Anda di halaman 1dari 4

KESAN NEGATIF TEKNOLOGI

MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


MASA KINI
• Antaranya, banyak mengbuang masa.
• Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan
bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang
menghabiskan banyak waktu.
• Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu
mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu
belajar.
• Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari
internet.
• Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber
yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan
secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya.
• Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem
pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan
sesebuah negara kepada ancaman anasir luar.
• Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada
pembeli atau penjual.
• Seterusnya, kesan negatif kemajuan ICT ialah melayari laman sesawang yang
tidak bermoral atau pronografi.
• Generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang
yang tidak bermoral dan pronografi disebabkan benteng agama yang tidak
kukuh.
• Melalui laman sesawang tidak bermoral ini, generasi muda akan mudah
terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik menerusi laman
sesawang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai