Anda di halaman 1dari 30

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

SEKAPUR SIRIH

Alhamdulilah,setinggi kesyukuran kami panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah


dan kurnianya kami berjaya juga menyiapkan tugasan yang diberikan ini dan di bawah tajuk
Perayaan Masyarakat Cina.Dibawah tajuk ini kami mendapati terdapat pelbagai jenis
perayaan yang terdapat di dalam masyarakat cina khususnya dan masyarakat Malaysia
amnya.

Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah yang telah banyak


membimbing kami iaitu Encik Mohd Anuar bin Ramli, ibu bapa dan rakan-rakan
seperjuangan.Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan dari kaum cina yang turut membantu
dalam pelaksanaan gerak kerja ini.Jasa,bantuan, tunjuk ajar dan maklumat dari kalian amatamatlah membantu dan memudahkan kami untuk mengenal pasti dan mengumpulkan
kesemua maklumat yang berkaitan.

Kami juga turut bersyukur dan berbangga kerana pihak universiti Malaya dapat
menyediakan pelbagai kemudahan yang telah banyak membantu dan memudahkan kami
untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Perpustakaan Universiti Malaya.Kepelbagaian
sumber rujukan dan sistem di perpustakaan memudahkan kami untuk mengenal dan
menganalisis maklumat dari sumber-sumber yang kami perolehi.

Kami berharap folio ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat dan dijadikan rujukan
khususnya berkenaan dengan tajuk kami iaitu Perayaan masyarakat Cina.

PENGENALAN
1

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Malaysia adalah sebuah Negara yang berbilang kaum dan sebuah Negara yang mempunyai
masyarakat majmuk. Terdapat pelbagai bangsa yang wujud di Malaysia dan salah satu
daripadanya ialah bangsa cina. Kaum cina adalah satu masyarakat yang memang terkenal di
dalam bidang perniagaan dan tidak kurang hebatnya dalam bidang pendidikan.
Tidak dinafikan orang cina merupakan bangsa yang rajin berusaha dan berjimat cermat. Hal
ini kemungkinan berkaitan dengan cara kehidupan mereka, dimana mereka tidak
menganggap kehidupan itu adalah mudah dan untuk hidup di bumi Malaysia mereka perlu
berusaha sedaya yang mungkin untuk mendapat tempat dan hidup dengan lebih selesa
berbanding dengan kehidupan nenek moyang mereka yang berasal daripada tanah besar
China.
Pada hari ini, kita masih lagi dapat melihat pelbagai jenis orang cina yang berada di
sekeliling kita. Jika kita teliti, mereka bertutur dalam loghat berlainan, bahkan bahasanya
juga berlainan. Bukan itu sahaja anutan agama mereka turut berlainan dimana ramai diantara
mereka yang menganut ajaran Buddha sesetengahnya pengikut ajaran Tao atau Confucius dan
yang lain manganuti agama Kristian; tidak ketinggalan juga yang menganuti agama Islam
tetapi golongan ini amat sedikit. Walaupun wujud perbezaan antara mereka tetapi dari segi
tulisan mereka, adalah sama.
Dan kita boleh mengenali mereka sebagai orang cina dengan hanya melihat dari segi
percakapan mereka, cara mereka berpakaian, apa yang mereka makan dan banyak lagi.
Walaupun mereka berfikiran bahawa mereka adalah penduduk Malaysia dan pada masa yang
sama mereka juga beranggapan mereka juga orang cina.
Orang cina juga tidak dapat meninggalkan ajaran-ajaran orang-orang mereka yang
terdahulu seperti Confucius Kung-fu-tze dan murud-muridnya, Lao-tzu dan Chuang-tzu serta
pelbagai golongan pendeta agama Budha yang mana turut dikenali sebagai ajaran
Confucianism, Taoism dan Mahaya Buddhism.
Orang cina juga mempunyai pelbagai adat, perayaan, dan pantang larang. Dan
kebanyakannya masih lagi diamalkan pada hari ini. Banyak diantara perayaan orang cina ini
berdasarkan kepada penceritaan dan perayaan yang mereka lakukan adalah rentetan daripada
sesuatu peristiwa atau cerita nenek moyang mereka. Oleh yang demikian, disini dapat kita
lihat betapa setianya masyarakat cina dengan fahaman nenek moyang mereka dengan
melakukan pelbagai upacara dan perayaan masyarakat mereka pada hari ini.

Tahun Baru Cina

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Tahun Baru Cina

Juga
dinamakan

Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim


Bunga

Diraikan oleh

terutamanya tamadun Asia Timur

Jenis

China, kebudayaan, agama Buddha

Keutamaan

Hari pertama kalendar Cina (qamari)

Tarikh 2008

7 Februari

Tarikh 2009

26 Januari

Tarikh 2010

14 Februari

Perayaan

sambutan Tahun Baru, perhimpunan


keluarga, jamuan sekeluarga.

Berkaitan
dengan

Perayaan Tanglung yang mengakhiri


perayaan ini

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi
menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumahrumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan
makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan
limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang
pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan
diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas
perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap
Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi
oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

MASYARAKAT

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

Orang-orang Cina sangat mempercayai semangat,dewi-dewi,roh ,hantu dan banyak


tuhan.Mereka memuja dan mengadakan acara acara menyembah sesuai dengan kepercayaankepercayaan mereka.Perayaan Tahun Baru Cina ini bermula pada 24hb ke-12 kalendar Cina
apabila tuhan dapur (tuhan yang sangat popular dikalangan masayrakat Cina)dihantar ke
syurga.Di syurga,tuhan ini akan membuat laporan kepada Maharaja Jade tentang keadaan
setiap rumah dalam sepanjang masa di tahun lalu.Sejenis kuih nian gao,yang dibuat daripada
pulut dan berasa manis dipersembahkan kepada tuhan tersebut sebagai hadiah perpisahan .Ini
diharapkan agar di syurga nanti tuhan itu akan terkunci mulutnya dengankelikatan pulut
tersebut dan jika tidak pun ia akan memberi laporan yang baik-baik kerana kemanisan kuih
tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh


Tarikh

Tikus

19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu

chu

7 Februari 1997

Harimau yn
28 Januari 1998
Tarikh hari
Arnab
mo
16 Februari 1999
Cina dari
2019 (dalam Naga
chn
5 Februari 2000
Gregory)
Ular
s
24 Januari 2001
disenaraikan
Kuda
w
12 Februari 2002
berikut,
Kambing wi
1 Februari 2003
lambang
22 Januari 2004
dalam zodiak Monyet shn
lambang
Ayam
yu
9 Februari 2005
buminya.
Anjing
x
29 Januari 2006
dahan bumi
Khinzir hi
18 Februari 2007
bukan
bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

perayaan

26 Januari 2009
14 Februari 2010
3 Februari 2011
23 Januari 2012
10 Februari 2013
31 Januari 2014
19 Februari 2015
8 Februari 2016
28 Januari 2017
16 Februari 2018
5 Februari 2019

tahun Baru
1996 hingga
kalendar
adalah
seperti
besertakan
haiwan
Cina dan
dahan
Nama-nama
tersebut
perkataan

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Sejarah
Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada
kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12
ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui
bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan
matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang
orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi
Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun
Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada
104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai
awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos
Pada zaman dahulu,orang Cina hidup secara sederhana sekali.Pakaian mereka dibuat
daripada kulit binatang sahaja.Mereka memakan makanan yang mudah.Mereka bebas dan
berasa sangat puas hati.Kemudian mereka menetap pula di suatu dataran di lembah Sungai
Kuning yang kaya dengan hasil tanaman.Lalu mereka pun membuka sebuah kampung dan
membentuk masyarakat.Mereka hidup dalam aman damai.
Tetapi pada suatu malam yang dingin mereka telah diserang raksasa misteri,Ia telah
mengorbankan beberapa jiwa dan juga harta benda orang-orang kampung.Pada hari
berikutnya,penduduk kampung mengadakan mesyuarat.Langkah-langkah berjaga-jaga pun
diambil bagi mengelakan serangan yang kedua.
Hari berganti ,minggu berlalu.Tiada apa yang terjadi dan orang-orang kampung mula
melupakan peristiwa itu.Tetapi dengan tiba-tiba raksasa itu menyerang lagi.Kali ini
melibatkan lebih banyak korban dan harta benda.Mesyuarat kedua pun diadakan .Langkah
berjaga-jaga dilipatgandakan.Sekali lagi tiada apa yang berlaku dan orang kampung pun
melupakan peristiwa itu.
Serangan yang ketiga berlaku dengan lebih dasyat lagi.Pasukan penyiasat dikerah dan
nasihat dari semua tempat di cari.Akhirnya seorang yang bijakasana memberitahu orang
kampung bahawa raksasa misteri yang ditakuti itu akan mengulangi serangan selepas
matahari muncul sebanyak 365 kali.Ia mudah disingkirkan jika mereka mengambil langkahlangkah mempertahankan diri.
Lalu mereka bermesyuarat lagi. Arahan arahan dikeluarkan dan orang orang bijak
pandai dikerahkan mengumpulkan maklumat mengenai raksasa tersebut.maka didapati
5

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

bahawa raksasa itu hanya takut kepada tiga perkara iaitu bunyi bising,cahaya yang terang dan
warna merah.Raksasa itu diberi nama nian yang bererti tahun .
Jadi pada petang hari ke 365,segala persiapan pun dibuat.Kesemua orang kampung telah
bersiap sediadengan senjata masing-masing .Rumah mereka diterangi dengan cahaya-cahaya
api dan semua barang-barang diwarnakan dengan warna merah.Bunyi bising dibuat
sepanjang malam.Tahun itu berlalu tanpa serangan raksasa.Kegelisahan orang kampung pun
reda.
Fajar menyingsing.Setiap penduduk tersenyum gembira.Suara-suara ucap selamat dan
tahniah kedengaran.Raksasa itu benar-benar mengasihi mereka.Lalu perayaan pun diadakan.
Kemudian orang-orang tua yang dihormati mencadangkan agar majlis kesyukuran
diadakan secara tetap pada setiap petang hari ke-365.

Sambutan perayaan
Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda
dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.
Sebelum Tahun Baru
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka
secara menyeluruh mengunakan daun buluh yang dipercayai dapat menghalau segala
semangat jahat.dan kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang
dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang
mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Kain rentang , poster-poster
berwarna merah yang ditulis puisi-puisi ucapan tahun baru diatasnya ,digantung di mukamuka pintu. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan
yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan
ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli
terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini
sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.
Pada malam tahun baru uitu semua ahli keluarga memastikan semua ahli keluarga
berhimpun di rumah.Mereka mengalu-alukan kedatangan tahun baru.Mereka menyampaikan
rasa penghargaan kepada langit dan bumi di atas kemakmuran dan keamanan yang diterima
pada tahun lepas dan mereka bersembahyang dan berdoa untuk memohon mendapatkan
kemakmuran dan keamanan bagi tahun hadapan pula.Pada malam itu mereka akan
melakukan pemujaan ke atas nenek moyang mereka dan selepas itu mereka akan keluar
makan bersama-sama.

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Hari pertama
Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari
diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan
mereka akan lanjut usia.
Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga
Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga
mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" menyaksikan anak perempuan yang
telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan
yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3
Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:
Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat
mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,
sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam
jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan
kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5
Di bahagian utara China, ladu dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima. Ini juga merupakan
ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka
semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.
Hari ke-7
Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai , iaitu hari yang mana usia setiap orang
ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.
Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya
7

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi
jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed
di Kayangan di tokong agama Tao.
Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya
tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur
kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan
untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.
Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.
Hari ke-15
Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji , atau
Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tngyun , bebola
pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang
diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan
bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama
ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru


Jamuan pertemuan semula
Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli
keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk
perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua.
Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan.
Ikan sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan
semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y , yang bermakna "semoga ada lebihnya
setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun.

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Intisari makanan
Nama

Huraian

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya


merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun
Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut manusia, disebut "fat
Luohan
choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama
zhai
hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama
bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya
menyaji kiu nyuk dan yong tau fu.
Ikan

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan


perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina:
; pinyin: y). Ramuan utama bagi yee sang.

Yee sang

Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila


disambung untuk menyambut tuah.

Ladu
jiaozi

Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan


tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa


Limau perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi
mandari masyarakat Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk
n
buang sial, buah limau mandarin pula melambangkan
kesejahteraan dan kemewahan.
Kuih
bakul

Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang


dan Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian
tahun kian tinggi".

Mi

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat,


namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gulagula

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gulagula Cina berwarna merah atau hitam.

Tikoy

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum,


garam, air, dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan
warna puding ini (putih atau perang).

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Amalan Tahun Baru


Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa
Hakka: hung bao; atau, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan
Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada
kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit.
Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap,
kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian ( b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk
empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4
ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"),
maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam
angpau.
Pasar Tahun Baru
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar
ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau
sebagai hiasan rumah.
Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk
menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman
moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun
biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan
dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab
mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan
memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga
melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun
Baru Cina.
Larangan mercun
Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun
baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya
laporan mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan

10

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan


sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab
keselamatan.
Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing
menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak
selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan
lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.
Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan
kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan
bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan
seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.
Singapura: Pengharaman separa dikanakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah
berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini
dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang
mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba
menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972.
Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim
perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari
pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga
Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh
lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh
dijual secara komersial.
Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura.
Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand
untuk memenuhi kehendak diri mereka.
Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun
Baru Cina, terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum
Cina agar menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan
metropolitan seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup
memuaskan.
Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun
setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham
Square, Chinatown.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun
baru.
Shou Sui
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan
malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun

11

MASYARAKAT

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan
memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol
Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau
kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang
tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan,
yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping
bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian
dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering
kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi
sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.

Bunga
Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga

Maksud

Bunga plum

melambangkan tuah

Kumkuat

melambangkan kemakmuran

Narcissus

melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa

melambangkan panjang umur

Buluh

tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari

bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan


Ikon

Makna

Ikan

Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang


memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan
lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk
hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina
(ninnin yuy).

Jongkong
Yuanbao

Yuanbao emas ( jn yunbo) melambangkan wang dan/atau


kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan
perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.

Ilustrasi

12

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

Tanglung

MASYARAKAT

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza


daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih
Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk
bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15
Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terangterang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan
bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru.


Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. HiasanPerhiasan
hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina,
keratan kertas dan gurindam.

Tarian
singa

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah


dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi
simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari
dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian
singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan
orang Cina.

Cai Shen

Cai Shen merupakan dewa kekayaan yang disembah orang


agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru
dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung
Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina
seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak
saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" dan boleh disamakan
dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri.
Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya
keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti
mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.
Rumah terbuka
Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong
asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan
ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.
13

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Ucapan
Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang
dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah".

Selamat Tahun Baru


"Selamat Tahun Baru" pinyin: xnnin kuil; Bahasa Kantonis (Yale): snnhn faailohk;
bahasa Hokkien (POJ): Sin-n khai-look) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan
pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar
di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "gu nin ho"yang dijadikan ucapan
tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama
hingga hari kelima tahun baru.
Gong xi fa cai
"Gong xi fa cai" pinyin: gngx fci; Bahasa Kantonis (Yale): gnghi faatchih; bahasa
Hokkien (POJ): Kiong-h hoat-chi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah
sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap
sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua
aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut
legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat,
namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk
yang teruk); manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan
konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini
kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di
beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk
komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru
dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya
golongan siswa).

Ucapan lain
Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa
mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru
dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Susu png'n"diucapkan serta-merta,
yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". (Su, bermaksud "usia")
sama bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermainmain" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, (Ninnin yuy),
hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata y yang juga ditulis (ikan),
menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik
ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.
14

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar
hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan
Singapura.
Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap pinyin: Gngx fci, hngbo nli),
yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."
Pantang-larang sewaktu perayaan
Tuah baik
Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa
musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi
pemakannya.
Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah
menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan
peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan
untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang
bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")


Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan
bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis
bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai
positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa
Kantonis".
Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan
sering telah mengatasi tradisi ini.)
Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi
tahun baru.
Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru
Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku"
sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

15

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Hari Chap Goh Mei

Hari Chap Goh Mei merupakan kemuncak bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada
masa bulan purnama.Hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina.

Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besarbesaran dan juga pemujaan terhadap roh nenek moyang ,dimana colok besar akan dibakar dan
juga diadakan makan besar bersama keluarga.Pada hari itu juga,semua ahli keluarga akan
verkumpul lagi untuk makan malam bersama.Bunag api dibakar dan tanglung dinyalakan
bagi meraikan Chap Goh mei.Rumah-rumah mereka juga lengkap dihiasi dengan tanglungtanglung.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di man para gadis akan
berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mandapat pasangan yang
secucuk.Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa
untuk mendapatkan pasangan.Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka
mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina juga akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung,tarian naga atau singa,opera Cina dan
mengimbang bendera besar Chingay

16

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Perayaan Qingming(Cheng Beng)


Perayaan Qing Ming juga dipanggil Pesta Ching Ming,Cheng Beng atau
diterjemahkan sebagai(Perayaan Jelas dan Terang) merupakan perayaan Cina yang diadakan
pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk (atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim
bunga).Lazimnya diadakan sekitar 5 April dalam kalendar Gregorian(calendar cina).Pada
setiap tahun cina pula,qing ming diadakan pada 4 April.Secara istilah astronomi,perayaan ini
merupakan jeiqi.dalam jieqi perayaan Qingming jatuh pada hari pertama jieqi ke-5 yang juga
dipanggil Qingming.Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah
dan menikmati kehijaun musim bunga dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang
sudah meninggal.Perayaan Qingming dijadikan hari cuti umum di Republik Cina di Taiwan
dan juga di Hong Kong dan macau namun di tanah besar China.
Ia juga merupakan perayaan kepercayaan tentang menghormati roh-roh orang yang
mati.Perayaan ini diadakan setiap tahun dengan membawa persembahan-pesembahan di
tanah-tanah perkuburan saudara-saudara dan nenek mereka.tulisan tulisan yang terdapat
pada batu nisan kubur-kubur tersebt malah dicat lagi dengan warna merah atau warna
emas.Kemudian makanan ,wang-wang yang dibuat khas daripada kertas (money
paper)dipersembahkan disamping acara-acara memuja roh.Kertas-kertas acara menyembah
dibakar dan arak dituang di atas kubur-kubur tersebut.
Orang-orang Cina percaya bahawa kertas-kertas itu akan bertukar menjadi duit di alam
roh.dengan itu ia akan menyenangkan kehidupan roh-roh nenek moyang mereka.Akhir sekali
makanan yang di bawa tadi dibungkus kembali dan dibawa pulang untuk dimakan.

17

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

Perayaan
Hantu Lapar
Bagi orangdan tidak
saudara mara
persembahan
dalam perayaan
tersebut,ada
yang di khaskan
.Perayaan ini
Perayaan Hantu
Hantu ialah
Cina yang
orang Cina di
Dalam kalendar
lunisolar),
jatuh pada
ke-7.Perayaan
terutama oleh
Kantonis,
Hokkien
sehari selepas
kertas-kertas
dibakar
masing-masing.

Nama rasmi Agama Buddha:


Ullambana
Fahaman Tao dan kepercayaan
tradisi:
Zhngyun Ji
Juga
dinamakan

Bulan Hantu

Diraikan
oleh

penganut agama Buddha, Tao, agama


tradisional Cina

Jenis

Perayaan Asia dan agama Buddha

Keutamaan

Pembukaan pintu Neraka,


membolehkan semua hantu untuk
mendapat makanan dan minuman

Tarikh

malam ke-14 bulan qamari ke-7

Amalan

Penyembahan nenek moyang,


menderma makanan (kepada para
sami dan juga yang telah meninggal),
membakar kertas topekong, berdikir

Berkaitan
dengan

Obon

MASYARAKAT

orang yang mati


mempunyai
yang membuat
kepada mereka di
Cheng Beng
suatu perayaan
untuk mereka
dinamakan
Lapar. Perayaan
sebuah perayaan
disambut oleh
merata dunia.
Cina (kalendar
Perayaan Hantu
malam ke-14 bulan
ini dirayakan
suku
manakala suku
menyambutnya
itu.Setanggi dan
acara menyembah
dihadapan rumah

Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari
Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu (), iaitu apabila
hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam
ghaib. Ketika perayaan Qingming ahli keluarga yang masih hidup memberi penghormatan
kepada leluhur mereka manakala pada Hari Hantu yang meninggal menziarahi yang hidup.
Pada hari ke-13 ketiga-tiga alam Syurga, Neraka dan fana dibuka dan pada masa ini
penganut agama Tao dan Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan
membebaskan penderitaan orang yang meninggal.

18

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana
ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian
mereka.
Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan
secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk
memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang
meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong
bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan
perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh
sesat mencari jalan.Perayaan yang lebih meriah lagi diadakan di tempat-tempat seperti di
pasar-pasar.Di sini meja-meja besar disediakan penuh dengan makanana untuk
dipersembahkan kepada semangat-semangat.Wayang-wayang opera dan pertunjukan
pertunjukan patung diadakan bagi menyerikan lagi.Pada hari penghabisan bulan ketujuh ini
upacara ini akan diadakan sekali lagi.

Perayaan Hantu di Malaysia


Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert
dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain.
Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh penutur bahasa Hokkien ini
dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas
sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.
Perayaan Hantu di Jepun: O-bon
Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung
berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.
O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah
menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke
kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.
O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun
lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon
Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kant), pada bulan
Ogos di pantai barat (Kansai).

Hari Ibu Vietnam


Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa
yang ibunya masih hidup akan berterima kasih, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa
agar roh ibu-ibu mereka diberkati

19

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Perayaan Kuih Bulan


Perayaan ini adalah merupakan suatu perayaan di dalam musim menuai yang biasanya
disambut dalam lingkungan dua minggu selepas atau sebelum 23hb September pada tiap
tiap tahun.Ia bersamaan dengan 15hb bulan ke-8 kalender Cina.
Pada hakikatnya perayaan ini ialah bagi petani-petani pada masa dahulu tetapi masih
disambut dan dirayakan lagi sehingga masa ini oleh orang-orang Cina di negara
kita,meskipun musimnya tidak kena mengena dengan musim menuai di Malaysia.
Kuih Bulan yang berbentuk bulat yang merupakan sebagai bulan ,berintikan pes kacang ,
biji teratai,telur,daging babi dan sebagainya.di atasnya diterap dengan tulisan Cina bermakna
bulan besrta rupa tuhan bulan itu sendiri.Ia disediakan untuk menyambut perayaan ini dan
kuih itu untuk dipersembahkan kepada tuhan bulan.
Lagenda Mengenai Perayaan Kuih Bulan
Parayaan ini bermula apabila seorang Jeneral keturunan Han mengetuai suatu revolusi
menentang regim Mongul (Dinasti Yuan).Di dalam rancangan mengulingkan kerajaan
Mongol itu,mereka menggunakan kuih bulan sebagai alat komunikasi.Kerajaan tidak dapat
mengesyaki perbuatan ini kerana kuih tersebut senang dibawa dan boleh dimakan dengan
bebasnya.Orang-orang Han menyelitkan surat-surat yang mengandungi arahan-arahan di
dalam kuih ini dalam masa kuih-kuih ini di buat secara besar-besaran.Kemudian ia dibahagibahagikan kepada orang-orang Han.Dan apabila mereka membelah kuih-kuih tersebut
mereka dapat arahan-arahan untuk melancarkan revolusi yang berjaya memeranjatkan
kerajaan Mongol.Mereka berjaya dan ketika itu juga bermulanya pemerintahan Dinasti Ming.
Perayaan ini juga dinamakan Perayaan Tanglong kerana selepas bersembahyang,kanakkanak bermain-main dengan Tanglong .Tanglong-tanglong ini berbentuk seperti
arnab,serangga ,rama-rama.bunga dan ikan.Ada juga yang berbentuk kapal
terbang,helikopter,kereta dan sebagainya sesuai mengikut selera masa sekarang.

20

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Meskipun perayaan ini adalah untuk petani tetapi terdapat juga kepercayaan bagi
menghormati dan menyembah bulan terutama bagi kaum wanita yang ada hubungan dengan
dewi kecantikan.Dikatakan juga bahawa pada malam hari ini bulan bersinar dengan lebih
terang lagi daripada hari-hari biasa.

Perayaan Duan Wu (Perahu Naga)

Perayaan Duan Wu atau Perayaan Perahu Naga ialah salah satu perayaan tradisional dalam
masyarakat Cina. Ia merupakan hari cuti di Taiwan (Dunw Ji), serta di Hong Kong dan
Macau (Tuen Ng Jit). Mulai 2008, ia kembali menjadi hari cuti di Republik Rakyat
China.Perayaan ini jatuh pada 5hb bulan ke-5 mengikut kalendar Cina.
Terdapat beberapa teori mengenai asal usul perayaan ini. Yang paling terkenal ialah untuk
mengingati seorang penyair masa dahulu yang bernama Qu Yuan( Chee Yuan). Beliau
sanggup membunuh diri untuk menyelamatkan negaranya.
Aktiviti tradisi perayaan ini ialah memakan bak cang (Rou Zhong = dalam Bahasa Cina) dan
berlumba perahu naga.

Qi Xi
Qi Xi (bahasa Cina: ; pinyin: q x; secara harfiah( "The Night of Sevens"), kadangkala
digelar Hari Valentine Cina, jatuh pada hari ketujuh dalam bulan ketujuh kalendar Cina; maka
demikianlah namanya.Mengikut lagenda,Maharaja telah melarang anaknya yang ke-7
daripada berjumpa dengan suami yang tinggal di dunia kecuali sekali dalam sebulan sebagai
hukuman ke atas apa yang di lakukannya.Mengikut tradisi, gadis muda mempamerkan
kemahiran seni mereka, terutamanya mengukir tembikai, pada hari ini serta meluahkan hajat
agar bersuamikan lelaki yang baik. Nama-nama lain bagi pesta ini termasuk:

Perayaan Hajat untuk Kemahiran (q qio ji)

Hari Jadi Saudari Ketujuh ( q ji dn)

Malam Kemahiran (qio x)

Pada tahun 2007, perayaan ini diadakan pada 19 Ogos.

21

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Lagenda Perayaan Qi Xi
Pada akhir musim panas, bintang Altair dan Vega tinggi menyinar di langit malam, dan orang
Cina menceritakan cerita rakyat berikut:
Niulang (bahasa Cina: ; pinyin: ni lng; secara harfiah "gembala lembu", bintang
Altair) bertembung dengan tujuh pari-pari bersaudari yang sedang bermandi dalam tasik.
Setelah dihasut oleh temannya iaitu si lembu, Niulang mencuri pakaian mereka dan
menunggu apa yang beralku seterusnya. Pari-pari bersaudari tersebut memilih yang termuda
dan paling jelita antara mereka, iaitu Zhin, "gadis penenun", bintang Vega) untuk
mendapatkan semula pakaian mereka. Maka dia pun melakukan tugasnya, tetapi oleh sebab
dapat diintai dalam keadaan telanjang oleh Niulang, dia mesti merestui lamaran jejaka
tersebut. Zhin terbukti menjadi seorang isteri yang bagus, manakala Niulang seorang suami
yang baik, maka berbahagialah mereka berdua bersama. Namun begitu, Dewi Kayangan
(dalam sesetengah versi, iaitu bonda Zhin) murka setelah mendapati bahawa seorang
manusia biasa telah mengahwini salah seorang pari-parinya. (Dalam satu versi yang lain,
Dewi tersebut memaksa pari-pari penenun tersebut kembali ke tugas lamanya untuk menenun
awan berwarna-warni di angkasa kerana dia tidak boleh melakukan tugas itu ketika
berkahwin dengan manusia.) Dewi tersebut menanggalkan cuck sanggulnya lalu mencakar
sebatang sungai yang luas di angkasa untuk memisahkan kedua-dua kekasih itu buat
selamanya (maka terbentuknya Bima Sakti yang memisahkan Altair dan Vega).
Zhin terpaksa duduk di sebelah sungai dan menenun dengan rasa pilu buat selamanya,
sementara Niulang merenunginya dari jauh dan menjaga kedua-dua anaknya (iaitu bintangbintang dan Aquilae yang mengapit Altair).
Akan tetapi, setahun sekali semua burung murai di dunia meluahkan rasa simpati kepada
kedua-dua kekasih itu dan terbang ke kayangan untuk membentuk sebatang jambatan
("jambatan murai", Que Qiao) di atas bintang Deneb pada buruj Cygnus agar pasangan itu
bersama lagi selama semalam, iaitu malam ketujuh dalam bulan ketujuh.
Tradisi
Pada malam Qi Xi, seulas hiasan berangkai diletakkan pada halaman rumah dan wanita yang
belum atau sudah baru berkahwin dalam rumah tangga menghidangkan persembahan yang
terdiri daripada buah-buahan, bunga-bunga, teh dan bedak muka kepada Niulang dan Zhin.
Setelah persembahan itu, separuh bedak tersebut ditaburkan pada bumbung rumah dan
separuh lagi dibahagikan antara wanita-wanita lain. Adalah dipercayai bahwa melalui amalan
ini wanita-wanita diabadikan dengan kecantikan bersama Zhin.
Satu lagi tradisi ialah bagi gadis muda untuk mencampakkan jarum jahitan kedalam sebiji
mangkuk yang penuh diisi air pada malam Qi Xi sebagai ujian kemahiran menyulam. Jika
jarum itu terapung, adalah dipercayai bahawa gadis itu memang mahir menyulam.
Tarikh
22

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Hari ketujuh bulan ketujuh takwim lunisolar pada sepuluh tahun akan datang:
1. 2007-08-19
2. 2008-08-07
3. 2009-08-26
4. 2010-08-16
5. 2011-08-06
6. 2012-08-23 (Catatan: Jepun ialah 2012-08-24 kerana perbezaan masa.)
7. 2013-08-13
8. 2014-08-02
9. 2015-08-20
10. 2016-08-09

Hari Sembilan Maharaja Dewa


Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada
hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan
Taoist akan berkumpul di tokong ini untuk menyambut perayaan ini.Merka akan mendaki
naik ke tokong ini untuk sembahyang dan memohon di panjangkan umur,diberi kesihatan dan
kekayaan.Sesetengah dari mereka akan tinggal di tokong selama sembilan hari dan dalam
tempoh sembilan hari itu mereka hanya memakan sayur-sayuran.Bagi penganut yang
membuat sumpah, mereka akan menggangkat kerusi yang mempunyai gambar sembilan
maharaja dewa sepanjang nyalaan api dan bunyi dari gong dan drum.Pada akhirnya,mereka
akan membasuh kaki mereka dengan susu kambing.

Cai Shen
Cai Shen ialah dewa kekayaan dan kemakmuran Cina, juga dikenali sebagai Zhao Gongming
atau Bi Gan.[1] Meskipun asalnya Cai Shen ialah seorang wira rakyat Cina, kemudian
didewakan dan disanjungi pengikut setempat, Taoisme dan agama Buddha Tanah Murni turut
mengiktirafnya sebagai dewa.

23

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Nama Cai Shen selalu dilaungkan ketika sambutan Tahun Baru Cina, selalunya digambarkan
menunggang harimau hitam dan memegang sebatang emas. Cai Shen boleh juga
digambarkan berlengkapkan senjata besi.
Beberapa kisah mengenai gabungan politik Cai Shen dan pendewaan yang menyusul turut
disebarkan. Adalah tidak jelas sama ada Cai Shen adalah seorang tokoh bersejarah yang
sebenar, namun kebanyakan besar cerita ini bersependapat bahawa Cai Shen pernah hidup
pada Dinasti Qin.
Dalam agama Buddha Tanah Murni, Cai Shen ialah dewa Buddha yang berupa "Buddha
Zaman Akan Datang" yang menetap di Tanah Murni atau Syurga Barat.

Nian
Dalam mitos Cina, raksasa Nian ialah seekor makhluk yang muncul pada musim bunga.
Perkataan bahasa Cina bagi tahun berdasarkan ketibaan makhluk ini. Satu ungkapan untuk
menyambut Tahun Baru Cina, guo nian bererti perempuhan raksasa Nian. Adalah dipercayai
bahawa raksasa Nian tinggal di dasar laut dan tiba di daratan untuk menyerang manusia pada
masa yang sama setiap tahun. Tradisi Cina berhias serba merah, membakar mercun, dan yang
diiringi gendang dan gong kuat bertujuan mengusir makhluk ini.
Raksasa Nian
Raksasa Nian selalu tiba di China lalu memakan sesiapa yang dijumpainya, namun dalam
sesetengah kisah, seorang dewa dikatakan memperguna kuasa-kuasa raksasa Nian (memakan
ular berbisa dan membunuh haiwan buas seperti harimau dan singa) sebelum menjinakkan
raksasa itu (dengan menunjukkan pakaian merahnya untuk menakutkan raksasa Nian yang
mtakut akan warna merah). Semenjak itu, orang ramai memasang kuplet merah untuk
menghindari kembalinya raksasa Nian.
Ketika Tahun Baru Cina, terdapat dua jenis tarian singa. Singa utara Rui Shi berambut
panjang, bertelinga terkulai dan berkepala bulat tanpa tanduk. Namanya diterjemah sebagai
singa, tetapi semestinya bukan sejenis dengan singa di Afrika. Singa utara ini berasaskan rupa
singa penjaga agung.
Singa selatan pula, terutamanya yang Kantonis, bertanduk satu pada dahinya. Singa Kantonis
ini berasaskan rupa Nian, tetapi tidak sama dengan singa utara. Sesetengah legenda
menceritakan bahawa tarian singa Kantonis ialah lakonan semula kisah Bu Dai menjinakkan
raksasa Nian.

24

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Lampiran

Seorang ahli kumpulan chingay menunjukkan kehandalan mengimbangi tiang bendera


chingay dengan menggunakan mulut.

25

MASYARAKAT

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

Makanan yang dipersembahkan kepada nenek moyang nereka ketika Perayaan Hantu

Kuih Bulan
Suasana perayaan di Victoria Park,Hong
Kong

Perlumbaan Perayaan Perahu Naga di Macau

Berlatarkan penerangan Jambatan Albuquerque, sukarelawan Jepun meletakkan tanglung


berlilin pada Sungai Sasebo River pada perayaan Obon.

26

MASYARAKAT

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang,
di Lijiang, Yunnan, China.

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong

Chai Shen

27

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

Tarian singa China Selatan menyerupai raksasa Nian

MASYARAKAT

Nian gaya selatan yang


bercirikan unikon

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

28

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

Rujukan
1. A.Aziz Deraman,Malaysia Kita , Perayaan,Times Book Internasional 1987,Singapore
2. Ann Wan Seng,Chinese Custom and Taboos,Penerbitan Fajar Bakti Snd.Bhd,1995, Shah
Alam
3. Dr.Wang Gungwu,Latar belakang kebudayaan penduduk-penduduk di Tanah Melayu
(Bahagian kebudayaan China),Dewan Bahasa dab Pustaka,Kuala Lumpur 1962,Cetakan
sementara1962
4. Lee Su Kim,Malaysian Flavours,Pelanduk Publication Snd.Bhd,Selangor,1996,Cetakan
kedua
5. Sumber: Dongeng Rakyat Cina Pesan Tersembunyi dan Dongeng Rakyat Cina Istana Bulan,
Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta, 2001

6. Glor Wong , See Beautiful Malaysia,Tourist Development Corporation Malaysia,Kuala


Lumpur.
7. Heidi Munan/Fook Yuk Yee, Culture of The World Malaysia,Times Books Internasional,
Singapore 2001

29

MALAYSIA: PERAYAAN MASYARAKAT CINA

MASYARAKAT

8. Eldee,Bruce,The Golden Chersonese:Travel in Malaysia in 1879. London : Oxford University


Press 1980.
9. Osihira,Yuzuro. Malaysia .Milwaukeeg . Stevens Publising 1986
10. Chinese New Year Customs Around the World. Quick Brown Fox (2006-03).
11. Watson Andaya,Barbara & Leonard Y.Andaya. A History of Malaysia .
Hawai: Universiti of Hawai Press,2001.
12. Munan , Heidi.Culture Shock ! Malaysia .Oregon : Graphic Arts Center
Publising Company , 1991.
13.Laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
14.Dewan Bahasa dan Pustaka (1996).Ensikopidea Sejarah dan Kebudayaan
Melayu ,Kuala lumpur
15.Teh Hooi Bin (2004),Tradisi dan Kebudayaan Malaysia.Selangor:Brght
Publition
16.Aziz Deraman,1975,Masyarakat malaysia dan KebudayaanMalaysia
KementerianKebudayaan,Belia dan Sukan Malaysia.
17.Purcel V,1948,The Chinese in malaya,Oxford University Press,London;The
chinese in Southeast Asia, Oxford University Press,London;

30

Anda mungkin juga menyukai