Anda di halaman 1dari 4

1.

Jelas dan huraikan bagaimana guru muzik membuat persediaan dalam pengajaran
nyanyian lagu kanak-kanak Tahap 1 dengan menggunakan kibod sebagai alat muzik
iringan. (20 markah)
Untuk mengajar nyanyian lagu, seseorang guru muzik perlu mengambil kira
beberapa perkara yang penting serta membuat persediaan dengan cukup bagi
penghasilannya akan lebih menarik dan berkesan.
Pertama sekali, guru muzik perlu membuat persediaan dalam pemilihan lagu.
Pemilihan lagu yang baik banyak bergantung kepada aspek-aspek usia, minat serta
kebolehan pelajar. Untuk guru muzik yang ingin mengajar kanak-kanak tahap 1, lagu yang
dipilih oleh guru muzik tersebut haruslah sesuai dengan renj suara kanak-kanak iaitu nada
lagu tersebut tidak boleh terlalu tinggi atau terlalu rendah. Selain itu, guru muzik juga perlu
memilih lagu yang mempunyai irama dan melodi yang dapat menarik hati kanak-kanak
terutamanya tidak terlalu sukar dan mencabar. Contohnya, irama, melodi dan senikata lagu
itu adalah berulang-ulang. Senikata yang gembira juga perlu diperhatikan dan kalau boleh
lagu tersebut lebih berkaitan dengan sesuatu cerita atau peristiwa dan mempunyai perkaitan
tentang kehidupan harian kanak-kanak.
Persiapan kedua ialah menentukan jenis-jenis lagu yang ingin diajar. Bagi kanakkanak tahap 1, jenis lagu yang terbaik adalah berkaitan dengan perayaan, lagu-lagu
berdasarkan gambar dan cerita, lagu-lagu beraksi serta lagu-lagu solfa. Jenis lagu-lagu
yang dapat menarik hati kanak-kanak akan menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran agar lebih lancar dan berkesan.
Satu perkara yang terpenting dan juga merupakan persiapan yang wajib dijalankan
oleh setiap guru muzik ialah persiapan diri sendiri. Seseorang guru yang ingin mengajar
muzik mestilah mempunyai pengetahuan asas terhadap muzik. Guru muzik perlu
memahami konsep muzik dan perlu mengenal pasti kaedah mengajar menyanyi yang akan
digunakan. Kaedah untuk mengajar nyanyian mengandungi kaedah keseluruhan lagu,
kaedah baris demi baris dan kadah solfege. Bagi kanak-kanak tahap 1, kaedah yang sesuai
untuk digunakan dalam pengajaran nyanyian ialah kaedah baris demi baris dan kaedah
solfege. Yang penting ialah, kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mewujukan suasana pembelajaran yang lenih kreatif serta menarik.
Di samping itu, seseorang muzik juga harus berfikir apa-apa perkara yang mungkin
berlaku pada kelasnya dan sudah bersedia untuk menghadapinya dan menyelesaikannya.
Guru-guru boleh membuat ramalan seperti murid-murid tidak memberi perhatian semasa
belajar muzik di kelas, murid-murid yang lemah atau kurang berminat dalam subjek muzik,

murid-murid yang selalu menyanyi pic yang sumbang dan sebagainya. Guru-guru mestilah
mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi bukanlah membiarkan mereka
sahaja. Kesabaran seseorang guru muzik perlu diamalkan sepenuhnya semasa
menghadapi murid-murid.
Sebelum mengajar kanak-kanak menyanyi, guru muzik tersebut haruslah melatih
untuk menyanyi dahulu dan membuat nota-nota tentang cara yang terbaik untuk
pengajaran. Selain itu, menggunakan alat muzik seperti kibod sebagai iringan lagu tersebut
juga akan menambah suasana yang baik dan lagu itu juga akan mejadi lebih sedap
sekiranya mempunyai iringan. Oleh itu, guru muzik perlu berlatih kord-kord pada lagu
tersebut dan mencari iringan muzik (accompaniment) yang sesuai pada lagu tersebut dan
masukan juga (pemulaan) intro, fill in dan (penamatan) ending terhadap lagu tersebut.
Aktiviti-aktiviti ini perlu menggunakan untuk membuat latihan sehingga guru muzik tersebut
dapat menguasai keseluruhan lagu yang ingin diajar. Lagu yang guru muzik dimainkan
mestilah lancar supaya tidak akan menjadi gangguan atau mempengaruhi nyanyian kanakkanak.
Kesimpulannya, guru-guru muzik haruslah mengetahui aspek-aspek yang harus
dipertimbangkan dalam mengajar nyanyian seperti pemilihan tajuk dan objektif lagu,
menyesuaikan lagu dengan tema, memilih lagu yang sesuai serta teknik yang kepelbagaian
semasa mengajar nyanyian. Persediaan seseorang guru muzik sebelum mengajar nyanyian
adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan.

2. Nyata dan huraikan kelebihan kibod berbanding alat muzik lain sebagai alat bantu
mengajar Pendidikan Muzik di sekolah rendah dalam bidang teori, nyanyian,
permainan perkusi dan muzik dengan gerakan. Berikan beberapa contoh aktiviti
muzikal mengikut semua bidang di mana kibod boleh digunakan bagi membantu
pengajaran dan pembelajaran muzik yang lebih berkesan. (30 markah)
Kibod mempunyai banyak kelebihan jika berbanding dengan alat bantu muzik yang
lain. Kibod merupakan laat muzik yang lebih mudah dibawa ke mana-mana jika berbanding
dengan piano atau organ. Kibod seseorang mampu dimiliki dari yang murah hingga yang
berjenama dan canggah. Setiap orang yang membeli kibod mempunyai pilihan untuk
memilih kibod yang dia sukai.
Dari segi bidang teori, kibod telah memberi sumbangan yang besar terhadapnya dan
jelas untuk lihat kebaikannya. Pemuzik selalu belajar muzik dengan memakai alat muzik
kibod kerana ia lebih mudah untuk memahami teori muzik semasa belajar. Kita sentiasa
membuat teori muzik dengan merujukan kibod. Dengan menggunakan kibod, kita akan
mengetahui kord apa yang kita main. Semasa belajar jeda (interval), kita juga melihat papan
kunci kibod untuk mengira semiton sebagai pemeriksa kali ke-2.
Bagi nyanyian, kibod boleh demo sekali dan sebagai panduan dan tambahan
semasa ajaran nyanyian. Kibod juga boleh memudahkan seseorang guru yang mengajar
murid-murid menyanyi kerana kibod mrupakan alat muzik iringan kepada nyanyian. Semasa
murid-murid menyanyi, guru muzik boleh sambil memainkan melodi dengan kibod supaya
murid-murid dapat menyanyikan pic lagu yang tepat. Kibod juga dapat membantu muridmurid yang menyanyi pic sumbang supaya membetulkan pic yang sumbang. Kibod boleh
digunakan untuk memain melodi, boleh menjadikan iringan kepada sesebuah lagu dan juga
boleh memakai iringan kord automatik yang sedap. Selain itu, kibod juga membolehkan kita
mengenal pelbagai ton bunyi alat muzik moden dan tradisional atau ethnik. Kibod juga
mempunyai kesan bunyi dan animasi suara.
Kita akan dapat mengenal pelbagai bunyi alat perkusi moden dan tradisional dalam
permainan perkusi dengan menggunakan kibod. Bunyi alat perkusi yang terdapat dalam
kibod dapat menghasilkan pelbagai rentak dan kita boleh mengenal dan mempelajari
pelbagai rentak di dalam kibod sama ada rentak moden atau rentak tradisional. Dengan
memakai pelbagai rentak ini, guru muzik juga boleh mengajar murid-murid tentang muzik
dengan gerakan. Guru muzik boleh menyuruh murid-murid membuat gerakan mengikut
rentak yang dihasil dan juga boleh mencungkil kreativiti murid-murid dari segi gerakan.

Selain kelebihan di atas, kelebihan lain bagi kibod seperti boleh dimain kibod secara
teknik piano dan boleh dirakam permainan dan mendengar semula. Di samping itu,
menggunakan kibod juga dapat memprogramkan permainan lagu-lagu. Kibod juga boleh
digunakan untuk mencipta lagu dan membuat kerja-kerja gubahan lagu. Kita juga boleh
down load muzik atau lagu dari internet dan simpan dalam memori kibod. Kibod juga
mempunyai muzik kaunter tambahan sebagai iringan. Kita boleh memainkan kibod secara
duduk ataupun berdiri. Akhirnya, kibod juga boleh digunakan untuk membuat persembahan
secara ensembel.
Beberapa contoh aktiviti muzikal yang boleh dilakukan seperti persembahan kibod
ensembel, bermain kibod secara individu dan secara pasangan, menyanyi dengan iringan
kibod dan juga gerakan ikut rentak kibod. Aktiviti kibod ensembel boleh meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman tentang teknik permainan kibod. Dengan ini, juga dapat
melihat nilai kerjasama dan bersatu padu antara pemain. Bagi aktiviti menyanyi dengan
iringan kibod, murid-murid akan lebih menarik hati berbanding dengan nyanyian tanpa
iringan. Kibod juga sebagai panduan untuk memberi pic lagu yang betul dan dapat
meyakinkan murid-murid malu atau takut semasa menyanyi. Menggunkaan kibod untuk
mengiring nyanyian murid-murid juga dapat menambahbaikkan pic mereka. Sesebuah kibod
terdapat banyak rentak yang berbeza genrenya. Guru boleh menyuruh murid-murid
membuat secara pasangan dan memilih rentak yang gemar untuk menghasilkan gerakan
mengikuti rentak secara kreatif. Aktiviti ini bolh dijalankan secara pertandingan. Aktiviti
bermain kibod secara individu dan secara pasangan dapat menilai tingkah laku muzikal
mereka. Selain itu, aktiviti ini juga boleh meningkatkan kemahiran kibod murid-murid dan
juga meningkatkan kemahiran muzikal mereka.

Anda mungkin juga menyukai