Anda di halaman 1dari 4

Punca-punca fenomena buli

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun
dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. Jika tidak
kerana angin masakan pokok bergoyang. Oleh itu, setiap masalah yang
berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.
Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang
ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Agama
mengajar para pelajar untuk menghormati orang lain dan menjalankan
peranan sebagai manusia berperikemanusian berlandaskan kepda
pegangan agama masing-masing. Namun pada masa kini terdapat
segelintir pelajar tidak mengendahkan seruan agama masing-masing.
Mereka sanggup membuli hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain
dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka
semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.
Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang
dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini
berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap
materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak
mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak kurang mendapat didikan agama
dan penerapan nilai-nilai moral secukupnya daripada ibu bapa
mereka.Kesannya anak-anak akan mengalihkan perhatian mereka
terhadap perkara-perkara negatif dan lebih mudah terpengaruh dengan
masalah-masalah sosial yang akan merosakkan diri mereka sendiri.
Kawalan ibu bapa yang longgar juga menyebabkan anak-anak bebas
melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka sendiri.
Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung
dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan
rakan sebayanya. Gejala ini dikatakan pengaruh rakan sebaya kerana
pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam
kehidupan mereka.Malah ibubapa dan guru tidak menjadi model dalam
kehidupan remaja kini.Mereka lebih percaya dengan rakan seusia untuk
berkongsi masalah.Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar
terpengaruh untuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka
membuli. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga
akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya.Rakan sebaya boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah
diri seorang pelajar. Kawalan daripada ibu bapa penting untuk

mengelakkan anak-anak mereka daripada bergaul dengan rakan-rakan


yang terlibat dengan masalah sosial.

Media massa juga merupakan salah satu pengaruh terhadap punca


berlakunya kes-kes buli.Media massa menyiarkan drama atau filem yang
memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan ini mendedahkan
kepada pelajar yang menontonnya.Mereka mudah terpengaruh oleh apa
yang ditontoni mereka dan meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa
menyedari akibat daripada perbuatan mereka.Paparan melalui media
cetak dan elektronik banyak memaparkan adegan buli.
Masalah desakan hidup juga menjadi punca berlakunya masalah
buli.Hal ini demikian kerana pengabaian ibu bapa terhadap tanggujawab
mendidik anak-anak sehinggakan mendorong mereka mencari kebebasan
di luar rumah.Tekanan perasaan yang dialami oleh remaja disebabkan
oleh desakan hidup seperti masalah kewangan, penderaan, kepincangan
institusi keluarga, dan kesunyian hidup menyebabkan mereka melepaskan
tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain
untuk melepaskan kemarahan.
Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana
telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian
mereka terhadap pelajar lain. Terdapat segelintir guru-guru pada masa
kini kurang prihatin terhadap masalah buli ini. Mereka hanya membiarkan
perkara tersebut dan menganggapnya ianya sebagai perkara yang ringan
sahaja. Pemantauan yang jarang dijalankan menyebabkan masalah buli
semakin menjadi-jadi di dalam sekolah. Hukuman yang tidak seberapa
dikenakan terhadap pembuli juga menyebabkan para pembuli semakin
berani untuk membuli.
Selain itu, terdapat juga pembuli yang pernah menjadi mangsa buli.
Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan diri daripada
trauma terdahulu yang menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka
cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialami terdahulu
kepada mangsa mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga
akan terkenang masa lampau mereka yang menyakitkan. Ini akan
menyebabkan mereka berasa lebih menderita. Keadaan inilah yang
menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya menyebabkan
mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.
Keinginan untuk mendapat perhatian orang juga merupakan salah
satu faktor penyebab berlakunya kejadian buli. Mereka ingin melakukan

sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain terutamanya ibu bapa
mereka yang selalu sibuk bekerja. Mereka kurang mendapat kasih sayang
daripada keluarga dan ini akan menyebabkan mereka berasa kesunyian
dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru mereka.
Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkan
perasaan mereka. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah
dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu
bapa yang akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak
mengetahui cara yang betul untuk meluahkannya. Ini adalah kerana
mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang mereka hadapi
diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka
terutamanya kepada lelaki. Selain itu, pengaruh daripada media massa
yang berunsurkan keganasan juga mendorong perbuatan buli. Orang
ramai akan terdedah dengan unsur yang negatif ini dan ada di antara
mereka yang mengikut perlakuan tersebut. Ini akan meningkatkan gejala
buli di sekolah.
Salah satu contoh kes buli yang berlaku ialah kes buli di dungun,
terengganu dimana seorang pelajar parah akibat dibelasah oleh lima
pelajar lain di sebuah sekolah menengah di bandar Bukit Besi.Mangsa
dipercayai diserang dan dipukul dengan kerusi dan disepak di beberapa
bahagian tubuh pada waktu rehat, kira-kira puku 10.50 pagi.Mangsa yang
ditempatkan di wad HHT terpaksa menggunakan kerusi roda kerana sukar
bergerak. Pada Mac 2004, negara kita dikejutkan dengan berita seorang
pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas akibat
dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior.
Pada 2007 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah
Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan Roslan dibelasah
dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak
seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16
tahun kerana salah faham dan membalas dendam. Pada 2008 pula
sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di
Johor membelasah beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali, Muhamad
di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling mereka.Manakala
pada februari 2009 pula seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah
Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul termasuk menggunakan
cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan
disiarkan selama 3.05 minit menerusi laman Youtube.
Pada Mac 2009 pula seorang pelajar, Mohd Azwan Md Ribi, pelajar
tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar, Pekan,
Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama
kerana enggan membelikannya rokok. Dan akhir sekali kes buli yang yang

dilaporkan ialah hanya disebabkan tidak puas hati memperoleh 50 sen


selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup
bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir
Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor
Setar, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai