Anda di halaman 1dari 9

Garisan merupakan elemen asas paling penting dalam penghasilan Seni Visual.

Secara umum Pengkarya akan menggunakan garisan dalam apa juga keadaan, ada yang menggunakan garisan sebagai lukisan awal atau pun mengasilkan garisan sebagai elemen utama dalam karya. Kalau dirujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran KBSM- 2003 ( HSP), untuk tingkatan 2 dantingkatan 3, pembelajaran Garisan tidak berlaku seperti mana ditingkatan 1. Dalam Buku HSP muka surat 20 dan muka surat 30 menyatakan Asas Seni Reka diaplikasikan secara bersepadu dalam Penghasilan Seni Visual. Maknanya pengajaran Asas Seni Reka perlu melalui Aplikasi Pengkaryaan seperti menghasilkan Lukisan, Catan, Cetakan, Arca, Grafik dan sebagainya. Malangnya saya meninjau Rancangan Tahunan dibeberapa buah negeri masih terus meletakkan pembelajaran Asas Seni Reka sama seperti pengajaran dalam tingkatan 1 iaitu Mengenal Garisan. Juga terdapat banyak buku rujukan dalam pasaran yang menunjukkan seperti mana saya katakan itu ditingkatan 2 dan 3 masih menunjukkan asasasas yang sama. (Begitu juga dengan unsur seni Rupa, Jalinan, Bentuk, Ruang dan Warna) Kemahuan sebenarnya dalam Huruaian Sukatan Pelajaran dalam tngkatan 2 dan 3 ialah guru mengajar bidang-bidang penghasilan dengan menggunakan Asas Seni Reka sabagai landasan utama, misalnya pembelajaran penghasilan Lukisan - semasa melukis perlu mengambilkira unsur-unsur seni sebagai element utama dan Prinsip Rekaan sebagai untuk mengorganisasikan karya tersebut. Oleh yang demikian guru-guru akan mengaitkan Garisan dan Rupa, Garisan dan Nilai (dulunya Bentuk), Garisan dan Jalinan dan Garisan dan Warna. Pada kali ini saya tertarik untuk menerangkan aplikasi garisan dalam pengkaryaan. 1. Garisan Kontor dan 'Gesture' Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karektor. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesbuah karya lukisan iaitu garisan kontor dan garisan 'Gesture'. Garisan Gesture adalah garisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membantuk objek.

garisan kontor

Garisan Gesture karya Rambrandt 2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan sebagai menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya mereka lihat sahaja lukisan Horore Daummier bertajuk Frightened Women (1828-1979), gaya pelukisan karya ini jelas sekali menunjukkan garisan menimbulkan mood perasaan dan pergerakan.

Feighted Women 3. Garisan menimbulkan kesan penegasan Melalui kesan kualiti garisan dapatn menimbukan kesan penegasan dalam karya yang dihasilkan, kadang kala garisan yang pelbagai kualiti dapat menimbulkan kesan penegasan, lihat sahaja karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992), beliau menggunakan pelbagai

garisan bagi menimbulkan kesan yang pelbagai, melalui beberapa kualiti yang berbeza maka mendapat suatu kesan penegasan dalam karya tersebut.

Che Cosa Acqua

4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan terang dan gelap dalam sebuah karya. Begitu juga menggunakan kualiti garisan nipis dan tebal jug dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan dalam karya.

The Three Tree 5. Garisan membentuk objek Sewajarnya melalui media pelukis dapat membentuk objek yang dilukis dengan menggunakan garisan. Lihat sahaja lukisan-lukisan kartun dan komek. Pelukis berjaya mebentuk karektor hanya dengan menggunakan garsian.

sebenarnya banyak lagi fungsi garisan dalam aplikasi pengkaryaan. sekadar lima point yang saya berikan sudah cukup mengambarkan bahawa peranan garisan dalam sesebuah karya seni cukup penting.

kartun Lat

note 2 Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 1. Irama Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan Objektif P & P : corak irama, ostinato, rentak.

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar. 2. Melodi Susunan pic secara melintang. a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana. b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu. Simbol Verbal : Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan : 1. Antara melodi dan iringan. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar. 3. Skel yang dimainkan. 4. Pic yang melompat dan berulang. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan. Last Updated on Tuesday, 14 June 2011 01:21 Warna Ton Written by Administrator Saturday, 11 June 2011 16:33 Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 3. Warna Ton sekuens nada

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan. Simbol Verbal: Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar suara - soprano ,alto ,tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon. Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka. 2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll. 3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll. 4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll. Last Updated on Tuesday, 14 June 2011 01:21 Bentuk Written by Administrator Saturday, 11 June 2011 16:39 Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 4. Bentuk Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton. a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea. b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar. c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan. d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Simbol Verbal : Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda

Objektif P & P : Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti : 1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan. 2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya. 3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik. Last Updated on Tuesday, 14 June 2011 01:21 Harmoni Written by Administrator Saturday, 11 June 2011 16:43 Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik). Irama Melodi Warna ton Bentuk Harmoni Teksur Ekspresi 5. Harmoni. Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak. a. Dua pic boleh dibunyikan serentak. b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak. c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak. d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni. Simbol Verbal : Harmoni jeda triad tonik/kord iringan homofoni Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan). 2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara. 3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan. Last Updated on Tuesday, 14 June 2011 01:20 7. Tekstur / Jalinan Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord

a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak. b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Simbol Verbal Solo duet trio quartet Objektif P & P : Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih. 2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni. Last Updated on Tuesday, 14 June 2011 01:20 6. Ekspresi Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik. a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut. b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan. e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud. Simbol Verbal : Dinamik lambat Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat, orkestra monofoni homofoni polifoni

mud - riang, tenang, cemas, cergas.

Objektif P & P : Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut. 2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan. 3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai