Anda di halaman 1dari 3

Tajuk Jurnal

: KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN


KE ARAH PENTAKSIRAN MATEMATIK YANG

HOLISTIK
Penulis

: Faridah Bt Sulaiman, Fakulti Pendidikan


Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Bil Muka Surat


Nama

: 14 Muka Surat

: Mohamad Zulhanif bin Idris


Jurnal yang ditulis oleh Faridah bt Sulaiman ini bertujuan untuk

melihat bagaimana Kerja Projek Matematik Tambahan dapat bertindak


sebagai suatu kaedah pentaksiran yang mampu memberikan maklumat
yang selari dengan matlamat, objektif dan penegasan kurikulum
Matematik Tambahan terkini. Sebelum kita meneliti dengan lebih
mendalam lagi isi jurnal ini, terlebih dahulu kita perlu tahu apa tujuan dan
mengapa kajian ini dilakukan.
Dalam tahun 2000, kurikulum bagi matapelajaran sains dan
matematik telah disemak semula, termasuklah juga kurikulum matematik
tambahan. Penyemakan semula ini bertujuan bagi mengkaji semula
perkaitan antara kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang telah sedia
ada dalam matlamat dan objektif kurikulum matematik tambahan.
Walaupun perkaitan antara kandungan dan pedagogi telah diambil kira
dalam semakan kurikulum ini, namun cara pentaksiran dalam Matematik
Tambahan yang diamalkan selama ini sebenarnya tidak selari dengan
matlamat dan objektif kurikulum. Oleh sebab itulah, salah satu aspek
kajian penulis ini adalah dengan mengkaji keperluan dan kesesuaian
Kerja Projek untuk dijadikan suatu kaedah pentaksiran yang selari
dengan matlamat dan objektif kurikulum. Menurut penulis, keperluan dan
kesesuaian ini dilihat dari 3 aspek :1.

Bagaimana elemen pentaksiran Matematik dalam Kerja Projek


dapat membekalkan maklumat mengenai keupayaan pelajar
dalammenggunakan pengetahuan Matematik sedia ada.

2.

Jenis kefahaman Matematik yang pelajar perolehi setelah


melaksanakan Kerja Projek.

3.

Pandangan pelajar mengenai perbezaan antara Kerja Projek


dengan soalan peperiksaan biasa Matematik Tambahan.
Selain itu, penulis juga membuat sedikit perbandingan kurikulum

Matematik Tambahan pada era sebelum KBSM, era KBSM dan selepas
semakan semula kurikulum. Antara dapatan penulis adalah :1.

Sebelum KBSM, Matematik Tambahan pada era ini mementingkan

konsep dan kemahiran prosedur penyelesaian yang berasaskan algoritma.


Tumpuan bagi pembelajaran Matematik pada era ini adalah untuk
menghasilkan jawapan betul dalam masa yang singkat dengan
menggunakan prosedur penyelesaian yang piawai. Maka dengan itu,
kefahaman yang terbentuk terhad kepada sesuatu tajuk sahaja yakni
tidak merentasi tajuk-tajuk yang lain. Secara amnya, aspek penyelesaian
masalah yang memerlukan pelajar menggunakan heuristic tertentu tidak
dititikberatkan.
2.

Ketika KBSM, penegasan mula diberikan kepada kepentingan

penyelesaian masalah. Akan tetapi, pengintegrasian tersebut tidak dapat


dilaksanakan secara menyeluruh kerana kurangnya sokongan dari segi
sumber bahan untuk disampaikan dalam bilik darjah. Maka, pelajar-pelajar
dilatih dengan soalan-soalan peperiksaan dari tahun-tahun sebelumnya.
Tidak banyak perbezaan antara pentaksiran sebelum era KBSM dengan
era KBSM ini.
3.

Selepas semakan semula kurikulum, kini ia memberi penegasan

kepada heuristic penyelesaian masalah dan kurikulum terkini ini melihat


pelajar sebagai individu yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta mereka berhak membentuk struktur pengetahuan
matematik mereka sendiri.

Daripada dapatan,keputusan dan perbincangan yang dihuraikan oleh


penulis, dapat disimpulkan di sini beberapa perkara, antaranya ialah :1.

Melalui Kerja Projek Matematik Tambahan ini, terdapat 3 elemen

pentaksiran yang diuji kepada pelajar iaitu Heuristik Penyelesaian


Masalah, Perkaitan Antara Pengetahuan Matematik dan Penerokaan
Lanjutan. Melalui Heuristik Penyelesaian Masalah, kita akan dapat lihat
cara pelajar ini menyelesaikan masalah bukan rutin dan pada masa yang
sama pengintegrasian antara pengetahuan matematik akan berlaku
apabila pelajar didedahkan dengan perkara ini. Selain itu,keupayaan
pelajar untuk menyesuaikan pengetahuan matematik dengan masalah
yang dihadapi sebenarnya secara tak langsung menunjukkan kefahaman
matematik pelajar yang lebih tinggi.
2.

Menurut penulis, Kerja Projek sebenarnya lebih banyak

menggerakkan pelajar untuk berfikir dan ini mempunyai kesan yang


positif terhadap proses pembelajaran pelajar tersebut. Apabila seseorang
itu berfikir untuk memahami sesuatu masalah yang dihadapi, dan apakah
pengetahuan matematik yang boleh mereka gunakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut, secara tak langsung mereka
sebenarnya melihat secara lebih mendalam mengenai konsep dan
konteks masalah matematik tersebut.
3.

Dalam kajian ini, ada 3 perkara yang berbeza antara Kerja Projek

dengan soalan peperiksaan Matematik Tambahan iaitu aspek berfikir,


kaedah penyelesaian masalah dan pengaplikasian pengetahuan
matematik.
Akhir kalam, perubahan dalam kurikulum perlu selari dengan perubahan
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Mengubah pernyataan
kurikulum semata-mata tanpa mengambil kira 2 elemen tersebut, tidak
akan membawa sebarang manfaat baru ke atas sesuatu sistem
pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai