Anda di halaman 1dari 8

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak.


Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:1. Ngajat Induk
2. Ngajat Bebunoh
3. Ngajat Lesong
4. Ngajat Semain
5. Ngajat Berayah
6. Ngajat "Ngemai antu pala"
Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak. Ngajat bagi
orang-orang Iban adalah tarian yang di tarikan ketika menyambut Gawai
orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman
dulu
ia
ditarikan
selepas
mereka
kembali
dari
berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisional seperti 'sirat', 'gagung' atau baju
burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
Gagung adalah sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit
haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang
dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari,
gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang
menyambut Hari Gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi cara dan gerak tari tarian ini ialah penari akan memegang perisai
kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan
dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang,
tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
Ngajat adalah antara tarian orang ulu yang begitu terkenal dewasa ini.
Terdapat banyak jenis tarian Ngajat orang ulu, antaranya adalah tarian Ngajat

solo,

berpasangan

dan

Ngajat

secara

berama-ramai.

Sebagai sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak, tarian
ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai Kenyalang. Pada suatu
waktu dulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang dikatakan antara yang
paling bengis di Sarawak, diraikan dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempamerkan pergerakan yang tangkas di sepanjang
persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional yang panjang dan
memegang
sebuah
perisai
panjang
yang
berukir.
Kini persembahan tarian tradisional yang dulunya hanya dapat dinikmati ketika
perayaan Gawai dan musim menuai kini sudah diperkembangkan dan
dikomersialan untuk tujuan memperkukuhkan sektor pelancongan dan
memperkasakan
budaya.

Tarian Sumazau

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat
terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau
Kaamatan yang bermaksudHari Penuaian yang dirayakan di
negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang
yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai.
Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa
sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang
ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan
menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah
semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan
dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan
iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan
satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong
Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan
dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki
dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki
dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut

irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik
seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari
keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk
menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan
pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan
biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak
menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi
dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada
duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di
samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlismajlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang
kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak
mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut
tanpa memakai pakaian tradisional hitam

Tarian Zapin

Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian
Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat
dan tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima
puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam
dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini
memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara
realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan
masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang
berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacaraupacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari
segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor
walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih
kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan
mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps
yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu
penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari
zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha
individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan
mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka
keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Tarian Mak Inang

Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini
amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini.
Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya
oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian.
Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua
dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada
Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan
dan mempunyai kualiti persembahan istana.
Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.
Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden
tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan
perkahwinan

Anda mungkin juga menyukai