Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Permainan Tradisional Wau Bulan

Tahun : 2018

Hasil karya yang telah penulis hasilkan ialah bertemakan patriotik. Penulis
menghasilkan sebuah karya Wau Bulan kerana ia merupakan permainan tradisional yang
melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu. Penulis mencuba untuk mengembalikan
zaman kegemilangan permainan ini dengan menghasilkan karya tersebut. Penulis memilih
permainan wau bulan berbanding permainan tradisional yang lain kerana permainan ini
mempunyai ciri-ciri yang unik yang tiada pada permainan yang lain. Antaranya, nama wau
bulan tersebut. Nama wau bulan diambil kerana bentuk wau tersebut menyerupai bulan
sabit. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak
yang lebih besar menjadi pilihan.

Dalam menghasilkan karya ini, penulis telah menggunakan pelbagai media


antaranya warna air, kanvas lukisan, berus lukisan, berus gigi, pensil dan pemadam. Penulis
juga telah mengaplikasikan pelbagai teknik bagi menghasilkan karya ini iaitu menggambar,
kaligrafi dan percikan.

1
Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni
berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap iaitu menggambar,
menganalisa, mentafsir dan penilaian. Penghasilan karya tersebut menggunakan pelbagai
warna yang terang terutamanya warna merah. Penggunaan warna yang terang dan menarik
antara warna neutral menambahkan lagi nilai estetik karya tersebut. Corak pada wau
tersebut diperkuatkan lagi dengan penggunaan warna putih, hijau dan kuning. Ini bagi
membangkitkan lagi daya tarikan bagi wau bulan tersebut. Corak batik pada badan wau
bulan itu menunjukkan kesenian tradisional masyarakat Melayu. Corak batik ynag lebih
kompleks menjadikan wau bulan tersebut lebih bernilai estetika.

Penulis juga memenuhi ruang kanvas lukisan tersebut dengan baik. Lukisan yang
dilukis memenuhi segenap kanvas lukisan. Namun, pada ruang dan bahagian yang
tertinggal, penulis telah mengaplikasikan teknik percikan. Penulis telah menggabungkan
pelbagai warna dengan menggunakan teknik percikan. Teknik percikan ini digunakan adalah
bertujuan untuk mempelbagaikan penggunaan teknik pada karya. Selain itu, teknik percikan
ini juga menambahkan lagi nilai estetika pada hasil karya. Kepelbagaian dan percampuran
warna ini menjadi simbolik kepada semangat masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
mempunyai kepelbagaian adat dan budaya. Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal
dengan kepelbagaian bangsa yang mempunyai pelbagai adat dan budaya. Namun,
masyarakat Malaysia mampu untuk hidup harmoni tanpa kacau bilau.

Selain itu, penulis telah menggunakan kaligrafi dalam menghasilkan karya. Kaligrafi
yang digunakan oleh penulis ialah kaligrafi tulisan Jawi. Tulisan Jawi merupakan tulisan
yang digunakan sebelum diperkenalkan tulisan rumi. Kaligrafi yang ditonjolkan oleh penulis
adalah ejaan wau dalam tulisan Jawi. Penulis menggunakan tulisan Jawi di dalam karya
untuk membangkitkan semula era Ketamadunan Melayu. Melalui penggunaan tulisan Jawi
ini, diharapkan agar ia memberikan kesedaran terhadap pentingnya tulisan ini kepada
pembangunan Malaysia. Penggunaan warna pada tulisan tersebut menunjukkan ciri-ciri
tradisional iaitu berwarna coklat.

Anda mungkin juga menyukai