Anda di halaman 1dari 3

Apa itu Badan Pengawas?

Badan Pengawas Sekolah adalah sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah. Badan Pengawas Sekolah terletak di bawah Jawatankuasa Disiplin di bawah seliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Bilangan keanggotaan badan ini tertakluk kepada perlantikan oleh pihak sekolah. Pengawas Sekolah hendaklah berpakaian seragam khas seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Keanggotaan badan ini adalah seperti berikut:

i. Guru Penasihat (dari Ahli Lembaga Disiplin Sekolah) ii. Ketua Pengawas iii. Penolong Ketua Pengawas iv. Setiausaha Badan Pengawas v. Bendahari Badan Pengawas vi. Pengawas

Antara tugas harian pengawas ialah :


Memastikan peraturan dan undang-undang sekolah dipatuhi oleh semua pelajar. Menaik dan menurunkan bendera. Mengurus dan mempengerusikan perhimpunan rasmi / pagi sekolah. Menyambut dan memberi khidmat kepada pelawat tidak rasmi. Membuat laporan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.

Peranan Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Ketua Pengawas


Menjadi pemimpin /ketua kepada semua pengawas Sentiasa memperlihatkan kepimpinan / ketokohan sebagai pengawas Mempengerusikan mesyuarat pengawas dan perjumpaan pengawas. Merancang aktiviti-aktiviti badan pengawas. Memastikan semua tugasan dan arahan dipatuhi oleh semua pengawas

Penolong Ketua Pengawas Membantu dan bekerjasama dengan ketua pengawas menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Mengambil alih tugas ketua pengawas semasa ketiadaan ketua pengawas. nsya Allah, Jumaat ini saya bertolak ke Kuantan, Pahang. Pada 12 Feb 2011 saya dijemput untuk menyampaikan ceramah Kepimpinan kepada pengawas Sekolah Kebangsaan Ubai, di Pekan. Pengawas di sekolah ibarat polis di tengah jalan raya. Memantau, memberi nasihat, menegur, cuma tidak boleh menyaman. Kebanyakkan sekolah mempunyai banyak kategori pengawas. Namun ramai guru yang tidak mengambil tahu apa masalah yang dihadapi oleh pengawas. Mungkin kesibukan guru atau guru sesama guru saling mengharap siapa yang lebih memberi perhatian kepada pengawas. ANTARA masalah pengawas ialah Bidang tugas pengawas, arah tuju tugasan mereka dan ke mana hendak mengadu jika menghadapi masalah. Dan selepas mereka bertindak mengikut lunas-lunas peraturan sekolah, mencatat nama murid yang melanggar peraturan, siapa sebenarnya yang berperanan untuk mengambil tindakan lanjut? Disini kebanyakkan sekolah hari ini, tidak sempat memberi tumpuan atau perhatian. Dengan itu, tidak hairan jika mood seorang pengawas asalnya rajin, gigih akhirnya menjadi hambar dan pudar. Kerana mereka merasakan tugasan mereka tidak ke mana, tiapa siapa yang ambil tahu dan ke mana hendak dibawa nama-nama yang sudah ada dalam buku catatan mereka. Oleh itu, guru-guru perlu sesekali mengumpul pengawas, untuk memberi suntikan semangat baru, bertanya masalah yang dihadapi dan memberi reaksi yang sepatutnya sebagai tindakan lanjut.

Ada 2 jenis pemimpin, seorang pemimpin adalah yang dilahirkan, dan ada yang di programkan. Pengawas sekolah adalah antara mereka yang di programkan untuk menjadi pemimpin kecil-kecilan di sekolah. Pengawas yang baik adalah pengawas yang boleh mengikut per aturan sekolah, seperti memakai baju di dalam, sentiasa dalam keadaan bersih, masuk dan keluar kelas mengikut peraturan, rambut sentiasa kemas, memakai kasut yang telah di gariskan oleh pihak sekolah dan sebagainya. Tidak menunggu guru meminta berbuat itu dan ini, melainkan dia sudah memahami apa yang perlu di buat ketika situasi begitu dan begini. Ketika majlis perhimpunan setiap hari Isnin, dia sudahpun membantu mengatur kerusi untuk guru duduk. Untuk meneropong manakah murid yang layak di angkat

sebagai pengawas sekolah yang bertanggungjawab, pihak sekolah kebangsaan Bangi telah mengadakan kem kepimpinan calon pengawas bertempat di Impian Country Resort selama 2 hari 1 mala

HULU LANGAT. 29 April 2010. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat telah mengadakan Program Kepimpinan Pengawas. Program bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 11.30 tengah hari. Seramai 100 orang pelajar terlibat dalam program ini. 2 sesi ceramah disampaikan oleh Cikgu Noorhisham, Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SK Bangi. Beliau yang pernah belajar di Aceh, Indonesia selama 4 tahun turut menyelitkan unsur-unsur keagamaan didalam ceramahnya diselang seli dengan video klip yang berkaitan. Antaranya, pemimpin merupakan manusia yang paling awal di panggil untuk duduk di bawah naungan Arasy di akhirat kelak. Yang mana tidak ada lagi tempat berlindung walau sebesar lidi kelapa. Malah panas terik memancar bak matahari sejenggal di kepala. Namun pemimpin yang dimaksudkan ialah pemimpin yang ADIL. Adil menurut perhitungan TUHAN.

Ceramah Pencegahan Dadah di SK Dusun Tua Hulu Langat


23 Jun 2011. Sekolah Kebangsaan Dusun Tua Hulu Langat hari ini menamatkan program benci dadah yang diadakan selama seminggu. Mereka menjemput saya selaku penceramah utama di temani seorang rakan, En.Suzaidi Sulaiman, yang merupakan Presiden Pendamai Wilayah Persekutuan. Habis ceramah, sesi jamuan di kantin, kesempatan ini, Guru Penolong Hal Ehwal Murid, En.Adlan, Guru Besar dan Ustaz Khairuddin bertukar fikiran dengan penceramah.

Anda mungkin juga menyukai