Anda di halaman 1dari 3

RASUAH (FAKTOR, KESAN

DAN LANGKAH
PENCEGAHAN)
SOALAN:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di
negara ini. Oleh itu, huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk
mengatasi gejala ini. Huraikan.
ISI-ISI:
FAKTOR-FAKTOR:
1.
Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama)
2.
Kelemahan kepimpinan
3.
Faktor perkembangan modenisasi
4.
Faktor sosial dan budaya
KESAN:
1.
Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana
ditindas)
2.
Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia)
3.
Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan
tidak berkualiti)
4.
Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti)
5.
Menghancurkan sebuah negara
LANGKAH PENCEGAHAN:
1.
Penguatkuasaan undang-undang
2.
Kempen kesedaran
3.
Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
4.
Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat)
5.
Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
6.
Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)

CONTOH JAWAPAN:

Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman


kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik
yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan
peribadiseseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan
oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup
mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini
sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan
kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal
diterima kelak.
Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga
merupakan faktor utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap
dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas
golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara
berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan
golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.
Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah
ini sepertimemperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini
bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan
rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar
mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui
langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak
di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani
gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan
lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka.
Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan
pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar
semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan
ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan
menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus
membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan sematamata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.
Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi
membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah.
Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa
rasuah.

Anda mungkin juga menyukai