Anda di halaman 1dari 2

RITMA / IRAMA

Irama di dalam bahasa Greek adalah 'mengalir' atau dalam bahasa Greek Moden, 'gaya' ialah kelainan penekanan bunyi-bunyi atau peristiwa-peristiwa lain yang berkait dengan berlangsungnya masa. Irama melibatkan pola-pola jangka masa yang wujud pada tahap yang luar biasa dalam muzik, dengan jangka masa dikesan melalui jarak waktu interonset. Apabila ditentukan oleh peraturan ini, irama dipanggil meter. Irama wujud dalam mana-mana satu perantara bersandar masa, tetapi ia paling berkait dengan muzik, tarian, dan kebanyakan puisi. Irama merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi.

Kajian irama, tekanan, dan nada dalam pertuturan dipanggil prosodi; irama adalah salah satu topik dalam linguistik. Semua ahli muzik, pemain muzik, dan penyanyi menggunakan irama, tetapi irama sering dianggap sebagai domain utama pemain dram dan pemain genderang. Rhythm section adalah persoalan instrumentasi dan susunan muzik. Ianya motivate lagu dan ritma pula motivate melody dan inilah fungsi ritma. Sejauh mana keberkesanannya tetap bergantung kepada keinginan dan kefahaman individu yang berkarya. Perasaan individu kekal sebagai unsur utama. Perasaan ini pula kadangkalanya datang tanpa kefahaman, ini biasa terjadi tetapi inilah juga masalahnya. Kita gagal untuk mengenalpasti antara keperluan dan kebebasan berkarya. Ini bukan persoalan genre muzik atau teknik-teknik tipikal, tetapi ini fundamental. Asas yang kukuh dengan idea yang jelas serta perasaan yang tulus pasti akan memberi hasil yang lumayan.

HARMONI

Harmonium atau pun Harmonika ialah nama yang berinti kata daripada harmoni. Kita tidak pernah mendengar instrumen yang diberi nama melodium-melodi atau ritmanika-ritma mahupun temponium-tempo. Justeru, elemen harmoni ini telah memberi isyarat jelas tentang keistimewaannya dalam muzik. Instrumen-instrumen ini pada asasnya dimainkan dengan mengikut melodi yakni bersama-sama dengan nyanyian vokal. Permainannya akan memberi kesan harmoni kepada ditelinga kita, ia bagaikan bingkai pada melodi. Maka kesan bunyi solo akan mati dan timbul garis bunyi duo atau lebih yang menjadi penarik dalam lagu. Perhatikan ( dengar ) lagu-lagu Zapin mahupun Ghazal, mainan harmoniumnya meransang

sekali. Begitu juga dengan lagu-lagu Country dan Blues, harmonikanya mengkhayalkan telinga. Harmoni merupakan penghubung di atas pergerakkan sistem kod (chord), paduan diantara nada-nada bunyi.

Dalam pengetahuan umum masyarakat kita, apabila disebut tentang harmoni ianya sering dirujuk dengan lagu-lagu patriotik. Mengapakah fenomena ini terjadi? Telah dijelaskan fungsi harmoni dalam komposisi lagu, iaitu paduan suara-suara. Elemen ini hanya akan lebih efektif apabila digubah dengan komposisi lagu berbentuk folk music atau lagu rakyat. Lagu rakyat tidak semestinya lagu patriotik. Lagu patriotik diberi nama kerana kesan nyanyiannya iaitu memberi semangat kebangsaan secara khusus, itulah patriotik.