Anda di halaman 1dari 3

Konsep Muzik (7 elemen)

citramuzika.blogspot.com/2012/03/konsep-muzik-7-elemen.html
Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik).
# Irama # Melodi # Warna ton # Bentuk # Harmoni # Teksur # Ekspresi
1. Irama
Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.
a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada
panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai
tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.
Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak.
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2.
Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada
sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama. 5. Mengenal pasti meter
sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.
2. Melodi
Susunan pic secara melintang.
a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana. b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah
tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton
dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian
pic. e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara
berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.
Simbol Verbal : Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan : 1. Antara
melodi dan iringan. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar. 3. Skel yang dimainkan. 4. Pic yang melompat
dan berulang. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.
3. Warna Ton
Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesuatu
bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang
tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada
bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.
Simbol Verbal:
Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll.perkataan deskriptif
ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar
suara - soprano ,alto ,tenor dan bes
Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di
sekeliling mereka. 2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll. 3.
Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll.
4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll.
4. Bentuk
Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton. a. Gabungan siri-siri pic
menghasilkan satu idea. b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik
yang lebih besar. c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan. d. Segmen
muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.
Simbol Verbal : Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti : 1. Frasa yang
sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan. 2. Rangkaian lagu berangkap da
korasnya. 3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.
5. Harmoni.
Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak. a.
Dua pic boleh dibunyikan serentak. b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak. c. Dua
atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak. d. Iringan kord pada melodi
boleh menghasilkan bunyi harmoni.
Simbol Verbal : Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord
iringan homofoni
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic)
dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan). 2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan
muzik/lagu dua atau lebh dua suara. 3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang
mengandungi kaunter melodi dan deskan.
7. Tekstur / Jalinan
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.
Simbol Verbal
Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni
Objektif P & P :
Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang
didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih. 2. Membezakan bunyi yang bercirikan
monofoni,homofoni dan polifoni.
6. Ekspresi
Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi
ide muzik. a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut. b. Satu sekuen/siri bunyi boleh
dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan
dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur. d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh
dicepatkan atau dilambatkan. e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.
Simbol Verbal :Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat,
lambat
mud - riang, tenang, cemas, cergas.
Objektif P & P :
Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi
pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut. 2. Memahami bahawa pada tempat-tempat
yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan. 3.
Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut,
panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi.
@@@@ selamat menelaah @@@@

Anda mungkin juga menyukai