Anda di halaman 1dari 1

Batu Caves antara destinasi pelancongan bertaraf dunia

di Selangor

Dari segi sejarah Batu Caves telah diperkenalkan sebagai tempat ibadat
oleh K. Thamboosamy Pillai, seorang pedagang India. Beliau mendapat
inspirasi daripada pintu masuk utama gua yang berbentuk ‘vel’ dan mendapat
inspirasi untuk membina sebuah kuil untuk Dewa Murugan dalam gua tersebut.

Pada tahun 1890, Pillai, yang juga telah mengasaskan Kuil Sri Maha
Mariamman, Kuala Lumpur, telah memasang Arca Dewa Murugan yang masih
terdapat sehingga sekarang di ‘Temple Cave’.Di ketinggian hampir 100 Meter
dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan
beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau
Gua Kuil. Didalamnya terdapat sebuah kuil Hindu.

Pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga untuk sampai ke gua ini.
Sebuah patung 42,7 meter (140 kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan
pada Januari 2006, setelah mengambil tempoh 3 tahun untuk membinanya. Ia
adalah patung Tuhan Muruga  mengikut kepercayaan penganut Hindu  adalah
yang tertinggi di dunia. Batu Caves juga  terkenal dengan perayaan Thaipusam.
Ia menarik perhatian bukan sahaja penganut Hindu Malaysia, tetapi juga
penganut Hindu di seluruh dunia sepertiIndia,Australia,Singapura,Thailand dan
Eropah.

Selain itu, ia menjadi tarikan pelancong yang utama di


Malaysia.Walaupun sambutan Hari Thaipusam menyumbangkan peningkatan
pelancongan Malaysia ia hanya diisytiharsebagai cuti umum di negeri Pulau
Pinang,Perak,Selangor, Kuala Lumpur,Johor dan Negeri Sembilan. Pada tahun
2007, perayaan Thaipusam sahaja menarik lebih daripada 1.5 juta penganut,
menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar dalam sejarah dunia.

Anda mungkin juga menyukai