Anda di halaman 1dari 3

Terdapat beberapa langkah yang kumpulan kami lakukan sebelum memulakan ujian amali rekoder.

Antara langkah tersebut ialah dengan memastikan serta memerhatikan elemen elemen yang terdapat dalam lagu tersebut. Contohnya seperti julat suara, irama, penjarian not baru, frasa sukar, mod dan lain lain. Ini penting supaya kumpulan kami dapat menghayati elemen yang terdapat pada lagu tersebut.

Seterusnya, untuk memulakan latihan rekoder ini, kami telah memastikan semuanya telah bersedia dengan skor yang telah digubah dan mahir dalam penjarian bagi not not yang terdapat dalam skor Lagu Chan Mali Chan ini. Apabila kami telah bersedia barulah latihan rekoder ini dapat dijalankan. Pada mulanya, kumpulan kami telah berbincang dan bersedia untuk membuat latihan. Tetapi mempunyai beberapa masalah dengan masa dan jarak antara kami yang agak berjauhan. Jadi, kami telah membuat keputusan dengan membuat latihan masing masing berdasarkan skor bagi ketiga tiga syeksen penjarian untuk lagu ini.

Oleh itu, kami telah melakukan latihan dengan memulakan dengan latihan pernafasan. Latihan pernafasan penting agar kita dapat mengambil nafas serta bernafas dengan betul ketika bermain rekoder. Kegagalan bernafas dengan betul akan menyebabkan kita tidak dapat bermain rekoder dengan baik serta akan menggurangkan mutu persembahan.

Kami juga memastikan agar berada pada kumpulan yang betul mengikut susunan bahagian masing masing. Cadangan susunan atur alat adalah seperti berikut :

Rekoder Saprano 2

Rekoder Saprano 1

Rekoder Saprano 3

Rajah 1 : Cadangan susunan ensembel rekoder saprano

Kedudukan ini penting agar penghasilan atau mutu bunyi yang dihasilkan akan menjadi harmoni dan seimbang. Kami telah mengagihkan bahagian bahagian ini mengikut giliran.

Selain itu, kami juga telah memastikan skor kami jelas dan mudah dibaca. Ini penting supaya kami dapat melihat skor yang ada ketika bermain rekoder samada semasa latihan ataupun ketika ujian amali yang akan dibuat nanti. Namun perlu juga dipastikan bahawa skor muzik untuk setiap bahagian diletak pada dirian not tersebut.

Langkah seterusnya ialah kami telah melakukan aktiviti pemanasan. Lakukan aktiviti meniup not dalam beberapa not dan skel supaya memudahkan penjarian kami. Aktiviti pemanasan ini, memudahkan kami rekoder untuk memainkan not not yang ada pada skor. Malahan ia juga dapat menghasilkan penjarian not dan bunyi yang baik.

Seterusnya kami telah jalankan latihan mengikut seksyen atau kumpulan. Ini amat penting supaya kami dapat memainkan seksyen kami sendiri. Tujuan kami berbuat begitu adalah supaya kami tidak akan terikut ikut dengan bahagian yang sepatutnya dimainkan oleh seksyen lain. Kami juga memastikan supaya dapat memainkan seksyen masing masing dengan betul.

Selepas itu barulah kami jalankan gabungan kesemua bahagian rekoder saprano. Pada latihan ini sangat penting kerana jika kami yang terikut ikut dengan permainan seksyen lain akan menyebabkan mutu atau bunyi yang dihasilkan tidak seimbang dan menjadi sumbang. Latihan ini dilakuakn berterusan dan diperlukan supaya kami biasa dan mahir dalam memainkan seksyen kami sendiri.

Disamping itu juga, kami digalakkan untuk membuat komen tentang permainan rekoder kami sendiri. Dari situlah kami akan mengetahui tentang bakat, kemahiran dan kebolehan yang ada pada diri kami. Dengan itu, kami juga dapat membuat refleksi sendiri tentang keupayaan diri masing masing terhadap penjarian rekoder. Disamping dapat memahirkan dan meningkatkan tahap mengecam dan mengenal not pada skor dengan lancar.

Tugasan ini dapat meningkatkan kemahiran bermain secara ensembel melalui perancangan yang dilakukan. Perancangan termasuklah dalam penghasilan skor lagu. Ini amat penting kerana skor yang dihasilkan memerlukan para pemain mengambil bahagian mengikut bahagian yang ditetapkan. Malahan memastikan setiap ahli dapat menguasai seksyen masing masing. Gubahan muzik yang menarik dapat menghasilkan sebuah ensembel yang berkualiti.

Selain itu, persembahan dalam ensembel yang melibatkan beberapa bahagian akan mengembangkan kemahiran bermain rekoder . Ketajaman mendengar pelbagai lapisan bunyi dalam ensembel dalam satu satu masa, kepekaan kepada irama dan tempo, dinamik dan ekspresi akan turut dapat dipertingkatkan.

Oleh itu, dengan adanya latihan dan ujian amali yang akan kami hadapi ini akan membantu dan meningkatkan kemahiran kami dalam permainan rekoder secara ensembel dari segi penjarian, bacaan not dan istilah muzik pada skor, menggubah lagu asal kepada kaunter kaunter lagu yang lain, mengenalpasti langkah langkah persediaan untuk mengendalikan ensembel rekoder soprano ini.

Anda mungkin juga menyukai