Anda di halaman 1dari 6

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah _______________________

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan islam berdasarkan al-quran dan as-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral @

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah _______________________

Kata-Kata Aluan
Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pelajaran malaysia telah berjaya merealisasikan Buku Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran dan AlSunnah. Sesungguhnya buku ini adalah merupakan garis panduan khusus kepada Guru Pendidikan PSI dan PQS yang akan menerapkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di luar bilik darjah. Buku ini diharap dapat memberikan panduan yang menyeluruh terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran PQS dan PSI. Oleh itu pelaksanaan kurikulum PSI dan PQS di sekolah-sekolah pada masa ini perlu diberi penekanan dan perkaitannya dengan setiap hasil pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konsep Islam yang syumul. Buku Panduan ini adalah penting kerana ia merupakan satu langkah penambahbaikan dan peningkatan kualiti pendidikan yang bertaraf dunia seterusnya mampu menjayakan usaha kerajaan kearah melahirkan modal insan yang berkualiti.Antara lain konsep yang dikehendaki oleh kerajaan iaitu suatu pendekatan pembangunan modal insan, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh,berdasarkan kepada perspektif Islam. Pendekatan Islam yang ingin dibawa oleh kerajaan adalah pelengkap kepada agenda membina masyarakat Malaysia yang bertamadun.Oleh itu, pelaksanaan kurikulum PSI dan PQS di sekolah-sekolah yang bersistematik dapat memenuhi prinsip-prinsip tersebut yang mantap ke arah membina jati diri, daya saing dan kecintaan kepada kedamaian dalam kalangan para pelajar sekolah.Usaha ini akan dapat dipupuk semasa di alam persekolahan dengan harmoni.Para pendidik perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam yang syumul berasaskan intelektual, rasional, praktikal dalam tindakan, mementingkan kemajuan dan mengutamakan keharmonian. Saya berharap buku panduan ini memberi kefahaman dan penghayatan secara menyeluruh kepada warga pendidik di seluruh negara sebagai asas untuk meningkatkan usaha dan merubah teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif seterusnya melahirkan warganegara yang berpegang teguh kepada agama, berakhlak, cintakan kedamaian, beradab dan berjaya memajukan negara Malaysia sebagai Negara Islam yang maju mengikut acuannya sendiri . Akhir bicara, saya ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah dapat menyedia dan menyiapkan bahan-bahan kursus ini. Semoga sumbangan idea dan tenaga dalam menjayakan projek ini menjadi amal kebajikan dan dapat dikongsi bersama dalam menjayakan kursus peningkatan pelaksanaan kurikulum PSI dan PQS ke seluruh Negara. Sekian terima kasih. Selamat maju jaya Pendidikan Islam. dan bersama meningkatkan martabat

Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral @

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah _______________________

1.

PENGENALAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN AL QURAN DAN AL SUNNAH

PENDAHULUAN Mata pelajaran Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah adalah satu bidang pengajian yang menumpukan kepada pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh mengenai Islam. Ia tertumpu kepada aspek-aspek utama yang sering dikaitkan dengan pengajian al-quran dan al-sunnah dan amalan seharian.Pengolahan mata pelajaran ini dibuat berasaskan bidang Pengajian al-Quran, Ulum Al-Quran , Pengajian Hadis, Ulum al-Hadis, Akhlaq dan Tamadun.Penyusunan ini berbeza dengan apa yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Teras yang disusun mengikut pembahagian tradisi ilmu-ilmu Islam. Mata pelajaran ini ditawarkan sebagai salah satu daripada pelajaran elektif pengajian Islam. VISI Bersama menggabungkan tenaga bagi memahami mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan pendidikan al-Quran dan al-Sunnah supaya pelajar dapat menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada di peringkat PMR yang lalu melalui pembelajaran mata pelajaran ini.

MISI Setiap usaha yang dicurahkan ke arah kefahaman dan penghayatan serta amalan seharian bagi pelajar ke arah melahirkan cerdik pandai Islam yang mahir dan menguasai dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi dan ukhrawi. MATLAMAT Memantapkan penguasaan ilmu melalui pembelajaran Al-Quran dan AlHadis ke arah memahami sumber-sumber hukum Islam di samping membantu penguasaan pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran. Di samping menanam minat pelajar bagi menambah ilmu dan diterapkan dalam kehidupan seharian samada di sekolah atau dalam masyarakat selepas tamat pengajian mereka.

Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral @

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah _______________________

OBJEKTIF
i. Melahirkan pelajar yang bertaqwa.

ii. Melahirkan pelajar yang dapat memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian berpandukan al-Quran dan alSunnah. iii. Memupuk semangat pelajar yang sentiasa berusaha untuk memahami dan menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan sama ada duniawi dan ukhrawi. iv. Membina keseimbangan pelajar yang dapat berbagai bidang ilmu pengetahuan yang dipelajari. RASIONAL i. Menyedari betapa kurang cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi. ii. Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. iii. Mendedahkan pelajar kepada perkembangan hukum-hakam Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. iv. Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan SPM. v. Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi kecemerlangan akademik pelajar. menguasai

Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral @

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah _______________________

HUBUNGKAIT PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DALAM PRINSIP PRINSIP KBSM KBSM digubal berdasarkan prinsip-prinsip asas yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Prinsip-prinsip tersebut dapat diklasifikasi seperti yang berikut : i. Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah. Pada peringkat rendah penekanan diberikan kepada kemahirankemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Seterusnya kemahiran tersebut diperkembangkan dan diperkukuhkan pada peringkat menengah. ii. Pendidikan Umum Untuk Semua Pelajar. Murid-murid pada peringkat menengah rendah dan menengah atas disediakan program pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang lebih luas bagi mendapat ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Mata pelajaran teras wajib diambil oleh semua pelajar bagi menjamin hasrat ini tercapai.

iii. Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada. Kebanyakan mata pelajaran yang sedia ada dipelajari kurikulum lama sekolah menengah ( KLSM ) diteruskan dalam KBSM . Walau bagaimana pun organisasi kandungan dan penekanan dalam KBSM berbeza dengan KLSM.

iv. Kesepaduan Antara Unsur-Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.


Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral @

Buku Panduan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah _______________________

KBSM

digubal

untuk

memastikan

semua

mata

pelajaran

berperanan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui mata pelajaran- mata pelajaran tersebut dapat menjamin aspek-aspek tersebut berkembang secara seiring dan memperlihatkan perkaitan antara satu sama lain.

v. Penekanan Nilai-Nilai Murni. Penyerapan nilai-nilai murni dilaksanakan dengan menyeluruh melalui semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai Nilai Merentas Kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid Muslim dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Muslim vi. Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab dan Inggeris. Pendekatan ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

vii. Pendidikan Seumur Hidup Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran belajar supaya muridmurid dapat memiliki sikap yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha mencari ilmu dan mengembangkan ilmu.

Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam dan Moral @

Anda mungkin juga menyukai