Anda di halaman 1dari 22

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM STPM: PENDEKATAN KUALITATIF

Oleh;

ABD MALEK BIN SELAMAT


SMK Khir Johari, Tajong Malim
abdmaleks@gmail.com
Telegram : 019-6698159

1. Penegenalan

Kerja kursus Pengajian Am yang mula diperkenalkan pada STPM tahun 2013, kini sudah masuk tahun
yang keempat. Pelbagai pengalaman yang guru-guru lalui dalam membantu para pelajar menyelesaikan
kerja kursus mereka.

Sejak kerja kursus dijalankan, pelbagai keluhan guru-guru yang kita dengar. Malah kita sendiri pun
terpaksa bergelut dengan pelbagai kepayahan untuk melepasi tempoh tersebut. Pada peringkat ini
ternyata pengalaman guru-guru yang pernah menjalankan kajian pendidikan di mana-mana peringkat
pendidikan ternyata sangat membantu. Hal ini kerana konsep kerja kursus Pengajian Am berasaskan
penyelidikan jenis ini.

Justeru, berdasarkan sedikit pengalaman menjalankan peyelidikan pendidikan ini, saya terpanggil untuk
menghasilkan tulisan ini dengan harapan ia akan dapat membantu kita semua dalam menjalankan kajian
menggunakan pendekatan kualitatif.

2. Mengapa kualitatif

Berdasarkan tema yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada saban akhir
tahun, menampakkan ternd yang berubah-ubah. Ada kalanya ia mudah dijalankan menggunakan
pendekatan kuantitatif, adakalanya terpaksa menggunakan pendekatan kualitatif.

Saya tidak bercadang untuk menghuraikan bagaimana pendekatan kuantitatif digunakan, kerana rata-
ratanya guru-guru sudah cekap dalam menggunakan pendekatan tersebut. Saya lebih berminat dalam
menghuraikan bagaimana menjalankan kajian menggunakan pendekatan kualitatif kerana pendekatan
ini agak kurang popular bukan sahaja dalam penghasilan kerja kursus para pelajar Pengajian Am, malah
di peringkat universiti juga pendekatan ini jarang dilaksanakan. Tiada jawapan yang empirikal mengapa
hal sedimikian berlaku, cuma saya beranggapan pendekatan ini agak sukar kerana ia memerlukan kerja-
kerja yang mencabar bermula daripada proses pemerolehan data sehinggalah persembahan data.

Antara ungkapan yang biasa saya dengar bagi menggambarkan realiti tersebut ialah, "Jika anda sudah
melengkapkan proposal dalam penyelidikan kuantitatif, penyelidikan anda sudah hampir siap, tetapi
bagi kualitatif, ia baru sahaja bermula".

Walau bagaiamanapun ada kalanya pendekatan kualitatif perlu dilaksanakna. Malah menjadi wajib jika
asas-asas penyelidikan kuantitatif tidak wujud atau terlalu sukar diwujudkan. Sebagai contoh; hanya
beberapa orang sahaja yang tahu tentang sesuatu perkara. Atau lebih ekstrim, hanya seorang sahaja
yang mampu memberi maklumat kepada kita. Namun, melalui pendekatan kualitatif pola sampel yang
sebegitu masih memungkinkan penyelidikan dapat dilaksanakan.

Walaupun ada kalanya asas penyelidikan kuantitatif sangat kuat. Dapatan kajian boleh mewakili
sejumlah populasi yang besar, tetapi data kualitatif boleh menyokong data-data kuantitatif jika
penyelidik ingin mengetahui lebih medalam tentang sesuatu trend dalam data kuantitatif. Sebagai
contoh, peratus kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan kereta api elektrik KTM yang sangat tinggi.
Melalui data kualitatif maklumat lebih mendalam dapat diperolehi melalui sesi temu bual dengan
beberapa orang penumpang.

3. Apa itu pendekatan kualitatif

Apabila para pelajar kita berkata kepada kita. "Cikgu, saya nak buat temu bual lah.." "… saya nak buat
pemerhatian lah.." Maka ia merupakan dua contoh pendekatan kualitatif dalam pelaksanaan kerja
kursus Pengajian Am.

Kita boleh mempersoalkan telahan tersebut dengan soalan sebegini.. "Mengapa anda ingin membuat
temu bual?" "… pemerhatian..?". Hal ini kerana, ada dalam kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Enam
melihat bahawa kedua-dua kaedah itu lebih mudah daripada membina soal selidik. Jika mereka
menganggap penyelidikan kualitatif mudah, kita perlu menjelaskan bahawa ia tidaklah semudah yang
mereka fikirkan. Jika pelajar kita itu seorang yang mampu menghuraikan sesuatu isu secara panjang
lebar maka mereka boleh memilih pendekatan tersebut. Jika sebaliknya, maklumkan kepada mereka hal
yang sebenar tentang pendekatan kualitatif.

Tetapi, jika alasan pelajar-pelajar lebih menjurus kepada sukar untuk mendapatkan maklumat, tidak
ramai yang mengetahui tentang sesuatu isu maka bantulah mereka untuk menjalankan kajian secara
kualitatif. Malah mereka perlu diberi penjelasan yang secukupnya bagaimana prosedur penyelidikan
kualitatif dijalankan agar mereka tidak sesat sehingga tidak bertemu jalan keluar.

4. Jenis-jenis pemerolehan data kualitatif

Berdasarkan pengalaman membantu para pelajar menghasilakn kerja kursus. Ada dua jenis
pemerolehan data kualitatif yang biasa digunakan.

4.1. Temu bual

Temu bual sangat mudah berlaku. Apabila ada soalan dan ada jawapan kepada soalan tersebut,
maka data tamu bual sudah wujud. Walau bagaimanapun untuk tujuan penyelidikan, sekadar soalan
dan jawapan belum mencukupi. Malah ada prosedur tertentu yang perlu dipatuhi bagi
membolehkan hasil kajian mereka nanti mempunyai asas "kebolehpercayaan" yang tinggi.

4.2. Pemerhatian

2
Pemerhatian juga mudah berlaku. Apabila kita memerhati sesuatu perkara dan boleh melaporkan
kembali apa yang kita lihat, maka data pemerhatian sudah wujud. Sebagai contoh, apabila kita
melihat sesuatu kemalangan yang berlaku di hadapan mata kita, maka tentulah kita boleh
menceritakan kembali kepada pihak ketiga tentang pengalaman yang kita lalui itu. Jadi, maklumat
yang kita beri itulah data pemerhatian. Malah, kadang kala semasa kita menemu bual seseorang
pun, pada ketika itu aspek pemerhatian boleh wujud. Sebagai contoh, sewaktu kita menemu bual
seorang Tok Mudim tentang bagaimana adat berkhatan dijalankan. Sewaktu Tok Mudim itu
menjawab soalan yang diajukan, beliau turut menunjukkan perlatan yang digunakan dalam adat
berkhatan, maka data pemerhatian sudah ada.

Jika kedua-dua bentuk perbuatan di atas (bertanya dan memerhati) berhenti sekadar ingin tahu dan
selepas itu tiada keperluan untuk melaporkan kembali usaha tersebut, maka ia tidak sampai kepada
data penyelidikan. Ia habis setakat itu sahaja.

5. Mendapatkan data kualitatif

Dalam pendekatan kualitatif, aspek triangulasi data sangat penting. Semakin mendalam huraian yang
diberikan maka semakin baiklah kajian tersebut. Oleh itu saya mencadangkan agar para pelajar
menggunakan sekurang-kurangnya dua kaedah pemerolehan data, iaitu temu bual dan pemerhatian.
Hal ini bermaksud sewaktu membuat analisis kelak, ada dua data yang akan digunakan sebagai hujah
dalam menjelaskan sesuatu keadaan.

Walau bagaimanapun, untuk membolehkan kedua-dua kaedah pemerolehan data ini mencapai standard
data penyelidikan kualitatif, ia perlu melalui prosedur tertentu.

5.1. Prosedur temu bual

5.1.1. Apabila seseorang pelajar sudah bulat tekad untuk menjalankan sesi temua bual maka
mereka perlu mengenal pasti informan (istilah yang diterima pakai oleh pihak MPM bagi
individu yang memberi maklumat) yang hendak ditemu bual. Jika informan tersebut
seorang yang sangat sibuk, perlu berjumpa untuk mendapatkan tarikh temu bual. Tidak
mengapa jika hanya seorang informan sahaja yang para pelajar temui. Kadang-kadang
melalui taknik snowball sampling maklumat informan seterusnya akan pelajar ketahui
semasa sesi temu bual dengan informan pertama.

5.1.2. Seterusnya, para pelajar perlu membina soalan-soalan yang hendak diajukan kepada
informan. Soalan-soalan tersebut perlu distrukturkan. Perlu ditulis kesemuanya. Hal ini
perlu kerana melalui soalan yang ditulis itu menjadikan soalan yang dikemukakan kepada
lebih seorang informen menjadi lebih tekal. Hal ini kerana soalan yang tidak tekal
menyukarkan analis data kelak.

5.1.3. Seterusnya pelajar perlu menyediakan alat untuk merakam sesi temu bual tersebut.
Tidak perlu peranti yang canggih. Memadai sebarang peranti yang boleh merakam suara

3
dengan jelas. Pada hari ini banyak gajet ICT yang ada aplikasi perakam suara. Sebagai
contoh telefon pintar yang hampir semua pelajar memilikinya.

5.1.4. Sebelum sesi temu bual dijalankan, para pelajar perlu menjelaskan kembali (sudah
dimaklumkan ketika penetapan tarikh temu janji) apakah tujuan temu bual itu dijalankan.
Hal ini kerana untuk mengelakkan rasa sangsi pihak yang ditemu bual. Kesangsian boleh
menyebabkan maklumat yang diberikan tidak lengkap atau tidak mencukupi.

5.1.5. Gunakan pelbagai teknik untuk membolehkan pihak informan bersemangat untuk
menyampaikan maklumat contohnya teknik dorongan minimum. Sewaktu para pelajar
mendengar penjelasan informan, teknik memfrasa ayat digunakan. Boleh ditanya jika ada
mana-mana frasa yang tidak jelas. Guru-guru boleh menggalakkan para pelajar
melakukan sesi temu bual secara berpasangan agar soalan-soalan yang dikemukan dapat
diperhalusi secara bergilir-gilir.

5.1.6. Sebaik-baik sahaja sesi temu bual selesai, maklumat yang disimpan dalam alat perakam
suara perlu dialihkan ke dalam tempat yang lebih selamat. Sebagai contoh simpan dalam
komputer riba atau komputer peribadi dan storan sekunder.

5.1.7. Aktiviti terakhir untuk fasa pemerolehan data temu bual ialah membuat transkrip
perbualan. Untuk keperluan kerja kursus Pengajian Am, tidak perlu transkrip penuh. Para
pelajar perlu mendengar kembali rakaman perbualan tersebut dan menaip jawapan
informan dalam jadual matriks perbualan seperti yang ditunjukkan dalam lampiran 1.
Abaikan sahaja mana-mana jawapan informan yang tidak berkaitan dengan soalan.

5.2. Prosedur pemerhatian

5.2.1. Sebaik-baiknya aspek yang hendak diperhatikan menyokong data tamu bual. Hal ini
kerana ia memudahkan triangulasi data kelak. Sebagai contoh pemerhatian terhadap
jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim. Untuk tujuan pemerolehan data laporan
yang lengkap perlu direkodkan. Untuk tujuan tersebut, ia boleh dalam dua bentuk;

5.2.1.1. Verbal (lisan)

Melalui alat perakam suara, para pelajar boleh merakam laporan yang mereka
perhatikan di lokasi. Seperti seorang wartawan melaporkan sesuatu kejadian dari lokasi.
Walau bagaimanapun pelajar perlu juga mencatat nota yang mengandungi aspek-aspek
yang diperhatikan. Pemerhatian dalam bentuk ini perlu melalui proses alih data seperti
temu bual. Merka perlu memindahkan data lisan ke dalam bentuk jadual atau matriks.

5.2.1.2. Borang pemerhatian

Melalui borang pemerhatian, para pelajar perlu mencatat apa yang mereka lihat di lokasi.
Para pelajar perlu mencatat pada ruang sebelah kiri borang aspek-aspek yang
diperhatikan (Rujuk lampiran 2)

4
5.2.1.3. Foto Pegun

Penggunaan kamera sewaktu menjalankan sesi pemerhatian dilihat sangat penting. Oleh
itu para pelajar bolehlah menggunaan kamera mereka untuk mengambil beberapa
keping gambar yang difikirkan mencukupi untuk menyokong dapatan data pemerhatian
dan temu bual. Foto-foto pegun disimpan dalam satu lokasi yang mudah untuk diakses
kerana agak sukar untuk dimasukkan dalam matriks pemerhatian kerana siaz foto yang
agak besar.

6. Menganalisis data kualitatif

Data kualitatif dianalisis menggunakan matriks atau jadual. Data temu bual yang telah siap ditaip dalam
matriks temu bual, begitu juga dengan data pemerhatian yang telah siap ditaip dalam bentuk matriks
pemerhatian akan digabungkan menjadi matriks yang lebih besar (Lihat lampiran 3) melalui teknik copy
and paste. Ia merupakan pelengkap kepada proses menaip data temu bual dan pemerhatian sebelum ini
dengan menggunakan Microsoft Words (Pemprosesan perkataan ini dilihat dapat memudahkan segala
urusan pelajar dalam menjalankan kajian di peringkat STPM).

Pada fasa ini aspek tumpuan bukan kepada data perbualan atau pemerhatian semata-mata, malah fokus
lebih diberikan kepada isu-isu yang ditriangulasi. Dalam hal ini, soalan-soalan temu bual dan aspek-
aspek yang diperhatikan dalam pemerhatian diubah suai menjadi isu. Isu merupakan perkara dasar
dalam soalan-soalan temu bual dan pemerhatian.

Fasa ini dianggap selesai apabila proses menghasilkan matriks gabungan selesai. Daripada matriks
tersebut akan menghasiilkan suatu gambaran yang lebih besar tentang dapatan kajian.

7. Mempersembahkan data kualitatif

Dalam fasa ini, para pelajar perlu melaksanakan deskripsi yang jelas dalam memastikan apa yang hendak
dipersembahkan agar menepati kehendak objektif kajian. Penggabungjalinan data serta idea para
pelajar dilihat dua aspek yang sangat penting dalam menghasilkan persembahan data yang mantap. Jika
para pelajar mempunyai data yang cukup sekalipun tetapi tidak berupaya menjalinkannya dengan idea
sendiri, ia dilihat bukan persembahan data yang baik. Hal ini bermaksud, persembahan data kualitatif
bukan sahaja melporkan dapatan data, tetapi hasil ekstrapolasi antara data dan rasional para pelajar
sendiri.

Terdapat dua teknik mempersembahkan data kualitatif;

7.1. Sepenuhnya kajian kualitatif

Apabila seseorang pelajar hanya menggunakan data kualitatif, mereka sebenarnya bergantung
sepenuhnya kepada tick description berdasarkan data yang ada. Dalam hal ini biasanya seseorang
penyelidik sama ada menambah bilangan informen atau mengadakan sesi temu bual dan
pemerhatian lebih daripada sekali. Semakin banyak data yang ada, maka lebih mudahlah triangulasi
antara data dengan data dapat dilakukan.

5
Para pelajar memulakan bahagian ini dengan menulis kembali objektif kajian sebagai tajuk utama.
Kemudian, isu-isu dijadikan sebagai pecahan tajuk kecil objektif. Selepas itu para pelajar hendaklah
menggunakan teknik copy and paste sekali lagi bagi memindahkan data temu bual dan pemerhatian
mengikut isu-isu yang telah dijadikan pecahan tajuk objektif. Lihat lampiran 4 bagaimana proses
pengalihan data dari matriks gabungan ke huraian data. Pada peringkat ini semua data telah
disintesiskan mengikut pecahan tajuk. Manakala bagaimana mengolah data yang ada dalam bentuk
pelaporan penuh data kualitatif, sila rujuk Lampiran 5.

7.2. Menyokong data kuantitatif

Menjadi amalan biasa dalam kalangan penyelidik yang menggabungkan dua paradigma penyelidikan
dalam kajian mereka. Sebagai contoh data soal selidik disokong oleh data temu bual dan
pemerhatian.

Dalam konteks kerja kursus Pengajian Am di peringkat STPM, guru-guru boleh menggalakkan para
pelajar untuk menghasilkan mix-mode ini. Justifikasi yang biasa kita temui mengapa gabungan data
ini diwujudkan adalah untuk melihat secara lebih terperinci tentang sesuatu trend yang diperolehi
daripada data soal selidik. Walaupun dalam soal selidik para pelajar boleh mengemukkan soalan
terbuka untuk dijawab oleh responden, namun ia masih lagi terbatas kepada perkataan-perkataan
yang mungkin kurang jelas. Berbeza dengan temu bual. Pelajar boleh bertanya kepada informan
secara lebih mendalam jika ada sesuatu istilah atau konsep yang mereka kurang fahami. Malah
dengan persetujuan informan, temu bual boleh dilakukan lebih daripada sekali.

Dalam konteks pelaporan gabungan data ini, jika data kualitatif bertindak sebagai penyokong data
kuantitatif, maka huraian data kuantitatif hendaklah diletakkan pada bahagian kedua persembahan
data. Sila lihat Lampiran 6 bagaimana operasi ini dilakukan.

8. Penutup

Penyelidikan secara kualitatif sebenarnya tidak sesukar yang digembar-gemburkan. Cuma ia


memerlukan darjah kesabaran yang agak tinggi berbanding penyelidikan menggunakan soal selidik.
Walau bagaimanapun melalui penyelidikan kualitatif para pelajar akan dapat data yang lebih mendalam
serta dapat memahami daripada perspektif yang sebenar daripada informan. Perspektif yang
disampaikan melalui media kata-kata itu dikenali sebagai emic voice. Bukan rasa hati penyeliidk serta
bukan sesuatu yang dibuat-buat.

Semoga melalui tulisan yang serba ringkas ini akan dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam misi
membantu anak-anak pelajar dalam meyudahkan kerja kursus mereka. Tulisan ini sudah pasti tidak
lengkap kerana saya menggarapnya daripada satu sudut penyelidikan serta kekurangan ilmu dalam
penyelidikan secara kualitatif. Apa yang ada hanyalah sekelumit pengalaman lalu sewaktu menjalankan
kajian menggunakan paradigma penyelidikan ini.

6
LAMPIRAN 1

(Matriks Perbualan)

Tema Prasarana : Kemudahan asas (Jalan raya)


Tajuk Pandangan penduduk terhadap kemudahan jalan raya di Taman
Saujana, Tanjong Malim
Objektif 1 Menghuraikan gambaran keadaan kemudahan jalan raya di Taman
Saujana, Tanjong Malim
Objektif 2 Menjelaskan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi keadaan
kemudahan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

Nama (Bukan nama sebenar) Informan 1 (Ariff) Informan 2 (Akief)


Tarikh temu bual 20 Januari 2016 21 Januari 2016
Soalan 1. Saya tinggal di Taman Saujana Saya tinggal di Taman Saujana
Sudah berapa lama encik lebih kurang 10 tahun. sekitar 16 tahun
tinggal di Taman Saujana ini?
Soalan 2 Secara umumnya, keadaan jalan Saya rasa jalan raya kat taman ni…
Sepanjang encik tinggal di raya di taman ini sangat tidak antara elok dan tek elok.. lama
Taman Saujana, bagaimanakah bagus. Lopak di sana-sini. Becak, yang tak elok. Jalan raya tak
keadaan jalan rayanya. terutama lepas hujan turun. pernah elok. Repair hari ni, esok
dah rosak balik.
Soalan 3 Keadaan permukaan jalan raya di Kami tak boleh nak tutp rasa risau
Boleh encik jelaskan Taman Saujana ini sangat terhadap pengguna-pengguna
bagaiaman keadaan membimbangkan kami. Banyak jalan raya di Taman Saujana ini.
permukaan jalan raya di sangat permukaan jalan yang Kemalangan boleh berlaku bila-
Taman Saujana ini? berlubang. Ia sangat bahaya bila masa sahaja.
kepada penunggang basikal dan
motorsikal. Ada murid sekolah
yang jatuh certa mendapat luka
pada kakinya.
Soalan 4 Ya, saya setuju bahawa kedaan Pada pandangan saya, kerosakan
Pada pandangan encik, adakah jalan raya yang sedemikian rupa jalan yang serius pada bahagian
keadaan jalan raya tersebut membawa kesan yang tidak baik tengah jalan menyebabkan
menyebabkan keadaan kepada sistem perparitan di sisi banyak kenderaan menggunakan
longkang di sisi jalan jalan. bahu jalan. Lama kelamaan bahu
mengalami kerosakan? jalan juga mengalami kerosakan
dan menyababkan tekanan
kepada bahagian longkang. Oleh
itu, ada dua kawasan longkang
yang pecah akibat tekanan
tersebut.
Soalan 5 Memanglah. Kini kenderaan tidak Lalu lintas sangat slow. Slow gila!
Pada penelitian encik, adakah boleh menggunakan kedua-dua Saya terpaksa keluar rumah awal
keadaan jalan raya yang arah untuk bergerak. Sebaliknya, untuk sampai ke tempat kerja
sebegitu rupa turut ada yang terpaksa menggunakan mengikut masa yang sepatutnya.
mempengaruhi keadaan lalu lorong yang bertentangan untuk Saya terpaksa pergi kerja naik

7
lintas? meneruskan perjalanan. Keadaan motorsikal kerana ia lebih lancar
lalu lintas sangat perlahan berbanding naik kereta. Tapi bila
terutama waktu kanak-kanak ke hari hujan… habis lah! Basah
sekolah manakala para pekerja kuyup!
menuju ke tempat kerja masing-
masing.

8
LAMPIRAN 2

(Matriks pemerhatian)

MATRIKS PEMERHATIAN

Tarikh 20/1/2016 25/1/2016


Masa 11.00 pagi 4.50 petang
Lokasi Taman Saujana, Tanjong Malim
1. Keadaan Jalan Saya dapati keadaan jalan raya Keadaan jalan saya dapati sangat teruk
raya secara sepanjang 3 km dalam keadaan yang kerana hujan lebat baru saja berhenti.
umum tidak bagus. Lopak-lopak air di sana-sini.
2. Keadaan Permukaan jalan raya tidak rata. Lopak-lopak air ada yang agak besar.
permukaan jalan Malah ada banyak lubang yang agak Menyukarkan para pengguna jalan
raya dalam sepanjang jalan. Ada tanda- untuk memilih jalan yang baik untuk
tanda jalan tersebut pernah diperbaiki meneruskan perjalanan mereka. Saya
tetapi kini keadaan menjadi sangat dapati ada sebuah motorsikal terkadas
teruk. di tengah-tengah lubang.
3. Keadaan Longkang secara keseluruhannya tidak Longkang dipenuhi air yang mengalir
longkang sisi tersejas. Cuma ada dua kawasan agak deras. Ada sesetengah kawasan
jalan raya struktur longkang sudah mulai senget air longkang melimpahi tebing
dan menunggu masa untuk pecah longkang dan masuk ke kawasan jalan.
akibat tekanan daripada bahagian tepi
jalan.
4. Keadaan lalu Keadaan lalu lintas tidak begitu lancar. Sepanjang pemerhatian saya selama
lintas di jalan Pengguna terpaksa memilih laluan hampir sejam ini, keadaan lalu lintas
raya tersebut yang baik agar tidak mendatangkan sangat perlahan. Pengguna perlu
mudharat kepada mereka. Keadaan bersabar dengan pengguna lain yang
tersebut menyebabkan kenderaan terpaksa memilih laluan yang betul-
yang datang dari arah yang betul selamat.
bertentangan terpaksa memberi
laluan kepada pengguna lain yang
memerlukan laluan yang lebih baik,.

9
10
LAMPIRAN 3

(Matriks Gabungan)

MATRIKS GABUNGAN DATA TEMU BUAL DAN PEMERHATIAN

TEMU BUAL PEMERHATIAN


ISU-ISU En.Ariff En.Akief
20/1/2016 25/1/2016
20/1/2016 (21/1/2016)
Tempoh tinggal Saya tinggal di Taman Saya tinggal di Taman
Saujana lebih kurang 10 Saujana sekitar 16 tahun
tahun.
Keadaan jalan raya secara Secara umumnya, keadaan Saya rasa jalan raya kat Saya dapati keadaan jalan Keadaan jalan saya dapati
umum jalan raya di taman ini sangat taman ni… antara elok dan raya sepanjang 3 km dalam sangat teruk kerana hujan
tidak bagus. Lopak di sana- tek elok.. lama yang tak elok. keadaan yang tidak bagus. lebat baru saja berhenti.
sini. Becak, terutama lepas Jalan raya tak pernah elok. Lopak-lopak air di sana-sini.
hujan turun. Repair hari ni, esok dah
rosak balik.
Keadaan permukaan jalan Keadaan permukaan jalan Kami tak boleh nak tutp rasa Permukaan jalan raya tidak Lopak-lopak air ada yang
raya raya di Taman Saujana ini risau terhadap pengguna- rata. Malah ada banyak agak besar. Menyukarkan
sangat membimbangkan pengguna jalan raya di lubang yang agak dalam para pengguna jalan untuk
kami. Banyak sangat Taman Saujana ini. sepanjang jalan. Ada tanda- memilih jalan yang baik
permukaan jalan yang Kemalangan boleh berlaku tanda jalan tersebut pernah untuk meneruskan
berlubang. Ia sangat bahaya bila-bila masa sahaja. diperbaiki tetapi kini keadaan perjalanan mereka. Saya
kepada penunggang basikal menjadi sangat teruk. dapati ada sebuah
dan motorsikal. Ada murid motorsikal terkadas di
sekolah yang jatuh certa tengah-tengah lubang.
mendapat luka pada kakinya.
Kesan terhadap longkang Ya, saya setuju bahawa Pada pandangan saya, Longkang secara Longkang dipenuhi air yang
/ saliran kedaan jalan raya yang kerosakan jalan yang serius keseluruhannya tidak mengalir agak deras. Ada
sedemikian rupa membawa pada bahagian tengah jalan tersejas. Cuma ada dua sesetengah kawasan air
kesan yang tidak baik kepada menyebabkan banyak kawasan struktur longkang longkang melimpahi tebing
sistem perparitan di sisi kenderaan menggunakan sudah mulai senget dan longkang dan masuk ke
jalan. bahu jalan. Lama kelamaan menunggu masa untuk pecah kawasan jalan.

11
bahu jalan juga mengalami akibat tekanan daripada
kerosakan dan menyababkan bahagian tepi jalan.
tekanan kepada bahagian
longkang. Oleh itu, ada dua
kawasan longkang yang
pecah akibat tekanan
tersebut.
Pengaruh terhadap lalu Memanglah. Kini kenderaan Lalu lintas sangat slow. Slow Keadaan lalu lintas tidak Sepanjang pemerhatian saya
lintas tidak boleh menggunakan gila! Saya terpaksa keluar begitu lancar. Pengguna selama hampir sejam ini,
kedua-dua arah untuk rumah awal untuk sampai ke terpaksa memilih laluan yang keadaan lalu lintas sangat
bergerak. Sebaliknya, ada tempat kerja mengikut masa baik agar tidak perlahan. Pengguna perlu
yang terpaksa menggunakan yang sepatutnya. Saya mendatangkan mudharat bersabar dengan pengguna
lorong yang bertentangan terpaksa pergi kerja naik kepada mereka. Keadaan lain yang terpaksa memilih
untuk meneruskan motorsikal kerana ia lebih tersebut menyebabkan laluan yang betul-betul
perjalanan. Keadaan lalu lancar berbanding naik kenderaan yang datang dari selamat.
lintas sangat perlahan kereta. Tapi bila hari hujan… arah yang bertentangan
terutama waktu kanak-kanak habis lah! Basah kuyup! terpaksa memberi laluan
ke sekolah manakala para kepada pengguna lain yang
pekerja menuju ke tempat memerlukan laluan yang
kerja masing-masing. lebih baik,.

12
LAMPIRAN 4

(Proses pengalihan data kepada bahagian persembahan data kualitatif)

Tema Prasarana : Kemudahan asas (Jalan raya)


Tajuk Pandangan penduduk terhadap kemudahan jalan raya di Taman
Saujana, Tanjong Malim
Objektif 1 Menghuraikan gambaran keadaan kemudahan jalan raya di Taman
Saujana, Tanjong Malim

1. Menghuraikan gambaran keadaan kemudahan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

1.1. Keadaan jalan raya secara umum

Secara umumnya, keadaan jalan raya di taman ini sangat tidak bagus. Lopak di sana-sini. Becak,
terutama lepas hujan turun (En.Ariff, temu bual 20/1/2016)

Saya rasa jalan raya kat taman ni… antara aelok dan tek elok.. lama yang tak elok. Jalan raya tak
pernah elok. Repair hari ni, esok dah rosak balik (En.Akief, temu bual 21/1/2016)

Saya dapati keadaan jalan raya sepanjang 3 km dalam keadaan yang tidak bagus (Pemerhatian
21/1/2016)

Keadaan jalan saya dapati sangat teruk kerana hujan lebat baru saja berhenti. Lopak-lopak air di
sana-sini (Pemerhatian 25/1/2016)

1.2. Keadaan permukaan jalan raya

Keadaan permukaan jalan raya di Taman Saujana ini sangat membimbangkan kami. Banyak sangat
permukaan jalan yang berlubang. Ia sangat bahaya kepada penunggang basikal dan motorsikal. Ada
murid sekolah yang jatuh certa mendapat luka pada kakinya (En.Ariff, temu bual 20/1/2016).

Kami tak boleh nak tutp rasa risau terhadap pengguna-pengguna jalan raya di Taman Saujana ini.
Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja (En.Akief, temu bual 21/1/2016)

Permukaan jalan raya tidak rata. Malah ada banyak lubang yang agak dalam sepanjang jalan. Ada
tanda-tanda jalan tersebut pernah diperbaiki tetapi kini keadaan menjadi sangat teruk
(Pemerhatian 21/1/2016)
Lopak-lopak air ada yang agak besar. Menyukarkan para pengguna jalan untuk memilih jalan yang
baik untuk meneruskan perjalanan mereka. Saya dapati ada sebuah motorsikal terkadas di tengah-
tengah lubang (Pemerhatian 25/1/2016).

1.3. Kesan terhadap longkang / saliran

Ya, saya setuju bahawa kedaan jalan raya yang sedemikian rupa membawa kesan yang tidak baik
kepada sistem perparitan di sisi jalan (En.Ariff, temu bual 20/1/2016)

Pada pandangan saya, kerosakan jalan yang serius pada bahagian tengah jalan menyebabkan banyak
kenderaan menggunakan bahu jalan. Lama kelamaan bahu jalan juga mengalami kerosakan dan
menyababkan tekanan kepada bahagian longkang. Oleh itu, ada dua kawasan longkang yang pecah
(En.Akief, temu bual 21/1/2016)

Longkang secara keseluruhannya tidak tersejas. Cuma ada dua kawasan struktur longkang sudah
mulai senget dan menunggu masa untuk pecah akibat tekanan daripada bahagian tepi jalan
(Pemerhatian 21/1/2016)

Longkang dipenuhi air yang mengalir agak deras. Ada sesetengah kawasan air longkang melimpahi
tebing longkang dan masuk ke kawasan jalan (Pemerhatian 25/1/2016).

1.4. Pengaruh terhadap lalu lintas

Memanglah. Kini kenderaan tidak boleh menggunakan kedua-dua arah untuk bergerak. Sebaliknya,
ada yang terpaksa menggunakan lorong yang bertentangan untuk meneruskan perjalanan. Keadaan
lalu lintas sangat perlahan terutama waktu kanak-kanak ke sekolah manakala para pekerja menuju
ke tempat kerja masing-masing (En.Ariff, temu bual 20/1/2016).

Lalu lintas sangat slow. Slow gila! Saya terpaksa keluar rumah awal untuk sampai ke tempat kerja
mengikut masa yang sepatutnya. Saya terpaksa pergi kerja naik motorsikal kerana ia lebih lancar
berbanding naik kereta. Tapi bila hari hujan… habis lah! Basah kuyup! (En.Akief, temu bual
21/1/2016)

Keadaan lalu lintas tidak begitu lancar. Pengguna terpaksa memilih laluan yang baik agar tidak
mendatangkan mudharat kepada mereka. Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan yang datang

14
dari arah yang bertentangan terpaksa memberi laluan kepada pengguna lain yang memerlukan
laluan yang lebih baik (Pemerhatian 21/1/2016).

Sepanjang pemerhatian saya selama hampir sejam ini, keadaan lalu lintas sangat perlahan.
Pengguna perlu bersabar dengan pengguna lain yang terpaksa memilih laluan yang betul-betul
selamat (Pemerhatian 25/1/2016).

15
LAMPIRAN 5

(Pelaporan lengkap)

1. Menghuraikan gambaran keadaan kemudahan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

1.1. Keadaan jalan raya secara umum

Keadaan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim secara umumnya dalam keadaan yang tidak
bagus (Pemerhatian, 21/1/2016). Itulah yang saya dapat gambarkan dalam tempoh pemerhatian
saya di situ. Keadaan jalan yang berlpak-lopak dengan saiz yang agak besar sememangnya
mencacatkan pandangan. Malah menurut En.Akief (Temu bual, 21/1/2016) jalan raya di Taman
Saujana lebih lama tak elok daripada elok. Menurut beliau lagi, ada usaha pembaikan jalan tetapi
tidak lama kemudian jalan tersebut rosak semula.

Saya rasa jalan raya kat taman ni… antara aelok dan tek elok.. lama yang tak
elok. Jalan raya tak pernah elok. Repair hari ni, esok dah rosak balik (En.Akief,
temu bual 21/1/2016)

Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila hujan turun dengan lebat. Lopak-lopak akan dipenuhi
air (Pemerhatian 25/1/2016) menjadikan jalan tersebut sangat bahaya kepada para pemandu.
Keadaan ini diakui sendiri oleh Encik Ariff (Temubual 20/1/2016)

Secara umumnya, keadaan jalan raya di taman ini sangat tidak bagus. Lopak di
sana-sini. Becak, terutama lepas hujan turun (En.Ariff, temu bual 20/1/2016)

Kesimpulannya, jelaslah bahawa keadaan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim sangat tidak
bagus dan sangat berbahaya kepada para pengguna.

1.2. Keadaan permukaan jalan raya

Keadaan permukaan jalan raya yang hampir seluruhnya dipenuhi oleh lubang-lubang yang berskala
besar dan sederhana besar memang sangat berbahaya dan amat membimbangkan kepada para
pengguna jalan raya tersebut terutama kepada para penunggang basikal dan motorsikal.

Menurut En. Ariff (Temu bual, 20/1/2016) ada kes kemalangan yang melibatkan seorang murid
sekolah yang jatuh certa mendapat luka pada kakinya. Melalui pemerhatian saya, kemalangan
memang boleh terjadi kerana lopak-lopak air ada yang agak besar. Menyukarkan para pengguna

16
jalan untuk memilih jalan yang baik untuk meneruskan perjalanan mereka. Sewaktu saya melakukan
pemerhatian, saya dapati ada sebuah motorsikal terkadas di tengah-tengah lubang (Pemerhatian
25/1/2016).

Kerisauan yang sama turut ditimbulkan oleh En.Akief;

Kami tak boleh nak tutp rasa risau terhadap pengguna-pengguna jalan raya di
Taman Saujana ini. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja (En.Akief,
temu bual 21/1/2016)

Kesimpulannya, keadaan permukaan jalan raya tidak rata serta banyak lubang yang agak dalam
sepanjang jalan. Walaupun ada tanda-tanda jalan tersebut pernah diperbaiki tetapi kini keadaan
jalan tersebut menjadi sangat teruk (Pemerhatian 21/1/2016)

Gambar 1 : Keadaan permukaan jalan raya yang berlopak-lopak

1.3. Kesan terhadap longkang / saliran

Pada pengamatan saya, longkang yang berada di sisi kanan dan kiri jalan raya Taman Saujana secara
keseluruhannya tidak terjejas. Cuma ada dua kawasan struktur longkang sudah mulai senget dan
menunggu masa untuk pecah akibat tekanan daripada bahagian tepi jalan (Pemerhatian 21/1/2016).
Memang tidak dapat dinafikan bahawa keadaan fizikal jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim
yang sangat teruk turut membawa kesan kepada longkang yang berada di kanan dan kiri jalan
sebagaimana yang dinyatakan oleh Encik Ariff.

17
Ya, saya setuju bahawa kedaan jalan raya yang sedemikian rupa membawa
kesan yang tidak baik kepada sistem perparitan di sisi jalan (En.Ariff, temu bual
20/1/2016)

Manakala Encik Akief (Temu bual, 21/1/2016) menghuraikan dengan lebih lanjut bagaimana
keadaan jalan yang teruk itu mendatangkan kesan yang tidak baik kepada longkang.

Pada pandangan saya, kerosakan jalan yang serius pada bahagian tengah jalan
menyebabkan banyak kenderaan menggunakan bahu jalan. Lama kelamaan
bahu jalan juga mengalami kerosakan dan menyababkan tekanan kepada
bahagian longkang. Oleh itu, ada dua kawasan longkang yang pecah (En.Akief,
temu bual 21/1/2016)

Keadaan dilihat menjadi lebih serius apabia hujan turun dengan lebat. Longkang dipenuhi air yang
mengalir dengan agak deras. Ada sesetengah kawasan, air melimpahi tebing longkang dan masuk ke
kawasan jalan (Pemerhatian 25/1/2016). Oleh itu hakisan tanah akan berlaku serta akan
menyebabkan lebih banyak lagi longkang-longkang yang tersumbat serta rosak.

Kesimpulannya, kedaan jalan yang teruk tersebut akan menyebabkan kerosakan pada longkang
sehingga menyebabkan kesan yang tidak baik kepada kawasan perumahan di Taman Saujana
termasuk banjir kilat.

Gambar 2 : Struktur longkah senget kesan tekanan tanah pada sisi longkang

18
1.4. Pengaruh terhadap lalu lintas

Melalui pemerhatian yang saya lakukan, ternyata keadaan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong
Malim turut mendatangkan arus lalu lintas yang tidak lancar. Pengguna terpaksa memilih laluan
yang baik agar tidak mendatangkan mudharat kepada mereka walaupun tindakanbtersebut
menyebabkan kenderaan yang datang dari arah yang bertentangan terpaksa memberi laluan kepada
pengguna lain yang memerlukan laluan yang lebih baik (Pemerhatian 21/1/2016).

Sepanjang pemerhatian saya selama hampir sejam ini, keadaan lalu lintas
sangat perlahan. Pengguna perlu bersabar dengan pengguna lain yang terpaksa
memilih laluan yang betul-betul selamat (Pemerhatian 25/1/2016)

Hal ini turut diakui oleh Encik Ariff;

Memanglah. Kini kenderaan tidak boleh menggunakan kedua-dua arah untuk


bergerak. Sebaliknya, ada yang terpaksa menggunakan lorong yang
bertentangan untuk meneruskan perjalanan. Keadaan lalu lintas sangat
perlahan terutama waktu kanak-kanak ke sekolah manakala para pekerja
menuju ke tempat kerja masing-masing (En.Ariff, temu bual 20/1/2016).

Bukan itu sahaja, keadaan jalan raya yang sedemikian rupa turut menyebabkan para penggunnya
membuat langkah-langkah tertentu agar rutin seharain mereka tidak terjejas.

Lalu lintas sangat slow. Slow gila! Saya terpaksa keluar rumah awal untuk
sampai ke tempat kerja mengikut masa yang sepatutnya. Saya terpaksa pergi
kerja naik motorsikal kerana ia lebih lancar berbanding naik kereta. Tapi bila
hari hujan… habis lah! Basah kuyup! (En.Akief, temu bual 21/1/2016)

Kesimpulannya, jelaslah bahawa keadaan jalan raya yang rosak teruk itu turut mempengaruhi pola
lalu lintas di Taman Saujana, Tanjong Malim. Tindakan para pengguna yang perlu berhati-hati dalam
memilih jalan yang betul-betul selamat menyebabkan arus lalu lintas tidak lancar. Keadaan tersebut
akan menjadi lebih serius ketika pagi, sewaktu para penduduk Taman Saujana, Tanjong Malim
menghantar anak-anak ke sekolah manakala yang lainnya bergerak menuju ke tempat kerja.
Keadaan akan berambah-tambah teruk apabila hujan turun dengan lebat. Kemalangan boleh
berlaku bila-bila masa sahaja jika tiddak berhati-hati.

19
Gambar 3 : Keadaan lalu lintas yang tidak lancar

1.5. Kesimpulan

Gambaran keadaan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim ternyata sangat dhaif. Jalan yang
berlubang-lubang, tar yang sudah rosak dan becak apabila hujan turun menjadikan kemudahan asas
tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan jalan yang teruk itu menyebabkan beberapa masalah lain muncul. Sebagai contoh, struktur
longkang yang semakin tidak kukuh kesan himpitan tanah pada bahagian sisi longkang. Hakisan
tanah akan turut menyebabkan longkang tersumbat dan ia boleh menyebabkan banjir kilat.

Malah arus trafik juga tidak dapat bergerak dengan lancar kerana lubang-lubang yang terdapat di
atas menganggu kelancara arus lalu lintas.

20
LAMPIRAN 6

(Pelaporan data gabungan kuantitatif dan kualitatif)

2. Menghuraikan gambaran keadaan kemudahan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

2.1. Saya sangat berpuas hati terhadap kualiti jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

Item jawapan Bilangan Peratus


Sangat setuju 0 0
Setuju 0 0
Tidak setuju 19 63.33
Sangat tidak setuju 11 36.67
Tidak pasti 0 0
JUMLAH 30 100
Jadual 1 : Kepuasan terhadap kualiti jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

Kepuasan terhadap kualiti jalan raya di Taman Saujana,


Tanjong Malim

Sangat setuju
Setuju
Tidak setuju
Sangat tidak setuju
Tidak pasti

Carta 1 : Kepuasan terhadap kualiti jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim

Berdasarkan Jadual 1 dan Carta 1 di atas, amat ketara sekali trend responden yang sangat ekstrim
bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim.
Hal ini dapat dijelas melalui 100% responden memilih item tidak setuju sebanyak 63.33% manakala
item sangat tidak setuju sebanyak pula sebanyak 36.67%. Manakala item-item jawapan yang lain

21
yang diwakili dengan 0% menunjukkan bahawa responden sangat pasti tentang apa yang mereka
pilih.

Hal tersebut tidak menghairan kerana dapatan data temu bual, pemerhatian dan gambar foto pegun
menjelaskan keadaan sebenar mengapa trend yang sebegitu ekstrim dalam data soal selidik.

Keadaan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim secara umumnya dalam keadaan yang tidak
bagus (Pemerhatian, 21/1/2016). Itulah yang saya dapat gambarkan dalam tempoh pemerhatian
saya di situ. Keadaan jalan yang berlpak-lopak dengan saiz yang agak besar sememangnya
mencacatkan pandangan. Malah menurut En.Akief (Temu bual, 21/1/2016) jalan raya di Taman
Saujana lebih lama tak elok daripada elok. Menurut beliau lagi, ada usaha pembaikan jalan tetapi
tidak lama kemudian jalan tersebut rosak semula.

Saya rasa jalan raya kat taman ni… antara aelok dan tek elok.. lama yang tak
elok. Jalan raya tak pernah elok. Repair hari ni, esok dah rosak balik (En.Akief,
temu bual 21/1/2016)

Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila hujan turun dengan lebat. Lopak-lopak akan dipenuhi
air (Pemerhatian 25/1/2016) menjadikan jalan tersebut sangat bahaya kepada para pemandu.
Keadaan ini diakui sendiri oleh Encik Ariff (Temubual 20/1/2016)

Secara umumnya, keadaan jalan raya di taman ini sangat tidak bagus. Lopak di
sana-sini. Becak, terutama lepas hujan turun (En.Ariff, temu bual 20/1/2016)

Kesimpulannya, jelaslah bahawa keadaan jalan raya di Taman Saujana, Tanjong Malim sangat tidak
bagus dan sangat berbahaya kepada para pengguna.

22

Anda mungkin juga menyukai