Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH KRAFTANGAN MALAYSIA

Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang


menganjur mensusuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi
ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri
galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi iniberperanan membentuk
keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara.

Pedagang - pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil


dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air. Abad
ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Perak.Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan
pembesar - pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang
dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata.

Tahun 1930 sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah


menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan. Buat
pertama kalinya hasil kraf negara dipasarkan di bandar - bandar dan Singapura.
Inilah detik perkembangan seni kraf tempatan.

Pameran tahunan yang dikelolakan oleh Persatuan Pertanian dan


Perkebunan Malaya (MAHA) memberi ruang pasaran kepada produk
kraf. Program MAHA berkonsepkan astaka ini telah mengenengahkan
demonstrasi kraf sebagai aktiviti utama. Negeri-negeri mula mengambil langkah
memajukan seni kraf dengan bermulanya Negeri Kedah menubuhkan sekolah
pertukangan untuk melatih penuntut dalam bidang kraf emas, perak, mengecap
batik, tembikar dan tenunan. Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah memulakan
sekolah tenunan pada tahun 1935 dan 1959 sekolah tenun ditukar kepada
Sekolah Latihan Gadis - Gadis. Penubuhan Lembaga Kemajuan Kampung dan
Perusahaan (RIDA) memberi nafas baru kepada perusahaan kraftangan dengan
menyalurkan bantuan kepada pengusaha-pengusaha luar bandar dalam bentuk
kewangan, latihan kemahiran, bahan mentah dan saluran pasaran.

Pada tahun 1966, Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi


meneruskan peranan RIDA dan di bawah MARA, Pusat Kemajuan Pertukangan
Tangan diwujudkan pada 1 Januari 1967. Selain saluran bantuan pusat ini
berperanan membuat penyelidikan teknik, reka bentuk dan reka corak. Tahun -
tahun 70an industri plastik mula mewarnai pasaran dunia dan titik inilah
bermulanya kesedaran dan penghargaan terhadap seni ketukangan tanah air.
Maka tercetuslah semangat baru yang optimis terhadap karya - karya seni
dimensi baru. Era baru perkembangan seni kraf ini menimbulkan semangat
keusahawanan dan pada masa itulah tertubuhnya Lembaga Kraftangan Malaysia
pada 14 Mei 1973.
Kraf Tangan Pelbagai Negeri Mewarnai Seni
Tradisi Malaysia
Selami rasa bangga terhadap kesenian budaya kita, tentunya melalui kraf
istimewa dari serata Malaysia. Dari Terengganu ke Pulau Pinang, pastinya input
ini dapat menambah pengetahuan anda.

TERENGGANU Bekas Simpanan Tembaga :


Dikatakan warisan zaman pemerintahan Funan, seni logam
beralih ke negeri Terengganu selepas terjadinya penghijrahan
tukang logam ke Tanah Melayu seawal 800 masihi. Pertukangan
tembaga semestinya bukan mudah. Persekitaran kerja, sama
seperti latihan dan minat ahli tukang, menjadi faktor utama yang
menentukan kualiti kraf ini. Awalnya, penghasilan barangan
tembaga seperti dulang, pasu dan tempayan di Terengganu
dilakukan menggunakan acuan lilin. Kini, acuan pasir digunakan
bagi menghasilkan pelbagai reka bentuk produk. Untuk
mendapatkan leburan tembaga yang cantik, pentingnya penjagaan
acuan, suhu dan kaedah penuangan.

Seni Pembuatan dan Permainan Wau :


Selain tembaga, Terengganu juga terkenal dengan seni
pembuatan wau. Bukan sekadar layang - layang cantik yang
diterbangkan untuk mengisi masa lapang, wau cukup dikenali
sebagai kraf masyarakat Pantai Timur, khususnya warga Kelantan
dan Terengganu sebagai hiasan tradisi. Di Terengganu, wau boleh
diinspirasikan oleh pelbagai jenis haiwan, misalnya burung merak,
ikan pari dan kucing. Tidak kurang juga, wau yang mengikut
bentuk bulan dan ada juga yang menggunakan teknik batik. Untuk
menghasilkan wau, bahan-bahan yang diperlukan termasuklah
kertas beras, buluh dan serbuk pewarna khas. Ada wau yang
mampu mengambil kelebaran satu meter, ada juga yang sama
atau lebih tinggi dari seniman kraf tersebut.

PERLIS Wau Helang :


Bukan sahaja menjadi permainan di Terengganu, Wau juga
terkenal di negeri Perlis. Wau merupakan sejenis layang-layang
tradisional yang sering dimainkan di Malaysia. Di samping
beberapa jenis wau yang bermotifkan haiwan tadi, negeri Perlis
juga terkenal dengan pembuatan wau yang dibuat berunsur
haiwan seperti Wau Helang. Wau Helang biasanya dipasang
dengan degung (seperti bunyi gong) atau busur (kayu seperti
buluh) di bahagian atasnya. Manakala di bahagian tengah pula,
wau ini sering dihias dengan gambaran seekor burung helang.

SELANGOR Kain Telepuk :


Di Selangor pula, kain telepuk berhias emas, kain yang
dikhaskan untuk keluarga diraja dan bangsawan. Ianya
dipakai secara meluas di Selangor semasa pemerintahan
Sultan Hisamuddin Alam Shah dan masih dikekalkan seni
pembuatannya hingga ke hari ini. Seni tradisional menghias
kain ini melibatkan proses menelepuk motif menggunakan
penerap ukiran kayu yang bergam ke atas kain tenun benang
halus. Ia kemudiannya dilekapkan dengan serbuk emas. Pada
zaman dahulu, sepersalinan busana penuh menggunakan
Telepuk dianggap bersifat mewah dan hanya digunakan pada
peristiwa istimewa seperti majlis rasmi di istana, pakaian
istiadat perkahwinan dan pemberian hadiah. Kini, seni tekstil
ini boleh dikenakan oleh semua lapisan masyarakat dan telah
dipelbagaikan mengikut arus pemodenan menjadi tanjak,
samping dan selendang.

NEGERI SEMBILAN Bako :


Jika dilihat pada rumah - rumah zaman dahulu, masyarakat
kita cukup mesra dengan anyaman buluh. Dinding rumah, tikar
dan tudung saji banyak diperbuat daripada buluh. Masih
mengekalkan pembuatan kesenian anyaman buluh, Pakcik
Anuar, seorang pesara tentera melalui hasil kraftangannya
iaitu Bako. Giat dihasilkan di Jempol, Negeri Sembilan, Bako
ialah bakul rotan yang diperbuat daripada batang buluh.
Kewujudan Bako sebenarnya berasal daripada perkataan
“Bakul” yang berubah menjadi “Bako” selepas ditukar ke
dalam loghat Negeri Sembilan. Kekemasan seni anyaman
Bako ini sesuai digunakan sebagai hantaran bagi
perkahwinan, bakul mengisi buah - buahan dan sebagai
perhiasan yang kelihatan mewah.

JOHOR Kuda Kepang:


Kesenian penghasilan Kuda Kepang pula dikaitkan dengan
unsur alam kayangan. Perbualan mulut ke mulut, kononnya
dikatakan ada Kuda Kayangan turun di Jawa untuk mencari
kawannya yang hilang. Setelah bertemu, mereka menari-nari
keseronokkan. Ada yang berpendapat asal usul tarian ini
dikaitan dengan Saidina Ali seorang kalifah dan pahlawan
yang hebat berkuda, ada juga yang mengaitkan dengan Wali
Songo, seorang tokoh yang cuba menyebarkan ajaran islam di
Kawasan pedalaman Jawa pada abad ke-15. akibat
kesukaran untuk mendekati masyarakat di sana, beliau telah
menggunakan pendekatan menari sambil menunggang kuda.
Oleh itu, kewujudan dari mana datangnya seni tarian Kuda
Kepang tidak dapat disimpulkan. Melalui masyarakat Jawa
yang merantau dan mendiami di kawasan sekitar Batu Pahat,
Johor, aktiviti kesenian Kuda Kepang tersebar luas dan
menjadi satu budaya persembahan yang sinonim dengan
masyarakat Johor. Kesenian penghasilan Kuda Kepang ini
haruslah kita kagumi kerana jalinan atau anyaman yang
dihasilkan bersifat kompleks dan memerlukan penelitian yang
tinggi. Kuda Kepang sering digunakan untuk persembahan
budaya dan di majlis keramaian seperti kenduri dan acara
kebudayaan. Selain itu, kerana nilai artistiknya yang tinggi, ia
juga dipamerkan sebagai hiasan yang menarik.

KELANTAN Patung Wayang Kulit :


Selain Kelantan turut dikaitkan dengan seni kraf wau, negeri
ini juga sangat terkenal dengan seni persembahan dan
pembuatan wayang kulit. Asal penghasilannya tidak lain dan
tidak bukan untuk digunakan semasa pementasan wayang
kulit yang tidak asing lagi dengan negeri Kelantan. Seni
pembuatan patung ini diajarkan kepada pereka yang digelar
dalang, yang bertanggungjawab melakar dan menghasilkan
patung mengikut kreativiti dan keperluan jalan cerita masing -
masing. Patung - patung ini kemudiannya dipancarkan cahaya
dan ditayangkan melalui kelir (layar putih). Antara bahan yang
digunakan bagi membuat patung wayang kulit ialah kulit lembu
yang dikeringkan, lingkaran kertas, buluh, tali dan pewarna
sekiranya perlu. Gerakan gemalai patung-patung ini biasanya
adalah penceritaan semula mitos dan legenda tempatan.

Kraf Tembikar Mambong :


Corak kehidupan tradisional penduduk Kuala Krai dibantu oleh
tembikar turun-temurun Mambong, yang boleh dijadikan
pelbagai alatan termasuk tempat simpanan air, medium
masak dan hiasan rumah. Pengasas hasil seramik di
Kampung Mambong ini, Maimunah Puteh yang mesra disapa
Tok Bara, dikatakan telah mengilhamkan seni generasi ke
generasi ini sejak lebih 300 tahun lalu. Motif alam semula jadi
sering diguna pakai dalam seni tanah liat ini yang dihasilkan
penuh menggunakan tangan.

PERAK Tekat Benang Emas :


Karya seni tekstil yang sering dikaitkan sebagai kegunaan
kelengkapan keluarga raja - raja atau istana. Di kalangan
kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan
hiasan seharian. Hingga ke hari ini, seni tekat masih
dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Menekat
merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain baldu.
Penghasilan tekat benang emas mencerminkan keperibadian
masyarakat Melayu yang terkenal dengan perwatakan sopan
santun dan penyabar kerana pembuatannya memerlukan
kemahiran dan kesabaran yang tinggi bagi mendapatkan hasil
yang kemas dan halus. Seni benang emas yang ekslusif ini
sering digunakan semasa majlis pertunangan atau
perkahwinan untuk menghiasi pelamin dan menyerikan majlis.
Selain itu, antara kelengkapan yang dihiasi sulaman emas
ialah cadar, kipas pengantin dan tepak sireh.
KEDAH Anyaman Mengkuang : Pokok mengkuang tumbuh subur di
kawasan air tawar, terutamanya di lopak belukar, kawasan
bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Oleh itu,
masyarakat traditional di Malaysia sering menggunakan
bahan-bahan daripada pokok mengkuang seperti daunnya
untuk menghasilkan barangan. Di negeri Kedah, seni
anyaman mengkuang adalah bentuk seni yang cukup terkenal
dan banyak digunakan oleh pakar anyaman yang mewarisi
kemahiran ini daripada nenek moyang. Teknik anyaman
mengkuang digunakan untuk menghasilkan pelbagai barangan
seperti tikar, bakul, topi, beg dan kipas.

PAHANG Fabrik Tenun : Dikatakan berasal dari Riau atau Sulawesi


melalui pengaruh pembesar Bugis Bernama Tuk Tuan Keraing
Aji, kraf tenun merupakan seni warisan yang sering berlegar di
minda jika bercerita tentang negeri Pahang. Pada mulanya,
kain tenun yang dijadikan kain sampin, selendang dan sarung
tidak asing dengan kegunaan golongan diraja. Melalui upacara
rasmi dan keramaian, kain ini mula dikenali seluruh pelosok
Malaysia dan luar negara. Kraf yang menggunakan benang
sutera atau benang kapas ini selalunya bermotif petak dan
jalur tegak mahupun melintang

Tikar Mengkuang : Pokok mengkuang merupakan tumbuhan


yang tumbuh meliar di kawasan lembap dan berpaya.
Mengkuang, atau nama saintifiknya Pandanus
atrocarpus mempunyai daun tirus yang berduri dan
memerlukan kepakaran memilih sebelum ia dijadikan bahan
anyaman. Bagi penghasilan tradisional tikar ini, penganyam
akan melalui enam proses sebelum anyaman iaitu memilih,
melayur (letakkan di bara api supaya daun lembut dan tahan
lama), menjangka (pembuangan duri), merendam (untuk
melunturkan warna asal daun), menjemur dan melurut
(mengelakkan daun dari bergulung sebelum anyaman). Tanpa
pemilihan yang teliti, daun mungkin layu dan mudah patah,
serta mampu merosakkan proses menjangka dan melurut.
Semestinya bukan mudah untuk menghasilkan tikar ini
mengikut cara tradisional.

SABAH Kraf tangan Manik : Kraf tangan manik di mana ia merupakan


salah satu kesenian yang unik dan menarik di negeri Sabah.
Masyarakat Rungus yang terkenal dalam seni manik
menggunakannya dalam pembuatan pakaian, barang kemas
dan adat istiadat sejak zaman dahulu sehingga sekarang.
Manik yang digunakan boleh didapati dalam pelbagai bentuk
dan warna. Biasanya, motif dan corak yang dihasilkan
menggambarkan kehidupan dan persekitaran masyarakat
tersebut. Sebagai contoh, kebanyakkan corak yang dihasilkan
berfokuskan alam sekitar seperti haiwan dan bunga.

SARAWAK Seni Tenunan Pua kumbu : Tekstil pua kumbu yang


merupakan tekstil utama masyarakat Iban adalah antara ikon
budaya yang terpenting di Sarawak. Pua kumbu memainkan
pelbagai peranan dalam aktiviti harian masyarakat Iban,
terutamanya dalam upacara. Kain pua kumbu digunakan bagi
upacara perkhawinan, pengebumian, kelahiran, perubatan dan
penanaman. Pelbagai corak yang dihasilkan ke atas tenunan
kain pua kumbu, terutamanya flora dan fauna seperti burung,
ular, rusa, bunga dan buah-buahan.

MELAKA Kasut Manik Nyonya : Seni jahitan manik kaum Baba Nyonya
merupakan seni halus yang turut dikaitkan dengan Pulau
Pinang. Kasut manik nyonya Pulau Pinang adalah berbeza
dengan buatan di Melaka yang dapat dibezakan mengikut
corak manik dan kehalusan kerja tangan. Di Melaka,
penghasilan kasut ini banyak mengetengahkan motif flora dan
fauna seiring motif abstrak dan geometri. Antaranya, motif
bunga teluki (carnation), mawar (rose), naga dan burung
cenderawasih (bird of paradise). Tempoh siap kasut ini boleh
berubah-ubah dari lapan hari ke satu bulan lebih bergantung
kepada kehalusan corak yang dimahukan pelanggan.

Bakul Anyaman Rotan: Nilai estetika seni rotan keluaran


negeri Melaka tidak lapuk dek zaman. Seperti kraf tangan
yang lain, latihan intensif diperlukan untuk menghasilkan
bakul-bakul cantik hasil tangan yang diwarisi seninya sejak
turun-temurun. Menurut pewaris anyaman rotan yang juga
anak kelahiran Bukit Piatu iaitu Ishak Kassim, teknik ‘coiling’
yang rumit diraikan dengan terhasilnya reka bentuk bakul yang
teliti dan kemas. Silangan yang pelbagai menggunakan rotan
ini mudah dibentuk dan mampu tahan lama. Sebelum
datangnya rekaan moden, ada yang menjadikan kelarai (motif)
unsur alam untuk menghiasi bakul buatan masing-masing.

PULAU PINANG Kraf Sulaman : Seperti Melaka, Pulau Pinang juga terkenal
dengan pembuatan pakaian Baba dan Nyonya. Hal ini kerana
komuniti Peranakan telah mempengaruhi budaya di kalangan
masyarakat di Pulau Pinang. Sering kali, teknik yang
digunakan untuk menghasilkan pakaian nyonya seperti kebaya
lebih tertumpu kepada seni kraf sulaman. Kemahiran
menyulam kebiasaanya diwarisi sejak turun-temurun. Antara
tempat yang terkenal dengan seni sulaman kebaya nyonya di
Penang adalah Kim Kebaya yang diusahakan oleh Lim Swee
Kim. Kini perusahaan sulaman ini telah diwarisi oleh generasi
ketiga keluarga itu. Dahulunya pakaian yang disulam banyak
digunakan oleh keluarga Diraja, namun kini persalinan ini
dapat dipakai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai