Anda di halaman 1dari 7

Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil

mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat? Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat. Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.

Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru ,

kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan. Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masingmasing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat. Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya. Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis meja, bola dan lain-lain lagi. Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin. Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin. Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir. Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, kami dapat berpendapat bahawa sukan menyihatkan badan, membina sebuah pasukan dan menjamin jalan kehidupan sihat. Dengan ini, terbukti lah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Kami sepatutnya menggalakkan keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan sesiapa lagi dan ingin dengar untuk rajin bersukan. Tentu dunia ini akan menjadi lebih sihat.

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Aktiviti ini wajar dijadikan sebagai gaya hidup masyarakat kerana terdapat pelbagai manfaat . Antara faedahnya adalah dapat menyihatkan tubuh badan.Hal ini demikian kerana semasa bersukan peluh yang keluar akan merembeskan sisa toksik . Selain itu,mengisi masa lapang dengan baik.Aktiviti ini mampu menghalang seseorang itu daripada terlibat dalam gejala negatif seperti merempit,berfoya-foya dan melepak. Di samping itu, mengeratkan silaturahim antara kaum.Sebagai contoh,semangat persahabatan terjalin semasa bermain bola sepak,bola jaring dan sebagainya. Bersukan juga dapat dijadikan sebagai kerjaya yang mendatangkan pendapatan lumayan. Misalnya Datuk Lee Chong Wei atau menjadi seperti Tiger Wood jutawan sukan golf. Kesimpulannya,aktiviti bersukan mampu menjana generasi yang berwawasan dan dapat pula menjaga kesihatan kita,bertepatan dengan kata pepatah mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya otak yang cerdas terletak pada badan yang cergas.Oleh itu rakyat Malaysia wajarlah melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, sukan itu adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan, kegiatan, menyihatkandan sebagainya. Antara contoh-contoh bersukan ialah tennis, bola sepak, bola tampar atau bola keranjang. Jadi, apa gunanya kita bersekan??

Satu dari antara faedah-faedah bersukan ialah bersukan boleh mengurangkan berat badan seseorang dan mengelakkan kegemukkan. Mengikut kajian scientific dan fizikal, cara mengurangkan berat badan ialah dengan bersukan. Menggunakan ubat-ubat mengurangkan berat badan seseorang mungkin akan menjejas kesihatan mereka. Kedua, bersenam dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakt seperti serangan jantung, darah tinggi dan sakit jantung. Terbukti bersenam ubat yang terbaik. Ketiga bersukan dapat menaikkan economi negara. Olimpik sekarang diadakan diadakan di China. Dengan itu, semua orang akan ke China untuk menyaksikan olimpik. China akan mendapat duit yang lumayan. Bedasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan,bersukan memang amat penting bagi setiap manusia tidak kira janda atau usia.Ia juga berguna untuk negeri.Kesimpulannya, bersukan itu bagus

Marcapada ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang kepentingan sukan terhadap masyarakat konvensional kini. Menurut Menteri Sukan Datuk Sri Shabery Chik, banyak manfaat yang mampu diperoleh hasil daripada bersukan kepada masyarakat kini yang kian alpa terhadap perkara ini. Antara kepentingan sukan ialah mampu mengekalkan kesihatan. Hal ini demikian kerana, bersukan mampu mengeluarkan peluh yang mengandungi toksin daripada badan dan dalam pada masa yang sama mampu menstabilkan degupan jantung pada purata 80 ke 100 degupan per minit. Maka, semua pihak haruslah bangkit dari kealpaan dan mengamalkan dasar " 10 000 langkah setiap hari" dalam mengekalkan ketahanan jasmani. Selain itu, bersukan juga mampu mengurangkan masalah sosial dek kerana masa terluang remaja kini diisi dengan bersukan. Impaknya, remaja kini tidak akan terjebak ke kancah gejala sosial dan secara tidak langsung peratus masalah sosial akan merundum dari semasa ke semasa. Hal ini persis kata mutiara " Remaja Produktif, Remaja Bebas Masalah". Sementelahan itu, sukan merupakan medium utama dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Tamsilnya, seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa akan bersorak bagi menyemarakkan semangat para atlet untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung, peribahasa "bagai isi dengan kuku" terpancar dalam kalangan masyarakat Malaysia hasil daripada bersukan. Seterusnya, kegiatan sukan juga mampu meningkatkan imej negara di seantero mayapada. Hal ini demikian kerana, perjuangan anak glokal di arena sukan antarabangsa amat mengagumkan. Contohnya, Datuk Nicol Ann David telah merangkul banyak kejuaraan dan melestarikan gelarannya sebagai "Ratu Skuash Dunia" selama tujuh edisi penglibatannya. Maka anak glokal memainkan peranan penting dalam menaikkan nama Malaysia. Deduksinya, semua pihak haruslah berkongkalikung dan memainkan peranan penting dalam menjana golongan masyarakat yang ideal dari pelbagai sudut. Hal ini persis peribahasa "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" dalam memanifestasikan kegiatan sukan.

Sukan merupakan sejenis kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan tenaga yang tertentu. Aktiviti sukan biasanya dapat dijalankan pada waktu pagi, petang atau malam. Terdapat pelbagai jenis sukan seperti acara balapan dan padang, bola keranjang, badminton, bola sepak, bola tampar dan lain-lain lagi. Kebanyakan pelajar mempunyai hobi bersukan dan aktif dalam pelbagai acara sukan. Setiap sekolah wajib mengadakan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama sejam pada setiap minggu untuk menggalakkan pelajar menceburi bidang sukan dan permainan sejajar dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu 1Murid 1Sukan. Sebenarnya, sukan memberikan pelbagai manfaat dan faedah kepada golongan pelajar. Pertama-tama, pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang masing-masing dengan berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada melibatkan diri dalam gejala sosial yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara seperti budaya lepak, vandalisme, gengsterisme, merokok, menyalahgunakan dadah dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga dapat mengelakkan diri daripada membazirkan masa kerana masa ibarat emas. Selain itu, pelajar-pelajar dapat mencungkil bakat dan kebolehan diri dalam bidang sukan. Melalui sukan, pelajar-pelajar dapat mengetahui dan mengembangkan potensi diri masing-masing. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari dan menguasai kemahiran hidup yang berharga seperti bekerjasama dan bertoleransi melalui aktiviti sukan. Sikap-sikap tersebut bukan sahaja diwajibkan ketika bersukan malah juga amat diperlukan ketika pelajar-pelajar mengikuti sesi pembelajaran atau menjalani aktiviti bersama-sama pelajar yang lain. Di samping itu, pelajar-pelajar dapat memperlihatkan kemajuan dari segi fizikal dan mental selepas bersukan. Pelajar-pelajar dapat mengekalkan kesihatan badan kerana berpeluh dapat membakar kalori dalam badan sekali gus dapat mengelakkan diri mereka daripada penyakit-penyakit serius seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Pada masa yang sama, bersukan juga dapat mencerdaskan minda pelajar-pelajar dalam buana pendidikan. Seterusnya, pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan dapat dipilih untuk menyertai pelbagai acara sukan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan ataupun di arena antarabangsa. Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dan keluarga di persada sukan nasional dan antarabangsa seperti Datuk Nicole David. Pelajarpelajar tersebut juga berkeupayaan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan berkelayakan untuk dianugerahi Tokoh Pelajar dan olahragawan atau olahragawati di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Kesimpulannya, tidak dinafikan bahawa bidang sukan membawa faedah-faedah kepada golongan pelajar. Pihak sekolah perlu menganjurkan berbagai-bagai aktiviti di sekolah bagi

mengalakkan pelajar bersukan. Ibu bapa juga harus bersikap prihatin akan minat dan kebolehan anak-anak dalam bidang kokurikulum, khususnya sukan dan permainan. Seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja perlu mahir dalam akademik malah juga perlu mengambil berat dan gemilang dalam bidang kokurikulum akademik dan sukan.

Anda mungkin juga menyukai