan anak mereka memiliki rasa cinta
akan negara.
Malahan, semangat cinta dan sanggup berkorban demi negara ini boleh disemai dalam jiwa anak
menerusi amalan penceritaan ibu bapa. Kisah dahulu ketika negara belum mengalami kemodenan
harus diterangkan kepada pelajar agar mereka memahami erti pengorbanan pejuang dan pemimpin
negara yang telah membawa perubahan besar itu. Anak yang selalu mendengar itu akan mula
perlahan-lahan menghargai jasa pejuang negara terdahulu lalu memasang impian untuk turut
membuat jasa kepada bangsa dan nusa pula. Lantaran itu, ibu bapa yang bijak akan sering bercerita

mengenai perubahan pembangunan negara supaya anak memahami kehidupan yang dialami
sekarang berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.
Konklusinya, usaha memupuk semangat cinta akan negara ini memang menjadi tugas ibu bapa.
Golongan ini perlulah mahir menggunakan peluang dan situasi yang wujud untuk memudahkan anak
memahami makna pengorbanan rakyat yang sebenarnya. Jika ibu bapa masih mengamalkan sikap
lepas tangan dalam menangani isu semangat cinta akan negara ini sudah pasti generasi muda kita
akan hilang rasa hormat terhadap negara. Kita harus sedar semua yang berlaku pada masa hadapan
berpunca daripada pengorbanan orang terdahulu.

CONTOH KARANGAN SPM - Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yangmampu meranapkan peradaban
bangsa dan negara melanda golongan remaja.Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja yang
terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar. Isu ini menjadi suatu isu yang hangat
diperkatakan dan sering menjadi buah mulut orang ramai. Antara penyakit sosialyang dimaksudkan
ialah gejala vandalism, buli dan ponteng. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha
menangani gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah
bangunan. Malah, institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga
kempen Rumahku Syurgaku diadakan secara besar-besaran. Program ini menekankan kepentingan
rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga.Oleh itu, ibu bapa
perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam gejala sosial.

Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepadaanak-anak mereka dan
mengasuh anak-anak bagai menatang minyak yangpenuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak
sebagai kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan
kesabaran. Sikapsesetengah ibu bapa yang hanya sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis
sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik yang ada pada diri
mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anakanak mereka.Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk
melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa
remaja makan angin di destinasi-destinasi yang menarik dinegara kita. Hadis ada menyatakan
bahawa anak-anak diibaratkan sepertikain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Sememangnya,
ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana anak-anak
mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.

Golongan remaja perlulah dibekalkan dengan didikan agama dan moral yang sempurna. Ibu bapa
perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan mental remaja kerana
didikan agama dan moral dapat menjamin bahawaremaja akan dapat membezakan antara perkara
yang baik dengan yang buruk dan seterusnya mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka.
Tanggapan sesentengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada
menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak tidak benar sama sekali. Mereka juga
harus memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat ajaran agama yang sempurna. Sebagai
contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk membekalkan ajaran agama kepada anak-anak
mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Didikan agama yang

dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawaanak-anak mereka mempunyai benteng diri
yang kukuh untuk menolak ajakan rakan-rakan untuk melibatkan diri dalam apa-apa tindakan yang
mampu memburukkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah keluarga.

Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadapkebajikan anak-anak mereka
dengan mengikuti perkembangan anak-anak merekadi sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa
perlu mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah
yang dihadapi olehanak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri
dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak sekolah,guru dan ibu bapa
akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan
oleh mereka kepada anak-anak merekatidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap
penyakit pasti ada penawarnya. Masalahremaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah
itu lebih baik daripadamengubati. Ibubapa memainkan peranan untuk menjaga kepentingan anakanak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi harta benda dan wang
ringgit.

Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepadaanak-anak mereka . Ibu bapa
sememangnya perlu memastikan segala tingkah lakudan pertuturan mereka kerana segala perlakuan
mereka akan diperhatikan olehanak-anak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru
olehanak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang mempunyai tabiat buruk seperti merokok
perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka berkemungkinan besarakan
terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apakelemahan yang ada
pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akanmenyebabkan anak-anak mereka terdedah
kepada amalan yang kurang sihat. Ibu bapatidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul. Dengan ini,golongan remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa
mereka danseterusnya tidak akan melakukan gejala sosial yang mampu menghancurkan masadepan
mereka.

Kesimpulannya, gejala sosial yang menjadi duri dalam daging perludihapuskan dari akar umbinya
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Ibu bapa perlulah mengambil langkah-langkah
yang drastik dan berkesan bagimemastikan golongan remaja tidak akan menjangkiti sebarang
penyakit sosialkerana remajalah yang akan mencorakkan negara pada masa hadapan. Mereka harus
dibimbing agar akan menjadi modal insan yang berintegriti dan berwawasan.Secara tidak langsung,
impian negara untuk melahirkan golongan yang berminda kelas pertama akan dapat direalisasikan.

TEKNIK MENGHAFAL ISI UNTUK PENULISAN KARANGAN B


KATA TUGASAN: PERANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK
ISI 1: MEMBERI DIDIKAN AGAMA YANG SEMPURNA
Antara peranan ibu bapa untuk menjaga anak-anak ialah memberi didikan agama yang
sempurna sejak kecil lagi. Anak-anak perlu diajar amalan asas dalam agama seperti membaca alquran, solat dan mengimarahkan masjid. Amalan tersebut mampu mengawal mereka daripada
melakukan maksiat. Apabila tidak melakukan maksiat maka mereka akan selamat dan berjaya.
Tegasnya memberi didikan agama menjadi tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak mereka .

ISI 2: MENJADI SURI TELADAN KEPADA ANAK-ANAK


Selain itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah
menunjukkan contoh terbaik dalam keluarga. Hal ini demikian kerana, anak-anak banyak
menghabiskan masa di rumah. Segala kelakuan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak mereka.
Kelakuan yang baik akan ditiru oleh mereka. Begitu juga kelakuan yang kurang elok juga akan diikut.
Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab menjadi suri teladan yang baik kepada anak-anak setiap hari.

ISI 3: MENCURAHKAN KASIH SAYANG KEPADA ANAK- ANAK


Di samping itu, ibu bapa juga bertanggungjawab mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
mereka. Kasih sayang amat diperlukan oleh seorang anak. Mereka mahukan belaian kasih sayang
yang ikhlas daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa jangan terlalu mementingkan kerjaya dan kekayaan
semata-mata. Anak-anak juga harta berharga yang perlu dijaga. Jelaslah, ibu bapa berperanan
mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

ISI 4: MENGHANTAR ANAK-ANAK KE SEKOLAH

Seterusnya, ibu bapa mestilah menghantar anak-anak mereka ke sekolah untuk mendapat
pelbagai ilmu pengetahuan. Ilmu sangat penting untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya.
Anak-anak akan menjadi insan yang kreatif dan inovatif. Mereka akan mudah mendapat perkerjaan
setelah menamatkan pelajaran mereka. Setelah mendapat pekerjaan yang baik mereka akan
membantu ibu bapa pula. Justeru, ibu bapa wajib menghantar anak-anak ke sekolah demi masa
depan mereka yang lebih baik.

ISI 5: MENGISI MASA LAPANG DENGAN AKTIVITI YANG BAIK

Selanjutnya, ibu bapa juga hendaklah mengisi masa lapang anak-anak dengan aktiviti yang
berfaedah. Aktiviti tersebut perlu sesuai dengan kehendak mereka. Contohnya, ibu bapa mengajak
anak-anak untuk bersenam dan bersukan pada waktu petang. Bersenam dapat mengeluarkan peluh
untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, anak-anak perlu di bawa melancong ke tempat menarik

seperti di kawasan air terjun, tempat bersejarah dan tapak karvinal 1Malaysia. Jadi, masa lapang
anak-anak tidak terbuang begitu sahaja.

ISI 6: MENEGUR KESALAHAN ANAK-ANAK

Selain itu, ibu bapa wajib menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Teguran tersebut untuk mendidik mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak biasanya tidak
menyedari kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu
lagi. Mereka akan menjadi seorang anak yang baik dan soleh. Saya optimis, ibu bapa mestilah
menegur setiap kesalahan anak-anak mereka setiap hari.

KATA TUGASAN: SEBAB/ FAKTOR / PUNCA


ISI 1: KELEMAHAN DIRI SENDIRI

Antara sebab berlakunya masalah ini ialah kelemahan diri sendiri. Kelemahan ini boleh dikaitkan
dengan kurang ilmu agama di jiwa. Ilmu agama yang cetek telah mendorong seseorang melakukan
kejahatan. Seseorang itu tidak akan berasa dirinya bersalah atau berdosa. Dosa tersebut terus
menghalang kita menjadi insan yang baik. Tegasnya, kelemahan diri sendiri telah menyebabkan
seseorang individu itu melakukan kesalahan.

ISI 2: PENGARUH RAKAN SEBAYA / SALAH MEMILIH RAKAN

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah ini semakin serius. Rakan sebaya
akan menjadi ikutan para remaja. Para remaja lebih mengutamakan kehendak rakan daripada ibu
bapa mereka sendiri. Keutamaan itu tidak kira walaupun salah akan dituruti mereka. Mereka akan
merokok kerana berkawan dengan perokok. Saya optimis, pengaruh rakan sebaya memang
menyebabkan masalah ini berlaku.

ISI 3: KEGAGALAN IBU BAPA MENDIDIK ILMU AGAMA ANAK

Di samping itu, kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak juga telah menjadi sebab meningkatnya
masalah ini. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya dan kekayaan duniawi. Kekayaan itu telah
melalaikan mereka akan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tanggungjawab mendidik ilmu agama
telah diabaikan. Agama tidak menjadi tunjang kehidupan anak-anak. Anak-anak bebas melakukan
maksiat tanpa berasa bersalah. Tegasnya, ibu bapa telah gagal mendidik anak-anak dengan ilmu
agama yang menjadi penyebab timbulnya masalah ini.

ISI 4: PENGARUH MEDIA MASSA


Seterusnya, pengaruh media massa juga turut menyebabkan masalah ini bertambah serius lagi.
Pelbagai rancangan yang negatif telah disiarkan di kaca televisyen. Rancangan itu telah menarik
perhatian para penonton. Para penonton akan meniru aksi yang dilihat itu. Aksi seorang mat rempit
akan ditiru oleh remaja yang bermotor. Jelaslah, pengaruh media massa telah meyebabkan
berlakunya masalah ini di negara kita.

ISI 5: KELEMAHAN PIHAK BERKUASA

Akhir sekali, kelemahan pihak berkuasa telah dikenal pasti menyebabkan masalah ini terus
berpanjangan. Pihak berkuasa gagal mengawal individu yang terlibat. Kawalan yang lemah ini
disebabkan bilangan penguatkuasa yang ada tidak mencukupi. Kelemahan itu telah menyebabkan
pesalah-pesalah bebas melakukan aktiviti mereka. Mereka akan terus merosakkan masyarakat kita.
Oleh itu, kelemahan pihak berkuasa menjadi penyebab munculnya pelbagai masalah di negara ini.

KATA TUGASAN: LANGKAH/ USAHA/ CARA/ STRATEGI


ISI 1: PERANAN PIHAK BERKUASA
Antara usaha untuk menyelesaikan masalah ini ialah pihak kerajaan mestilah bertindak dengan
lebih tegas lagi. Tindakan ini akan menyedarkan orang yang terlibat akan kesalahan mereka.
Kesalahan itu tidak akan diulangi lagi setelah dikenakan denda atau penjara. Denda yang dikenakan
mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Saya optimis, pihak kerajaan berperanan untuk
mengatasi masalah ini.

ISI 2: PERANAN PIHAK MEDIA MASSA


Selain itu, peranan pihak media massa juga penting untuk mengatasi masalah ini. Pihak media
massa bertanggungjawab menyiarkan rancangan yang mendidik masyarakat. Rancangan tersebut
perlu menerapkan nilai-nilai hidup yang positif. Nilai ini mampu menghalang masyarakat kita
mengamalkan budaya hidup barat. Masyarakat kita akan lebih bertanggungjawab. Tegasnya,
peranan media massa sangat diperlukan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini.

ISI 3: PERANAN RAKAN SEBAYA


Di samping itu, peranan rakan sebaya sangat penting untuk menyelesaikan isu ini. Rakan sebaya
yang baik akan mengajak kita melakukan kebaikan. Mereka juga akan melarang kita melakukan
keburukan. Rakan boleh menjadi penasihat kepada kita semua. Nasihat itu sangat berguna dalam
kehidupan kita. Hidup kita menjadi lebih teratur dan sempurna lagi. Jelaslah, peranan rakan sebaya
mempu mengurangkan masalah ini.

ISI 4: PERANAN IBU BAPA


Seterusnya, peranan ibu bapa juga ditagih untuk mengatasi masalah ini. Ibu bapa mestilah
mendidik anak-anak dengan ilmu agama yang sempurna. Didikan ilmu agama perlu diajar sejak anakanak masih kecil lagi. Orang tua-tua ada berpesan melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu
dihayati oleh ibu bapa. Anak-anak akan menjadi seorang insan yang baik. Mereka tidak akan terlibat
dalam aktiviti yang tidak sihat. Oleh itu, peranan ibu bapa perlu diperkasakan untuk mengatasi
masalah ini.

ISI 5: PERUBAHAN SIKAP INDIVIDU YANG TERLIBAT


Akhir sekali, segala usaha yang dilakukan tidak akan berjaya tanpa perubahan sikap individu
yang terlibat. Setiap individu perlu berubah daripada bersikap negatif kepada positif. Segala
perbuatan yang tidak baik mestilah ditinggalkan dengan segera. Perbuatan buruk itu telah
merugikan diri, keluarga dan masyarakat kita sendiri. Jadi, kita perlu menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan rasional. Natijahnya, perubahan sikap individu yang terlibat sangat penting
untuk mengatasi masalah ini.

MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan
dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait
rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan
permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka
sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih
daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan
khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah
kita membiarkan anak watan berterusan meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum
nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan
martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional
ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di
nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta
mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang
membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak
kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk
minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan
tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian
cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan
tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau
bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli
keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak,
menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak
langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan
silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan
permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada
itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan
permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti
Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui
syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam
sesuatu permainan itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional
tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar
tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan,
justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat
mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja.
Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat
dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan
permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu
kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu
dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa
perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara
kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,
pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan
tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen
tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukius poster dan lain-lain lagi.
Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat
bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama
padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin
popular khususnya kepada generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi
mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari
luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di
sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli
keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung
membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh
berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak
lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak
sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada
pelancong asing. Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing,
galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan
membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan
ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan
agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan
tradisional kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak
praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui
pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar
pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah
manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensiagensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan
sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan
tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam
konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir
Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan
rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan
layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran
pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan
industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.
Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk
permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah khazanah dunia
yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia
melakukan pecutan akhir ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi

seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan
nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini
pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin
menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia
perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk
merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia
Boleh!

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Kecemerlangan ini hanya akan dapat dicapai sekiranya pelajarpelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Kecemerlangan dalam peperiksaan
bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sekiranya pelajar itu sendiri mempunyai iltizam
dan keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Namun begitu, dalam menelusuri arus globalisasi
yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini masih terdapat segelintir pelajar yang masih tidak
menitikberatkan kecemerlangan akademik lantaran masih dibuai lena oleh budaya hedonisme.
Mereka ini lebih mementingkan keseronokan dan hiburan daripada pendidikan. Pelajar-pelajar tidak
sepatutnya menganggap perkara ini sesuatu yang remeh atau mudah kerana keputusan peperiksaan
mampu menjamin masa hadapan seseorang pelajar yang lebih cerah. Oleh itu, pelajar-pelajar
janganlah menyesal pada masa hadapan disebabkan tidak dapat memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan jika asyik mengabaikan pelajaran, bak kata orang tua-tua, sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang patut
dilakukan untuk mencapai kecemerlangan seseorang pelajar?
Langkah perdana yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar yang sentiasa mendambakan
kecemerlangan ialah dia haruslah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar
yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak
kiralah ketika bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Mereka haruslah bercakap dengan
menggunakan bahasa yang sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga. Sebagai
contoh, seseorang pelajar itu perlu sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka
juga perlu sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Hal ini kerana
bantuan yang diberikan dapat mengukuhkan pemahaman mereka atas penerangan yang diberikan.
Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang ingin
cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam
pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari
bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang
unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak
bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa kecemerlangan dapat dicapai melalui
sahsiah dan peribadi yang unggul.
Jika ditinjau dari dimensi yang lain, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai jika pelajar
itu sentiasa mengisi masa lapang dengan bijak. Setiap pelajar haruslah menyedari hakikat bahawa
masa itu emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka perlu sentiasa mengisi
masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,
mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang

fleksibel agar aktiviti yang dilakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan
jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama
24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang ingin cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu
pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini
kerana mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran
mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang bak kata slogan,
membaca jambatan ilmu. Mereka juga perlu menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak
menangguhkannya. Bagi mereka, bertangguh itu pencuri masa. Mereka juga tidak akan
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Secara tidak
langsung, pengisian masa yang bijak dapat mengekang mereka daripada terjebak dalam kebejatan
sosial yang kian menghambat golongan pelajar kita seperti vandalisme, gengsterime, melepak dan
sebagainya. Pelajar yang berdisiplin dalam pengisian masa dengan aktiviti yang berfaedah juga dapat
dilahirkan. Jadi, jelaslah kepada kita semua bahawa pengisian masa yang bijak dapat membantu
seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
Di samping itu, seseorang pelajar juga perlulah sentiasa memberikan tumpuan ketika guru
sedang mengajar. Hal ini kerana perhatian dan tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium
pembentukan pelajar yang cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang
dipelajari. Seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajarpelajar disebabkan faktor memberikan sepenuh tumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberikan sepenuh
perhatian dan fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus
menghargai setiap detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak
memotongnya, maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam kelas bukan
sahaja menjadi salah satu ciri kecemerlangan pelajar malahan juga dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya mereka
menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh para guru. Para guru
akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi keberkatan kepada pelajar tersebut
untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran, peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa
akan datang. Ringkasnya, pemberian tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam kelas turut
mendorong kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik.
Seperkara lagi, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar hendaklah sentiasa
aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana melalui aktiviti kokurikulum di
sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai
kejayaan. Pelajar cemerlang tidak rela dicop atau dilabel sebagai ulat buku semata-mata. Mereka
juga menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum. Sebenarnya bidang
kokurikulum ialah pelengkap kepada aktiviti kurikulum di bilik darjah. Aktiviti kokurikulum ialah
wahana bagi aplikasi pengetahuan dan kemahiran kurikulum. Oleh itu, para pelajar haruslah
menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform
mahupun akademik. Para pelajar boleh melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh
unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dengan menyertai
pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan,
forum dan catur, minda pelajar akan menjadi cemerlang lalu dapat menjana idea yang kreatif dan
kritis. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah
turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Tegasnya, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang dan seimbang.

Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat beberapa langkah yang dapat
diimplementasikan oleh seseorang pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam apa-apa jua
lapangan yang diceburi. Kecemerlangan seseorang pelajar dapat menjamin masa depan seseorang
pelajar yang lebih cerah. Pelajar cemerlang memiliki sejumlah kualiti diri yang tinggi dari segi
akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Mereka menepati ciri-ciri modal insan minda kelas
pertama yang disebut sebagai hala tuju pendidikan negara. Oleh itu, para pelajar haruslah fokus
akan matlamat hidup mereka untuk menjadi insan yang syumul dengan melakukan beberapa
pendekatan yang telah dibincangkan.

Kesan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar


Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan telefon bimbit telah
menjadi satu keperluan kepada kebanyakan umat manusia. Dahulu, hanya golongan kaya yang
menggunakan telefon bimbit, tetapi kini, dalam kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik
marcapada ini, kebanyakan golongan dewasa, remaja dan pelajar serta murid sekolah rendah juga
berupaya menggunakan telefon bimbit. Remaja dan murid sekolah rendah turut mengikut jejak
orang dewasa menggunakan telefon bimbit. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang implikasi
penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar? Oleh hal yang demikian, implikasi baik dan
buruk yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Realitinya, memang tidak dapat dinafikan
bahawa penggunaan telefon bimbit dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Pelajar dapat
berinteraksi dengan orang lain di segenap empat penjuru dunia pada bila-bila masa kerana
segalanya di hujung jari. Selain itu, pelajar juga boleh menghantar mesej melalui Khidmat Pesanan
Ringkas (SMS) atau Khidmat Pesanan Multimedia (MMS). Sebagai contoh, seorang mahasiswa yang
melanjutkan pelajaran di Rusia dapat menghubungi keluarganya yang berada di Malaysia dengan
menggunakan telefon bimbit. Sekiranya mahasiswa tersebut tidak mempunyai telefon bimbit, dia
terpaksa menggunakan telefon awam di luar negara untuk menelefon ahli keluarganya. Intihanya,
kita perlu mengapresiasikan penggunana telefon bimbit kerana afdal untuk mengukuhkan
hubungan.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah penggunaan telefon bimbit
juga menimbulkan impak negatif. Seyogianya pelajar perlu mengurangkan penggunakan telefon
bimbit kerana penggunaan telefon bimbit merupakan pembaziran. Hal ini dikatakan demikian kerana
golongan remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang juga
ingin mempunyai model telefon bimbit terbaru apabila melihat kawan lain juga memilikinya. Bukan
itu sahaja, terdapat juga pelajar terpaksa menanggung bil telefon yang mahal kerana kerap
menelefon dan berbual-bual dengan kawan walaupun mengetahui kadar bayarannya. Sebenarnya,
mereka sepatutnya mengukur baju di badan sendiri dan jangan nanti sudah terhantuk baru
tengadah. Bak kata pepatah melayu,ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Oleh itu, pelajar
harus mengurangkan penggunaan telefon bimbit supaya dapat mengelakkan pembaziran
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sememangnya menjejaskan pelajaran mereka.
Hal ini berlaku kerana pelajar menggunakan telefon bimbit tanpa kawalan. Mereka sering
menghantar mesej kepada kawan untuk perbualan kosong. Selain itu, kita acapkali tersentak dengan
masalah pasangan yang berlaku di bangku sekolah. Penggunanan telefon bimbit dalam kalangan

pelajar akan menimbulkan lagi masalah tersebut. Tambahan pula, sekiranya pelajar membawa
telefon bimbit ke sekolah, mereka tidak akan menumpukan perhatian untuk belajar tetapi leka
dengan permainan video. Mereka juga terpaksa menanggung risiko kehilangan telefon bimbit.
Konklusinya, pelajar tidak mementingkan pelajaran seandainya mereka mempunyai telefon bimbit.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, penggunaan telefon bimbit juga akan
menjejaskan kesihatan pelajar. Kebanyakan perkhidamatan telefon bimbit seperti perkhidmatan
telefon, GPRS(General Packet Radio Service), khidmat pesanan ringkas (Short Message Service, SMS),
khidmat pesanan multimedia (Multimedia Message Service, MMS), dikenakan bayaran. Hal ini
menyebabkan sesetengah pelajar sanggup mengikat perut dan berlapar untuk membayar bil telefon
bimbit. Mereka telah menyalahgunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa mereka. Selain itu,
telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang semasa kita menjawab telefon dan akan mengganggu
fungsi saraf otak sehingga menyebabkan barah atau kanser. Tuntasnya, pelajar sepatutnya tidak
menggunakan telefon bimbit. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar mendatangkan lebih banyak
kesan buruk daripada kesan baik. Pelajar seyogianya memanfaatkan kebaikan dan mengelakkan
keburukan penggunaan telefon bimbit kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan. Bak kata pepatah, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, justeru itu, langkahlangkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu dilaksanakan oleh semua pihak secara
berterusan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja untuk membasmi masalah yang
timbul ekoran daripada penggunaan telefon bimbit serta melahirkan remaja yang berwawasan
kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Anda mungkin juga menyukai