Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar

qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga

disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tt), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

TARIKH PERAYAAN

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh Tikus Lembu z chu 19 Februari 1996 7 Februari 2008 7 Februari 1997 26 Januari 2009 28 Januari 1998 14 Februari 2010 16 Februari 1999 3 Februari 2011 5 Februari 2000 23 Januari 2012 24 Januari 2001 10 Februari 2013 12 Februari 2002 31 Januari 2014 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Harimau yn Arnab Naga Ular Kuda mo chn s w

Kambing wi

Monyet shn Ayam Anjing yu x

22 Januari 2004 8 Februari 2016 9 Februari 2005 28 Januari 2017 29 Januari 2006 16 Februari 2018 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Khinzir hi

SEJARAH

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nin ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia.Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Gu nin yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

Hari pertama

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Yang paling penting, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari kedua Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (ki nin) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ketiga

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( ch ku), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja.

Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari kelima Di bahagian utara China, ladu (jiozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (, p w). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ketujuh Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (, pinyin: rn r, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

Hari kesembilan

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (tin gng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari kelimabelas Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yunxio ji atau Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tngyun, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tngyun ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (tunyun fn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (pinyin: y) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nin nin yu y, yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun.

Bahasa Cina Huraian Nama


[*]

Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut Luohan luhn zhi zhai Kantonis sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk () dan yong tau fu. berbentuk rambut manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (Cina: ; pinyin: Ikan y y). Ramuan utama bagi yee sang.

Ikan Salmon yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung Yee sang yshng untuk menyambut tuah.

Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan Ladu jiaozi jiozi tongkol emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Limau jnj; atau Cina ialah untuk dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, mandarin gn buah limau mandarin pula melambangkan kesejahteraan dan kemewahan. Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Kuih bakul Shanghai) kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian ningo tinggi". Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, Mi namun amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru. Gula-gula Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula

Cina berwarna merah atau hitam. Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, Tikoy dan gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau perang).

Amalan Tahun Baru

Ang pau Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (pinyin: hng bo, bahasa Hokkien (POJ): ng-pau; bahasa Hakka: hung bao, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanakkanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian ( b jn). Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru, namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan

mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan.

Maka, kerajaan-kerajaan dan pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan.

Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu dikuatukasakan. Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

Singapura: Pengharaman separa dikenakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. Ini dilanjutkan menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan nyawa dua orang serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari

1972.Bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh

Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun, kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi kehendak diri mereka.

Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square, Chinatown.

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.

Shou Sui

Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu sementara menyambut tahun yang

akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara (f), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina (do), atau "terbalik", berbunyi sama dengan (do), atau "tiba". Maka, f do melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud Bunga plum Kumkuat Narcissus Bunga kekwa Buluh melambangkan tuah melambangkan kemakmuran melambangkan kemakmuran melambangkan panjang umur tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar, apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing, beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali sebagai "ungkapan pembawa tuah" jxing ha.

Selamat Tahun Baru "Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: xnnin kuil; Bahasa Kantonis (Yale): snnhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): in-n khai-lok) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian utara China, "gu nin ho" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) yang dijadikan ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai "Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: ; Tulisan Cina Ringkas: ; pinyin: gngx fci; Bahasa Kantonis (Yale): gnghi faatchih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-h hoatchi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki".

Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan

sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk); manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian " usu png'n" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan tahun demi tahun". (Su, bermaksud "usia") sama bunyi dengan ("pecah"), sebagai demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa mereka. Melalui cara yang sama, (Ninnin yuy), hajat penambahan hasil setiap tahun, memanipulasi suku kata y yang juga ditulis (ikan), menjadikannya ungkapan utama bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau dijadikan hadiah.

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan Singapura.

Kanak-kanak

nakal

sering

berjenaka

dengan

mengucap

(Cina

Tradisional:

, Cina Ringkas: , pinyin: Gngx fci, hngbo nli), yang diterjemah menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.

Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.

Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil

kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".

Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)

Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Anda mungkin juga menyukai