Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Pada 19 April 2019, Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang telah mengadakan satu
larian kampus dan Road Relay di mana seluruh pelajar diwajibkan untuk menyertai larian
tersebut Larian kampus ini telah dianjurkan oleh kumpulan MT 3 PISMP ambilan Jun 2017
dengan kerjasama Unit Kokurikulum dan Biro Sukan dan Rekreasi Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP). Sebagai ahli bagi kumpulan ini, penulis ditugaskan sebagai
Bendahari bagi larian kampus ini. Penulis telah menjalankan tugas pada sebelum, semasa
dan selepas program dijalankan dengan baik. Melalui penulisan ini, penulis perlu untuk
menilai refleksi SWOT bagi proram Larian Kampus dan Road Relay yang dijalankan.

Kekuatan (Strengthness)

Berdasarkan kepada pemerhatian penulis yang ditugaskan sebagai Bendahari bagi


program Larian Kampus tersebut, terdapat beberapa kekuatan yang dapat diperhatikan.
Antara kekuatannya ialah peruntukan yang diberikan oleh pihak atasan untuk menganjurkan
program ini amat mencukupi. Peruntukan yang telah diberikan ialah daripada wang Amanah
Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang. Selain itu, peruntukan wang juga telah didapati
melalui lebihan wang Kursus Kepegawaian Olahraga. Wang lebihan ini telah digunakan
untuk menyediakan makanan dan minuman bagi pelajar PISMP ambilan Jun 2017 sahaja.
Ini kerana, hanya pelajar-pelajar tersebut yang menyertai kursus kepegawaian tersebut.
Selain itu, wang yang diperuntukan juga telah penulis gunakan untuk membeli peralatan dan
bahan-bahan yang diperlukan semasa program larian berjalan. Antaranya, ‘banner’ dan
minuman bagi peserta. Setiap AJK yang telah membeli peralatan untuk larian kampus
tersebut telah menuntut wang daripada penulis dengan syarat mempunyai resit pembelian.
Setiap AJK telah memberikan kerjasama yang baik kepada saya iaitu mereka telah
menyediakan resit pembelian untuk menuntut wang hasil pembelian mereka.

Kelemahan (Weakness)

Melalui pemerhatian dan penilaian, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat
dikenalpasti dalam penganjuran program larian kampus tersebut. Antaranya ialah resit hasil
pembelian tidak diberikan kepada penulis setelah pembelian dilakukan. Contohnya, setelah
pembelian dilakukan oleh suatu AJK, resit pembelian tersebut tidak diserahkan kepada
penulis. Resit hasil pembelian ini akan digunakan sebagai laporan kewangan pada akhir
program tersebut. Pada laporan kewangan ini, penulis perlu membentangkan nilai wang
yang dibelanjakan dan resit ini akan dijadikan sebagai bahan bukti pembelian tersebut
berlaku. Selain itu, kelemahan kedua yang dapat penulis perhatikan ialah AJK-AJK tersebut

1
lambat untuk menyerahkan resit pembeliannya. Melalui ini, ia akan menyukarkan penulis
untuk menyediakan laporan kewangan bagi program tersebut. Laporan kewangan ini akan
dilaporkan dan dibentangkan kepada semua ahli jawatankuasa dalam mesyuarat pada akhir
program tersebut. Pembentangan kewangan ini perlu dilakukan supaya ketirisan wang tidak
akan berlaku dan wang yang diperuntukan digunakan untuk membeli barang yang berkaitan
program larian tersebut sahaja.

Peluang (Oppurtunities)

Sepanjang pengelolaan Larian Kampus dan Road Relay ini, penulis memperoleh
beberapa peluang yang dapat meningkatkan lagi kemahiran penulis. Salah satu peluang
yang diperoleh ialah penambahan pengetahuan bagi mengelola sesuatu program. Sebagai
seorang bendahari, saya telah belajar banyak pengetahuan seperti tugasan yang perlu
dilakukan pada sebelum, semasa dan selepas sesuatu program dijalankan. Pada sebelum
suatu program dijalankan, penulis dapat belajar untuk menyediakan belanjawan bagi
program tersebut. Penyediaan belanjawan ini penting supaya peruntukan wang yang
diberikan mencukupi untuk menjalankan program tersebut dengan lancar dan efektif. Selain
itu, semasa program dijalankan, penulis memastikan barang dan peralatan yang dibeli
dimasukkan ke dalam laporan kewangan. Akhir sekali, setelah selesai program, saya perlu
menyediakan laporan kewangan bagi program larian tersebut. Pengetahuan yang telah saya
perolehi ketika menjadi bendahari program ini akan penulis aplikasikan pada masa hadapan.

Ancaman (Threat)

Ancaman adalah sesuatu risiko yang didapati pada sesuatu program. Antara
ancaman yang boleh diperhatikan ialah risiko kehilangan wang dan ketirisan wang yang
berlaku. Risiko kehilangan wang yang boleh berlaku kerana wang tersebut hanya disimpan
oleh penulis di dalam bilik sahaja. Penulis menyimpan wang tersebut di dalam bilik kerana
untuk memudahkan proses pengeluaran wang tersebut bagi membeli barang dan peralatan
yang diperlukan. Selain itu, tiada perbandingan harga dilakukan ketika membeli sesuatu
baran dan peralatan. Perbandingan harga ini amat penting kerana ia untuk mengurangkan
kos yang perlu dikeluarkan untuk membeli barang tersebut.

2
Kemahiran Kendiri

Kemahiran Komunikasi

Kemahiran komunikasi ialah satu kemahiran pemindahan idea yang meibatkan


proses verbal dan non-verbal. Ketika mengelola program ini, kemahiran komunikasi penulis
dapat ditingkatkan. Hal ini kerana, semasa menjalankan tugas, saya telah berkomunikasi
dengan AJK-AJK lain bagi membeli peralatan yang diperlukan. Komunikasi yang berlaku di
antara penulis dan AJK lain adalah ketika setiap AJK yang bertugas ingin menuntut wang
untuk membeli barang dan peralatan bagi melicinkan program tersebut. Misanya, AJK
multimedia, publisiti dan fotografi ingin membuat ‘banner’ program. Sebelum membeli
‘banner’ tersebut, penulis dan AJK berbincang bersama-sama untuk membina ‘banner’ yang
terbaik dan kurang kos. Interaksi yang berlaku ini membolehkan dan membantu dalam
melicinkan proses pelaksanaan program.

Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Seterusnya, kemahiran kendiri yang lain ialah kemahiran pembelajaran berterusasn


dan pengurusan maklumat. Sebagai seorang yng dtugaskan sebagai Bendahari, banyak
pengetahuan yang telah saya pelajari antaranya menyediakan belanjawan, mengurus
kewangan dan menyediakan laporan kewangan. Segala ilmu dan pengetahuan yang telah
saya peroleh ini amatlah berguna pada masa hadapan

Kemahiran Berpasukan

Kemahiran kendiri seperti kemahiran berpasukan juga dapat ditonjolkan oleh penulis
dalam menjayakan program tersebut. Kemahiran berpasukan ini dapat ditonjolkan ketika
penulis bersama-sama AJK lain saling bekerjasama dalam menjayakan program tersebut.
Setiap AJK tidak hanya menjalankan tugas mereka sahaja malah mereka bersama-sama
membantu AJK lain yang memerlukan bantuan. Contohnya, penulis membantu AJK
makanan dan minuman dalam menyediakan air minuman bagi peserta larian. Ini kerana,
dalam penyediaan air minuman ini, tenaga kerja yang banyak perlu digunakan. Akhir sekali,
kemahiran berpasukan dapat ditonjolkan ketika akhir program di mana setiap AJK
bekerjasama dalam membersihkan kawasan larian.

3
Kemahiran Menyelesaikan Masalah

Kemahiran menyelesaikan masalah ialah kemahiran yang digunakan untuk


mengatasi suatu masalah yang berlaku. Kemahiran ini telah penulis aplikasikan ketika
menyelesaikan masalah yang berlaku ketika menjalankan program tersebut. Misalnya,
ketika membeli barang dan peralatan bagi larian kampus tersebut. Masalah yang timbul
ialah di mana kos barangan tersebut mahal dan melebihi peruntukan yang diberikan. Jadi,
untuk mengatasi masalah ini penulis telah melakukan perbandingan harga bagi beberapa
kedai. Harga barangan yang paling murah akan dipilih oleh penulis. Melalui ini, penulis
dapat membandingkan harga bagi barang yang sama seterusnya dapat mengurangkan kos
pembelian barang.

Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran kepimpinan dapat ditonjolkan melalui penulis mampu untuk menjalankan


tugas yang diberi dengan baik. Sebelum pembelian barang berlaku, penulis telah
memberikan sedikit taklimat kepada setiap AJK. Dalam taklimat ini, penulis telah
memberikan serba sedikit syarat untuk membeli barang dan cara untuk menuntut wang
kembali. Selain itu, kemahiran kepimpinan dapat dilihat melalui pengarah program ini.
Pengarah program amat komited dalam menjalankan tugas beliau. Pengagihan tugas
kepada AJK-AJK yang dibentuk dilakukan dengan begitu teliti sekali. Ini supaya, gerak kerja
yang akan dilakukan dapat dijalankan dengan begitu lancar dan teratur. Pengarah program
juga telah turun padang dan membantu AJK-AJK lain dalam melancarkan perjalanan
program.

Anda mungkin juga menyukai