Anda di halaman 1dari 4

keindahan malaysia daripada segi bentuk muka bumi merupakan tarikan pelancongan utama yang menyumbang kepada

ekonomi negara.namun begitu,sukan juga tidak patut dipinggirkan memandangkan keuntungannya meliputi ekonomi dan
nama baik negara.sungguhpun begitu,mutu sukan negara yang tidak sekata di negara kita tidak memberi jaminan mengenai
keuntungan yang disebutkan sebentar tadi.oleh itu,pelbagai langkah yang drastik dan pragmatik perlu diambil bagi
memastikan kecermelangan mutu sukan.

setiap rakyat di negara ini perlu memikul tanggungjawab untuk meningkatkan mutu sukan negara dengan cara memiliki
semangat negara yang tinggi.setiap individu dapat mempengaruhi individu yang lain untuk turut sama memiliki semangat
kesukanan ini.natijahnya,wabak kesukanan akan melanda negara ini.

ibu bapa sebagai tunjang keluarga perlu mengubah perspektif mereka mengenai dunia sukan ke arah yang lebih positif
.pasca kemerdekaan menyaksikan ibu bapa memberikan tumpuan seratus peratus kepada pencapaian akademik anak2 dan
mengabaikan terus penglibatan anak2 mereka dalam bidang sukan.namun begitu,satu demi satu berita kejayaan atlet
negara di persada antarabangsa telah membuka mata ibu bapa tentang faedah sukan.sukan bukan sahaja menjadi punca
rezei malah dapat meningkatkan maruah serta ekonomi negara.sehubungan itu,ibu bapa perlu memberikan sokongan
penuh buat anak2 yang berminat menceburi bidang sukan bagi mengelakkan negara kita daripada ketandusan atlet pelapis
sekaligus mencari bakat yang terbaik dalam bidang sukan.

aktiviti riadah keluarga pada hujung minggu juga dapat menyemai semangat kesukanan dalam diri remaja.ibu bapa
seharusnya menjadikan sukan sebagai budaya keluarga.hal ini dapat mencabah minat bersukan dalam diri anak2 sehingga
ke sekolah.

pihak pentadbiran dan unit ko-kurikulum sekolah perlu memperkasakan aktiviti sukan sebagai lapisan asas dalam
pembentukan atlet berkualiti peringkat antarabangsa.peruntukan yang diberikan bagi tujuan aktiviti sukan sekolah perlu
disediakan selengkapnya.pihak sekolah juga digalakkan meletakkan salah satu sukan sebagai penanda aras sekolah bagi
membuktikan kepada warga sekolah dan ibu bapa mengenai tahap keseriusan pihak sekolah dalam memajukan aktiviti
sukan.

tambahan pula,sekolah sukan merupakan salah satu daripada idea untuk meningkatkan mutu sukan negara.melalui sistem
ini,atlet2 sukan yang berbakat akan dimasukkan sekolah sukan.mereka akan diberi latihan yang efektif dengan jadual hidup
yang sistematik tanpa mengabaikan kepentingan akademik walau sepicingpun.namun begitu,impian untuk mewujudkan
sekolah sukan lengkap dengan prasarana yang sempurna bagaikan angan2 kosong tanpa bantuan dan kerjasama daripada
kementerian pelajaran malaysia dan kementerian belia dan sukan.

selain itu,kerajaan sebagai tunggak pentadbiran negara perlu mengambil berat mengenai isu sukan ini kerana ia telah
memperkenalkan nama malaysia ke serata dunia.sehubungan itu,peruntukan bagi pembangunan sukan wajar dimasukkan
dalam rancangan ekonomi tahunan negara.hal ini dapat membantu kementerian belia dan sukan bagi menyediakan
prasarana yang terbaik buat atlet2 kita berlatih.selain itu,kemudahan buat para atlet seperti pakar refleksologi dapat
membantu atlet menyediakan diri dengan selengkapnya bagi menyertai kejohanan peringkat antrabangsa.
bagi pertandingan berprestij antarabangsa,kerajaan wajar mempersiapkan diri dan bersiap bila2 masa sahaja apabila
diminta menjadi tuan rumah.kerjasama antara kerajaan dan swasta wajar diambil iktibar sebagai tanda sanggup berkorban
apa sahaja demi kecemerlangan malaysia di mata dunia.

akhir kata,meningkatkan mutu sukan negara memerlukan sokongan padu setiap pihak tanpa perlu ada rasa egoistik dan
hipokrit.
Acap kali negara kita menganjurkan sukan berprestij di dunia seperti Formula One, LeTour De Langkawi, Sukan
Komenwell dan sebagainya. Pecapaian Malaysia sebagai penganjur tidak dapat dinafikan kehebatannya. Walaupun
begitu, pencapaian Malaysia sebagai peserta amatlah mengecewakan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha
haruslah dilakukan untuk memajukan sukan negara.

Punca utama para atlet tidak bergiat lama dalam bidang ini kerana tiada jaminan masa depan kepada mereka.
Oleh itu, suatu usaha harus dilakukan untuk menjamin masa depan mereka. Terutama peluang pekerjaan jika
berlaku kecederaan kepada mereka. Selain itu, elaun dan pencen harus diberikan kepada mereka yang bergiat aktif
dalam mewakili Malaysia, tidak kira sama ada atlet tersebut menang ataupun kalah. Di samping itu, suatu
organisasi harus ditubuhkan untuk menjaga kebajikan atlet Malaysia.

Bak kata pepatah, meluntur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, untuk membentuk atlet, pendedahan haruslah
dimulakan dari peringkat kanak-kanak. Sekolah sukan haruslah dibina di setiap daerah atau disetiap negeri.
Sekolah sukan berkaitan pula dibina dari peringkat sekolah rendah. Di sekolah tersebut, kelengkapan sukan
haruslah lengkap. Segala ilmu seperti teknik pernafasan yang betul diajar selain teknik menguasai permainan
sukan yang dipilih. Subjek sukan dimasukkan dalam silibus dan diuji, sama seperti ujian bagi mata pelajaran
lain.Oleh itu, pelajar tersebut akan memandang serius dalam subjek tersebut.

Di peringkat sekolah pula, Bulan kesukanan perlulah diadakan. Pelbagai aktiviti kesukanan haruslah diadakan
dan hadiah yang menarik pula perlulah ditawarkan sebagai ganjaran. Selain itu, perlawanan persahabatan dalam
sukan serta perlawanan peringkat sekolah haruslah ditingkatkan untuk mencungkil bakat terpendam para pelajar
yang seharusnya menjadi pelapis atlet yang sedia ada. Sementelahan, kemudahan untuk sukan dan peruntukan
untuk membeli peralatan sukan haruslah disediakan selain galakan daripada pihak guru dan ibu bapa.

Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memajukan lagi sukan di negara kita. Pihak Kerajaan
haruslah giat menjalankan kajian untuk memantapkan lagi sukan negara. Semua pihak termasuklah ibu bapa
seharusnya memberi bimbingan dan galakan kepada anak-anak yang berkecenderungan terhadap bidang sukan.
Majulah sukan untuk negara.
Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada lagi kejayaan yang diraih seperti awa
tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara
ini. Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani masalah sukan di negara ini tanpa
hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka terhadap sukan. Anggapan bahawa
sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti
kerjaya lain jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan sumber kewangan yang lumayan
kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman
yang mengutamakan sukan di peringkat global.

Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan yang berjaya di dalam kejohanan
peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya
menyuntik semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik lagi. Pemberian insentif ini
juga memberi satu harapan kepada golongan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan
dan menerima ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita menganggap pemberian
ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan negara.

Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti pembinaan kemudahan sukan
ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai
oleh masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu asas sukan itu sudah dimiliki oleh
masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya,
pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa.

Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di negara ini. Penganjuran sukan sebegini
memberi peluang kepada ahli sukan negara untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik.
Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari kelemahan serta mampu meningkatkan
kualiti diri mereka sejajar dengan pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di negara
ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya
menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan
dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih
asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk
merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-persatuan sukan untuk melihat secara
positif dan masalah konflik dalaman persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah
muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari'
membuktikan betapa kita banyak menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Anda mungkin juga menyukai