Anda di halaman 1dari 6

PERBANDINGAN TAMADUN DAHULU DAN KINI DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Pendidikan berperanan penting dalam membina tamadun manusia. Menerusi


pendidikan, lahir para pemikir dan pelaksana yang membina dan mengembangkan
tamadun. Tamadun satu bangsa tidak akan wujud seandainya sistem pendidikannya
tidak mampu membina cendiakawan yang dapat menghasilkan pemikiran asli yang
bernas untuk membina bangsanya. Sesuatu bangsa tidak akan maju sekiranya
rakyatnya hanya bergantung kepada sistem pendidikan asing yang dipinjam dari luar.
Oleh itu untuk membina tamadun bangsa melalui pendidikan, memerlukan pemikiran
dan penilaian semula terhadap seluruh aspek pendidikan yang ada agar benar-benar
sesuai berteraskan kehidupan dan budaya kita (Tajul Ariffin Noordin 1993).

Pendidikan Islam zaman Khulafa al-Rasyidin mewarisi pendidikan yang dicetus oleh
Rasulullah s.a.w bermula dengan penurunan wahyu pertama di Gua Hira’. Penulis
berpendapat sistem Talaqqi Musyafahah yang digambarkan melalui cara Rasulullah
menerima sumber wahyu daripada Jibril merupakan permulaan salah satu sistem
pendidikan Islam yang cukup ideal untuk dipraktikkan dalam dunia pendidikan masa
kini. Rasulullah mengajar al-Quran itu kepada para sahabat dan sahabat pula
mengajarkan kepada para tabiin sehinggalah kepada kita hari ini mengunakan cara
yang sama yang telah digunakan oleh Jibril kepada Rasulullah iaitu secara Talaqqi dan
Musyafahah ( Abdul Halim 1987; Norasikin Fabil et al. 2005; Kementerian Pelajaran
Malaysia 2008).

Sistem pendidikan pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia
memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah
dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.. Pada zaman baginda, negara Islam
berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota
Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat
pada zaman Khulaa’ al-Rasyidin. Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti
bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah
Fustat (Mahayudin 1993).
Sistem pendidikan pada zaman sahabat juga bertumpu di kawasan masjid. Masjid
adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia
Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Masjid didirikan di setiap wilayah yang
ditakluki sebagai pusat pendidikan dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 &
Hassan Langgulung 1996). Masjid juga memainkan peranan penting dalam
pembentukan perpaduan ummah. Ini diakui oleh Al Buti (1997) yang berpendapat
masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masyarakat Islam kerana
dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian (immunity)
dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan
peradabannya.

Peranan masjid diperluaskan lagi dimana pada zaman Rasulullah dan para sahabat,
masjid berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-
fungsi lain seperti pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan
sosial, tempat perisytiharan, tempat keadilan dah kehakiman, penggerak Baitul Mal
negara serta tempat para musafir bermalam (Mohd Mokhtar 2003). Penggunaan masjid
sebagai institusi pendidikan selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti
ibadah khusus adalah bersesuaian dengan inspirasi akhlak dan kemasyarakatan umat
Islam. Seiring dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya selepas
kewafatan Rasulullah, institusi masjid juga berkembang pesat sebagai pusat pendidikan
(Nasruddin Yunos & Mohamad Taha 2003)

Tegasnya, penulis melihat pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan
penting sebagai institusi peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai
aktiviti yang memberikan kemudahan kepada umat Islam. Melalui amalan
pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan di masjid, ramai cendiakawan Islam dan
ulama telah dapat dilahirkan. Ini bersesuaian dengan pandangan Haron Din (2007)
yang berpendapat masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai
Islam dalam setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan iman.

Dalam dunia moden dan canggih, manusia menerima setiap ilmu dengan hadir ke
sekolah atau melalui aktiviti-aktiviti keilmuan secara formal dan tidak formal. Sejarah
tamadun manusia di dunia mempunyai dasar dan kaedah pendidikan tersendiri. Sietem
pendidikan kini mempunyai lima peringkat iaitu pra sekolah, peringkat sekolah rendah,
peringkat menengah rendah, peringkat menengah atas dan lanjutan. Peringkat pra
sekolah bermula seawal umur kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun. Pendidikan ini untuk
menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid bagi menyuburkan potensi
mereka dari aspek perkembangan menguasi kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan ke sekolah rendah. Pendidikan pra-sekolah menekankan
pendidikan yang mudah bermula dengan kemahiran mengenal huruf, bersosial dan
berinteraksi sesama mereka.

Pendidikan peringkat kedua pada tamadun zaman kini ialah kanak-kanak berumur 7
hingga 12 tahun. sudah menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah berteraskan
pendidikan KSSR. Prinsip utama KSSR menekankan kepada kemahiran asas seperti
menulis, membaca, mengira, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, penerapan
nilai-nilai murni, patriotism dan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.
Kesinambungan pendidikan ini diteruskan di peringkat sekolah menengah selama 5
atau 6 tahun lagi (KSSM). Di akhir setiap peringkat pendidikan, pelajar akan menduduki
peperiksaan awam. Keupayaan pelajar melengkapkan pendidikan wajib memberi
peluang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
seperti di universiti dan pusat-pusat latihan. Hussin Bin Sarju, Rohana Hamzah, dan
Amirmudin Udin. ( 2010).

Selain itu, tamadun dahulu juga menitik beratkan tentang pendidik. Hanya orang yang
tertentu saahaja yang layak untuk mengajar pada masa tamadun dahulu. Guru yang
mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa’ al-Rasyidin merupakan guru-guru yang
pakar mengikut bidang masing-masing. Umar sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid
Madinah dan menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan
berkebolehan untuk mengajar hadis bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang
tulen dengan hadis palsu (Suffian Abdul Rahman 1983). Khalifah Umar juga
menggalakkan umat Islam membuat kajian tentang Al-Quran dan Hadis (Norliyana
2007).

Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk membimbing pelajar membaca,
menulis dan memahami isi Al-Quran. Para muallim tersebut diberi ganjaran. Umar juga
telah melantik golongan pakar dalam bidang al-Quran seperti pengkaji hadis dan
perundangan Islam (Mohd Rashad 2006). Ulama dan muballigh dihantar ke seluruh
wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Mas’ud ke Kufah (Shibli 1981). Ramai
juga guru-guru dihantar ke wilayah-wilayah kekuasaan Islam yang baru (Norliyana
2007).

Pada zaman sekarang, setiap guru yang mengajar sama ada di sekolah rendah,
menengah mahupun university mestilah mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh
kerajaan. Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama
dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat
bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling
penting dalam pengajaran guru. Dapatan kajian menyokong secara sederhana tetapi
konsisten bahawa pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara
mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996;
Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996). Dapatan kajian Tschannen-Moran dan Hoy
(2002) menunjukkan efikasi guru berpengalaman (mengajar lebih dari lima tahun) lebih
tinggi berbanding dengan guru novis (mengajar kurang dari lima tahun). Looney (2003)
juga cenderung berpihak kepada pengalaman mengajar mempengaruhi efikasi guru.

Kesimpulannya,pendidikan di zaman Khulafa’ al-Rasyidin dijalankan secara sistematik


dan teratur, mempunyai objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber
pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang tersendiri. Pergolakan politik
yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu dan pendidikan
Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana setiap masalah
yang timbul dapat diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini menjadikan pendidikan
Islam semakin matang setelah mengharungi cabaran yang dilalui.
Walaubagaimanapun, dengan perkembangan ilmu dan teknologi, sistem pendidikan
zaman kini telah diubahsuai sejajar dengan arus kemodenan global.
Rujukan

Hussin Bin Sarju, Rohana Binti Hamzah, Amirmudin Bin Udin (2010). Pendidikan:
Matlamat Dan Fungsinya. Universiti Teknologi Malaysia. Panel Penulis JAKIM.

Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student
achievement. Review of Educational Research 66: 361-396

Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. 2002. The Influence of Resources and Support on
Teachers’ Efficacy Beliefs. Paper Presented at the Annual Meeting of the
American Educational Research Association, Session 13.82: What is the Value
of Understanding Beliefs? An Exploration of Beliefs Related to Academic
Achievement. April 2, 2002. New Orleans, La.

Looney, L. 2003. Understanding Teachers’ Efficacy Beliefs: The Role of Professional


Community. Doctoral Dissertation. University of Maryland.

Tajul Ariffin Noordin. 1993. Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Mahayudin Yahaya & Ahmad Jelani Halimi. 1993. Siri Sejarah Fajar Bakti. Sejarah
Islam. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Buku Panduan Kelas Khas Kemahiran


Membaca dan Menghafaz Al-Quran.

Mohd Mokhtar b. Shafii. 2003. Masjid Sebagai Pusat Pendidikan dan Penjanaan
Ummat Cemerlang. Jurnal Pendidikan Islam. 10(3) 41-56.

Nasruddin Yunos & Mohamad Taha. 2003. Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia
“A”. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Sa’id Ramadan Al Buti. 1997. Fiqh Al-Sirah 2. Terj. Mohd Darus Sanawi.
Selangor: Dewan Pustaka Fajar.

Suffian Abdul Rahman. 1983. Dlm. Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin
Al-Khattab Dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan Dan Perbezaan.
Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai