Anda di halaman 1dari 3

Definisi bermain

Bermain merupakan kegiatan yang dilakukan untuk memperoleh kesenangan, tanpa


mempertimbangkan hasil akhir dari permainan tersebut. Sebagian orang tua yang berpendapat
bahwa anak yang terlalu banyak bermain akan membuat anak menjadi malas belajar dan
menjadikan rendahnya kemampuan intelektual anak. Pendapat ini kurang begitu tepat dan
bijaksana, kerana beberapa ahli psikologi dan ahli perkembangan anak sepakat bahawa permainan
sangat besar pengaruhnya terhadap perkembangan anak.

Definisi riadah

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Riadah bermaksud menyihatkan badan dan
menenangkan fikiran. Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan keluarga.
Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah.
Contohnya kurang faedah adalah menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke
kompleks membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan aktiviti
yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang,
banyak perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-sama, berjoging
di kawasan taman dan berkelah.
Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa aktiviti ini
dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang nilai
murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah
keluarga yang dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli
keluarga.
Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Jika badan kita sihat, kita boleh melakukan
aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita terpaksa mengeluarkan wang untuk
rawatan.
Definisi rekreasi

Rekreasi (re-creare dalam bahasa Latin) ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan,
bersama keluarga atau aktiviti bukan kerja lain. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan
dan minda.Selain itu. rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviiti terancang yang digunakan bagi
masa lapang , contohnya aktiviti perkhemahan , rock climbing , scuba diving , abseiling dan jungle
tracking.

Kebiasaannya, rekreasi adalah dalam bentuk sukan dan permainan, hobi, lawatan,dan pelancongan.
Perbandingan Antara Main Riadah dan Rekreasi

Main Riadah Rekreasi


bil
Perbandingan

1 Masa Bila-bila Masa lapang Masa lapang

2 Objektif tiada Sihat tubuh badan Memenuhi minat

3 Undang-undang Mengikut jenis permainan jika Aktiviti santai Mengikut jenis aktiviti
ada

4 Risiko Kecederaan ringan Kecederaan ringan Kecederaan berat

5 kos Murah Mengikut jenis hobi Mengikut jenis aktiviti

6 Kebaikan Jenis permainan jika ada Merapatkan hubungan antara Mencari pengalaman baru,
keluarga dan rakan teroka minat diri

7 Contoh aktiviti Permainan ringkas dan tidak Menonton televisyen atau sukan dan permainan, hobi,
rumit wayang, beli belah, berbual, lawatan,dan pelancongan.
sukan ringan

Anda mungkin juga menyukai