Anda di halaman 1dari 6

Asal Usul

Tarikh perayaan setiap tahun adalah tidak tentu sebelum Dinasti Qin. Permulaan tahun
mungkin di bulan satu apabila Dinasti Xia, bulan dua belas semasa Dinasti Shang, dan bulan
sebelas ketika Dinasti Zhou di China. Sungguhpun, "bulan lompat" digunakan untuk
memastikan kalendar qamari sejajar dengan matahari. Maksudnya, kalendar dipanjangkan
selepas bulan dua belas ketika Dinasti Shang dan Zhou. Qin Shi Huang (Maharaja pertama)
mengubah dan menetapkan permulaan tahun yang baru pada bulan sepuluh. Maharaja Wu
menguasai ketika Dinasti Han menetapkan bulan satu sebagai awal tahun masih kekal sampai
hari ini.1

Sejarah
Perayaan Tahun baru Cina menandakan permulaan tahun yang baru bagi kalender qamari.
Simbol tradisi kemeriahan termasuk pakaian Cheong Sam, mercun merah, tanglung dan
barangan lain yang berwarna merah.

Selain itu, perayaan juga menyambutkan permulaan kepada tahun zodiak baru. Terdapat satu
zodiak dalam astrologi Cina iaitu kitaran dua belas tahun yang terdiri daripada dua belas ekor
binatang seperti tikus, lembu, harimau yang melambangkan personaliti yang berbeza. Secara
umumnya, zodiak sentiasa bermula dengan Tikus. Binatang-binatang ini merupakan simbol
setiap tahun. Masyarakat Cina mempercayai sesiapa yang lahir dalam tahun-tahun ini akan
mewarisi ciri-ciri dan takdir binantang tersebut.2

1 http://c24perayaanmalaysia.blogspot.my/2010/08/sejarah-tahun-baru-cina.html

2 http://baca-blogspot.blogspot.my/2013/01/sejarah-perayaan-tahun-baru-cina.html

Mitos
Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting untuk kaum Tionghua kerana perayaan
ini mempunyai asal usul yang unik dan bermakna kepada kaum Cina.
Pada zaman dahulu, ketenteraman hidup penduduk pada hari sebelum Tahun Baru Cina (Chu
Xi) selalu diancamkan oleh satu binatang yang ganas bernama "Nian". Nin adalah seekor
raksasa pemakan manusia dari pegunungan. Penduduk-penduduk berunding and memikirkan
strategi untuk menghalaukan binatang tersebut. Penduduk mempercayai Nian akan makan
makanan yang telah disediakan dan tidak mengacaukan mereka. Oleh itu, mereka
menyediakan makanan dan meletakkan di depan pintu rumah untuk melindungi diri-sendiri. 3
Pada suatu masa, Nian takut and melari selepas bertemu dengan seorang budak kecil yang
berpakaian merah. Kemudian, penduduk bersetuju membakar mercun merah untuk
menakutkan binatang "Nian" kerana mempercayai Nian takut akan warna merah. Akhirnya
Nian terkejut apabila terdengar suara mercun dan menengok warna mercun yang bermerah.
Sejak itu, Nian balik ke hutan and tidak mengganas lagi.
3 Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
http://www.tranungkite.net/lama/berita2/tbaru.htm

Setelah itu, penduduk bersorak-sorai dan meraikan kemenangan mereka. Mereka merayakan
Tahun Baru Cina dengan persembahan tarian singa dan membakar mercun untuk
memperingati kejayaan dicapai. Tambahan pula, warna merah dianggap sebagai warna tuah
kerana menakutkan Nian yang ganas. Masyarakat Cina telah turun-temurun mewarisi tradisi
ini.4

Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina5


Sebelum Tahun Baru
Sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga akan mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan rumah mereka kerana mempercayai pembersihan boleh menjemput nasib baik
dan mengurangkan nasib malang serta musibah yang menimpa pada tahun lepas. Penyapu
disimpan pada malam sebelum Tahun Baru supaya nasib baik tidak disapu keluar pada hari
pertaman. Di samping itu, mereka menghiaskan rumah dengan kertas yang bertuliskan
pepatah mengucap kemakmuran dan kebahagiaan seperti Gong Xi Fa Cai dan nian nian
you yu.

4 Duniabaca.com http://duniabaca.com/asal-usul-sejarah-tahun-baru-imlek.html

5 http://d20112054744.blogspot.my/2012/10/perayaan-di-malaysia-tahun-baru-

cina.html

Hari Pertama
Hari pertama adalah hari untuk menyembah dewa-dewi dari bumi dan kayangan terutamanya
pemeluk agama Buddha. Pada hari ini, mereka mengelakkan diri daripada memakan daging
sebab yakin bahawa mereka akan panjangkan usia. Activiti yang terpenting merupakan
menziarahi ahli keluarga yang senior atau tua umumnya datuk, nenek, moyang dan ibu bapa.

Hari kedua
Hari kedua adalah kai nian atau hari untuk menyambut kedatangan Tahun Baru Cina serta
anak-anak perempuan yang telah berkahwin mesti menziarahi ibu bapa mereka. Berdasarkan
tradisi, mereka mungkin tidak banyak berpeluang untuk bertemu dengan ibu bapa.

Hari ketiga
Hari ketiga dikenali sebagai "chi kou atau mulut merah" yang bermaksud mudah berlaku
konflik dan dianggap sebagai hari yang tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi. Untuk
menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia tidak melebihi tiga tahun, ahli-ahli
keluarga itu tidak akan menziarahi rumah-rumah sesiapa pun. Manakala, hari ini sesuai untuk
menyembahkan si mati di kubur.

Hari kelima
Hari kelima merupakan ulang tahun kelahiran Cai Shen iaitu tuhan kekayaan. Biasanya,
kuih ladu akan dihidangkan sebagai sarapan pagi dan perniagaan juga meneruskan seperti
biasa.

Hari ketujuh
Hari ketujuh dipandang sebagai ''hari jadi orang ramai'' .Kaum cina mencedok salad ikan
yang berwarna-warni (yee sang) dan mengharapkan ini boleh membantu keinginan yang
menambahkan kekayaan dan kemakmuran dicapai.

Hari kesembilan
Hari kesembilan adalah hari bagi kaum Cina terutamanya suku Hokkien untuk
menyembahkan Maharaja Jed. Mereka menyampaikan doa syukur kepadanya.

Penyembahan termasuk buah-buahan seperti tebu. Tebu pernah memberikan perlindungan


kepada suku Hokkien apabila ancaman.

Hari kelimabelas
Hari kelimabelas merupakan Chap Goh Mei iaitu hari terakhir Tahun Baru Cina. Tang
Yuan ialah makanan yang diperbuat daripada tepung pulut akan dihidangkan pada hari ini.

Berdasarkan kajian soal selidik, soalan pertama dalam bahagian kedua adalah berkaitan
dengan asal usul Tahun Baru Cina. Soalan ini ditanyakan adalah untuk mengetahui tahap
pengetahuan tentang Tahun Baru Cina dalam kalangan 30 orang responden. Kami mendapati
seramai 29 orang responden telah memilih jawapan yang betul manakala terdapat seorang
responden yang bukan berkaum Cina telah memilih jawapan yang salah. (Merujuk pie chat
5)Secara tuntasnya, 97% orang responden memahami asal usul Tahun Baru Cina.

Merujuk kepada soalan kedua dalam kajian soal selidik, soalan tersebut bertujuan untuk
mendapatkan maklumat tentang kaedah-kaedah yang digunakan oleh responden untuk
mengetahui sejarah dan adat resam tentang Tahun Baru Cina. Kesemua 20 orang responden
Cina memperoleh pengetahuan tentang Tahun Baru Cina daripada cerita orang-orang tua di
rumah. Namun begitu, terdapat tujuh dan tiga orang responden yang bukan berbangsa Cina
mendapatkan maklumat tentang Tahun Baru Cina daripada cerita daripada rakan-rakan dan
buku-buku serta laman web masing-masing. (Merujuk pie chat 6)Justeru, kami boleh
membuat satu anggapan bahawa golongan cina yang tua ingin menyampaikan dan
mengekalkan warisan budaya Tahun Baru Cina kepada generasi yang muda. Tambahan lagi,
golongan cina yang muda juga menceritakan pengalaman Tahun Baru Cina kepada rakanrakan mereka yang berbangsa lain. Ini juga menunjukkan golongan cina yang muda
mempunyai pengetahuan tentang Tahun Baru Cina dan mengkongsikan pengetahuan mereka
kepada kaum-kuam yang lain.

Anda mungkin juga menyukai