Anda di halaman 1dari 5

CARA-CARA ANDA MENGATASI TEKANAN ATAU STRES

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan
dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak
bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang
dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau
kerjaya, manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran,
hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang,
tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya
pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan sehingga tekanan yang
dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas
daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor
pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil
bagi menangani masalah tekanan.

Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah
untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang
sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang
kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman
rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh
mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan
diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat
melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat
lena. Hilang sebentar segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan
akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya.
Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan perbincangan, sama ada yang
berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah pelajaran yang sering memberikan tekanan
kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang
membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan
tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri,
terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang baik tanpa
menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang
kritikal dan sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut,
sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan
kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara
bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika
kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka dan
menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang
diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan
pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan
muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang
sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima kritikan tersebut, fikiran akan
menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang
melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.

Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik
antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam
jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan,
walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan
pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efesien dan
sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh
alunan melodinya sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang
rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri
dibuai perasaan. Seni katanya yang melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi
seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Jika
tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut
dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik
tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan akan
menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki
kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi, bertepatan dengan maksud
peribahasa sambil menyelam minum air.

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi.Setiap hari saya akan mendirikan solat , sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana solat
merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama
saya. Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-
kata. Solat yang khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah
saya dapat merasakan betapa dekatnya diri saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang
dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh seorang
penceramah gaya hidup sihat, Encik Norhisham Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang
paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud,
darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di
antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari-jari kaki memberikan
bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu
membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan
menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya
menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan yang
dihadapi.

Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah
dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat
Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali
melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan
segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran
yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya
lupakan sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama
negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut,
bertepatan dengan maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula
pengalaman. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat
menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu.
Seni tari mereka sangat halus dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh
mereka dengan iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk
tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut.
Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang amat halus. Keseluruhan
aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala
tekanan yang dihadapi.

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam
kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala
tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan
tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama
pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa.
Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk
menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber
rujukan saya di samping rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak
melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya
dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan
dengan tenang.

CARA-CARA ANDA MENGATASI TEKANAN ATAU


STRES

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan
maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora.
Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan
dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula
tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang
berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan
dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan
penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai
pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor
terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah
saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk
kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering
dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya
lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan
memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi
tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan berehat
melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab
kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar segala masalah
yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya
melakukan riadah bersama-sama ibu bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan
melakukan perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah pelajaran
yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap kegiatan riadah sebagai
serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk
mengurangkan tekanan.

Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri,
terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan yang baik tanpa
menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan
sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya saya akan
memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau diberikan kepada saya kerana ada udang di
sebalik batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya
sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan
menerimanya dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering
mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki
nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang
diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak
menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima
kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya saya akan terjerat dalam
kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.

Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik
antarabangsa. Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya
yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan, walaupun
sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli
psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran
yang sering diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar
kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang,
manakala muzik sentimental pula akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang melankolik akan
menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut merasakan kedukaan yang sedang
dialami oleh pelantun lagu tersebut. Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan
sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil
bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan
akan menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki
kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya hadapi, bertepatan dengan maksud
peribahasa sambil menyelam minum air.

Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi.Setiap hari saya akan mendirikan solat , sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana solat
merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya.
Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Solat yang
khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan
betapa dekatnya diri saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi
bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik
Norhisham Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan
terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh
kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan
tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya
akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat
menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu,
saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan tekanan yang
dihadapi.

Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah dan
ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia,
China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat
merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang
membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada
masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika
melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping
menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud
peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman. Ketika melawat Solo dan
Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka
walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan
mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang
syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan
beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan
seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli-belah
cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam
kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan
yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga
merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak
berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan
saya menghadapi tekanan itu, saya masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih
rasional. Dalam hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan
sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang mendidik dan
mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh
dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.

Anda mungkin juga menyukai