Anda di halaman 1dari 6

BAB 7

Nilai Berkaitan Dengan Keamanan


Dan Keharmonian

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang maju


dan makmur. Walaupun negara kita terdiri daripada
penduduk yang berbilang bangsa, agama dan
kebudayaan, namun kita sebagai rakyat Malaysia
masih hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Amalan nilai yang berkaitan dengan keamanan dan
keharmonian adalah penting untuk mengekalkan
keamanan negara.
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
Definisi
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira bangsa, agama dan budaya.
Ciri-ciri
1. Menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain
dalam semua lapisan masyarakat.
2. Mengamalkan sikap saling membantu antara satu sama
lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan
budaya.
3. Mengelak daripada sebarang pergaduhan atau
pertelingkahan, malah berusaha untuk mewujudkan
keharmonian yang berkekalan.
4. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan penting
untuk mewujudkan keharmonian yang berkekalan.
5. Keamanan dan keharmonian merupakan asas
kesejahteraan hidup bagi mengekalkan keamanan
hidup.
6. Negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum dan agama. Oleh itu, perpaduan adalah penting
untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan damai.
7. Perpaduan penting dalam memastikan persefahaman di
kalangan masyarakat serta pembangunan negara
berjalan dengan baik
7.2 Saling Membantu dan Bekerjasama
Definisi
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat
individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat

Ciri-ciri
1. Mengamalkan sikap suka membantu dalam kehidupan seharian.
2. Mengamalkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat.
3. Amalan bergotong-royong harus dipupuk di kalangan masyarakat
bagi mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan di antara
satu sama lain.
4. Semangat bermasyarakat mendorong ahli-ahlinya menjalinkan
hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.
5. Kita juga perlu membantu antara satu sama lain dalam melakukan
sesuatu aktiviti yang berfaedah dalam masyarakat dan negara.
7.3 Saling Menghormati antara Negara
Definisi
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk
menjamin kesejahteraan sejagat
Ciri-ciri
1. Saling menghormati antara negara ialah menghargai dan
memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.
2. Hormat-menghormati antara negara melahirkan suasana aman
dan makmur dalam mencapai kemakmuran dan kemajuan
dunia.
3. Malaysia mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak campur
tangan dalam urusan pentadbiran negara lain.
4. Negara Malaysia telah menyertai ASEAN untuk mewujudkan
kerjasama serantau.
5. Kita perlu menghormati kedaulatan negara sendiri dan negara
lain untuk mengekalkan keamanan sejagat.
SMK Perempuan Likas
Sabah

Anda mungkin juga menyukai