Anda di halaman 1dari 3

Tarian Singa

(bahasa Cina: 舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional

dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan

singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari

iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum,

manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa

tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang

disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang

dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,

terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat

di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara

tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih

terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih

1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan

"Tarian Singa Selatan".

Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan

tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah,

jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih

banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu

dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara

meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin

serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.

Tarian naga

(Cina Tradisional: 舞龍, Cina Ringkas: 舞龙, pinyin: wǔ lóng) ialah sebentuk tarian dan

persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga

sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut

"Keturunan Naga" (Cina Tradisional: 龍的傳人, Cina Ringkas: 龙的传人, pinyin: lóng de

chuán rén) sebagai lambang identiti etnik.

Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga

Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan

menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang

penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik.

Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini

secara berbelok-belok dan beralun-alun.

Gerakan-gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan peranan-

peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara

utama sambutan Tahun Baru Cina.

Naga dipercayai membawa tuah kepada orang, seperti yang dicerminkan dalam

sifat-sifat naga termasuk kuasa besar, maruah, kesuburan, kebijaksanaan dan tuah.

Kemunculan naga sungguhpun menakutkan namun membawa kecenderungan hati

murni, maka menjadi jata yang melambangkan kekuasaan maharaja.

Tarian Kipas
Cina merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita

dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang

sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa

menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu

tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai “ Fung shui” iaitu

suatu kepercayaan masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan

buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini

dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui” yang baik

kepada seluruh anggota masyarakat.