Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN BERSUKAN Sukan sudah menjadi satu gerakan sosiobudaya yang agak penting di setiap negara moden hari

ini.Sukan termasuklah olahraga dan permainan.Sukan dapat membina kesihatan tubuh badan dan mental seseorang.Sukan juga dapat memupuk semangat kesukunan.Selain itu, sukan dapat mengharumkan nama ahli sukan dan negaranya.Dasar Sukan Negara yang digubal jelas menunjukkan kepentingan bidang sukan kepada negara. Memeng tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetis, bak kata pepatah "otak yang cergas terletak pada badan yang sihat". Dengan badan sihat,kita dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran.Lantas,kemajuan dan kejayaan sesebuah negara dapat dicapai.

Kepentingan Bersukan Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagu untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan, contohnya untuk otak yang cerdas, saluran darah yang lancer, menyebabkan mental dan fizikal yang cergas dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Salah satu kepentingan sukan ialah otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa. Selain daripada itu, bersukan juga menyebabkan saluran darah yang baik. Di samping itu, sukan boleh membuat persiapan dari segi fizikal atau mental. Seterusnya, sukan juga boleh mengisi masa lapang. Daripada kita membuang masa yang terluang, sekurang-kurangnya kita boleh mengisi sesuatu yang berfaedah. Oleh sebab itu, saya menegaskan bahawa sukan memainkan peranan yang penting dalam diri kita dan sekiranya kita tidak bersukan kesihatan akan terjejas.

Kepentingan Bersukan Menurut Pandangan Islam Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt: ? Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan? (60 : al? Anfal) 2) Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt: ? Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.? (247 : al-Baqarah)

3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda: Maksudnya: ? Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.? (Hr Muslim ? sahih) 4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut: : . : .: : Maksudnya: ? Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda ? Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya ? Kenapa kamu tidak memanah?? Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?? Nabi saw menjawab ? Memanahlah, aku bersama kamu semua.? (Hr Bukhari ? sahih) 5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut: : : . . Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata ? Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.? Nabi saw bersabda ? Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.? Abu Daud) (Hr 6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra: Maksudnya: ? Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.? (Hr Bukhari dan Muslim) Etika sukan dalam Islam: 1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara? Permainan yang haram adalah . seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud ? daif). 2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang. 3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan. 4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt: ? Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.? (4 : al-Ma? un) 5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda: Maksudnya: ? Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.? (Hr Ibnu Majah dan ahmad ? sahih) 6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda:

Maksudnya: ? Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.? (Hr Tabrani) 7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan: ? Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.

Kepentingan Sukan Untuk Kesihatan Sukan merupakan salah saatu bentuk aktiviti fizikal yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Terdapat beberapa kepentingan bersukan untuk kesihatan:

Saluran darah yang lancar Mental dan fizikal yang cergas Otak yang cerdas. Badan yang sihat memerlukan otak yang cerdas. Kita memerlukan minda yang cerdas untuk berfikir. Selepas berehat daripada bersukan, otak menjadi lebih aktif daripada biasa. Selain menjaga pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal dapat membantu badan mengimbangkan penggunaan dan penyimpanan tenaga badan. Bagaimanapun, sukan lasak atau yang memerlukan tenaga yang banyak mungkin akan meninggalkan kesan buruk kepada badan.