Anda di halaman 1dari 1

Gambar di atas menunjukkan hasil karya Dzulkifli Buyong yang bertajuk “Kelambu” pada tahun 1964.

Karya ini menunjukkan bahawa Dzulkifli Buyong menghasilkan mengikut aliran realisme.

Berdasarkan unsur seni pada karya tersebut, penggunaan elemen garisan telah dipraktikkan
dalam pelbagai jenis seperti garisan tebal, nipis dan beralun. Garisan tersebut telah menghasilkan
rupa organik pada bahagian figura manusia dan geometrik pula pada tali kelambu. Terutamanya,
apabila wanita di sebelah kanan memegang tali kelambu pada sudut 90 darjah menunjukkan rupanya
geometrik. Di samping itu, karya tersebut telah menimbulkan ruang sempit kerana lokasi dalam karya
berada di rumah serta menunjukkan ruang antara adik-beradik dalam satu bilik. Penggunaan warna
gelap seperti dalam karya tersebut menimbulkan situasi malam yang indah. Walaupun begitu, warna
pada kain kelambu bertentangan dengan warna di sekelilingnya iaitu warna cerah – putih. Dengan
itu, kain kelambu yang berada di tengah telah menimbulkan kesan penegasan dalam karya tersebut.
Penyusunan figura manusia di sebelah kiri dan kanan telah mewujudkan imbangan tidak simetri
dengan komposisinya yang agak simetri. Akhir sekali, penghasilan objek dalam karya tersebut seperti
kain batik, baju kurung, pelita serta motif sulaman pada bantal, serta penggunaan unsur seni dalam
karya tersebut telah mewujudkan kesatuan dalam karya tersebut.

Berdasarkan pemerhatian terhadap karya tersebut, karya “Kelambu” memaparkan beberapa


identiti masyarakat Melayu seperti yang ada pada baju kurung dan juga kain batik. Penghasilan kain
kelambu telah menimbulkan situasi di bilik tidur pada zaman dahulu. Kewujudan figura manusia
merupakan adegan karenah kanak-kanak yang mempunyai aktiviti sendiri dalam satu karya.
Misalnya, terdapat seorang perempuan berada di jendela untuk menikmati sinaran malam yang
indah, manakala seorang lagi yang berada di atas kelambu berbaring di atas kain tersebut. Hal ini
dapat mewujudkan tema kanak-kanak Melayu yang berada di bilik tidur dan menimbulkan suasana
yang aman dan harmoni dalam kehidupan masyarakat Melayu. Lagipun, pengkarya menghasilkan
hasil catan ini berdasarkan pengalaman beliau.

Anda mungkin juga menyukai