Anda di halaman 1dari 1

Kem kepimpinan dan kerohanian

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat pelajar-pelajar sekolah rendah bagi mempertingkatkan
pendidikan dan sahsiah diri mereka dalam menghadapi cabaran di masa akan datang.
Aktiviti ini dapat memupuk pelajar dalam konsep memperbaiki ketrampilan diri yang berkesan melalui
aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan teratur. Setiap organisasi dalam sekolah mempunyai potensi yang
sangat tinggi apabila mempunyai ahli yang bertanggungjawab terhadap diri, organisasi dan
masyarakat, sekolah dan masyarakat setempat. Adalah mustahil sesebuah organisasi itu akan berjaya
tanpa memiliki kemahiran dan potensi yang ditagih oleh organisasi itu sendiri. Malah sikap kepimpinan
yang ada dalam setiap diri seseorang itu akan tertonjol apabila digilap dengan cara yang tepat dan jitu.

Modul ini juga dapat meningkatan impak positif dan keharmonian dalam kalangan peserta/pelajar.

Pembentukan sahsiah dan jatidiri yang mantap, cemerlang dari segi persiapan spiritual, emosi dan fizikal
menjadi keperluan bagi anak-anak muda dan golongan remaja terutamanya golongan pelajar sekolah
masa kini.

Kursus Kepimpinan Pelajar ini menyentuh berkenaan beberapa aspek tanggungjawab sebagai seorang
pelajarcemerlang iaitu:

1. Ketaatan kepada Allah dan Rasul

2. Ketaatan kepada ibu bapa

3. Kecintaan terhadap ilmu

4. Kefahaman tanggungjawab dan mengasihi diri dan orang lain

5. Memelihara diri dan ahli keluarga

6. Tanggungjawab kepada perancangan masa depan diri, keluarga, agama, bangsa dan Negara

7. Konsep kasih dan sayang.

Anda mungkin juga menyukai