Anda di halaman 1dari 13

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BADAN

BERUNIFORM KELAB SILAT 2021:

SEJARAH SENI SILAT DI


MALAYSIA

Nama : ISYHAD MU’AMMAR BIN ISMAIL


No Maktab : CP112043
Kelas : 1F
Nama Sekolah: MRSM TUN ABDUL RAZAK
Nama Guru Penasihat : CIKGU SITI ZUHAIDAH BT ZAKERIA

1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 4
3. Hasil Kajian 5-7
4. Kesimpulan 8
5. Lampiran:
Lampiran 1 9
Lampiran 2 10
Lampiran 3 11
Lampiran 4 12
6. Rujukan 13

2
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim….

Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnian-Nya kerana telah mengizinkan saya untuk menjalankan
kajian seni silat dan seterusnya menyiapkan kajian ini dengan sebaiknya pada masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Pengetua MRSM Tun Abdul Razak, Yang Berbahagian Dr. Nik Jasmi bin Nik Yaakob kerana sokongan dan
galakan kepada saya sepanjang saya melakukan tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang tanpa kenal penat lelah memberi semangat, dorongan, galakan dan tunjuk ajar
sepanjang saya melakukan tugasan folio ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong di MRSM Tun Abdul Razak dan responden-responden yang sudi
memberikan kerjasama di dalam kajian folio ini.
Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada guru penasihat seni silat saya iaitu Cikgu Siti
Zuhaidah binti Zakeria kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa membuat tugasan ini.
Seterusnya, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada barisan para guru di MRSM Tun
Abdul Razak yang telah membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menghasilkan folio ini. Tidak
lupa juga ucapan terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang telah membantu saya menyiapkan folio
ini. Siapalah diri ini untuk terus maju dan teguh berdiri di puncak kejayaan tanpa sokongan dan bantuan kalian
semua.

. Terima Kasih

3
PENDAHULUAN

Saya memilih ‘sejarah seni silat di Malaysia’ sebagai tajuk folio saya yang diberikan selama
tempoh 3 minggu untuk disiapkan oleh Persatuan Silat Gayong MRSM Tun Abdul Razak untuk
menyiapkan kajian folio ini. Saya membuat kajian folio ini dengan cara mengumpulkan maklumat yang
diperolehi dari guru, kawan-kawan dan melalui pautan media eletronik serta media cetak. Saya membuat
folio yang lengkap ini secara individu. Kajian folio ini meliputi iaitu:

Objektif Umum

a) Menambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah seni silat di Malaysia.

b) Memenuhi kehendak dan keperluan kajian folio.

c) Membina tanggungjawab dalam diri sendiri sebagai pelajar.

Objektif Khas

a) Memberi latihan kemahiran dalam menyediakan folio.

b) Menyediakan kertas kajian folio mengikut format yang betul.

Objektif Yang Terlibat Dalam Kajian Folio

a) Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat


tentang tajuk esei yang dipilih.

b) Memberi sumbangan kepada sekolah sebagai seorang warga sekolah.

4
Hasil Kajian

Sejarah Awal

Asal-usul Silat sukar dijelaskan dan dipercayai berusia ribuan tahun. Ia digunakan sebagai
sistem pertahanan untuk kerajaan Langkasuka, Champa, Srivijaya, Beruas, Melaka, Makassar,
Aceh, Majapahit, Gangga, Pattani dan kerajaan lain di Asia Tenggara. Silat tidak boleh dituntut
sebagai warisan negara kerana sejarahnya merangkumi seluruh Nusantara. Menurut bukti
sejarah yang terdapat di kuil Chandi Borobudur dan Prambanan di Jawa, dapat disimpulkan
bahawa bentuk seni mempertahankan diri ini wujud di Kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan
bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi
Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa, dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud sistem
bela diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi. Bermula dari kepulauan Riau,
sistem bela diri ini dikatakan merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di Sumatera, sistem bela diri
ini diperhalusi lagi dan dikenal sebagai Pencak Silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh kerajaan
Srivijaya (abad ke-7 hingga abad ke-14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman
kekuasaan Majapahit (abad ke-13 hingga abad ke-16), ilmu silat dikatakan telah mencapai
kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Pencak silat adalah seni perang yang telah diamalkan oleh orang Melayu sejak dahulu
kala. Pengetahuan ini disimpan dan disampaikan kepada generasi muda oleh guru pencak silat
yang mengembangkan seni ini dari satu generasi ke generasi yang lain. Silat adalah seni
mempertahankan diri dari Indonesia dan telah diakui oleh UNESCO yang juga tersebar luas ke
negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Vietnam, Brunei Darussalam, dan Singapura.

Sejarah pengembangan seni silat di Semenanjung Tanah Melayu

Ianya bermula dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu


melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan
istana sahaja diberikan peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke
pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi suatu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah
(Bapa Persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung
Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).
5
Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pengajar atau guru silat digelar
jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.
Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran ‘maha’ hanya
sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar
menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Seni silat mempunyai pakaian
yang khusus contohnya seperti di Lampiran 1.

Di Tanah Melayu waktu itu terdapat pelbagai seni persilatan di antaranya Silat Cakar
Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat gayong maarifat, Silat Keris Lok Sembilan,
Silat Gayung Pusaka, Silat Seni Gayong, Silat Lian Padukan dan lain-lain lagi. Sehingga pada
abad ke-19, sejarah telah menunjukkan bahawa pendidikan silat terus berkembang dan
sehinggakan ada pesilat yang berjaya menjadi pemimpin perang Melayu menentang penjajah
seperti Mat Kilau, Dato 'Bahaman, Dato' Sago, Tok Janggut, Raja Haji, Mat Salleh dan sebagainya
.
Penggunaan pelbagai senjata dalam seni persilatan

Antara senjata Jawa-Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,
badik, kerambit, parang, pedang, lading, tumbuk lada, tekpi, tongkat, tembong tombak,cindai,
kapak, sabit dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan
menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara amnya,
sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah
satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan
ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi
sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian
yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata
yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu. Gambar senjata seni silat seperti di Lampiran 1.

Sejarah seni silat di era moden

Selepas kemerdekaan (1957) terdapat ratusan sekolah Silat di Malaysia. Kerajaan di


Malaysia telah mengarahkan pengamal silat untuk mewujudkan kesatuan silat dan
mendaftarkannya untuk tujuan memupuk, menyusun dan mengurus silat yang lebih baik.
Cadangan itu diterima dengan baik, jadi beberapa kumpulan silat didaftarkan. Di sinilah
bermulanya bentuk pelbagai nama untuk aliran seni mempertahankan diri kerana setiap pendaftar
mesti mempunyai nama kumpulan mereka sendiri.
6
Disebabkan terdapat terlalu banyak pertubuhan silat dan sukar bagi kerajaan untuk
mengawalnya, maka kerajaan telah mencadangkan untuk mewujudkan 1 persatuan tunggal bagi
mewakili semua pertubuhan seni silat. Pada tahun 1978, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan Malaysia pada masa itu berusaha untuk menubuhkan badan atau gabungan peringkat
negara yang dapat mengembangkan silat dengan lebih berkesan, maka Majlis Seni Silat Malaysia
(1983) dibentuk. Kemudian, majlis tersebut ditukar menjadi nama baru, iaitu Persatuan Silat
Kebangsaan Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada tahun 1986. Carta
alir PESAKA seperti di Lampiran 2.

PESAKA Malaysia telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh empat anggota badan
pengasas PESAKA Malaysia, iaitu Seni Gayong Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia,
Silat Lincah Malaysia dan Silat Pipi Malaysia. Carta alir Gayong Fatani seperti di Lampiran 3. Ini
bermaksud bahawa semua seni mempertahankan diri telah disatukan di bawah PESAKA
Malaysia. Lambang pesaka seperti di Lampiran 4.

7
KESIMPULAN

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kajian folio sejarah ini tepat pada masa yang
telah ditetapkan. .Ketika menjalankan tugasan ini, banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang
telah saya pelajari.

Silat Melayu mempunyai sejarah yang panjang dengan pelbagai bentuk dan gaya. Keaslian dan
pergerakannya diabadikan dengan dikaji dan diturunkan dari generasi ke generasi. Ini adalah identiti
masyarakat Melayu dan hanya dapat disimpan dengan mempelajarinya dan mempraktikkannya. Jika
tidak, ia akan hilang dan dikenali hanya dengan tulisan dan gambar.

Silat merupakan suatu ilmu yang diajar cara mengusai diri. Seorang ahli beladiri yang baik memiliki
perasaan yang halus dan rasa perikemanusiaan tinggi. Ia tidak enggan untuk memaafkan seseorang
yang telah mengakui dan menyedari kesalahannya

8
Lampiran 1

Pakaian khas bagi seseorang pesilat

Pelbagai jenis senjata yang digunakan oleh pesilat


9
LAMPIRAN 2

Carta Alir: Organisasi PESAKA MALAYSIA

10
LAMPIRAN 3

Carta Alir: Sejarah Silat Gayong Fatani di Malaysia

11
Lampiran 4

Lambang Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA)

12
RUJUKAN

Buku

Abd Rahman Ismail, 2009, Seni Silat Melayu : Sejarah Perkembangan dan Budaya. Dewan
Bahasa Pustaka. ISBN 9789836299345.
Anuar Abd Wahab, 1992, Teknik dalam Seni Silat Melayu. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN
9836229108.
Sheikh Shamsuddin, 2005, The Malay Art Of Self-defense: Silat Seni Gayong. North Atlantic
Books. ISBN 1-55643-562-2.

Internet
Jenis-jenis Senjata Silat
https://senjatasilatlintauppsslm.files.wordpress.com/2011/02/jenis-jenis-senjata-melayu1.jpg
Sejarah Silat
https://en.wikipedia.org/wiki/Silat
Sejarah Silat
http://psscm-cjdt.org/arkib-artikel/119-artikel-seni-silat-sebagai-sebuah-institusi-pendidikan.html

13

Anda mungkin juga menyukai