Anda di halaman 1dari 20

Prosa Tradisional Melayu Moden

CERPEN DIARI SEORANG PENGAWAS


Disediakan oleh
NUR HIDAYAH GHAZALI NORDIN MOHAMMAD MOHAMAD HAFIZI ASMARANI

SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan mengenai diri seorang pelajar yang bertugas sebagai pengawas sekolah. Banyak peristiwa-pristiwa yang berlaku di sekolahnya. Daripada sekecil-sekecil peristiwa yang berlaku sehinggalah masalah ketagihan ganja. Plot cerpen ini dimulakan dengan berakhirnya cuti sekolah panjang dan bermulanya tahun baru disekolah tersebut. Watak utama, Halim bertugas sebagai pengawas sekolah terpaksa menghadapi masalah-masalah yang berlaku seperti disiplin pelajar, konflik diantara rakan-rakan yang tidak berpuas hati denganya, masalah ketagihan dadah oleh rakanya Yahya dan lain-lain.

TEMA
Cerpen ini bertemakan sikap tanggungjawab serta akhlak yang baik dalam melakukan sesuatu perkara contohnya pada watak Halim diperenggan sembilan pada garis pertama, lebih sepuluh orang pelajar ditegur kerana tidak berpakaian kemas serta perenggan tiga belas garis ke lapan, walaupun Halim tahu perbuatan rakanya Yusuf boleh dikenakan hukuman tapi Halim sudi memaafkannya. Selain itu terdapat nilai-nilai murni lain yang mempengaruhi plot cerpen ini contohnya sikap tegas dan amanah namun, secara keseluruhanya, sikap bertanggungjawab lebih ditonjolkan bersesuaian dengan tema cerpen

PERSOALAN
Masalah disiplin disekolah. Perenggan lima baris pertama memakai lencana sekolah masih lagi menjadi masalah Sikap tidak puas hati dikalangan kawan-kawan. Perenggan lapan, baris ke dua surat itu menyatakan yang aku seorang pengawas yang sombong Bahayanya menghisap ganja yang boleh menjejaskan kesihatan. Perenggan ke empat belas, baris enam Cikgu Khalid menyatakan Yahya sedang dalam rawatan doktor kerana ketagihan dadah. Ketegasan seorang pengawas dalam menjalankan tugas. Perenggan enam baris dua belas dia menyatakan yang dia hendak cepat. Aku membalas kalau hendak cepat pun tidak bererti boleh melanggar peraturan sekolah.

LATAR
LATAR MASA Latar masa bagi cerpen ini ialah pada zaman sekarang, contoh yang paling senang diperhatikan ialah mengenai kandungan isi cerpen yang menceritakan masalah-masalah disiplin pelajar pada masa kini. Cerpen ini juga menggunakan gaya laporan yakni terdapatnya tarikh dan bulan bagi setiap perenggan.

LATAR MASYARAKAT Masyarakat melayu. Sebagai contohnya, namanama yang digunakan oleh pengarang untuk watak-watak cerpen semuanya adalah nama Melayu seperti watak protagonis itu sendiri Halim serta yang lain, Yahya, Mona Aida, Cikgu Khalid dan sebagainya. LATAR TEMPAT Keseluruhan plot cerpen ini berlaku di sekolah, Cuma berbeza dari segi tempat di kawasan sekolah contohnya kantin, kelas, pintu pagar sekolah, bilik guru.

WATAK & PERWATAKAN


HALIM Merupakan watak utama atau protagonis Seorang pengawas yang berdedikasi menjalankan tugasnya Suka mengambil berat tentang masalah rakanrakanya Minatnya membaca novel mendorong beliau berkenalan lebih rapat dengan Mona Aida Bersikap pemaaf

YUSUF Merupakan watak hitam atau antagonis Telah menghantar surat layang kepada Halim kerana tidak berpuas hati atas tindakan Halim menangkapnya ketika menghisap rokok Menaruh hati terhadap Mona Aida YAHYA Watak dinamik iaitu watak yang sentiasa berubah dan memajukan dirinya Mengalami masalah ketagihan ganja tetapi Yahya telah sedar akan perbuatanya dan berusaha untuk berhenti menghisap ganja lagi

CIKGU HALIM
Watak sampingan Seorang guru pengawas Memandang tinggi tentang masalah disiplin di sekolah Seorang yang mengambil berat

MONA AIDA
Watak sampingan Merupakan kawan kepada Halim Menaruh hati terhadap Halim
Watak-watak sampingan lain seperti Asrul, Cikgu Ainun, Zaitun, Rukiah dan lain-lain

PLOT
Jalan cerita adalah tidak mengikut kronologi sebaliknya terdapat unsur imbas kembali, contohnya pada perenggan tiga belas, baris kesembilan dimana Halim teringat kembali akan keadaan rakanya Yahya yang manggigil, tersentaksentak dan keluar air hidung apabila diberitahu oleh Cikgu Khalid bahawa Yahya sebenarnya mangalami masalah ketagihan ganja Permulaan cerita ini dihidupkan dengan bermulanya hari persekolahan setelah cuti panjang Peringkat klimaks cerpen ini ialah, apabila terjawabnya persoalan yang bermain dihati Halim mengenai rakanya Yahya Peleraian cerpen ini tidak begitu jelas, seolah-olah tergantung iaitu apabila Halim menerima novel dari Mona Aida dan terselit sepucuk surat yang mangandungi sebuah sajak.

Secara ringkas plot cerpen digambarkan melalui gambarajah berikut :


KLIMAKS

kisah sebenar mengenai Yahya terbongkar Pemilik surat layang telah diketahui oleh Halim

PERMULAAN
Mula persekolahan Syak sesuatu menganai keadaan rakanya Yahya

PELERAIAN
Menerima novel daripada Mona Aida Menyumpai sepucuk surat yang terselit di novel

GAYA BAHASA
PERSONAFIKASI
Ialah unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia. Ia dikatakan penjelmaan perorangan. ( Kamus Sastera Melayu, terbitan Longman ) Dalam cerpen ini gaya bahasa personafikasi dapat dikesan pada awal perenggan iaitu pada baris ke lapan: masingmasing mula dihinggapi jerawat batu Dihinggapi disini merujuk kepada perkataan sebenar iaitu ditumbuhi

SIMILE
Kiasan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan ( Kamus Sastera Melayu, terbitan Longman ) Contoh pada cerpen ialah kami umpama polis cuba menegakkan undang-undang pada perenggan tiga iaitu dibaris ketujuh Contoh kedua ialah ibunya berlari seperti orang hilang akal pada perenggan sebelas baris kesembilan

SINKOPE
Pemendekan atau penyingkatan sesuatu kata dengan menghilangkan huruf atau suku kata. ( Kamus Sastera Melayu, terbitan Longman ) Contoh pada cerpen ini seperti kubaca perenggan empat baris kesebelas Contoh-contoh lain ialah bagiku perenggan lima baris kelima, tak perenggan tujuh baris kelapan

INVERSI
Urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan dengan tujuan membalikkan kata atau ayat tertentu supaya menghasilkan kesan tertentu ( Kamus Sastera Melayu, terbitan Longman ) Contohnya tidak besar dengan jawatan pengawas itu, jangan nak berlagaklah ayat yang betul ialah jangan nak berlagaklah, tidak besar dengan jawatan pengawas itu

PERGANDAAN
Ialah gaya bahasa yang menunjukkan pergandaan atau perulangan pada sesuatu perkataan. Ia juga boleh ditambah imbuhan mengikut kesusuaian perkataan ( Kamus Sastera Melayu, terbitan Longman ) Contoh pada cerpen ini seperti kawan-kawan perenggan pertama baris ketiga, terkekeh-kekeh perenggan pertama baris ketiga belas, undang-undang perenggan tiga baris ketujuh

NILAI DAN PENGAJARAN


Bertanggungjawab kita mestilah bersikap bertanggugjawab dalam segala hal

Pemaaf

sikap pemaaf perlu ada pada setiap insan supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini
kita hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap orang disekeliling kita

Mengambil berat

Kasih sayang

setiap manusia memerlukan kasih sayang sebagai pelengkap dalam kehidupannya kita seharusnya mendengar nasihat, terutamanya dari guruguru atau keluarga kita Apabila kita hendak melakukan sesuatu pekerjaan, kita mestilah bersikap berdedikasi terhadap kerja itu

Nasihat

Berdedikasi

PETA MINDA SECARA KESELURUHAN MENGENAI PERKARA YANG DIBINCANGKAN


Masalah disiplin sekolah

Bahaya menghisap ganja

Halim,cikgu Khalid,Yahya, Mona Aida,Yusuf

PERSOALAN

WATAK

CERPEN DIARI SEORANG PENGAWAS

TEMA Sikap tanggungjawab

NILAI
Bertanggungjawab,mengambil

berat, kasih sayang

Anda mungkin juga menyukai