Anda di halaman 1dari 111

KANDUNGAN

HALAMAN TAJUK

i-iv

ISI KANDUNGAN

1-3

PENGHARGAAN

SINOPSIS

PENGENALAN
1.Latar belakang kajian

2.Tujuan dan bidang kajian

10

3. Kaedah penyelidikan

12

4. Masalah

15

5. Ulangkaji sastera yang dihasilkan mengenai Boria

17

6. Pendekatan teori

19

7. Organisasi kajian

21

BAB
1

SEJARAH

1.0 Pengenalan

22

1.1 Sejarah Asal Usul Boria

22

1.2 Kemasukkan Boria ke Tanah Melayu

24

1.3 Asal usul Perkataan Boria

25

1.4 Perkembangan Boria Mengikut Zaman

26

1.4.1 Peringkat Pertama

26

1.4.2 Peringkat Kedua

30

1.4.3 Peringkat Ketiga

32

1.4.4 Peringkat Keeempat

36

1.4.5 Peringkat Kelima

39

II KUMPULAN BORIA
2.1 Struktur Organisasi Kumpulan

44

2.2 Cerita dan Lakonan

45

2.3 Tarian

47

2.4 Latar Belakang Kumpulan Boria (Anak Tanjung)

50

2.5 Kumpulan Boria yang masih Aktif di Pulau Pinang

61

2.6 Tokoh Boria

66

2.7 Tokoh Boria Generasi Baru

68

III PERALATAN MUZIK BORIA


3.0 Pengenalan

71

3.2 Membranofon

73

3 Kordofon

79

3.4 Erofo

81

3.5 Idiofon

82

3.6 String

85

3.7 Alat Brass

87

3.8 Alat Elektrik

88

3.9 Woodwind

89

IV NYANYIAN
4.1 Pendahuluan

90

4.2 Tukang Karang

90

4.2.1 Sailor

91

V KOSTIUM DAN PROPS DALAM BORIA


5.1 Pendahuluan

93

5.2 Pakaian

93

VI ANALISIS TEKS / STRUKTUR TEKS


6.1 Pendahuluan

95

6.2 Senikata Lagu- Lagu Boria

95

VII KESIMPULAN

102

X PENUTUP

103

XI TOKOH-TOKOH BORIA

105

LAMPIRAN

106

BIBLIOGRAFI

107

PENGHARGAAN
Bersyukur kehadrat Allah SWT, atas izin-NYA maka selesai sudah projek khas ini iaitu
PENULISAN DESKRIPTIF: BORIA
Sesungguhnya pengalaman yang dilalui dalam menyiapkan amanah ini merupakan
azimat berharga buat diri saya di hari muka. Bermula dengan bimbingan dan tunjukajar dari
pensyarah penasihat merangkap Ketua Unit Muzik Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Encik
Johar b. Hj.Jonid, serta sokongan rakan-rakan sekuliah, Kursus Sijil Perguruan Khas( KSPK)
Muzik Ambilan Julai 2005/2006.
Setinggi-tinggi penghargaan di ucapkan kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Pulau Pinang, Encik Bashri Ali Anas atas kerjasama yang diberikan dalam
mendapatkan bahan-bahan berkaitan Boria. Terima kasih yang tidak terhingga buat Encik
Abdullah b. Darus, aktivitis Boria sepanjang zaman Pulau Pinang merangkap yang DiPertua
Gabongan Boria Pulau Pinang dan Seberang Prai, serta Tuan Syed Agil b. Syed Ahmad aktivitis
boria kontemperari yang merupakan pengasas boria Anak Tanjung kerana banyak memberi
imformasi, gambar, pamplet, poster, cakera padat, lagu-lagu boria, kertas kerja dan juga jadual
aktiviti Boria Pulau Pinang. Sesungguhnya bahan-bahan tersebut merupakan intipati utama buat
saya menyiapkan projek khas ini.
Semoga Allah membalas jasa baik mereka yang sudi membantu dalam menyiapkan
Projek Khas ini. Akhir kata di harapkan tesis ini akan dijadikan bahan rujukan untuk generasi
akan datang serta terus menyuburkan kecintaan khalayak terhadap Boria.
Dari saya yang menyanjungi warisan seni,

FAIZAH MUSA )

SINOPSIS
Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah perkembangan Boria pada masa
kini, khususnya di Pulau Pinang. Fokus kajian adalah pada sejarah serta peringkat perkembangan
Boria mengikut zaman. Di samping itu juga kajian juga membincangkan mengenai keunikan
serta keistimewaan Boria itu sendiri. Dalam menjayakan kajian ini penulis juga telah
menggunakan pelbagai kaedah bagi mendapatkan maklumat tentang Boria.

Dalam menentukan hala tuju Boria itu sendiri, penulis juga sempat menemuramah beberapa
orang tokoh Boria yang mempunyai ilmu, pendapat serta pengalaman yang luas dalam bidang
ini. Secara di teliti dan dihalusi sememangnya muzik Boria ini semakin di lupakan walaupun
masih ada golongan aktivisnya yang masih aktif.

Disamping itu, dalam kajian penulisan ini penulis juga ada membincangkan alat-alat muzik
yang terdapat dalam Boria, walaupun ia kini tidak lagi menggunakan alat muzik secara live
namun begitu muziknya tetap menggunakan pelbagai jenis alat muzik. Persembahan Boria kini
kebanyakkannya menggunakan minus one

Kaedah atau cara persembahan Boria juga di ceritakan dalam penulisan ini. Boria
menggunakan kaedah atau cara persembahan yang menyelitkan sketsa, nyanyian dan tarian. Oleh
itu persembahannya menjadi lebih meriah dari persembahan tradisional yang lain. Dalam masa
yang sama mesej juga dapat di sampaikan.

Dalam penulisan ini juga penulis mengenengahkan tokoh-tokoh Boria yang lahir dalam
zaman yang berbeza, iaitu golongan muda dan veteran. Pendapat-pendapat mereka ini telah
dijadikan sebagai kesimpulan apa sebenarnya yang berlaku pada Boria pada masa kini. Namun
mereka mempunyai hala tuju yang sama iaitu ingin memartabatkan Boria di arena antarabangsa.

PENGENALAN
1. LATAR BELAKANG KAJIAN
Muzik bagaikan satu keperluan dalam kehidupan kita seharian. Untuk itu ramai di
kalangan seniman dan para pencinta seni telah melahirkan pelbagai jenis corak dan irama
muzik yang susunan muzik dan melodinya yang secara tidak langsung dapat menyentuh jiwa
dan nurani pendengar, tidak kira yang berupa irama rancak ataupun yang sederhana. Ini
secara tidak langsung telah mempelbagaikan lagi corak irama serta melodi dalam seni muzik
di negara kita.

Malaysia khususnya, sememangnya kaya dengan keseniannya yang tersendiri. Sama ada
muzik asli mahupun yang telah di bawa dari negara luar. Boria merupakan sejenis teater tradisi
yang amat popular di Pulau Pinang. Ia juga mempunyai pengisian dua segmen iaitu bahagian
pengenalan yan di mulakan dengan sebuah lakonan sketsa iaitu, yang mempunyai mesej, nasihat
yang berunsurkan humor. Manakala untuk segmen berikutnya berunsur persembahan
merangkumi nyanyian, muzik dan tarian. Unsur-unsur ini diolahkan menjadi keseluruhan
persembahan yang mempunyai struktur yang istimewa. Kedua-dua segmen ini saling beriringan
dalam menentukan kualiti sesuatu persembahan.

Pada asalnya sketsa boria ini hanyalah dilakonkan oleh kaum lelaki sahaja, yang mana
watak wanita pada ketika itu dilakonkan oleh orang lelaki yang memakai pakaian wanita dan
suaranya diubah nada suaranya seperti suara wanita. Namun begitu dari masa ke sesama
persembahan Boria telah bertukar corak dan peserta terdiri dari kaum lelaki dan perempuan.
Lakonan dalam Boria pula menampilkan cerita-cerita sejarah, isu-isu kemasyarakatan dan
sebagainya. Ini secara tidak langsung, ianya merupakan satu perantara (medium) hiburan yang
mempunyai mesej, pendidikan, nasihat dan sensitivity tersendiri. Biasanya jumlah pelakon yang
melakonkan watak-watak tidak terhad dan mengikut keperluan sesuatu jalan cerita.

Selesai sahaja bahagian pengenalan barulah diikuti dengan kumpulan Boria (sailor)
masuk ke pentas dengan gerak langkah tertentu. Mereka diikuti oleh Tukang Karang iaitu orang
penting yang akan mengendali dan mengetuai persembahan. Nyanyian selalunya akan dimulakan
dengan solo oleh Tukang Karang sambil menghayunkan tongkat atau baton ke kiri dan kanan
yang kemudiannya diikuti oleh nyanyian beramai-ramai atau korus pihak penari (sailor) sambil
menari serentak dan seragam dengan gerak langkah tertentu mengikut formality langkah tari
boria serta mengikut kesesuaian lagu yang dipilih. Pola lantainya ditentukan oleh sesuatu
kumpulan boria dengan kreativiti tersendiri. Pada akhir persembahan, biasanya Tukang Karang
akan keluar dahulu diikuti dengan sailor serta diiringi muzik sama seperti muzik masuk tadi,
keluar dari pentas.

Keunikkan Boria ini ialah ianya meliputi tiga bahagian yang berbeza dalam satu-satu
persembahan. Seperti mana dijelaskan diatas tadi, yang mana bermula dari lakonan sketsa,
nyanyian dan diakhiri dengan tarian. Ianya tidak berjalan serentak tetapi setiap bahagian
mempunyai kesinambungan cerita yang hendak disampaikan. Dimana pakaian para sailor yang
akan menarikan tarian mempunyai kaitan dengan mesej yang hendak disampaikan.

Menyentuh bahagian ensemblenya pula, ternyata berbeza antara dahulu dan sekarang.
Dahulu alat muzik Boria hanya terhad kepada 4 alat sahaja, iaitu violin sebagai melodi utama,
gendang India memainkan rentak, gitar dan mandolin. Apabila berlakunya perkembangan maka
alatannya semakin bertambah ( kugiran), dan kini kebanyakkan persembahan Boria
menggunakan minus one sahaja.

2 TUJUAN DAN BIDANG KAJIAN


Dalam zaman era siber ini, muzik tradisi semakin dilupakan, generasi kini lebih
terdorong kepada irama muzik dari luar. Oleh kerana itu sebagai generasi terdahulu
sewajarnyalah kita mengenengahkan kesenian muzik tradisional masyarakat kita sendiri. Ianya
juga bukan sahaja perlu dijaga dan di sanjung malah juga perlu dihayati oleh setiap generasi kini,
agar ia tidak luput dan pupus begitu sahaja.

Antara tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menghargai kesenian tradisi warisan
kita iaitu BORIA. Hal ini bertujuan memelihara seni tradisi ini agar terus dikenali serta dihargai
oleh seluruh generasi yang akan datang. Di samping itu tujuannya adalah untuk memartabatkan
Boria itu sendiri pada kaca mata masyarakat tentang keunikan dan keindahan Boria yang berbeza
dengan genre warisan tradisi yang lain.

Walaupun ada diantara penulis-penulis dan para aktivitis Boria membuat kertas kerja,
seminar dan sebagainya tentang arah tujuan Boria ini, namun diharapkan penulisan ini sedikit
sebanyak dapat membantu memperkayakan lagi khazanah dan maklumat mengenai Boria ini.
Diharapkan jua penulisan ini dapat pelbagaikan lagi bahan tentang Boria yang sedia ada dalam
simpanan, di samping dapat memberikan semangat pada generasi muda untuk membuat kajian
seterusnya dalam muzik Boria ini.

10

Terkini, Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau Pinang dalam usaha
memartabatkan Muzik Boria dengan mengadakan Simposium Boria yang bertempat di Pulau
Pinang baru-baru ini. ( Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau
Pinang, Encik Bashir bin. Ali Anas).

11

3. KAEDAH PENYELIDIKAN

Dalam proses pengkajian BORIA ini, pelbagai kaedah telah digunakan untuk mengumpul
dan mendapatkan maklumat. Mencari maklumat agak mudah kerana terdapat banyak bahan
bertulis tentang Boria, tetapi untuk mendapatkan maklumat secara lisan amat sukar kerana sudah
tidak ramai aktivitis Boria yang masih aktif, dan ada juga di antara tokoh-tokoh Boria yang telah
meninggal dunia dan terlalu uzur.

Penulis telah mendapatkan maklumat di beberapa buah perpustakaan. Antaranya ialah


Perpustakaan Maktab Perguruan Batu Pahat, Perpustakaan Awan Pusat Bandar, Pasir Gudang,
Perpustakaan Awam Taiping, Perak dan Perpustakaan Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Perak
dan Pejabat Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau Pinang. Namun begitu ada di antara
perpustakaan yang dikunjungi tidak mempunyai banyak bahan yang diperlukan, tetapi ada juga
di antara perpustakaan yang dikunjungi ini telah membekalkan bahan- bahan Boria yang
menepati tujuan pencarian maklumat. Dengan kata lain sememangnya bahan untuk penulisan
Boria ini agak mudah untuk di cari.

12

Kaedah kedua ialah melalui carian dari laman-laman web khususnya berkaitan dengan
sejarah awalnya, asal usul kedatangan Boria, sejarah alat muziknya, peringkat-peringkat zaman
perkembangannya dan beberapa bahan lain yang dapat membantu dalam menghasilkan penulisan
ini.

Kaedah ketiga ialah dalam bentuk rakaman iaitu dengan membeli cakera padat lagu
lagu Boria Anak Tanjung, dengan tujuan membezakan Boria tradisional dan Boria kontemperari.
Selain itu juga pihak Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau Pinang juga turut
memberi cakera padat yang memuatkan persembahan-persembahan Boria yang masih aktif di
Pulau Pinang melalui rakaman dari pertandingan-pertandingan Boria yang telah dianjurkan.
Disamping itu juga rakaman temubual dengan tokoh- tokoh Boria turut menyumbang dalam
kaedah ini.

Akhir sekali ialah melalui kerja lapangan, iaitu dengan menemubual beberapa orang
tokoh Boria. Pelbagai temujanji telah diatur dengan tokoh-tokoh Boria. Mereka telah
memberikan kerjasama serta komitmen yang tinggi sepanjang temujanji diadakan. Temujanji
telah dijalankan, iaitu bersama dengan Encik Bahsri b. Ali Anas ( Timbalan Pengarah Jabatan
Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau Pinang) Jabatan Kebudayaan Kesenian dan
Warisan Pulau Pinang, pada 22 Disember 2005 padad jam 10 pagi hingga 11.30 pagi. Tokoh
seterusnya iala Encik Abdullah b. Darus ( Aktivis Boria merangkap Yang Dipertua
Gabongan Boria Pulau Pinang dan Seberang Prai) di kediaman belia Tokoh yang ketiga

13

sempat ditemubual ialah Tuan Syed Agil b. Syed Ahmad ( Pengurus Pasukan Boria Anak
Tanjung) Aktivis Boria Kontemperari bertempat di Astaka Flat Kampung Melayu.

14

4. MASALAH

Untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam penulisan Diskriptif ini bukanlah
merupakan satu tugas yang mudah. Banyak masalah serta halangan dan juga rintangan yang
terpaksa dilalui. Antara masalah yang dihadapi ialah masalah untuk mencari tokoh Boria yang
masih aktif. Seperti mana yang diketahui sememangnya orang yang terlibat dengan Boria
memang ramai , tetapi apa yang menjadi masalah ialah bagaimana untuk mendapatkan tokoh
Boria yang benar-benar arif dan hebat dalam Boria. Dalam pada itu seorang rakan telah
memberikan idea agar berhubung terus dengan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau
Pinang, di situlah penulis mendapatkan maklumat tentang tokoh Boria yang masih aktif di Pulau
Pinang. Untuk mendapatkan maklumat tentang tokoh-tokoh Boria ini penulis telah melayari
laman web yang berkaitan. Melalui bahan tersebut juga telah membantu penulis untuk bertemu
dengan tokoh-tokoh yang berkaitan.

Kerja lapangan yang dijalankan juga agak bermasalah, iaitu semasa sesi temubual
dijalankan di Pejabat Kebudayaan Kesenian dan Warisan Pulau Pinang, dalam sesi temubual
bersama Timbalan Pengarah, Encik Bashir b. Ali Anas, beliau tidak membenarkan gambarnya
diambil dan temubual itu dirakam. Walaupun begitu penulis cuba memberikan pelbagai alasan
yang relevan namun ianya tidak berhasil. Oleh kerana itu penulis tidak dapat mempamerkan
gambar beliau walaupun sekeping di dalam hasil kajian ini. Apa pun juga penulis amat
menghargai budi baik beliau yang sudi memberikan kerjasama, walaupun sebelum ini penulis
tidak membuat sebarang janji temu bersama beliau.

15

Jadual kuliah yang ketat diantara jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang juga menimbulkan
masalah pada penulis untuk mendapatkan bahan. Ini adalah kerana pada setiap hari Sabtu
kebanyakkan pusat sumber tidak beroperasi. Dalam hal ini penulis juga menghadapi masalah
untuk mendapatkan maklumat dari tokoh, kerana ia memerlukan masa yang panjang dan melalui
pelbagai prosedur yang agak merumitkan. Untuk itu pengurusan masa amatlah penting dalam
menjalankan kajian penulisan ini, terutama dalam mengatur masa untuk bersama-sama tokoh
yang ingin di temui. Cuti persekolahan akhir tahun menjadi agenda utama untuk menjalankan
kajian bersama sesi temubual bersama tokoh.

16

5. ULANGKAJI SASTERA YANG DIHASILKAN MENGENAI BORIA

Bahan bahan yang diperoleh dalam penulisan Diskriptif ini ialah menerusi Kertas Kerja
yang dihasilkan oleh Encik Abdullah b. Darus, Yang DiPertua Gabungan Boria Pulau Pinang dan
Seberang Prai. Buku tentang Boria Pulau Pinang yang di terbitkan oleh Jabatan Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Pulau Pinang juga banyak membantu penulis dalam menyiapkan kajian
penulisan ini. Maklumat berbentuk penulisan ilmiah ini disalin sebagai bahan mentah dan
kemudian diproses untuk dijadikan maklumat utama dalam penulisan diskriptif ini.

Selain bahan ilmiah tersebut terdapat juga sumbangan lirik-lirik lagu Boria yang
dihasilkan oleh Encik Abdullah b. Darus dan Tuan Syed Agil b. Syed Ahmad, sebagai maklumat
tambahan yang diperoleh. Keunikan lirik-lirik tersebut di mana ia di tulis berdasarkan tema
sesuatu pertandingan atau perayaaan yang akan dipersembahkan oleh Kumpulan Boria tersebut.
Sumber maklumat yang diperoleh bukan sahaja bahan bercetak tetapi juga secara lisan
yang didapati menerusi temubual dengan Encik Abdullah b.Darus seorang aktivis veteran dalam
Boria, dan juga Tuan Syed Agil b. Syed Ahmad, seorang aktivis Boria Kotemperari yang juga
merupakan Pengurus Kumpulan Boria Anak Tanjung. Kesemua hasil sastera ini telah membantu
dalam melengkapkan penulisan diskriptif ini. Maka dengan adanya pelbagai bahan sastera yang
berbeza latarbalakangnya ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada perbezaan

17

pendapat serta bahan yang diperoleh, dan apabila disusun serta diperkemaskan lagi, maka
lengkaplah tesis ini sebagai satu kajian penulisan yang diinginkan. Insyaallah.

18

6. PENDEKATAN TEORI

Penulisan Diskriptif Muzik Boria ini lebih mengkhususkan kepada cabang alat dalam
ensemble muzik dalam Boria itu sendiri.

6.1 KLASIFIKASI ALAT MUZIK

Curt Sach dan Eric Von Hornbostel iaitu seorang warga Belanda, telah mengkategorikan
alat-alat muzik mengikut kategorinya yang tertentu. Oleh yang demikian penulis telah
menggunakan sistem yang sama untuk mengkategorikan alat-alat muzik Boria dalam penulisan
ini. Alat - alat muzik Boria ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori alat misalnya gendang dan
marwas dari keluarga membranofon, violin dan gambus dari keluarga kordofon, dan harmonium
dari keluarga erofon. Disamping alat muzik tradisional, terdapat juga alat muzik moden yang
terdiri dari gitar, drum, kibod dan lain-lain lagi juga memainkan peranan dalam persembahan
kumpulan Boria. Pengabungan pelbagai alat ini menghasilkan satu kumpulan muzik yang unik
dan hebat dalam persembahan Boria.

Pengabungan kesemua alat ini bukan sahaja menunjukkan kehebatan muzik serta
melodinya malah corak iramanya juga menjadi pelbagai dan meriah dalam sesebuah
persembahan Boria itu. Boria yang asalnya menggunakan hanya beberapa alat sahaja,

19

mengalami perkembangannya sehingga terbentuk kugiran dalam persembahan. Ia juga telah di


minus one dengan tujuan menjimatkan ruang pentas untuk persembahan

6.2 SENIKATA DAN MESEJ

Kelainan Boria dengan genre tradisional yang lain, dimana dalam Boria ia
mengabungkan sketsa, nyanyian dan tarian berdasarkan satu tema dan mesej yang hendak
disampaikan. Pada masa dahulu Tukang karang menyanyikan lirik lagu secara spontan, tanpa
teks lagu berdasarkan tema yang dikehendaki oleh pihak penganjur. Begitu juga dengan sketsa
yang memerlukan kepetahan dan kepintaran untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada
penonton. Berdasarkan idea spontan dan tema yang telah ditetapkan. Dalam skesta Boria ini juga
pelbagai tema dan mesej yang akan di ketengahkan. Ini memerlukan kemahiran pelakon sketsa
dan tukang karang itu sendiri.

Pelbagai jenis tema yang di utarakan dalam satu persembahan Boria itu. Antaranya ialah
tema masyarakat, tentera, kemerdekaan, dan ada juga unsur sindiran dalam sesebuah sketsa
Boria itu. Senikata Boria selalunya antara 16 rangkap sahaja. Namun ia tidak terikat pada 16 itu
sahaja, terpulang pada pengarang untuk menulis seberapa banyak yang termampu. Muzik Boria
ini mempunyai rentak yang pelbagai dan agak bebas. Antara rentak yang sering dimainkan ialah
rentak dangdut, hindustan, masri, cha-cha, 60an, joget dan juga rentak-rentak lain yang moden
dan terkini, asalkan ia sesuai dengan lagu yang hendak dinyanyikan. Semuanya bergantung

20

kepada kreativiti serta cara dan mesej yang hendak disampaikan ( Tn. Syed Agil, Pengurus
Kumpulan Boria Anak Tanjung). Hal ini akan di sentuh dengan lebih mendalam lagi dalam bab
yang mengkhususkan kepada teks lagu.

7. ORGANISASI KAJIAN.

Sebagai satu usaha untuk melengkapkan kajian penulisan ini, organisasi kajian telah di
pecahkan kepada cabang-cabang khusus seperti topik dan sub topik. Ini adalah semata-mata
untuk memudahkan pembaca untuk lebih memahami serta menghayati isi kandungan di dalam
penulisan ini dan dalam masa yang lainnya pula pembaca hanya perlu merujuk kepada topiktopik tertentu sahaja mengikut keperluan. Pecahan-pecahan topik tersebut dirumuskan seperti
dibawah ini.

21

BAB 1: SEJARAH
1.0 Pengenalan
Boria merupakan sejenis teater tradisi yang amat popular di Pulau Pinang. Ia juga
mempunyai pengisian dua segmen iaitu bahagian pengenalan yan dimulakan dengan sebuah
lakonan sketsa iaitu bahagian pengenalan yang dimulakan dengan sebuah sketsa yan mempunyai
mesej,nasihat yang berunsurkan humor. Manakala untuk segmen berikutnya berunsur
persembahan merangkumi nyanyian, muzik dan tarian. Unsur-unsur ini diolahkan menjadi
keseluruhan persembahan yang mempunyai struktur yang istimewa. Kedua-dua segmen ini
saling beriringan dalam menentukan kualiti sesuatu persembahan.
1.1 Sejarah Asal-Usul Boria
Secara umumnya asal permainan Boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu
peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Hussien r.a, putera kepada Saidina Ali (cucu kepada
Nabi Muhamad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin. Abi Sufian. Kematian Saidina Hasaan
dan Hussien r.a yang penuh tragik itu di peringati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara
perkabungan tahunan khususnya pada setiap 10 Muharam diperkuburannya. Dalam upacara
tersebut diadakan berbagai peristiwa berdarah, termasuk syair yang digubah dalam nyanyian
beramai-ramai, mengikut kumpulan masing-masing dari pelusuk rantau daerah, dengan bendera
putih yang disimbahkan warna, peristiwa ini dikenali sebagai Taziya. (Buku Sejarah dan
Perkembanagan Boria Pulau Pinang-Terbitan Kementerian Kebudayaan, Kesenian &
Pelancongan Malaysia -, Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Pulau Pinang).

22

Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat hati itu.
Seorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hassan dan Hussein R.A
dikepung musuh. Bekalan air dan makanan disekat untuk melemahkan Saidina Hassan dan
Hussein R.A. Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan cucu Rasullullah S.A.W
itu, pengikut-pengikut kaum Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan
dengan sekuat hati sehingga berdarah. Kaum Syiah mengganggap perbuatan ini sebagai satu
jalan dan hukuman untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina Hassan dan Hussein
R.A menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyan bin Abi Sufian. Untuk acara akhir
pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa lambang tangan dan mengibarkan
bendera bendera berwarna merah di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hassan dan Hussein
R.A.

Manakala di Pulau Pinang , perihal bendera merah dan putih ini pada masa itu merupakan
lambang-lambang yang mewakili kumpulan-kumpulan Boria tertentu yang terdapat di Pulau
Pinang. Sejajar dengan peristiwa Taziya itu, kumpulan-kumpulan boria ini saling bersaing
diantara satu sama lain. Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa
ke semasa. Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Saidina
Hassan dan Hussein R.A malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat
dalam kitab Taurat, Injil serta rakyat dari Timur. Para pengikut mulai berlakon agar dendangan
syair menjadi lebih reaslistik. Mereka akan melakonkan babak tertentu sejajar dengan syair yang
didendangkan dalam persembahan.

23

Apabila gerakan Syiah bertukar menjadi pertubuhan yang berbaur politik, teater ini
dijadikan tempat mereka mencari pengaruh. Sambutan hebat didapati di merata tempat setiap
kali di adakan persembahan. Golongan kaya atau tauke pula membiayai kos persembahan serta
mengedarkan makanan dan mimuman secara percuma untuk menarik perhatian orang ramai.
Oleh sebab itulah teater ini dikatakan turut berkembang selari dengan perkembangan fahaman
Syiah. Dimana saja terdapat kaum Syiah teater ini pasti wujud. Maka berkembanglah teater ini
ke Parsi, India dan seterusnya berjalan masuk ke Semenajung Malaysia terutama di Pulau
Pinang.

1.2 Kemasukan Boria Ke Tanah Melayu


Permainan Boria ini mula dibawa oleh orang-orang India-Muslim yang berfahaman Syiah ke
Tanah Melayu dan mula bertapak di Pulau Pinang iaitu sekitar abad ke 19. Ketika itu permainan
Boria hanya disambut oleh orang-orang Islam masyarakat India manakala orang Melayu
tempatan hanya menjadi penontonnya sahaja. Lama kelamaan mereka makin bertambah minat
terhadap permainan tersebut dan akhirnya diambil-alih oleh orang orang Melayu pula.

Setelah permainan Boria mula diterajui oleh orang-orang Melayu, banyak perubahan telah
berlaku dan diubahsuai dengan cara dan corak budaya masyarakat Melayu sendiri, terutama
sekali di saat-saat kesedaran orang-orang Melayu ke arah memperjuangkan kemerdekaan
tanahair dibawah penjajahan kerajaan British. Boria digunakan sebagai satu medium bagi
menuntut kedaulatan bangsa dan negara bagi menaikkan semangat perjuangan masyarakat

24

Melayu pada waktu itu. Ia bukan sahaja menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu tetapi
turut di dukung oleh hampir semua kaum pada masa itu khususnya Pulau Pinang. Oleh yang
demikian Boria merupakan teater tradisional yang terbuka untuk semua masyarakat dan
berkembang tanpa batas.

1.3 Asal Usul Perkataan Boria


Soalnya sekarang ialah bagaimana timbulnya perkataan Boria . Sesetengah sarjana
seperti HT Haughton berpendapat bahawa perkataan boria ini diambil dari perkataan Hindustan
yang membawa maksud tikar atau tikar sembahyang atau tikar gulung. Ini berikutan dari
pengiat-pengiat Boria pada masa itu merupakan golongan pekerja ( berasal dari wilayah Chulia
dan Beri, India) yang dibawa masuk oleh sebuah syarikat British, East India Company ke Pulau
Pinang. Ada pula mengatakan yang Boria diperkenalkan oleh The Twenty- First India Regiment
( Askar-askar Sepoi) pada tahun 1845. Manakala pendapat lain menyatakan bahawa perkataan ini
timbul kerana kumpulan Boria ketika itu menggunakan pakaian yang diperbuat daripada tikar
untuk menggambarkan kesengsaraan Saidina Hassan dan Hussein R.A di Karbala.

Selain dari itu, ada pula pendapat mengatakan perkataan boria berasal dari perkataan
Borai. Boria dikatakan berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud gila atau
sasau. Ini diinterpretasikan dengan aksi-aksi kelakuan pemain serta pakaian-pakaian pelakon
boria semasa persembahan pada masa itu yang dikatakan seperti orang gila. Ada juga pendapat

25

mengatakan bahawa nama boria diambil dari nama salah seorang pelakon boria yang terkenal
pada masa dulu iaitu Nanak Syah, Majnun, Balva Ghagri dan Boria.

Satu lagi pendapat mengatakan bahawa Boria berasal dari perkataan Bori iaitu satu
suku kaum yang berasal dari Gujerat, India. Segelintir dari kaum ini telah berhijrah serta
menetap di Pulau Pinang dan kaum inilah dikatakan memulakan kesenian permainan Boria di
Pulau Pinang. Pendapat lain pula mengatakan bahawa perkataan Boria ini adalah lahir dari
gabungan perkataan Bori dan Ria. Ria merupakan gabungan dari seni lakon, seni sastera,
seni lagu dan seni tari. Boria adalah satu gabungan elemen-elemen seni dari suku kaum Bori itu
tadi. (Dipetik dari Siri Seni dan Budaya Boria-Jasman Ahmad dan Siti Mariam Daud dan
Buku Boria Siri Mengenal Budaya Boria1/2003 Terbitan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian Dan Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur)

1.4 Perkembangan Boria Mengikut Zaman

1.4.1 Peringkat Pertama: Boria Muharram

Boria Muharram ialah Boria yang dipersembahkan pada setiap tahun pada bulan
Muharram sahaja, dan jarang di dengar persembahan boria ketika itu di bulan lain. Boria pada
ketika itu dianggap sebagai kebudayaan Islam. Bentuk persembahan dan cerita berlegar sekitar
peristiwa Karbala dan mengenai kisah Sayidina Husin r.a. Apabila ianya menjadi kegemaran dan
mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang ketika itu, corak persembahan

26

sudah tidak lagi sedemikian rupa, namun unsur keagamaan masih terdapat di dalamnya. ( Kertas
Kerja, Encik Abdullah bin Darus 1983).

Mengalami perubahan demi perubahan menjelang awal kurun ke 20, persembahan Boria
ini tidak ada lagi perarakan, yang mana persembahannya lebih moden. Cerita dan lakonan lebih
kepada cerita Islam dan Kearaban. Kisah riwayat Abu Nawas, Panglima Walid, Firaun, Abrahah
dan sebagainya. Tidak ketinggalan cerita-cerita dogeng seribu satu malam, yang mana lama
kelamaan ianya telah bertukar pula pada cerita-cerita Melayu. Cerita Boria mendapat perhatian
masyarakat tempatan sekitar tahun 1910, perubahan demi perubahan berlaku sehinggalah ke
zaman pertengahan dan penghujung tahun 30an. Boria pada ketika itu tidak mempunyai sebarang
persatuan atau badan tertentu untuk menyelaraskan hal-hal mereka. Pertumbuhan Boria di
kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang ketika itu boleh dikatakan tidak berlandaskan
pengkajian yang diselidiki oleh kepakaran tertentu untuk dijadikan asas kefungsiannya. ( Encik
Abdullah Darus, Kertas Kerja, 12 November 1983).

Namun sambutan tetap menggalakkan, hampir setiap mukim mempunyai kumpulan Boria
yang hanya akan ditubuhkan bila tiba bulan Muharram sahaja. Selepas itu kumpulan tersebut
akan dibubarkan, hingga tiba masanya pula. Setiap kumpulan Boria ketika itu mesti mempunyai
bendera putih atau merah. Perseteruan antara bendera putih dan merah sentiasa berlanjutan sejak
dari tahun 1920 lagi. Ianya timbul akibat campurtangan kongsi gelap Cina ketika itu. Pada akhir
zaman Muharam perkara tersebut telah selesai. Setelah ditentang oleh beberapa ulamak melalui

27

akhbar-akhbar semasa tentang keburukan Boria ketika itu, antara tokoh penulis ketika itu ialah
Syed Sheikh Al-Hadi dan En. Mohd Yusof bin Sultan Maidin.

Pada tahun 1939 satu fatwa mengharamkan permainan Boria telah dikeluarkan dan
diedarkan kepada orang ramai. Menyedari hakikat berlakunya permusuhan sesama sendiri,
seorang tokoh Boria jalan baru iaitu Syed Mohd Al-Atas atau lebih dikenali dengan panggilan
Syed Daged telah membuat persembahan Boria dengan cerita persengketaan orang Melayu
akibat permainan boria. Akhir cerita tersebut didamaikan dengan membakar kedua-dua bendera
putih dan merah, dan digantikan bendera bulan dan bintang sebagai lambang perpaduan Islam.
Syed Daged adalah bapa kepada Syed Agil juga seorang pemimpin boria sekarang. Dalam
persembahan beliau, Syed Daged sendiri sebagai tukang karangnya. Contoh rangkap karangan
beliau adalah seperti berikut :

Kita Melayu memberi salam


Keluar bermain nasihat Islam
Bintang Bulan Penyuluh Alam
Jalan baru penyudah kalam

Cerita Boria pada peringkat awal lebih kepada kearaban, ianya berubah menjadi bebas
di mana ada kumpulan Boria yang membawa cerita Red Indian. Selain itu Boria juga dapat
dilihat dalam berbagai-bagai bentuk cerita seperti Cowboy, Ghandi, Tentera Turki dan lain-lain.

28

Dari segi pakaian pula kebanyakan kumpulan memakai pakaian seragam mengikut cerita yang
akan disampaikan. Certa-cerita Boria banyak menyentuh mengenai masyarakat, ada yang
menyinggung, menyindir dan mendidik dan adakalanya kelihatan menghina. Ini kerana pada
waktu itu persembahan boria tidak meletakkan syarat-syarat yang khusus yang menyentuh
mengenai sensitiviti mahupun laungan muhibbah.

Golongan bukan Melayu pula sentiasa menjadi sasaran lucu dalam persembahan boria
bercorak jenaka, pelakon akan meniru dan mengejek kelakuan serta percakapan pelat apek atau
mamak botol dan sebagainya. Ia dianggap sebagai hiburan biasa semata-mata. Pada ketika itu
orang-orang kaya Cina menjadi penggalak permainan Boria.

Salah satu contoh boria kepunyaan Cina ialah :

Kita datang bagi nasihat


Eng Auan Tong punyalah ubat
Bukan tiru sendiri dapat
Air itam kheloksee punya dekat

Tukang karang Boria pada zaman Muharam merupakan orang yang sangat penting dalam
Boria pada masa itu. Tukang karang memerlukan kebolehan dan kepintaran menyusun rangkap
kata yang serupa bunyinya tanpa skrip. Karangan Boria berlandaskan isi cerita. Satu rangkap
yang digubah siap hanya untuk nyanyian Sailor sahaja. Tukang karang pada masa dahulu
29

matlamat utamanya ialah menghibur dan mencari wang. Kebijaksanaannya menyusun rangkap
lagu membuatkan penonton tertarik dan ada yang menghulurkan hadiah bila namanya disentuh
dan dipuji. Tukang karang juga boleh menyebabkan berlaku perbalahan antara pasukan Boria,
kerana kepintaran melepaskan sindiran sinis atau menghina pada pasukan lain. ( Temubual
bersama Encik Abdullah Darus, di kediaman beliau).

1.4.2

Peringkat Kedua Boria Inflasi

Menurut Encik Abdullah b. Darus lagi, beliau menamakan Boria peringkat kedua ini
sebagai Boria Inflasi, kerana ia berlaku pada zaman pemerintahan tentera Jepun. Kemelaratan
hidup rakyat terlalu ketara menyebabkan tidak ada yang berminat untuk melihat masalah lain
selain daripada kehidupan mereka sendiri apatah lagi Boria. Setelah British menyerah kalah,
tentera Jepun telah menguasai tanahair (Tanah Melayu). Keadaan masyarakat pada masa itu
serba kesempitan akibat perang dunia yang belum selesai, tambahan dengan pemerintahan baru
yang tidak stabil. Kepincangan di bidang seni budaya ketika itu termasuk Boria di Pulau Pinang
turut mengalami kemerosotan. Sekaligus menyebabkan Boria bulan Muharam tamat.

Boleh dikatakan pemerintahan tentera Jepun telah melenyapkan tradisi Boria di bulan
Muharam ketika itu. Walaubagaimanapun Boria telah muncul semula di peringkat ini kerana
diperintah supaya dihidupkan kebudayaan seni daerah masing-masing oleh pihak tentera atas
maksud tertentu. Disebabkan bukan hasrat rakyat dalam masyarakat itu sendiri maka
kemunculan Boria pada masa itu tidak mengambarkan falsafah hidup rakyat yang sebenar. Pada
30

masa inilah Boria mulai berubah musim serta mengubah juga tradisi yang lalu. Persembahan
Boria pada peringkat ini terbahagi kepada dua cara iaitu: persembahan di pentas-pentas taman
hiburan seperti di New World Park, Wembly Park dan yang paling terkenal taman hiburan di
Pulau Pinang pada masa itu iaitu Taman Hiburan Yacio. Persembahan Boria juga diadakan pada
hari rasmi dan hari kebesaran Jepun sahaja. Cara seterusnya ialah persembahan Boria telah
dirakamkan di radio. Jepunlah yang memulakan persembahan Boria di radio.

Menurut En. Abdullah Darus lagi, pertama kali persembahan Boria di radio ialah di
kelab C.R.C, berhampiran jalan Burma di Pulau Pinang, yang ketika itu kelab tersebut diterajui
oleh pihak berkuasa tentera Jepun dan dijadikan tempat rakaman Radio Malaya Pulau Pinang.
Persembahan Boria juga dirakamkan sebagai propaganda kerajaan tentera Jepun di radio. Boria
mula mengalami perubahan yang besar dari segi cerita, di mana Boria tidak lagi dapat
dilakonkan oleh pelakon seperti biasa di Bulan Muharam, kerana tiada lagi penonton. Boria
dapat di tonton dengan hanya mendengar suara dan para pelakon hanya menjadi tukang cerita
sahaja di depan pembesar suara untuk menggambarkan watak masing-masing. Pelakon tidak
perlu memakai pakaian mengikut watak, begitu juga peserta termasuk tukang karang. Cerita
mahupun rangkap karangan ditapis terlebih dahulu, cerita tidak bebas, muzik mula bertukar
alatan, kelengkapan persembahan tidak diberatkan kerana kekurangan wang.

Kesan cara lakonan musim Jepun itu masih hidup sampai sekarang. Peserta mulai
kurang, 20 hingga 30 orang sahaja. Menyentuh soal tukang karang dan rangkap karangannya
pula, Boria telah mengalami perubahan yang besar. Tukang karang tidak perlu lagi menggubah

31

rangkap karangan sendiri dengan serta merta, kerana telah diberi skrip yang telah tersusun
rangkap karangannya dan sudah ditapis. Pada zaman itu tukang karang tidak perlu seorang yang
pintar seperti Boria zaman Muharam, cukup sekadar mempunyai suara yang baik, tahu menjaga
tempo, sudah boleh menjadi tukang karang Boria. Dari segi alat muziknya pula, bagi kumpulan
yang tidak berkemampuan mereka akan menyewa alat muzik. Ada juga kumpulan yang
mengiringi Boria hanya menggunakan bangsi (harmonika) yang ditiup oleh beberapa orang
pemuda dan kelihatan sungguh menarik sekali. Ekoran dari itu ianya telah dipopularkan oleh
Boria Sungai Pinang dan beberapa kumpulan lain dalam Boria peringkat ketiga peringkat
Persekutuan.

Selepas merdeka alat muzik moden mudah didapati semula, maka alat seperti dahulu
tidak lagi digunakan. Namun menurut. Abdullah Darus lagi dalam kerta kerja yang
dibentangkan oleh beliau bertemakan Boria Dalam Idea Ke Arah Kemantapan Rakyat, beliau
berpendapat sekiranya alat tersebut dapat dihidupkan semula dan mendapat latihan yang cukup
ia akan mendapat perhatian terutama di kalangan peminat Boria yang terdiri daripada belia-belia
yang ingin menyertainya, termasuklah di kalangan bukan Melayu.

1.4.3

Peringkat Ketiga: Boria Federasi (Boria Persekutuan)

Peringkat ini berlaku pada zaman penjajahan British, setelah kembali ke Tanah Melayu
iaitu setelah tentera Jepun menyerah kalah. Boria di Pulau Pinang ketika itu turut dibawa oleh
arus peralihan zaman ini, di mana situasi berikut telah menjadi tema yang sangat berpengaruh di

32

kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang ketika itu. Pada tahun 1947 suatu perjumpaan ketuaketua mukim telah diadakan di kelab Bahrul Alam Sungai Pinang, satu keputusan telah diambil
ketika menukar nama Boria kepada Ria. Menurut keputusan majlis tersebut, Boria tidak akan
dihidupkan semula selagi Malayan Union tidak dihapuskan.

Pada 1 Februari 1948 tertubuhlah Federation Of Malaya (Persekutuan Tanah Malayu)


yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu. Maka tertubuhlah Boria Federation sempena
penubuhan Federation of Malaya. Pelbagai acara sambutan telah diadakan oleh orang Melayu di
seluruh tanah air dengan berbagai-bagai keramaian. Di Pulau Pinang Boria lah yang menjadi
acara teristimewa dalam sambutan tersebut. Pesta Boria Federation telah diadakan hingga
beberapa malam berturut-turut dianjurkan oleh Persatuan Pulau Pinang bertempat di Padang
Brown Jalan Dato Keramat. Sebanyak 23 kumpulan Boria cawangan UMNO menyertai pesta
Boria tersebut. Ia telah dijadikan sebagai acara tahunan bagi peringkat Persekutuan.

Tahun 1950 pesta Boria telah dipindahkan ke Padang Tambun, di Lorong Kulit
berhampiran Stadium Bandaraya Pulau Pinang sekarang ini. Boria Persekutuan ini mempunyai
sejarah yang tersendiri dan telah menempah sejarahnya yang unik. Satu perkembangan baru
telah berlaku ini serentak dengan semangat berdikari rakyat yang mana ia berpunca dari suara
perjuangan bangsa yang ditiup oleh angin Timur. Selepas pendudukan Jepun Boria muncul
semula dari kemerosotan zaman itu dan menempuh zaman Persekutuan. Ini telah membentuk
satu tema dalam era barunya iaitu slogan Hidup Melayu. Sepertimana yang diketahui

33

khususnya masyarakat Melayu di utara tanah air, Boria adalah medium masyarakat yang
berkesan sebelum televisyen.

Menyentuh mengenai cerita Boria persekutuan pula, ia telah menempuh satu


perbaharuan. Semua kumpulan telah membawa tema yang sama walaupun tajuk cerita yang
berlainan. Walaupun sebagai satu tradisi seni budaya daerah tetapi seolah-olah ia telah menjadi
suara rakyat Melayu yang menuntut kedaulatan orang-orang Melayu di tanah air sendiri daripada
orang-orang British. Isi cerita dan rangkap karangan, sentiasa mencerminkan hasrat kebangsaan
Melayu yang bercita-cita hendak membebaskan diri daripada penjajah dan ia sangat berbeza
dengan Boria di bulan Muharam. Dari segi pakaian pula, peserta memakaian pakaian mengikut
cara masing-masing dan beranika-ragam. Jelaslah di sini apa yang disebut Boria tradisi oleh
orang-orang sekarang terutama generasi muda hari ini ialah Boria inflasi iaitu muncul pada
zaman pemerintahan Jepun.

Walaupun Boria Persekutuan yang berpakaian anika-ragam itu tidak pula membawa
geslin atau pelita colok seperti yang dikatakan boria tradisi itu. Cerita-cerita lain dalam Boria
Persekutuan ini telah menggambarkan kesedaran masyarakat Melayu pada ketika itu, ada yang
menyuruh masyarakat tampil ke hadapan menyokong perjuangan membebaskan tanah air dari
penjajahan. Pendek kata tidaklah seperti yang telah lalu, di mana Boria tidaklah semata-mata
menekankan hiburan semata-mata. Boria pada peringkat ketiga ini membawa cerita yang
menghidupkan lakonan yang telah mati pada masa pemerintahan tentera Jepun.

34

Menyentuh mengenai tukang karang dan karangannya pula, juga telah mengalami
perubahan setapak lagi dari Boria pada masa lalu. Jika tukang karang pada masa Jepun membaca
karangan di kertas, zaman Persekutuan Tukang karang yang dianggap berkelayakan dan
berkebolehan apabila mampu menghafal semua rangkap karangan, memiliki suara yang agak
baik dan sesuai, tahu tempo dan lagunya. Satu perubahan yang boleh disifatkan satu
pembaharuan ialah mengenai penyusunan suku kata rangkap karangan itu sendiri, kerana disusun
terlebih dahulu.

Penggunaan bahasanya yang baik dan tersusun kemas, tidak seperti rangkap karangan
pada zaman Muharam. Karangan Boria peringkat ketiga ini lebih bernilai kerana rangkap
karangannya mengisi ajaran dan nasihat yang berfaedah dan juga mengandungi unsur-unsur
perjuangan yang boleh dianggap berjasa kepada masyarakat dan negara. Alat muzik Boria pada
peringkat ini juaga sudah bercorak moden, hampir semua kumpulan Boria waktu itu
menggunakan alat-alat muzik baru seperti, akordion, bongos, trumpet termasuklah tambor drum
lengkap serta violin dan gitar yang pernah digunakan dahulu suatu ketika itu. Namun begitu ada
juga sesetengah kumpulan Boria diiringi oleh kumpulan pancaragam. Zaman Boria Persekutuan
ni mula melahirkan lagu-lagu rancak hingga disebut Boria rancak. Sulaman irama barat yang
diubahsuai dengan lagu rancak mengikut tempo seperti samba, kongga, chacha, rhumba dan
lain-lain lagi telah membawa perubahan yang baik dalam muzik Boria ketika itu. Kumpulan
Boria Sungai Pinang muncul dengan lagu rancak ala barat ketika itu, di mana tukang karangnya
ialah En. Abu Bakar Jaafar yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Kan.

35

Boria pada peringkat inilah boleh dikatakan hampir dapat menyaingi boria di bulan
Muharam. Ianya semakin terbuka luas seperti mana alat-alat muziknya yang semakin bertambah
dan di modenkan. Walaupun ada disulamkan dengan unsur lagu-lagu barat namun keaslian lagu
Melayu tidak luput dan tetap dipertahankan menjadi tradisi mengikut persembahan. Antara lagu
yang digubah khas untuk boria ialah Mak Lodeh, dirakam dan dinyanyikan oleh Allahyarhamah
Zaharah Agus dan sehingga sekarang masih boleh didengar. Sebuah lagi lagu iaitu Pahlawan
Cangkul, juga dibawa ke dalam lagu persembahan boria ciptaan Allahyarham En. Kamaruddin,
dikenali dengan Master Kamaruddin. Lagu yang bertajuk Laila yang dipopularkan oleh S.
Hamid pada tahun 50an, juga telah dinyanyikan oleh Kumpulan Boria Jalan Hatin. ( Abdullah
Darus, 1983).

1.4.4

Peringkat Keempat : Boria Merdeka

Boria Merdeka adalah bersempena menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu. Setelah


Merdeka maka berakhirlah Boria Persekutuan. Setiap persembahan pasti disalurkan cerita-cerita
yang penuh dengan semangat kebangsaan dan cinta pada tanah air sebagai penyambung lidah
masyarakat dan juga pihak pucuk pimpinan yang berkenaan. Pada ketika itu Boria merupakan
media masyarakat tempatan terpenting selepas akhbar dan radio. Slogan Hidup Melayu dalam
situasi semangat Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar menjadi hidup merdeka.
Perkembangan baru ini telah menjadi isu persembahan Boria, dan menunjukkan Boria tidak
lekang dari pergolakkan dalam masyarakat.

36

Oleh kerana itu tokoh-tokoh UMNO yang mempelopori Boria pada masa itu telah
menganjurkan pesta Boria di padang Tambun pada setiap tahun. Antara Boria Merdeka dan
Boria Persekutuan mempunyai hubungan yang rapat dalam sejarah perkembangan Boria. Dalam
dua peringkat inilah mempunyai perubahan pesat kepada perkembangan Boria yang merupakan
pembaharuan yang bermakna dalam konteks kebudayaan. Boria merdeka ini telah diberi nafas
baru dalam perkembangan tradisi seni budaya daerah ini, yang mana ia mencerminkan
kedaulatan bangsa dan diwarisi sehingga sekarang.

31 Ogos 1957 Tanah Melayu diisytiharkan merdeka. Sambutan ulang tahun persekutuan
Tanah Melayu bertarikh 1 Februari telah bertukar kepada 31 Ogos. Pesta Boria persekutuan
diganti dengan Pesta Boria Merdeka. Acara persembahannya tidak banyak berbeza dengan Boria
Persekutuan. Apa yang membezakannya ialah mengenai isi dan tujuan Boria pada masa merdeka
itu dan pengertiannya. Corak dan cara persembahan tidak ada bezanya tetapi maksud dan
tujuannya sedikit sebanyak akan berubah dari semasa ke semasa. Boria peringkat ini bukan
sahaja bertujuan untuk menghiburkan penonton, tetapi juga mengajak mereka untuk berfikir dan
menilai serta mengkritik dan dikritik oleh Boria itu sendiri. Ini secara tidak langsung telah
membuka minda masyarakat pada ketika itu.

Peringkat permulaan zaman merdeka ini Boria hanya dipertandingkan pada hari
kebesaran sahaja seperti hari ulang tahun kemerdekaan. Pertandingan dianjurkan oleh pihak
UMNO sendiri yang banyak berjasa dalam usaha menghidup dan memperkembangkan tradisi
boria, khususnya di kalangan pencinta dan pendokong seni daerah ini. Kebanyakan kumpulan

37

boria adalah terdiri dari cawangan-cawangan UMNO. Dari situlah boria berkembang hingga ke
hari ini . ( Abdullah bin Darus, Yang Dipertua Gabungan Boria Pulau Pinang dan Seberang
Prai- Kertas Kerja Sejarah Perkembangan Boria Dari Semasa Ke Semasa USM,Pulau
Pinang).

Kebanyakkan ceritanya bertemakan kemerdekaan. Namun begitu tajuk ceritanya sahaja


yang berbeza tetapi isi dan tujuan adalah sama. Kebanyakkan cerita bercorak kemasyarakatan,
lawak jenaka, kisah perjuangan dan parti, serta cerita-cerita yang bersemangat kebangsaan.
Ceritanya juga lebih banyak berkisar pada persekitaran masyarakat atau perkembangan semasa.
Ada juga kumpulan Boria yang membawa kisah-kisah tentera yang menyentuh soal pengganas.
Menyentuh soal pakaian pula ianya lebih bebas dan mempunyai pelbagai bentuk, ada yang
berpakaian seragam dan ada yang tidak tetapi masih mengikut corak cerita yang hendak
disampaikan.

Kebanyakkan kumpulan Boria pada masa itu memakai pakaian serba putih, Cuma apa
yang membezakan dari kumpulan lain ialah kain yang diikat pada pinggang ada yang berwarna
merah dan ada yang berwarna biru. Ada juga sesetengah kumpulan yang memakai kain samping
batek yang dilipat tiga segi dan diikat pada pinggang. Di samping itu ada juga yang memakai
selengkar bunga kertas dikalong dileher setiap peserta. Boria pada peringkat ini sudah tidak
bermusim lagi, ianya telah dipersembahkan dimana-mana sahaja sama ada di majlis
perkahwinan, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

38

Tukang karangnya pula lebih kepada semangat kebangsaan. Kebanyakkan dari mereka
menghafal terlebih dahulu rangkap karangan. Tukang karang zaman ini lebih baik susunan
katanya, malah lebih kemas dan teratur serta ada yang mengandungi falsafah dan isi yang bernas.
Dari segi alat muziknya pula, pada zaman ini ianya lebih terbuka luas dan tidak terhad, asalkan
sesuai dan boleh digunakan untuk persembahan Boria. Perkembangan dari masa ke semasa
menyebabkan semakin banyak alat moden dimasukkan ke dalam muzik Boria dan ini juga telah
menimbulkan persoalan berbangkit mengenai keaslian boria itu sendiri.

Ada sebilangan tokoh lama Boria yang agak kurang senang dengan perubahan yang
mengganggap sebagai ala barat, serta disifatkan sebagai pencemaran kepada tradisi Boria itu.
Namun ianya berbeza dengan generasi sekarang yang mengganggap bahawa hal tersebut tidak
perlu dipersoalkan, bagi mereka ini akan menghalang pertumbuhan dan suburnya perkembangan
Boria itu. Bagi golongan muda ini apa yang penting ialah boria perlu dikekalkan, tujuan dan citacita boria itu sendiri perlu ditentukan. Bagi mereka keutuhan boria pasti akan dipertahankan
demi perkembangan dan generasi masa depan.( Hasil temuramah bersama- Tn. Syed Agil,
Pengurus Kumpulan Boria Anak Tanjung).

1.4.5

Peringkat 5 : Boria Moden

Boria moden ini adalah lanjutan zaman sesudah merdeka, dalam tahun 1973 maka
muncullah Boria moden. Apa yang dimaksudkan dengan Boria moden ialah setelah boria

39

muncul di kaca TV, yang dipersembahkan secara berlakon dan pesertanya pula agak terhad.
Peralatan seperti payung, bendera tidak ada dan pelakon juga tidak berlakon. Mereka cuma
berdiri di hadapan pembesar suara dan bercakap. Pendokong tradisi Boria yang terdiri dari
tokoh-tokoh Boria lama dan beberapa orang yang pakar tentang Boria menganggap Boria bentuk
ini sudah bukan Boria lagi. Pemain boria yang dahulu menyifatkan Boria yang ditonton di kaca
TV itu sudah tidak lagi mewarisi tridisi boria yang sebenarnya. Tambah pula dilihat boria baru
ini mempunyai tarian dan diubah pula dengan rentak-rentak baru maka sebab itulah dikatakan
boria moden.

Dengan lahirnya Boria moden ini maka timbullah dua firkah Boria dengan 5 macam
panggilan yang digelar pada Boria itu iaitu, Boria baru, Boria lama, Boria moden, Boria tradisi
dan Boria asli. Namun begitu ada juga pandangan dan pendapat yang bersetuju dengan Boria
bentuk baru itu, terutama di kalangan generasi baru. Persembahan Boria baru ini ditampilkan
dengan pakaian seragam yang kemas serta tarian yang menarik maka Boria bentuk ini lebih
diminati. Walaupun pada lahirnya tidak pernah kedengaran suara yang membantah pendapat
yang menentang Boria bentuk baru ini. Hal ini mungkin kerana mereka berasa kurang arif
tentang Boria itu, apakah boleh atau patut diteruskan atau sebaliknya kerana mereka sendiri tidak
tahu bagaimana Boria asli yang sebenar, dan juga kebanyakan kumpulan Boria moden dipimpin
oleh orang-orang lama yang juga merupakan tokoh-tokoh Boria yang tidak asing lagi.
Persembahannya dapat disaksikan di kaca TV terutama semasa siaran pertandingan Dendang
Rakyat bahagian Boria. Peserta Boria moden terdiri dari empat orang pelakon, 10 orang sailor
dan seorang tukang karang. Pelakon akan muncul sebagai pembuka tirai persembahan di

40

hadapan pembesar suara dan mengutarakan cerita mereka melalui percakapan tanpa lakonan
babak. Selepas itu sailor telah sedia berbaris dua baris di satu sudut dengan tukang karangnya di
hadapan sekali.

Persembahan nyanyian dimulakan oleh tukang karang, ketika itu sailor akan menari
dengan lenggang dan langkah yang sama mengikut rentak lagu. Setiap kali selesai tukang
karang menyanyi, akan disambut oleh sailor sambil menari. Persembahan di televisyen kelihatan
sungguh kemas dan teratur, dan pelakon tidak ikut serta dalam nyanyian tersebur seperti Boria
lama. Tidak ada sebarang payung dan bendera yang dibawa. Cerita berdasarkan tajuk, tetapi
masih bebas asalkan tidak melanggar tatatertib yang telah ditentukan. Cerita bertemakan
kemasyarakatan dan situasi semasa. Ada yang berupa kritikan, nasihat, kemajuan,
pembangunan, pelajaran dan lain-lain.

Bagi Boria moden, pakaian yang dikenakan oleh pelakon masih mengikut jalan cerita,
manakala pakaian sailornya pula bercorak ala barat dan kelihatan menyerupai Spanish yang
mana seperti dalam Boria zaman dahulu. Pakaian tetap seragam pada setiap persembahan
dengan warna-warni yang menarik dan pakaian tukang karang selalunya lebih istimewa. Tukang
karang Boria moden perlu menghafal semua senikata rangkap karangan merangkumi iaitu 14
hingga 15 rangkap karangan. Rangkap karangannya lebih kemas dan bermutu dari masa-masa
yang lalu, kerana disemak terlebih dahulu oleh yang berkenaan sebelum dipersembahkan.
Bahasa lebih tepat dan bermutu, teratur dan kemas, mengandungi isi yang lebih bernilai serta

41

penyampaian lebih mendekati tujuan. Jika di tinjau dari sudut isi dan nilai, rangkap karangan
sekarang jauh lebih baik daripada rangkap karangan Boria dahulu.

Alat muzik yang mengiringi Boria moden ialah kugiran atau menggunakan piano, jika
persembahan Boria itu diiringi oleh kumpulan muzik oleh RTM di studio. Lagu dalam Boria
moden ini lebih terbuka luas, ada yang digubah atau diambil lagu-lagu dari penyanyi terkenal
dan diubahsuaikan. Lagu-lagu joget dan sebagainya dijadikan lagu-lagu boria. Menyentuh soal
alat-alat muzik baru ini terdapat perselisihan antara orang lama dan generasi baru. Penyampaian
Boria moden merupakan perubahan setapak lagi daripada isi penyampaian Boria lama. Ianya
bukan semata-mata hiburan penglipurlara, tetapi juga mengandungi perutusan dalam tema
persembahan yang merangkumi semua aspek kehidupan dan kemajuan serta menjadi perantara
secara tidak langsung kepada kerajaan dan rakyat.

Boria moden telah mengubah corak penyampaian yang berat sebelah di mana
kelemahan-kelemahan masyarakat didedahkan dalam perwatakan Boria. Di samping nasihat
untuk menyedarkan masyarakat ia juga menyeru kepada pembangunan dan kemajuan negara
serta memaparkan kejayaan yang dicapai oleh usaha kerajaan dan rakyat dan menggalakkan
semangat berusaha dan bekerja keras, serta menghurai dasar kerajaan dan kehendak negara untuk
mencapai matlamat dalam perpaduan dan keharmonian. Boria yang diperkenalkan oleh RTM
mendapat sambutan yang memuaskan dan di luar dugaan. RTM telah berusaha mengadakan satu
program pertandingan seni budaya tradisi masing-masing mulai dari peringkat negeri yang

42

disiarkan dalam radio hingga ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan akhir secara langsung
melalui televisyen Malaysia iaitu pertandingan Dendang Rakyat.

Berbagai pandangan dan pendapat mengenai boria terutama di Pulau Pinang sentiasa
menjadi bualan dan mendapat perhatian masyarakat. Dendang Rakyat pertama kali diadakan
pada tahun 1973 di Kuala Lumpur, Kedua 1974 di Pulau Pinang, ketiga 1976 di Kota Bharu
Kelantan, keempat 1978 di Alor Star Kedah, kelima 1979 di Johor Bharu, keenam 1980 di Kuala
Terengganu, ketujuh 1981 di Melaka, kelapan 1982-1983 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1974
seminar Boria telah diadakan pada 27 & 28 April 1974. Dua tahun berikutnya satu pertandingan
dan konvensyen Boria telah diadakan anjuran Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan Pulau
Pinang. ( Kertas Kerja Encik Abdullah Darus, 1983).

43

BAB 2

2.1 Struktur Organisasi Kumpulan

Sesebuah kumpulan Boria pada masa dahulu mengandungi 40-60 orang, termasuk tauke
(penaja), pengurus, tukang karang, penari(sailor) dan pemuzik. Kesemua ahli terdiri daripada
orang lelaki. Selepas Perang Dunia ke-2 barulah terdapat penglibatan wanita dalam kumpulan
boria. Sesetengah kumpulan Boria sering kali dibiayai oleh seorang tauke. Mereka bukan sahaja
terdiri dari orang Melayu, tetapi juga orang Cina yang kaya dan sering menjadi tumpuan anakanak muda untuk menjadi tauke. Kejayaan mementaskan persembahan Boria menjadi prestej
ketika itu. Oleh itu, ketiadaan kumpulan Boria dalam sesebuah kampung atau mukim dianggap
sebagai sesuatu yang boleh memalukan penduduk kampung berkenaan. Keadaan ini tidak lagi
berlaku pada masa kini. Boria kini di anggap satu persembahan yang bersifat nasional bagi
mengisi kemeriahan program-program kesenian dan kebudayaan.

Selain tauke, orang yang turut memainkan peranan penting dalam kumpulan Boria ialah
tukang karang. Seorang tukang karang yang baik mestilah berupaya mencipta lirik sesuatu
persembahan secara spontan, mempunyai kekuatan dan berkesan serta dapat membawakan lagu
dengan sempurna lantang dan terang. Keupayaannya memilih perkataan yang sesuai, terutama
untuk memuji tuan rumah adalah sesuatu yang sangat di harapkan untuk memancing derma yang
lebih. Sebab inilah tukang karang menjadi nadi pengerak untuk sesebuah kumpulan Boria.
Pakaian tukang karang juga agak istimewa daripada ahli-ahli lain dalam kumpulan.

44

2.2 Cerita dan Lakonan


Pada peringkat awal perkembangan boria di Tanah Melayu, seperti yang telah
dimaklumkan, ianya masih mengekalkan cerita yang berkisar dengan peristiwa Karbala dan
kematian Saidina Hassan dan Hussein R.A. Cerita ini kemudian di pelbagaikan pada cerita Arab
yang berlandaskan Hikayat Seribu Satu Malam, cerita sejarah dan bangsawan ( Mahsuri,
Lancang Kuning, Puteri Dalam Siput dan sebagainya) kejadian semasa, cerita Cina dan India
serta saduran dari Barat seperti Scottish Dance, Burma Rifles, Tarzan dan Zorro di
persembahkan. Apabila masa kian berlalu, tema cerita dalam boria juga turut berubah. Sehingga
sekarang, walaupun masih mengekalkan cerita yang berunsurkan sejarah, namun tema di dalam
sesuatu persembahan boria telah mengalami perkembangan dan merupakan paparan isu-isu
sosial, pendidikan, perpaduan, kemasyarakatan, isu semasa dan sebagainya dimana ianya lebih
bersifat mesej dan pengajaran.

Pada peringkat awal perkembangan boria, ianya tidak menggunakan skrip sebaliknya
lakonan adalah secara spontan dan hanya berpandukan kepada senario yang ditetapkan. Pengarah
hanya bertindak memberitahu pelakon tentang tajuk dan jalan cerita yang hendak dimainkan oleh
kumpulan berkenaan. Oleh itu, terserah kepada pelakon dan tukang karang untuk menjayakan
lakonan di hadapan penonton. Di sini seseorang akan dapat melihat keistimewaan para pelakon
mematahkan cakap lawan sambil mengeletek hati penonton. Dialog yang disampaikan dengan
penuh sindiran dan kadang-kadang para penonton yang hadir turut sama berinteraksi dengan para
pelakon bagi memeriahkan suasana. Para pelakon dapat memanjangkan atau memendekkan

45

lakonan menurut kemahuan mereka sendiri serta penyesuaian masa. Walau bagaimanapun , unsur
humor masih dianggap sebagai faktor penting bagi setiap persembahan boria.

Satu perbezaan yang amat jelas ialah Boria tidak lagi sebagai medium untuk
memperingati peristiwa Karbala, sebaliknya merupakan persembahan berinformasi yang
menekankan unsur-unsur pendidikan serta moral yang tinggi berikutan dari isu-isu semasa serta
kritikan yang dibuat untuk menyedarkan masyarakat. Tetapi sejak kebelakangan ini,
kebanyakkan persembahan Boria adalah berdasarkan kepada tema tema mengikut sesuatu acara
atau majlis yang dianjurkan seperti bulan citrawarna, Hari Kemerdekaan, Sambutan Perayaan
dan sebagainya. Manakala dari segi pakaian pelakon pula, ianya disesuaikan dari cerita yang
akan dimainkan.

Namun adakalanya mereka memakai pakaian yang beraneka ragam untuk menarik
perhatian penonton. Penggunaan props juga bergantung kepada cerita yang hendak dimainkan
oleh sesebuah kumpulan boria. Bermula pada awal 60 an, timbul perkembangan baru dari segi
pakaian. Kumpulan-kumpulan boria mula menggunakan pakaian seragam yang beraneka warna
untuk menambahkan lagi keceriaan dan daya tarikan pertunjukkan mereka dan senario ini masih
berterusan hingga ke hari ini.

46

Gambar 2.2: Cerita dan Lakonan

2.3 Tarian

Dahulu, tarian Boria selalunya berkait rapat dengan sketsa yang dipersembahkan. Jika
sketsa tersebut berkisar tentang cerita-cerita yang berunsur kearaban, maka lagu dan tarian juga
akan digubah berdasarkan gerakan-gerakan yang berunsur kearaban. Namun begitu, tari
sesebuah Boria pula berkembang mengikut peredaran zaman dimana pada tahun-tahun 50 an dan
60 an pada masa itu lagu-lagu banyak dipengaruhi dengan iraman twist, a- go -go, Hindustan,
pop, dan sebagainya, secara tidak langsung persembahan tarian boria juga dipengaruhi dengan
gerakan-gerakan asas irama tersebut. Sesebuah kumpulan Boria adalah bebas mempersembahkan
lagu dan tari mengikut kreativiti dan kelebihan yang ada pada tiap-tiap kumpulan. Jika kumpulan
Boria itu adalah sebuah kumpulan tarian tradisional, maka unsur-unsur tari yang ada seperti

47

persembahan kumpulan tersebut adalah bercorak tarian tradisional seperti Inang, joget, zapin,
masri dan lain-lain.

Kini, persembahan tari Boria adalah lebih meluas. Lagu-lagu yang dipersembahkan
bukan sahaja berdasarkan irama-irama seperti diatas tetapi adalah lebih terkini dan bebas seiring
dengan perubahan semasa. Manakala persembahan dari segi tari Boria adalah lebih kreatif dan
moden. Pengaruh irama disko, rap, hip hop dan sebagainya sudah mula menular dikalangan
sesetengah kumpulan Boria. Secara tidak langsung persembahan dari segi tari juga dipengaruhi
dengan irama tersebut. Ini adalah satu perubahan yang mungkin boleh menimbulkan pandangan
dan pendapat yang bercanggah dari pelbagai pihak. Namun begitu selagi ianya masih
mengekalkan unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam Boria maka perubahan yang di
tonjolkan itu masih boleh diterima.

48

Gambar 2.3: Persembahan Boria

Gambar 2. 4: Tarian Boria

49

2.4 LATAR BELAKANG KUMPULAN BORIA ANAK TANJUNG

Kumpulan Boria Anak Tanjung ini merupakan satu- satunya kumpulan Boria yang masih
aktif sepanjang masa di Pulau Pinang sehingga kini, yang mana ia tidak seperti kumpulan Boria
yang lain, muncul apabila ada pertandingan Boria di anjurkan. Kumpulan ini mempunyai 20-35
orang ahli, yang mana kumpulan ini juga mempunyai kumpulan pelapis yang terdiri daripada
pelajar sekolah rendah dan menengah. Ahli kumpulan Boria ini kesemua terdiri daripada remaja.
Menurut pemimpin kumpulan ini Tuan Syed Agil beliau memilih remaja kerana, secara tidak
langsung beliau dapat menarik golongan ini agar tidak terjebak dalam gejala social yang tidak
berfaedah. Di samping itu beliau ingin menerapkan tradisi seni ini kepada golongan muda yang
bakal mewarisinya suatu masa nanti.

Kebanyakkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini adalah bercorak


kontemperari. Sesuai dengan jiwa remaja dan lebih agresif. Kumpulan ini mengadakan latihan
mereka di Kampung Melayu, iaitu di dewan orang ramai. Kumpulan ini juga banyak menerima
undangan bagi majlis-majlis tertentu seperti di hotel-hotel, konvokesyen dan juga persembahanpersembahan pentas. Kumpulan ini juga telah merakamkan album sendiri yang bertajuk Boria
Anak Tanjung, yang mana di dalamnya memuatkan sketsa serta persembahan Boria Anak
Tanjung di sekitar bandar Pulau Pinang. Kumpulan ini lebih kepada persembahan Boria alaf
baru. Pakaian, muzik serta tarian lebih bercorak moden dan agresif. Namun begitu mereka tetap
tidak melupakan keaslian Boria itu sendiri.

50

Kumpulan ini juga turut di undang sebagai artis jemputan dalam filem yang dalam proses
pembikinannya arahan Profesor Razak Mohaideen yang bertajuk Nana Tanjung. Dalam filem
ini, kumpulan Boria Anak Tanjung akan membuat persembahan mereka. Sememangnya Boria
Anak Tanjung ini begitu unik sekali, persembahan mereka amat dinantikan oleh penonton. Malah
dalam pertandingan sekalipun, kumpulan ini akan sentiasa mendapat sorakan dan sokongan dari
penonton, tetapi mereka tidak pernah menjuarai sebarang pertandingan yang di sertai.

Ini adalah kerana corak persembahan mereka yang dikatakan terlalu moden dan tidak
menepati citarasa para hakim yang terdiri dari golongan veteran, yang mana golongan ini masih
tidak dapat menerimanya sebagai satu pembaharuan dan perkembangan Boria masa kini. Inilah
masalah yang terpaksa di hadapi oleh Kumpulan ini setiap kali menyertai pertandingan, sehingga
satu keputusan dibuat oleh Pengurus Kumpulan ini iaitu Tuan Syed Agil, agar mereka tidak lagi
menyertai sebarang pertandingan yang di anjurkan. Kini kumpulan ini lebih menumpukan
kepada persembahan pentas dan memenuhi majlis-majlis jemputan tertentu sahaja. Kini
Kumpulan ini terus bergiat aktif dengan cara mereka yang tersendiri demi memartabatkan Boria
Pulau Pinang.

51

Gambar 2.5

:Kumpulan sketsa Boria Anak Tanjung

52

Gambar 2.6

: Maidin dan Chik, pelakon sketsa Kumpulan Anak Tanjung

Gambar 2.7

: Salah satu adengan dalam sketsa Boria Anak Tanjung

53

Gambar 2.8: Persembahan Boria Anak Tanjung

Gambar 2.9: Persembahan Kumpulan Boria Anak Tanjung

54

Gambar 2.10

: Persembahan bagi tujuan rakaman

Gambar 2.11 : Persembahan dihadapan bangunan Pejabat Kebudayaan Kesenian dan


Warisan Pulau Pinang

55

Gambar 2.12 : Persembahan di sekitar Bandar Pulau Pinang

Gambar 2.13 Tukang Karang Boria Anak Tanjung

56

Gambar 2.14 : Perbincangan Pembikinan Album Boria Anak Tanjung

Gambar 2.15

: Pembikinan Album Boria Anak Tanjung

57

Gambar 2.16 : Studio dan peralatan yang di gunakan untuk pembikinan album Boria
Anak Tanjung

Gambar 2.17: Studio Rakaman

58

Gambar 2.18: Antara Peralatan yang di gunakan

Gambar 2.19 : Peralatan canggih yang di gunakan dalam pembikinan album Boria
Anak Tanjung

59

Gambar 2.20 : Ketika rakaman lagu dijalankan

Gambar 2.21 : Penghasilan rakaman Boria Anak Tanjung

60

2.5 KUMPULAN BORIA MASA KINI ( yang masih aktif)

Gambar: 2.22 Antara Kumpulan yang masih aktif hingga kini.

61

Gambar 2.23

Gambar 2.24 : Tukang Karang Boria Masa Kini.

62

Gambar 2.25 : Antara Kumpulan Boria Jabatan Kerajaan yang masih aktif di Seberabg
Prai

Gambar 2.26

: Kumpulan Boria Warisan Budaya Barat Daya

63

Gambar 2.27

: Antara Pakaian (ala Spanish)Tukang Karang Boria masa kini

Gambar 2.28 : Salah satu adengan dalam sketsa Kumpulan Boria masa kini

64

Gambar 2.29 : Adengan Boria masa kini

Gambar 2.30 Kumpulan sketsa berempat

Gambar 2.31`

:Kumpulan sketsa masa kini

65

2.6 : TOKOH BORIA

Encik Abdullah bin Darus merupakan seorang aktivtis seni budaya yang tidak asing lagi
di Pulau Pinang. Beliau juga boleh dikatakan seorang seniman Boria. Beliau mula melibatkan
diri dalam Boria sekitar tahun 1948, iaitu bermula dari Kampung Jawa. Beliau banyak
melibatkan diri secara langsung dalam menulis karangan Boria yang kebanyakannya di
nyanyikan oleh kumpulan-kumpulan yang aktif di sekitar Pulau Pinang.

66

Beliau banyak terlibat dengan seminar-seminar Boria, beliau juga banyak terlibat dengan
pembentangan Kertas Kerja yang berkaitan dengan Boria bersama dengan aktivis Boria yang
lain. Encik Abdullah Darus juga sering melibatkan diri sebagai hakim dalam mana-mana
pertandingan Boria di sekitar Pulau Pinang. Beliau juga sempat menulis sebuah buku yang
bertajuk Seri Budaya Warisan Bangsa.

Pada tahun 1959 beliau telah mengarang sebuah Boria yang bertajuk Pahlawan
Cangkul, Mari Kita Ke Ladang. Lanca L, dan Pengantin. Kebanyakkan dari karya
beliau mempunyai unsur jenaka yang bermesej. Beliau juga pernah di anugerahkan Pingat Jasa
Kebaktian untuk sudut budaya khasnya. Beliau juga pernah mewakili Malaysia ke Asean dalam
Delegasi Malaysia ke Asean, bagi mewakili kebudayaan Pulau Pinang.

Sememangnya beliau merupakan aktivis Boria yang sangat aktif hinggalah kesaat ini.
Beliau begitu cintakan Boria dan tidak pernah jemu untuk bergiat aktif dalam seni budaya tanah
air ini.

67

2.7 : TOKOH GENERASI BARU

Tuan Syed Agil b. Syed Ahmad merupakan seorang pecinta seni dan tokoh boria generasi
baru. Beliau berasal dari negeri Kelantan dan menetap di Pulau Pinang sejak beliau kecil lagi.
Beliau mula bergiat secara aktif dalam Boria ini mulai tahun 1960 an sehinggalah kini, iaitu lebih
kurang 20 tahun. Aktif dalam Boria ini sejak di bangku sekolah lagi. Beliau juga memiliki Sijil
Pendidikan hingga ke peringkat Senior Cambrige. Dalam Boria beliau banyak terlibat dalam
menjadi Tukang Karang, di samping membuat skrip karangan lagu dan sketsa. Pengalaman
selama 10 tahun sebagai tukang karang dalam Boria sememangnya banyak memberi
pemngalaman pada beliau, bagaimana untuk menjadi tukang karang yang baik dan bermutu.
Beliau juga banyak menghasilkan rangkap-rangkap Boria yang di tulisnya sendiri untuk
kumpulan Boria Anak Tanjung. Hasil karyanya menjangkau ribuan rangkap karangan Boria.
68

Mendapat idea menulis rangkap karangan Boria dengan mendengar lagu- lagu dari kaset lalu di
sesuaikan mengikut rentak mengikut kreativiti beliau sendiri. Bukan sahaja sebagai penulis
rangkap Boria, beliau juga bertindak sebagai jurutari kumpulan yang dipimpin beliau. Tarian
yang di ketengahkan lebih bersifat agresif dan moden. Ada menyelitkan ala-ala barat dalam
sesetengah rangkap lagu Boria. Boria yang di pimpin beliau telah diberi gelaran sebagai Boria
Micheal Jackson.

Beliau sanggup meletakkan jawatan di salah sebuah bank di Pulau Pinang kerana minat
beliau yang mendalam pada Boria. Ini kerana beliau ingin menumpuhkan sepenuh masa dalam
bidang Boria ini. Kini anak anak beliau juga turut meminati Boria dan menyertai kumpulan
Boria yang di pimpin oleh beliau sendiri, iaitu Kumpulan Boria Anak Tanjung. Cita-cita beliau
adalah ingin membawa Boria ke peringkat yang lebih tinggi dan ingin memartabatkan seni
tradisi ini. Beliau juga kini terlibat dengan satu program yang melibatkan stesen televisyen, iaitu
diberi nama Boria Revival Challenge Beliau juga merupakan pelopor Boria kontenperari di
Pulau Pinang samada dari muzik, rangkap lagu mahupun pakaian.

Walaupun usaha beliau itu mendapat tentangan dan kritikan dari sesetengah pihak, namun
beliau tetap meneruskan hasrat dan cita-cita beliau dengan harapan satu hari nanti apa yang di
usahakannya itu akan diterima pakai oleh semua kumpulan Boria pada masa akan datang. Beliau
juga kini terlibat dengan satu program yang melibatkan stesen televisyen, iaitu diberi nama
Boria Revival Chalenge dan ianya kini dalam peringkat perbincangan. Harapan beliau dalam
program ini agar dapat dikormesialkan pada peringkat yang lebih baik lagi. Seterusnya akan

69

menjadikan Boria lebih moden dan dapat diterima oleh semua masyarakat bukan sahaja di Pulau
Pinang tetapi seluruh masyarakat dunia yang ada.

70

BAB 3

3.0: PENGENALAN:
Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek
yang di pentingkan ialah keupayaan para pemuzik membawakan irama yang dapat mengiringi
nyanyian tukang karang. Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah
gendang, violin dan maracas. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang
dapat digunakan semakin baiklah persembahan tersebut. Diantara alat muzik yang sering
digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla,simbal, gendang, akordian, harmonica, gitar dan
pelbagai alat lagi. Kemudian alat-alat muzik yang digunakan dipelbagai mengikut kemodenan
semasa. Antara alatan yang digunakan adalah drum, kibod, piano, gitar elektrik, trumpet dan
sebagainya. Tetapi pada masa sekarang sesebuah kumpulan boria amat jarang menggunakan
pemuzik bagi mengiringi sesuatu persembahan. Mereka lebih gemar menggunakan rakaman
minus one dari cakera padat atau kaset bagi menjimatkan kos perbelanjaan.

Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan amat erat
sekali. Seandainya cerita yang dimainkan merupakan cerita Arab, maka pakaian, muzik dan
tariannya juga mirip bentuk Arab malahan bahasa yang digunakan juga menggunakan telor Arab.

71

Gambar 3.1: Kumpulan Pemuzik Boria

Gambar 3.2 : Kumpulan Pemuzik Boria

72

Belulang

Kayu penyedak

rotan
Gambar 3.3 : Rebana

3.2 Rebana (Alat Membranofon)


Sejenis gendang satu muka yang berbentuk pasu (potted type) ianya sering digunakan
dalam esemble muzik sinkretik. Dalam konteks persembahan, rebana akan diletak di atas riba
pemain dan dipalu dengan tangan. Ianya dapat menghasilkan pic suara asas seperti monik dong
yang dipalu pada bahagian tengah permukaannya dan moniktak dari tepi alat berkenaan.
Peranannya dalam esemble adalah sebagai penyokong irama dengan pola-pola paluan yang dapat
dikategorikan sebagai irama asas (basic) penambahan (additive) dan menyilang iaitu cross
rythmn.

Bahan ekustik seperti kayu, kulit kambing,rotan dan buluh digunakan untuk
membuatnya. Baluh ataupun temalang bagi alat rebana lazimnya diperbuat daripada kayu
nangka.Ianya dapat mempengaruhi peningkatan mutu suara sesebuah alat itu. Dalam ensemble
sinkretik terdapat dua jenis rebana yang sering digunakan iaitu, jenis rebana yang memerlukan
rotan sedak untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi
sebelum persembahan. Jenis rebana yang memerlukan rotan sedak dan kayu pasak iaitu tuning

73

block untuk menegangkan kulitnya sebagai prinsip utama dalam proses penalaan bunyi sebelum
persembahan. Dengan demikian suara yang ideal yang dikehendaki dapat dihasilkan. Setelah
selesai persembahan, rotan sedak berkenaan hendaklah dikeluarkan untuk menstabilkan
kedudukan kulit Rebana berkenaan dalam keadaan yang asal(loosen).

Belulang

baluh
paku
Gambar 3.4 : Kompang

3.3 Kompang (Alat Membranofon)


Mempunyai baluh berbingkai yang diperbuat daripada kayu jenis keras. Lazimnya dari
sepsis Nangka dan nama saintifiknya Artocarpus heterophyllus. Belulang daripada kulit
kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya dengan
menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan paku supaya ketegangannya lebih
terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala untuk menghasilkan suara
yang baik.

74

Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila,


berdiri, ataupun berarak mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi, pemain
akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya daah menjadi menggunakan sebelah
tangan lagi untuk memukulnya. Selain dari Marhaban, pernan Kompang dalam kehidupan
masyarakat masa kini, telah menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis
perkahwinan ataupun menyambut tetamu dan juga pembesar-pembesar negara. Kini permainan
Kompang telah mula di ajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi
Kerajaan.

Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan Kompang terdiri daripada tiga


kumpulan mengikut peranannya. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain
yang akan bertindak sebagai Pembolong menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola
paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu in unison sebagai pukulan dasar.
Kumpulan kedua akan bertindak sebagai Peningkah lazimnya terdiri daripada seorang sahaja
sebagai master dalam permainan tersebut. Manakala kumpulan ketiga pula akan bertindak
sebagai Penyilang yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan
pola paluan yang terjalin di dalamnya.

75

3.4 Gendang (Alat Membranofon)


Sejenis gendang dua muka yang berukuran besar dan ditakrifkan sebagai Gendang
Melayu. Ianya digunakan sebagai alat gendang dalam esemble paluan untuk mengiringi teater
tradisional serta tarian klasik dan rakyat. Dalam persembahan ianya dipangku di atas riba secara
tertib mengikut keselesaan pemainnya dan dipalu dengan tangan pada kedua-dua belah mukanya.
Kadangkala pemukul gendang menggunakan rotan untuk memukul gendang pada permukaan
kecik Gendang Ibu dan Gendang Anak untuk menghasilkan bunyi yang gemersik.

Temalang diperbuat daripada kayu nangka ataupun jenis kayu keras yang lain yang
dianggap sesuai. Bentuknya seperti tempayan iaitu barrel-shape dan tebukkan dalaman
dilakukan selari dengan bentuk luaran. Ini bagi menjaminkan mutu suara yang terbaik iaitu yang
ideal. Bagi masyarakat penggamal di negeri Kelantan, khususnya, bentuk tersebut sering
diunggapkan sebagai tubuh ikan. Pada permukaan besar temalang tersebut telah di rambing
dengan belulang lembu manakala permukaan kecilnya dengan belulang kambing. Proses
merambing hendaklah bermula dengan meregang ataupun memasangkan kulit-kulit berkenaan
yang masih dalam keadaan lembab pada bingkai buluh

Dengan ini, apabila kering, ianya akan turut menebat iaitu blind together di antara
kulit dan bingkai tersebut. Kemudian dipasangkan serentak pada kedua-dua muka gendang
tersebur dan dijalin dengan rotan, berbentuk sperti Y sebagai bahan penegang, menerusi
gelung-gelung yang diperbuat daripada kulit berfungsi sebagai simpai iaitu alat tala ataupun
immediate tuning device bagi gendang. Dalam proses penalaan bunyi, kemban rotan juga

76

dipakai pada bahan gendang tersebut. Ini bagi menjamin ketegangannya supaya tidak cepat
mengendur. Dalam keadaan yang sama kemban rotan juga berfungsi sebagai bahan penghias.

Belulang
lembu atau
kambimg
rotan

rotan

Gambar 3.5 : Gendang

77

3.5 Marwas (Alat Membranofon)


Gendang dua muka yang berukuran kecil dan berbentuk cylinder. Baluhnya diperbuat
daripada kayu nangka dan kedua-dua permukaannya diregangkan dengan belulang kambing
sebagai bahan bunyi. Marwas dipalu dengan sebelah tangan secara meningkah untuk mengiringi
tarian Zapin. Dalam amalan persembahan, marwas dimainkan oleh tiga orang pemain dan setiap
daripada meruas tersebut mempunyai pic yang berbeza-beza iaitu rendah, menengah dan tinggi.
Ianya juga dikatakan telah mewarisi pengaruh dari Timur Tengah.
Rotan dan tali
pengikat

belulang

Gambar 3.6 : Marwas

3.6 Bongo (Alat Membranofon)


Ia diketuk dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan berfungsi sebagai
mengawal rentak dan tempo.

Plastik
Aluminium

Besi

Gambar 3.7 : Bongo

78

3.7 Gambus (Alat Kordofon)


Alat tali dari keluarga Ud. Ianya berasal dari Timur Tengah dan telah ditakrifkan secara
umum sebagai alat lute yang berleher pendek. Di Malaysia terdapat 2 jenis gambus yang sering
digunakan untuk memainkan muzik Arab dan juga Ghazal. Satu di kenali umum sebagai Gambus
Hadramaut dan mempunyai sebelas tali manakala Gambus Hijaz mempunyai lapan tali .

Bagi Gambus Hadramaut,badannya berbentuk seperti buah pear diperbuat daripada


cantuman beberapa kepingan kayu dari jenis ringan seperti seraya merah, seraya bunga,
merawan dan durian belanda. Lehernya telah dibuat daripada kayu nangka manakala
dadanya telah ditutup dengan sejenis kayu pine. Kayu ini dikatakan yang paling sesuai
dijadikan sebagai dadanya. Lubang suara yang bertebuk itu, di ukir daripada kayu papan lapis.
Bagi Gambus Hijaz yang sering digunakan dalam persembahan Hamdolok di Johor, badannya
diperbuat daripada kayu nangka dan ditebuk untuk dijadikan ruang gemanya. Pada permukaan
tersebut ditutup dengan kulit kambing sebagai bellynya.

Gambus Hadramaut tidak mempunyai fret dan tali-talinya yang dipetik itu, direntang
secara berpasangan (in double course) kecuali bagi tali kesebelas dimana ianya direntang secara
tunggal. Tali-tali tadi di laras mengikut sistem teori muzik barat iaitu dalam perfect 5th ataupun
lima genap menurun bermula dari tali satu pada C tengah. Ianya menggunakan tali gitar
ekustik. Bagi Gambus Hijaz tali-talinya juga direntang secara berpasangan ( in double course)
juga dilaras dalam perfect 5th menurun ataupun lima genap menurun.

79

80

tali

leher

badan

Gambar 3.8 : Gambus

3.8 Harmonium (Alat Erofon)

Pelidahnya daripada logam. Badannya ialah kotak yang berbentuk empat segi panjang
dan dibuat dari kayu. Ruang angin dan puputan terdapat dalam badannya. Kibod dipasang pada
bahagian atasbadannya. Dimainkan dalam kumpulan muzik hiburan. Puputan dibomba (pump)
dengan sebelah tangan. Kibod ditekan dengan jari pada sebelah tangan lagi. Tekanan udara dari
puputan menyebabkan pipit bergetar dan berbagai pic dikeluarkan bila ditekan mata-mata
kibodnya.

81

belos

pelidah

Kotsk pelapik
harmonium

Kotak
penutup
harmonium
Gambar 3.9 : Harmonium

3.9 Marakas dan Tamborin (Alat Idiofon)

Cara memainkannya dengan mengoncang secara bergilir-gilir. Berfungsi sebagai menjaga


rentak lagu. Semasa bermain alat tersebut di pegang dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan dan mengoncangkannya. Manakala tamborin pula juga bertindak sebagai menjaga beat
ataupun tempo lagu. Semasa bermain alat tersebut dipegang dengan sebelah tangan samada
tangan kanan atau kiri, dengan cara mengetuk pada tangan yang satu lagi ataupun di atas paha.

82

Besi
kerincing

Plastik

Gambar 3.10 : Marakas

Gambar 3.11 : Tamburin

Kayu
pemegang

besi

Plastik
pemukul

3.10 Seruling (Alat Erofon)

Alat tiup yang diperbuat daripada buluh. Ianya dicipta dalam pelbagai jenis dan bentuk
serta mempunyai lubang petik yang berbeza jumlahnya. Alat Seruling ditiup pada pangkalnya
secara menegak untuk memainkan muzik hiburan sama ada dalam ensembel ataupun secara
tunggal dan ada juga jenis seruling yang mana proses peniupannya dilakukan secara melintang

83

seperti pensol iaitu sejenis seruling dari buluh yang ditiup melalui hidung yang berkembang di
kalangan masyarakat peribumi di Malaysia.
kayu

Lubang yang
mengeluarkan
bunyi

Gambar 3.12: Seruling

3.11 Akordion (Alat Erofon)

Akordion merupakan alat yang mana suaranya dihasilkan melalui pelidah. Tekanan udara
keluar melalui reed dengan cara membuka ruang udara. Cara bermainnya ialah tarik dan pam.
Biasanya alat ini akan dimainkan dengan cara menggantung di badan pemain. Diperbuat
daripada kayu dan dicampur dengan logam. Papan nada pula diperbuat daripada plastic.

84

Pam angin
(belos)

pelidah

Gambar 3.13: Akordion

3.12 Harmonium (Alat Erofon)

Pelidahnya daripada logam. Badannya ialah kotak yang berbentuk empat segi panjang
dan dibuat dari kayu. Ruang angin dan puputan terdapat dalam badannya. Kibod dipasang pada
bahagian atasbadannya. Dimainkan dalam kumpulan muzik hiburan. Puputan dibomba (pump)
dengan sebelah tangan. Kibod ditekan dengan jari pada sebelah tangan lagi. Tekanan udara dari
puputan menyebabkan pipit bergetar dan pelbagai pic dikeluarkan bila ditekan mata-mata
kibodnya.

3.13 Gitar (Alat String)


Alat ini mempunyai 6 tali dan mempunyai 18-21 fred. Not yang bermula dari bawah iaitu
E,B,G,D,A,E. Alat ini boleh dimainkan secara memetik sambil berdiri atau duduk dan ianya
bergantung kepada keselesaan pemain itu sendiri, dan juga bergantung pada situasi dan jenis
ensembel yang dimainkan. Terdapat dua jenis iaitu gitar elektrik dan gitar akuistik.

85

Ianya juga boleh mengiringi lagu dan juga boleh sebagai melodi utama dalam sesebuah
esemble muzik yang dimainkan

fred

fred
tali

tali

Badan/
kayu
Badan/
kayu

Gambar 3.14: Gitar Elektrik

Gambar 3.15 : Gitar Elektrik

fred

86

Tali

Badan
gitar kayu

Gambar 3.16 : Gitar Akustik

3.14 Violin (Alat String)

Alat bertali dan dimainkan secara mengesek. Merupakan alat dari keluara biola dan
ianya adalah sejenis alat yang agak rumit dengan mempunyai 4 tali yang diselaraskan dari bawah
ialah E, A, D dan G. Papan penjariannya tidak mempunyai flet. Ianya terdiri daripada badan,
pengesek dan ceper. Badannya diperbuat daripada kayu. Manakala tali pengesek pula diperbuat
daripada perut(gut) binatang. Ceper digunakan untuk meletakkan bahagian leher pemain.

87

pengesek

tali

Tempat
menyimpan
Badan
daripada kayu

Gambar 3.17 : Violin

3.15 Drum (Alat Brass)


Bertindak sebagai pengawal rentak atau tempo dalam sesebuah lagu. Dimainkan secara
mengetuk atau memukul dengan menggunakan kayu yang dikhaskan. Set drum mempunyai
pelbagai saiz dan mempunyai kombinasi alat-alat lain seperti simbal dan tempat yang mengetuk
bahagian bawah drum. Dimainkan dengan cara melibatkan keseluruhan anggota badan.
drum

simbal
drum

Gambar 3.18: Drum


88

Bass
drum

3.16 Piano (Alat Elektrik)


Piano merupakan sejenis alat elektrik. Cara bermainnya dengan menekan. Terdapat 3
pedal pada bahagian bawah piano.

Gambar 3.19 : Piano

3.17 Sintesizer (Alat Elektrikal)


Cara dimainkan ialah tangan kanan memainkan melodi dan tangan kiri memainkan
kodnya.

Gambar 3.20: Sintesizer

89

3.18 Trumpet (Alat Woodwind)


Trumpet diperbuat dari besi sepanjang 130cm. Untuk membunyikannya kita perlu
meniup bibir diletakkan di pemipit (mouthpiece). Trumpet mempunyai suara yang jelas dan
terang.

Gambar 3.21: Trumpet

90

BAB 4

4.1 Pendahuluan

4.2 Tukang Karang


Tukang karang adalah orang yang sangat penting dalam sesuatu persembahan boria. Pada
masa dahulu, seseorang tukang karang tidak memerlukan skrip untuk menyusun rangkap kata
dan hanya berlandaskan isi cerita yang akan di sampaikan. Sebab itu seseorang yan dipilih
sebagai tukang karang pada pengubah lirik boria hinggakan ia menjadi satu keistimewaan dalam
sesebuah persembahan boria. Seseorang tukang karang juga harus mempunyai suara yang
lantang dan jelas, serta tahu menyanyi mengikut tempo lagu dan nada yang sesuai.

Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama nyanyian secara solo sambil menari
serta mengoyangkan tongkat yang dibawanya. Kemudian diikuti oleh kumpulan (sailor) akan
menyahut nyanyian secara beramai-ramai sambil menari serentak dengan gerak langkah tertentu
mengikut formality langkah tari boria yang dipilih. Begitulah berikutnya setiap rangkap tukang
karang akan disambut oleh ahli kumpulan dengan rangkap yang pertama dinyanyikan berulangulang (chorus).

91

4.2.1 Sailor

Sailor (penari) biasanya akan mendahului masuk ke pentas selesai sahaja lakonan
berakhir dengan diiringi muzik masuk (intro). Para pelakon yang mengambil bahagian pada
awalnya tadi turut masuk bersama. Terdapat juga sailor serta pelakon dalam sesebuah kumpulan
semasa masuk akan membawa payung, bendera,gendang panjang dan props lainnya memgikut
kemampuan kumpulan tersebut. Mereka diikuti oleh Tukang Karang iaitu orang utama yang akan
mengendalikan persembahan ini.

Kini, ada juga kumpulan (sailor) semasa persembahan tidak menyanyikan rangkap
pertama secara berulang-ulang. Mereka menyampaikan semua rangkap yang dinyanyikan oleh
tukang karang. Jika tukang karang menyampaikan rangkap kedua, sailor juga akan turut
menyambut dengan nyanyian rangkap kedua dan seterusnya sehingga kepada rangkap terakhir.

Untuk menyerikan lagi kemeriahan suasana, confetti (kertas warna-warni yang dipotong
halus) ditabur manakala streamers (seakan-akan mercun tarik) diletupkan dan bendera yang
menjadi lambang kumpulan dikibar-kibarkan sewaktu korus dinyanyikan oleh kelasi. Para kelasi
akan berselerak memenuhi ruang pentas tetapi pergerakkan mereka terbatas, iaitu tetap berada di
belakang tukang karang. Pemuzik juga turut menari. Biasanya pada akhir persembahan,
kumpulan boria sering kali mengucapkan salam atau memohon ampun diatas segala kelakuan
mereka sepanjang persembahan.

92

Gambar 4.1 Nyanyian

93

BAB 5
5.1 Pendahuluan
Kostium merupakan satu elemen penting dalam persembahan Boria. Peralatan Boria yang
lain seperti payung, bendera, dan juga tongkat merupakan identity sesebuah kumpulan Boria.
Dengan pakaian yang berwarna warni akan menyerikan lagi persembahan sesebuah kumpulan
Boria itu.
5.2 Kostium dan Props Dalam Boria
Pada peringkat awal boria, cara berpakaian lebih bercorak kearaban.Tapi lama kelamaan
ianya berubah menjadi sangat bebas hingga ada kumpulan Boria yang membawa cerita Red
Indian, cowboy, Troop Alendes dan sebagainya. Pada masa itu boleh dikatakan hamper
kebanyakkan kumpulan memakai pakaian seragam. Selalunya pakaian yang dipakai adalah
mengikut cerita. Jika cerita yang akan disampaikan itu mengisahkan tentang suasana hidup
masyarakat petani,nelayan dan sebagainya, pakaian dan props yan digunakan adalah juga
berdasarkan kepada suasana dan keadaan penceritaan tersebut. Manakala jika persembahan
berkisar tentang cerita raja-raja atau cerita sejarah purba menyerupai bangsawan, segala
kelengkapan pakaian dan props yang melambangkan tentang cerita tersebut akan digunakan.
Antara props yang sering digunakan untuk persembahan boria adalah pelita, bendera, keris,
payung, bunga manggar, tongkat dan sebagainya.Walaupun begitu, pakaian untuk tukang karang
adalah lebih istimewa daripada semua ahli di dalam kumpulan boria tersebut.

94

Gambar 5.1 : Pakaian kumpulan masa kini

95

BAB 6
6.1 Pendahuluan
Biasanya senikata lagu yang dicipta berasaskan lakonan yang dipentaskan sebelumnya
dan susunan senikata tadi berbentuk syair. Seandainya orang yang menjemput bermain
datangnya dari golongan berada atau ternama,maka rangkap-rangkap awal nyanyian selalunya
bersifat pujian kepada pengundang tadi.

Contoh:

Menjunjung Duli Tuanku Sultan,


Di hari keputeraan ucapan sambutan,
Diiringi doa tambah keberkatan,
Boria Pulau Pinang dalam ingatan.

Tuanku Baginda,Permaisuri disembah,


Meraikan jemputan kunjungan muhibbah,
Jalinan kemesraan kasih bertambah,
Kelantan-Pulau Pinang contoh munasabah.

96

Sementara itu, rangkap pertama bagi setiap lagu boria mestilah memperkenalkan
kumpulan masing-masing dan rangkap inilah yana akan menjadi korus untuk lagu tersebut. Ini
sememangnya menjadi amalan kepada semua kumpulan-kumpulan boria dari dahulu hingga kini.

Contoh:
Boria Sungai Pinang
Dunia tak sunyi dengan sengketa,
Terhadap masyarakat kampung dan kota,
Puji dan puja keji dan kata,
Boria Sungai Pinang membawa cerita.

Boria Sungai Rusa


Masyarakat Malaysia berbilang bangsa,
Bekerjasama tunjukkan jasa,
Tajuk kami telatah desa,
Persembahan boria dari Sungai Rusa

Kelab Sukan Kastam(KESUKA)


Datuk yang buta celek semula
Beri nasihat dosa dan pahala
Cucu didoa jauhkan bala
Boria KESUKA syukur dan redha

97

Pelabuhan Pulau Pinang(PPC)


Badan Tabung haji tajuk cerita
Untuk muslim rakyat jelata
Sebagai sumbangan persembahan kita
Boria PPC menyambung kata

Boria Anak Tanjung


Salam sejatera kami ucapkan
Kepada hadirin yang dimuliakan
Kehebatan boria kita dengarkan
Boria Anak Tanjung mohon dendangkan

Contoh Keseluruhan rangkap Karangan


Wawasan Malaysia tajuk cerita
Untuk renungan rakyat jelata
Berilmu berbudi kata dan kota
Malaysia maju matlamat kita

98

Izinkan kami sampaikan madah


Pesanan PM mutiara indah
Sebagai saluran penyambung lidah
Semoga berguna dan berfaedah

2020 Saranan Wawasan


Cita-cita murni membina insane
Budaya ilmu amat berkesan
Kasih saying dengan penuh ihsan

Langkah pertama yang hendak diolah


Perlu betulkan fikiran yang salah
Mampu selesaikan tiap masalah
Sanggup berunding bukan berbalah

Wujudkan bangsa yang maju dan matang


Perpaduan kaum jelas dibentang
Saling mengerti batas dan pantang
Segala hasutan dapat ditentang

99

Setiap pendukung budaya bangsa


Budaya korupsi tiada selesa
Runtuhan moral hina sentiasa
Kehancuran menyusul membawa binasa

Pandang ke Timur contoh ibarat


Pemimpin berseru ambillah berat
Beratus tahun condong ke Barat
Ubahlah sikap yang sudah berkarat

Jangan diamalkan faham perkauman


Itulah racun itulah kuman
Sikap begitu ketinggalan zaman
Berpecah belah hidup taka man

Kepada Negara sedia berkhidmat


Bersih amanah saling menghormat
Kemajuan bangsa jadi matlamat
Negara berkat terjamin selama

100

Tamatlah sudah kata dan pesan


Maafkan kami sekian ulasan
Mudah-mudahan kelak berkesan
Persembahan boria penyambung lisan.

Senikata yang baik harus mengandungi suku kata yang seirama di setiap hujung rangkap.
Kalau rima ta atau dah digunakan pada hujung baris pertama maka hujung baris yang
berikutnya dalam rangkap yang sama mesti mempunyai bunyi ta dan dah atau be walaupun
masih dikekalkan bunyi a.

Contoh:
Kuli Kalin nama boria asal kita,
Sepuluh Muharram diarak merata,
Baju beragam bertopeng Cuma nampak mata
Muzik tak menentu yang penting cerita

@
Izinkan kami sampaikan madah
Pesanan Pm mutiara indah
Sebagai saluran penyambung lidah
Semoga berguna dan berfaedah.

101

Contoh:
Tamatlah sudah madah karangan
Kalau tersilap di marah jangan
Budaya boria dibuat sebagai pegangan
Boria Anak Tanjung melambaikan tangan

Sekian tamat kami persembah


Harap dimaaf kasih bertambah
Sumbangan padu tiada berubah
Boria Pulau Pinang salam muhibbah

102

BAB 8
Pada masa ini pertunjukkan boria telah mengalami banyak perubahan. Perubahan yang
berlaku mungkin kerana faktor masa dan kesan daripada pertandingan boria yang diadakan
secara meluas seperti Festival Boria Sempena Pesta Pulau Pinang. Pertandingan Boria Antara
Sekolah-Sekolah. Gema Boria Semutiara dan sebagainya. Dengan adanya program seperti ini
kumpulan-kumpulan boria makin bertambah dari masa ke semasa. Perubahan lain yang jelas
ialah dari segi pakaian kerana dulu pakaian yang digunakan adalah beraneka ragam dari segi
corak, bentuk serta warna.

Semakin beraneka pakaian yang digunakan semakin hebatlah daya penarik sesebuah
kumpulan boria. Begitupun, arus perubahan sekarang lebih ke arah pemakaian pakaian seragam,
misalnya kelasi-kelasi akan pakaian yang seragam kecuali tukang karang memakai pakaian yang
berbeza iaitu baju yang lebih istimewa. Gerak langkah tarian juga diseragamkan dan kerap kali
digunakan langkah-langkah tarian moden. Walaupun begitu gerak tari tradisional masih
dikekalkan bergantung kepada sesuatu irama yang digunakan seperti zapin, joget, inang dan
sebagainya mengikut kreativiti sesebuah kumpulan. Dari segi senikata lagu pula, ada juga
kumpulan boria yang menyampaikannya dalam pelbagai bahasa bergantung kepada majlis atau
persembahan yang diadakan.

103

BAB 9
Seni persembahan Boria dianggap sebagai persembahan asli milik orang Melayu Pulau
Pinang. Bagaimanapun ciri-ciri asal teater takziya sudah tidak dapat dikesan lagi. Ini bermakna
aak-anak tempatan telah berjaya mengubah suai teater ini yang pada asalnya dilakonkan atau
dipersembahkan untuk memperingati peristiwa pembunuhan Sayidina Hussien r.a di Karbala.
Fungsi boria juga turut berubah daripada sebuah persembahan yang berkaitan dengan keagamaan
menjadi sebuah persembahan hiburan. Banyak perubahan yang berlaku dalam seni persembahan
boria ini. Perubahan yang berlaku bukan saja dari segi fungsi seni tersebut tetapi mencakupi
pelbagai aspek termasuk cerita yan dipersembahkan,pakaian yang digunakan, komposisi ahli-ahli
malah alat-alat muzik yang digunakan.

Walaupun seni persembahan boria telah diperkenalkan sejak zaman berzaman,


keupayaan seni ini untuk menambat hati penonton masih kuat. Boleh dikatakan hampir semua
orang mengenali persembahan ini terutamanya di Pulau Pinang tempat berkembangnya seni
hiburan ini di Semenanjung Malaysia. Oleh itu boria perlulah diteruskan serta dperbaiki dari
masa ke semasa, agar dapat dijadikan salah satu cabang kebudayaan bangsa di samping seni
budaya lain-lain daerah di Malaysia. Boria sebagaimana yang telah disamping peranannya
sebagai wadah hiburan, ianya juga menjadi media massa yang berkesan dan berguna kepada
bangsa dan negara. Oleh itu, adalah sangat merugikan jika ianya dibiarkan berkembang tanpa
saluran dan perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak sama ada kerajaan ataupun rakyat

104

jelata. Diharapkan seni boria akan terus berkembang dan mekar dalam hati peminat-peminat
seni.

105

106

BAB 10:TOKOH-TOKOH BORIA


1. Abu Bakar bin Jaafar(Pak Kan)
No: 15, Jalan Dato Haji Ahmad Badawi
Taman Haji Abdullah Fahim,
13200, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

2. Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Hamid


293-1,Jalan Perak,
10150, Georgetown, Pulau Pinang.

3. Encik Abdullah b. Darus


No.12, Jalan Makloom,
10150,Georgetown, Pulau Pinang.

4. Tuan Syed Agil b. Syed Ahmad


A4-28, Rumah Pangsa Kampung Melayu
11500, Ayer Itam, Pulau Pinang.

5. Encik Daud b. Ibrahim


No.39 Jalan Terusan,
Sungai Pinang,
10150, Pulau Pinang.
107

108

1.

Buku Siri Seni Dan Budaya Boria- Jasman b. Ahmad dan Siti Mariam bt Daud

2. Buku Boria- Siri Mengenal Budaya Boria 1/2003- Terbitan Kementerian Kesenian
& Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur.
3. Sejarah dan Perkembangan BORIA Pulau Pinang- Terbitan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia- Pejabat Kebudayaan Dan
Kesenian Negeri Pulau Pinang.
4. Buku Alat Muzik Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Di Malaysia- Di tulis oleh
Nik Mustapha b. Nik Mohd Salleh, Di edit oleh- Mohd Ghazali b. Abdullah.
5. www. Pak rashi@ Harmonium.com
6. http:// images.google.com.my
7. hww.hot.ee/akordion/galeri// images/2004
8. www.melodik.net/calgi/images/058- akordion.pjg
9. Perpustakaan Maktab Rendah Sains Mara , Taiping. Perak
10. Perpustakaan Institut Perguruan Batu Pahat, Batu Pahat Johor.
11. Perpustakkan Awan Pusat Bandar, Pasir Gudang, Johor .
12. Perpustakaan Awam Taiping, Perak.
13. Temubual bersama Tokoh Boria Encik Abdullah bin Darus dan Tuan Syed Agil bin
Syed Ahmad, Di Kediaman mereka di Pulau Pinang.

109

14. Temubual bersama Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan


Warisan Pulau Pinang, di Pejabat beliau.

110

111

Anda mungkin juga menyukai