Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan SPM Bahasa Melayu ( Tajuk :Masalah sosial dalam kalangan

remaja semakin meningkat.Bincangkan punca-punca dan usahausaha/langkah-langkah mengatasi masalah ini.)

Dalam masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan dipaparkan melalui media
masa. masalan sosial ini kebanyakan datang dari kalangan remaja.

Budaya melepak merupakan masalah sosial yang paling banyak ditayangkan.Kita dapat
saksikan bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau
duduk-duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah kalangan
remaja sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan dengan berbahasa
kerang sopan, atau berbual-bual kosong dan membuat bising tanpa hala tujuan. Masalah
ini akan diwujudkan kebanyakan adalah disebabkan oleh hal-hal keluarga. Ahli keluarga
mereka sering bergaduh ataupun adanya yang ibu bapa bercerai. Mereka melepak di luar
bersama kawannya tujuannya adalah untuk mendapatkan hiburan ataupun melepaskan
geram ataupun tekanan mereka. Sesetengah pula merokok bersama kawan-kawan
mereka.
Selain itu, budaya buli juga sering berlaku dalam sekolah. Sejak-sejak ini, kita pun tahu
bahawa dalam sesebuah sekolah, seorang remaja lelaki telah dipukul oleh sekumpulan
remaja lelaki. Pihak sekolah tersebut juga tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan
remaja lelaki tersebut disebabkan remaja kini semakin biadap dan liar.Golongan remaja
akan bertindak begitu kebanyakan dipengaruhi oleh media masa.Kebanyakan filem
keganasan ditayangkan dalam pawangan wayang. Jenis filem ini amat disukai oleh
remaja-remaja masa kini terutamanya remaja lelaki. Jadi, mereka akan belajar tindakan
yang dipaparkan dalam wayang tersebut.
Bukan itu sahaja, remaja juga sering mengamalkan amalan lari dari rumah. Hal ini dapat
diyaksikan melalui surat khabar. Remaja yang lari dari rumah kebanyakannya adalah lari
bersama teman lelakinya. Remaja-remaja selalu berkawan dengan orang yang tidak
berkenaan. Hubungan mereka juga berkembang dengan cepat sehingga menjadi teman
lelaki dan teman wanita. Hal ini akan terjadi disebabkan pengawasan yang tidak ketat di
sekolah. Kebanyakan remaja suka bertemu dengan teman lelaki atau teman wanita di
depan pintu sekolah tanpa kesedaran ibu bapa. Oleh itu, mereka senang ditipu dan
dipujuk oleh orang luar dengan kata manis.
Ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah tujuan
utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan laman web
permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka dengan perkara
yang tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi disebabkan kawalan sosial
yang longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan tenaga untuk mencari mata
pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa bosan dan
kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah mengikut ajakan rakan-rakan
untuk berhibur dalam laman web.

Tambahan pula, yang lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram. Mereka berlumba
motosikal di tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang
besar. Mereka telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut.
Mereka akan berbuat demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap
keluarga mereka atau masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara
begini untuk melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.
Untuk mengatasi masalah sosial yang tersisiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa
haruslah menguatkankuasa untuk menangani masalah sosial tersebut. Tambah pula,
pihak ibu bapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka.Bumi
mana tidak ditimpa hujan. Jadi pihak ibu bapa haruslah mengubah sikap mereka yang
dahulu.
Tuntasnya, saya berharap masalah sosial ini dapat diatasi selepas pelbagai pihak telah
menjalankan kewajipan mereka.

Anda mungkin juga menyukai