Anda di halaman 1dari 7

PERAYAAN DI MALAYSIA

Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka budaya, bahasa, agama


dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan sosial yang
berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun,
Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum
yang hidup dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan,
sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan
pelancong tidak mungkin bosan di sini. Terkenal dengan keramahan
mereka, rakyat Malaysia tidak sabar berkongsi acara dan perayaan
mereka bersama kenalan mahu pun pelancong asing. Bagi sambutan
perayaan yang meriah, inilah masanya dan Malaysialah tempatnya.
Thaipusam
Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama
Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau
Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di
mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalanjalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor.
Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian
ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor,
Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.
Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak
Hari Wilayah
Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan
perarakan, pertunjukan bunga api, pameran serta persembahan
kebudayaan. Kebanyakan acara dibuka kepada orang ramai tanpa
dikenakan sebarang bayaran.
Lokasi: Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan
ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang
melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk
berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga
dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat
menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum
Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam,
diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat
handai pada keesokkan harinya.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Good Friday

Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter


(perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah
dan Sarawak.
Lokasi: Sabah dan Sarawak
Hari Wesak
Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran
dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian
mereka dan menjalankan upacara seperti mandian patung Buddha,
pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami
biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan
perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban,
Melaka dan Georgetown.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Tadau Kaamatan
Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah,
iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai
tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon,
atas hasil tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk
jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan
Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya!
Lokasi : Sabah
Gawai Dayak
Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di
Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim
menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai
upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di
seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman
tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai
masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.
Lokasi : Sarawak
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan
sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia menyambut hari keputeraan
rasmi Yang di-Pertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama
bulan Jun. Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah
kebesaran kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa
kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk Perarakan Panji-Panji oleh
anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan.

Lokasi: Kuala Lumpur


Hari Kemerdekaan
Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun.
Warganegara Malaysia menyambut perayaan ini dengan mengibarkan
bendera Malaysia di seluruh negara. Pelbagai aktiviti diadakan di setiap
negeri termasuk perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak
ialah perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Raja
dan Permaisuri Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan serta
para pengunjung.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Raya Aidil Fitri
Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan
disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di
Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti
sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain.
Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana
mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Deepavali
Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut
Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan
Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh
negara, upacara sembahyang serta pembersihan dijalankan di kuil-kuil
serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh
penganut Islam pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan
para jemaah haji telah selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab
Saudi.
Lokasi: Seluruh Malaysia
Krismas
Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika Malaysia dengan
penduduknya yang ramah. Pengunjung dapat memilih pelbagai restoran,
bistro, pusat membeli-belah dan hotel yang turut menawarkan pelbagai
promosi sempena perayaan ini. Raikan sambutan Krismas anda di
Malaysia!

Lokasi: Seluruh Malaysia


Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut
oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih
memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut
selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama
sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.
Persediaan & Perlaksanaannya
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan
tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membelibelah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagulagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan
Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama
beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian
cheongsam , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang
menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa
dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang
sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi
penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu
ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingnya. Ia
adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga
disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti
utama pada hari perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini.
Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China
diperintah oleh Dinasti Han.
Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari
itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu
Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang
di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti
gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih
ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari
segi kebudayaan dan keagamaan.

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih
Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir
bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan
tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih
Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai,
atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui
surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa
Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada
Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Menurut cerita dongeng, pada zaman purba, terdapat 10 buah matahari di langit. Cahaya matahari
yang panas terik menyebabkan tanah kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat
jelata menghadapi ancaman maut.
Ada seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti Xia, iaitu pada tahun
2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang mempunyai kuasa misteri dan
pandai memanah. Baginda dengan gagah beraninya memanah jatuh 9 daripada 10 buah matahari
itu. Rakyat jelata amat gembira dan memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman
maut.
Permaisuri Hou Yi, bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi
memperoleh ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Wangmuniangniang, Permaisuri Maha
Kuasa di langit. Katanya, orang yang makan ubat panjang umur itu segera akan menjadi dewa
atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah dengan permaisurinya, maka
baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat itu kepada permaisurinya Chang E untuk
disimpan. Peristiwa itu ternampak oleh Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi
keluar, Peng Meng telah pergi ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang
umur itu kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu
dia memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari bumi ke
bulan serta-merta.
Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang sedang menangis telah memberitahukan hal
yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi berasa amat sedih, lalu menyeru permairurinya di bulan.
Baginda mendapati bulan pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya
yang bergerak di bulan pun dapat dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang E di
bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat tertentu.
Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat jelata juga beramairamai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan, semoga Chang E di bulan
menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada
bulan pada hari ke-15, bulan 8 menurut kalendar China telah menjadi tradisi rakyat China. Itulah
Pesta Kuih Bulan.

Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan
ini di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang paling penting dalam Pesta Kuih
Bulan ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15 haribulan bulan 8 menurut kalendar China,
anggota keluarga orang China akan berkumpul dan bersama-sama menikmati pemandangan bulan
purnama yang indah sambil makan kuih bulan yang enak.
Cara pelbagai etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga berbeza-beza. Masyarakat etnik
Zhuang China merayakan Pesta Kuih Bulan dengan menyembahyangkan bulan dengan
menghidangkan samsu. Para gadisnya pula memasang tanglung yang cantik dan meletakkannya
di permukaan air sungai dan tasik untuk berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat.
Rakyat etnik Korea merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari berramai-ramai.
Teruna etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada
kekasih masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan tembakan
senapang ke udara, minum samsu dan bernyanyi bersama-sama. Mereka juga akan memilih
kekasih dengan peluang ini.
Pesta Kuih Bulan bukan sahaja merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga
merupakan perayaan tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah,
tetapi Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan
hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon restu dan
kebaikan.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang


bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan
juga dikenali sebagai pesta Cahaya.
Deepavali bermaksud sebarisan pelita. Dengan memasang pelita,
mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan
mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Rangoli lambang penyembahan Dewa Lakshmini
Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan kolam
atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras
yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolam ini
dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat
supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat kolam ini biasanya diwarisi secara turuntemurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh
membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya

bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat


bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut
Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa
Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di
pintu masuk rumah mereka.

Anda mungkin juga menyukai