Anda di halaman 1dari 7

Sukan bukan sahaja sebagai aktiviti yang menyihatkan badan, malah bernilai komersial serta boleh

mengharumkan nama ssebuah negara. Bincangkan kepentingan sukan kepada diri dan negara.

KEPENTINGAN SUKAN KEPADA DIRI DAN NEGARA

(Pendahuluan/contoh) Kata Charles Swindoll, “Orang yang berjaya bukanlah orang yang memendam
semangatnya kerana takut gagal, bukan juga orang yang tidak pernah gagal, tetapi ialah orang yang
masih tetap maju ke depan sungguhpun menempuh kegagalan”. (Huraian) Kata-kata di atas segaja
dipetik untuk membuktikan bahawa atlet Malaysia walaupun sering kecundang di pentas
antarabangsa, tetapi boleh maju jika ada kesungguhan untuk meraih kejayaan. (Huraian)
Sesungguhnya kejayaan dalam bidang sukan amat penting kepada diri sendiri dan juga negara.
(Huraian) Oleh itu, tiada sebab mengapa kita harus bersikap negatif terhadap sukan, sedangkan
banyak faedah yang boleh diperoleh apabila melibatkan diri dalam bidang sukan.

(Huraian) Apakah kepentingan sukan kepada seseorang? (Isi 1) Sebenarnya sukan dapat melahirkan
insan yang cerga dan cerdas. (Contoh) Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.
(Contoh) Senaman mampu menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh menyebabkan lemak yang
termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga. (Kesan) Aktiviti sukan dapat
membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. (Contoh) Dengan ini, merka yang
aktif dalam sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan
diabetes, seperti kata pepetah “otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat”.

(Isi 2) Sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. (Kesan) Kemajuan dalam
bidang sukan boleh meningkatkan permintaan terhadap alatan sukan. (Kesan) Oleh itu, mereka
yang terlibat dalam bidang peralatan sukan seperti bola dan pakaian sukan meraih keuntungan yang
berlipat ganda. (Huraian) Selain itu, usaha menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan
mendatangkan hasil yang lumayan. (Conto) Misalnya, untuk membina gelanggang permainan,
stadium, dan kolam renang bertaraf antarabangsa, peluang perniagaan terbuka luas kepada
kontraktor dan pembekal bahan binaan. (Kesan) Malah peluang-peluang pekerjaan dapat
diwujudkan.
(Huraian) Ketika bersukan, kita akan melupakan warna kulit. (Contoh) Kita tidak pedli sam ada
rakan sepermainan itu orang Melayu, Cina, atau pun India. (Contoh) Sebagai contoh, sebelum
sesuatu pertandingan, kebiasaannya para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan dalam
tempoh tertentu, biasanya tidak kurang dari seminggu. (Huraian) Di situlah mereka tinggal,
berlatih, makan, dan berehat. (Isi 3) Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan pemain daripada
pelbagai kaum mampu mewujudkan perpaduan kaum. (Kean) Ketika pertandingan dijalankan,
mereka akan mempunyai satu misi untuk mengharumkan nama sekolah, negari, ataupun negara
tanpa memikirkan warna kulit.
(Isi 4) Sukan mampu mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi. (Huraian) Pencapaian
dalam bidang sukan menyebabkan nama Malaysia terukir di pentas antarabangsa. (Contoh) Dengan
mengambil contoh kejayaan Mohd. Hafiz Hashim yang menjadi juara Seluruh England dalam
permainan badminton pada awal 2003 menyebabkan nama negara disebut-sebut. (Huraian) Sebelum
ini tidak ramai masyarakat dunia yang mengenali Malaysia. (Kesan) Tetapi dengan sukan, mata
masyarakat dunia seakan-akan mula terbuka. (Kesan) Dalam jangka panjang keyakinan mereka
bukan sahaja kepada sukan, tetapi dalam bidang-bidang lain seperti pelancongan dan perindustrian.

(Isi 5) Sukan boleh mengatasi pelbagai masalah sosial. (Contoh) Sejak akhir-akhir ini, masyarakat
didedahkan dengan masalah remaja yang suka melepak, bohsia, penyalahgunaan dadah, dan
vandalisme. (Huraian) Memang banyak faktor yang memungkinkan masalah ini berlaku. (Huraian)
Tetapi yang paling jelas, masalah ini berpunca daripada remaja yang tidak tahu memanfaatkan
masa yang terluang. (Kesan) Jika merka meminati aktiviti sukan, masa yang terluang selepas habis
sekolah atau bekerja, mereka akan ke gelanggang permainan. (Contoh) Selepas selesai mengikuti
sesi permainan, badan sudah letih dan malam pun telah tiba. (Kesan) Jadi, tiada ruang untuk
berfikir untuk bertemu rakan-rakan yang suka melepak.
(Isi 6) Bagi seorang pelajar, sukan mampu mendidik pelajar untuk belajar menerima kegagalan.
(Contoh) Sebagai contoh, sudah menjadi adat pertandingan, ada menang dan ada kalah. (Huraian)
Kita akan berasa gembira apabila berjaya dan akan berduka apabila gagal. (Kesan) Namun, oleh
sebab hal ini sudah kerap dialami, menyebabkan hati kita cekal menghadapi apa sahaja; gagal
dalam peperiksaan, percintaan, dan pekerjaan. (Kesan) Yang akhirnya kita menjadi seorang yang
tabah, berani, dan sentiasa mahu mencuba.
Jangan dilurut padi muda,
Kalau dilurut luka tangan;
Jangan dituruti hati muda,
Kalau turut susah berpanjangan.

(Huraian) Sesungguhnya diri sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan. (Huraian) Jangan
sesekali mengikutkan hati mudah. (Huraian) Daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah,
lebih baik memanfaatkan masa dengan bersukan.

KUPASAN KARANGAN EMPAT UNSUR TEMA KESUKANAN


Soalan:
Dalam situasi dunia yang sedang bergolak, kemajuan dalam bidang sukan penting bagi mewujudkan perpaduan
sejagat dan meningkatkan imej sesebuah negara. Ulaskan pernyataan ini.

Pendahuluan
-bidang sukan merupakan salah satu aset terpenting dalam memacu kemajuan sesebuah negara.
-Bidang sukan mempunyai banyak kepentingan khususnya bagi mewujudkan perpaduan sejagat dan
mementingkan imej negara.

Isi Pertama
AT :mengeratkan silaturrahim antara atlet negara dan luar negara.
AH :
- Persefahaman dapat dijalankan.
- Apabila atlet luar negara dan dalam negara berkumpul sama, hubungan ukhwah dapat dieratkan.
- Sekaligus persengketaan dapat dilupakan dan keamanan sejagat dapat diwujudkan.
AC :
- Semasa sukan Olimpik dan sukan Komanwel atlet-atlet dapat berkumpul dan beramah mesra.
AP :
- Tegaslah bahawa kemajuan sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara.
UM :bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Isi Kedua
AT :-dapat membentuk semangat cinta akan tanah air.
AH :
- Persaingan yang sihat dan sengit antara pemain untuk merebut kejuaraan dapat diwujudkan.
- Menyemai semangat untuk berjuang demi negara tercinta.
AC :
- Apabila menyertai pertandingan, seseorang pemain akan menunjukkan semangat juang yang jitu untuk
mencapai kemenangan.
AP :
-nyatalah bahawa kemajuan sukan dapat membentuk semangat cinta akan negara.
UM :biar putih tulang jangan putih mata.

Isi Ketiga
AT :dapat berkongsi idea dan teknologi dalam bidang berkaitan sukan.
AH :
- Dapat berkongsi idea dan pendapat.
- Dapat berkongsi kepakaran dalam sesuatu permainan.
- Berpeluang memerhati dan mengaplikasi teknologi yang digunakan oleh negara maju dalam bidang sukan.
AC :
-negara mengimport tenaga pengajar contohnya dalam sukan badminton dan pasukan bola sepak negara.
AP :
-tegaslah di sini bahawa kemajuan sukan membolehkan kita berkongsi idea dan teknologi dalam bidang sukan.
UM :yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Isi Keempat
AT :dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum.
AH :
- Masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India dapat berkumpul dan beramah mesra.
- Permuafakatan dan persefahaman dapat dijalinkan.
- Dapat mengelakkan sifat mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.
AC :
- Dalam sesuatu pertandingan, masyarakat dapat beramah mesra dan mengenali jiran mereka dengan lebih
rapat.
AP :
- Tuntaslah bahawa kemajuan sukan dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.

Isi Kelima
AT :memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
AH :
- Dalam sesuatu pertandingan, rakyat Malaysia berpeluang membawa nama Malaysia ke peringkat
antarabangsa.
- Kejuaraan atlet dalam sesuatu pertandingan akan mengharumkan nama negara dan seterusnya membawa
kepada kemajuan dalam sektor pelancongan.
AC :
- Nicol Ann David mengharumkan nama negara dengan menjadi pemain nombor satu dunia dalam sukan
squash.
AP :
- Jelaslah di sini bahawa kemajuan sukan dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
UM :hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Penutup :
- Kesimpulannya, kemajuan sukan dapat mewujudkan perpaduan sejagat di samping meningkatkan imej
negara.
- Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu menggembeling tenaga memajukan sukan supaya Malaysia
mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan.
- Majulah sukan untuk negara.

Kebaikan sukan kepada Negara

SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan dan kemahiran
dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada
akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan
serta kejohanan-kejohanan berprestij merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di
adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan, empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak
daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituan
rumahkan oleh Malaysia seperti SUKMA, sukan SEA, dan sukan Olimpik semata-mata untuk
memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya
berbibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancar
membanggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara,
Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego, atlet renang kita yang telah
banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain
menmanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing.
Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terus hilang apabila atlet sekarang
bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan
ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui
penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari
seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi
kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga
mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana
untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing
dengan negara luar. Jesteru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih
banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Kesimpulanya di sini, sukan bukan sahaja sebagai medan untuk berperang dalam
mempamilkan skil-skil permainan dan kemahiran tertentu dalam acara masing-masing, malah
menjadi platform yang boleh menghasilkan banyak faedah, manfaat dan kebaikannya. Oleh sebab
itu, wajarlah sesebuah masyarakat dunia mengambil berat terhadap pembagunan sukan dan
perkembangannya berbaloi bagi sesebuah negara yang sanggup memperuntukkan berjuta-juta dana
sebagai pelaburan jangka panjang. Oleh itu, ayuhlah kita sahut cabaran dan seruan kerajaan bagi
menjayakan dan meningkatkan taraf sukan negara ke tahap yang paling optimum.

KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA HIDUP


SIHAT
 Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara
 Memupuk semangat patriotisme
 Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
 Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat
 Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk membina semangat patriotik dan
cintakan Negara
 Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan
Negara
 Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih
produktif.
 Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif.
 Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas
pertama.

Rumusan Hobi - kepentingan sukan


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sukan dan
masalah yang wujud daripada sukan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Sejak kebelakangan ini peranan sukan semakin penting kepada negara. Sukan memberi manfaat
kepada kelompok masyarakat yang bernaung di bawahnya. Kini aktiviti sukan telah mengalami
zaman peralihan fungsi asalnya iaitu memberi kesihatan kepada tubuh badan, bertukar menjadi
kegiatan fizikal yang dipertandingkan untuk mencapai kemenangan. Memang pada asalnya sukan
dikatakan boleh memberi tubuh badan yang sihat, tetapi kini telah menjadi aset sesebuah negara
dalam mempelopori kemasyhuran. Hal ini terbukti dengan tanggapan spontan jika seseorang itu
apabila diajukan soalan seperti siapakah kuasa bola sepak dunia? Negara manakah mengungguli
sukan bola keranjang, enis, skuasy, hoki, dan badminton? Ternyata sukan dapat membantu negara
mengharumkan namanya di persada dunia. Malaysia kini lebih dikenali oleh masyarakat dunia
kerana pencapaian yang cemerlang dalam sukan badminton, hoki dan skuasy.

Dari segi ekonomi pula, sukan telah membuka satu lagi hubungan erat antara sukan, media, dan
syarikat pengiklanan. Syarikat-syarikat televisyen berlumba-lumba untuk membuat liputan secara
langsung sesuatu acara sukan dan tidak ketinggalan juga syarikat pengiklanan yang tidak putus-putus
mahu menjadi penaja utama. Hal ini menunjukkan sukan dapat menjana ekonomi menerusi
pengiklanan sesuatu barangan. Bagi negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum seperti Malaysia,
sukan dapat digunakan sebagai alat integrasi dalam usaha menyatupadukan segenap lapisan
masyarakat. Hal ini tidak menghairankan kerana kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai kaum dan
etnik telah menyediakan peluang untuk mereka sentiasa bekerjasama, saling memahami, dan
menyemai konsep memerlukan antara satu sama lain. Apabila saling bertemu di gelanggang
permainan, akan mengurangkan perasaan prasangka yang selama ini mencacatkan perpaduan kaum.

Selain itu, jalinan politik antara negara juga dapat diperkukuh dengan pelbagai temasya sukan yang
dianjurkan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan SEA, dan tidak kurang
temasya skan di peringkat kebangsaan seperti SUKMA. Bagaimanapun kita tidak dapat lari dari
pendapat yang mengatakan bahawa biarlah kalah dalam pertandingan asalkan kita menang dalam
pembangunan politik,ekonomi, dan sosial. Tetapi itu cakap-cakap sedap mulut, namun pada
realitinya apabila menyertai sesuatu acara sukan pasti mahukan kemenangan. Oleh itu, sukan
membentuk keyakinan kepada diri sendiri untuk memperoleh kejuaraan.

Perkara yang diperkatakan ialah penglibatan sukan di peringkat nasional dan antarabangsa. Bagi
sukan di peringkat sekolah, sukan berjaya memanfaatkan masa yang terluang daripada mengisi masa
dengan aktiviti tidak berfaedah seperti melepak atau bercampur gaul dengan budak-budak nakal.
Malah, sukan sebagai alat melepaskan tekanan selepas penat mengulang kaji pelajaran. Tetapi yang
kita kesal ialah ramai pelajar yang berbakat dalam sukan tidak memperoleh galakan daripada ibu
bapa disebabkan ibu bapa lebih mengutamakan pelajaran. Akhirnya bakat yang besar hilang begitu
sahaja. Ada yang ibu bapa memberi dorongan dan sokongan penuh, tetapi anak yang sering
dimanjakan tiada kesungguhan untuk meningkatkan prestasi diri. Pendek kata, sikap tidak berani
menghadapi cabaran menyebabkan remaja berpotensi tidak mampu berani bersaing di peringkat
yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai