Anda di halaman 1dari 55

NAMA SEKOLAH :

SK TAMAN ANGGERIK,
JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,
81200 JOHR BAHRU

NAMA PESERTA :
NURUL FASIHAH NADZIRAH BT ZULKARNAIN

TAJUK :
PEMIMPIN TERSOHOR MALAYSIA :
TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

ANJURAN :
JKD PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
DAERAH JOHOR BAHRU
No Perkara Mukasurat
1 LATAR BELAKANG : Diri dan Keluarga 3
2 LATAR BELAKANG : Pendidikan 7
3 TUN MAHATHIR : Bersama Keluarga 10
4 IKON MEMBACA KEBANGSAAN 13
5 AKTIVITI MASA LAPANG 15
6 HUBUNGAN DIPLOMATIK 17
7 DARJAH KEBESARAN 20
8 BAPA PEMODENAN MALAYSIA 26
9 PERJALANAN KERJAYA 30
10 JASA DAN SUMBANGAN 34
11 TUN MAHATHIR: Di Mata Pemimpin Dunia 44
12 NUKILAN 47
13 RUJUKAN 51

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

1
2
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad

Nama sebenar : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


Nama komersial : Tun Mahathir
Nama bapa : Mohamad bin Iskandar
Nama ibu : Wan Tampawan
Tarikh lahir : 20 Disember 1925
Tempat lahir : Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Status : Berkahwin (05 Ogos 1956)
Nama isteri : Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohd Ali

Adik beradik :
1) Mahadi (Meninggal dunia 12 dec 2000)
2) Murad (Meninggal dunia)
3) Mustaffa (Meninggal dunia)
4) Mashahor (Meninggal dunia 30 Sept 2002)
5) Rafeah (Meninggal dunia 01 sept 2009)
6) Habsah (Meninggal dunia 06 dec 2006)

Anak: 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan)


1) Datin Paduka Marina binti Tun Mahathir (lahir pada tahun 1957)
2) Mirzan bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1958)

3
3) Melinda binti Tun Mahathir (lahir pada tahun 1959)
4) Dato Mokhzani bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1961)
5) Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir (lahir pada tahun 1964)
6) Maizura (anak angkat) (lahir pada tahun 1984)
7) Mazhar (anak angkat) (lahir pada tahun 1984)

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir di Alor Setar

4
Kad pengenalan dan sijil kelahiran Tun Dr. Mahathir

5
6
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TUN DR. MAHATHIR

1930 Malay School Seberang Perak Alor Setar, Kedah Darul Aman

1945 Senior Cambridge Certificate Government English School, Sekolah


Menengah Sultan Abdul Hamid, Alor Setar (Sultan Abdul Hamid College)

7
1947 King Edward VII College of Medicine, Singapore

8
1948 MBBS University of Malaya, Singapore

9
10
Tun Mahathir semasa menuntut bersama isterinya

Tun Mahathir bersama rakan sekelasnya

11
Tun Mahathir bersama keluarganya

12
13
14
Tun Mahathir ikon membaca kebangsaan

15
TUN MAHATHIR MINAT MENONTON DAN MENYANYI

16
17
TUN MAHATHIR DAN DUNIA ISLAM

18
TUN MAHATHIR BERSAMA RAKAN PEMIMPIN DUNIA YANG LAIN

19
Tun Mahathir bersama Nelson Mandela

Tun Mahathir bersama Yassir Arafat

Tun Mahathir bersama delegasi Jepu

20
21
TUN MAHATHIR DAN DARJAH KEBESARAN

Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan pangkat yang tertinggi


antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN
merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Dikurniakan
sebagai penghormatan yang istimewa kepada mereka yang telah berjasa dengan
cemerlang kepada negara dan berpengaruh tinggi sesuai dengan kedudukan mereka.

22
Pangkat S.M.N. terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara
asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini
membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.

Kalung Darjah mengandungi lambang-lambang Jata negeri-negeri dalam


Malaysia. Bintang Darjah berbentuk bintang pecah sebelas yang diperbuat daripada
perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah berbentuk bintang pecah sebelas
diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Selepang Darjah diperbuat daripada
kain sutera berlatarkan warna biru dan di kedua belah tepi selepang terdapat jalur
kuning. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad antara yang telah dianugerahkan Pingat
Seri Maharaja Mangku Negara pada 31 Oktober 2003 setelah bersara dari jawatan
Perdana Menteri Malaysia ke-IV.

Pangkat Dan Kebesaran

Sepanjang perkhidmatan dan selepas bersara, Tun Dr Mahathir adalah antara


individu di negara ini yang paling banyak dianugerahkan pangkat dan kebesaran
khususnya oleh Raja Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri. Pingat pingat yang
dianugerahkan memberikan berbagai pangkat gelaran kepada beliau.

Antaranya ialah pingat yang membawa gelaran Dato Seri iaitu S.S.D.K.
Seri Setia DiRaja Kedah, S.S.A.P. Sri Sultan Ahmad Shah Pahang, S.P.N.S. Utama
Seri Paduka Negeri Sembilan, S.P.C.M. Seri Paduka Cura Si Manja Kini, Perak,
S.S.M.T. Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu, dan Darjah Utama Negeri Melaka.

23
Pingat yang membawa gelaran Dato pula ialah S.P.M.S. Seri Paduka Mahkota
Selangor, S.P.M.J. Dato' Sri Paduka Mahkota Johor, dan S.P.D.K. Seri Panglima Darjah
Kinabalu.

Selain itu beliau turut menerima pingat untuk gelaran khas seperti Adi Jagat iaitu
anugerah "Wira Keadilan Dunia" dari Yayasan Pasir Mas dan pingat S.B.S Darjah Satria
Bintang Sarawak (Kelas Pertama ) yang membawa gelaran Pehin.

Dan sebagai kemuncaknya, pada tarikh persaraan beliau iaitu 31 Oktober 2003,
Dr Mahathir telah dianugerahkan pingat tertinggi dalam negara yang membawa
gelaran Tun iaitu S.M.N. Seri Maharaja Mangku Negara oleh KDYAM Yang Di Pertuan
Agong.

Pingat serta sijil yang dibincangkan dalam bahagian sebelumnya boleh


dianggap sebagai anugerah keatas komitmen, kesungguhan, dan kejayaan beliau
dalam pelbagai bidang .

Selain pengiktirafan di peringkat tempatan, beliau menerima sebegitu banyak


pengiktirafan dari kerajaan asing atas komitmen beliau dalam memberikan sumbangn
terhadap kemajuan dan keamanna dunia khususnya menjadi jurucakap bagi negara
dunia ketiga . Antaranya ialah The Knight Grand Cordon (Special Class) of the Most
Exalted Order of the White Ele phant Thailand , Pakistan's Nishan I- Quaid-I-Azam
Awards , Lions Clubs International 'Head of State' Humanitarian Service-Dadah Abuse
Grand Gwang Hwa Medal , the Diplomatic Order of Merit First Class, President of South
Korea , Mali's Highest Award-Grand Cross of National Order , Paul Harris Fellowship by
the Rotary International, United States , Honorary Citizen, Tirana City, Albania , Ahmad
Al-Fatah Award dari Emir Bahrain Sheikh Isa Salman Al Khalifa dan terbaru pada 18
Mei 2005 ialah anugerah "Order of Republic" award dari President Sudan, Omar El-
Bashir.

24
25
26
27
28
29
Taman Putra Perdana -Putrajaya

Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur

Perdana Putra-Putrajaya

30
KLIA

LRT

Menara Kuala Lumpur

31
32
Kerjaya

Kerjaya:
1954 1957 : Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis
1957 : Membuka klinik sendiri, Klinik Maha
1973 : Pengerusi, FIMA Sdn Bhd
1974 : Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Razak
1976 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan
1977 : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Industri
1981 : Perdana Menteri Malaysia (ke-4)
1981-1986 : Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
1986 : Perdana Menteri (penggal kedua) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
1987 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
1990 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Keadilan
1995 : Perdana Menteri (penggal keempat) dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
1998 : Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Kewangan
Pertama
1999 2003 : Perdana Menteri (penggal kelima)
2001 : Gabenor, Bank Pembangunan Islam untuk Malaysia
2003 : Bersara sebagai Perdana Menteri
2003 : Lembaga Pengarah, Khazanah Nasional Bhd
: Penasihat, Lembaga Pembangunan LADA dan Tioman
: Penasihat, Petronas
2004 : Canselor, Universiti Teknologi Petronas
: Penasihat, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton)
: Penasihat, Lembaga Pembangunan Tioman
2006 : Pengerusi, The Loaf (M&M Consolidated Resources Sdn Bhd,
2011 : Cancelor Pertama, Universiti Perdana

33
Dalam buku A Doctor in the House, Dr Mahathir menyatakan tarikh lahir
sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil
kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat. Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena,
beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits
Times Singapura pada 20 Julai, 1947 bertajuk Malay Women Make Their Own
Freedom (Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri). Ketika penggal
kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa
pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan
negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah
sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan
sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'

Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah
ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah
menolak cadangan dan juga dana bantuan dari IMF yang beliau sifatkan akan
memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang diambil dikiritik hebat ketika itu
oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut turut dikecam walaupun
lama selepas kemelut berakhir dimana beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah
norma ahli politik dan terserah kepada penilaian mana-mana pihak.

Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung isu-isu
antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau menyokong "Sistem
Ekonomi Pasaran" terkawal sebagai alternatif kepada "Sistem Ekonomi Persendirian"
dan secara amnya menolak "Pasaran Bebas" (laissez-faire).

34
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan dilabelkan
sebagai autokratik oleh pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa
(contohnya, tajuk artikel tentang persaraan beliau oleh The New York Times
menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang karier politiknya) terutama berhubung
Akta Keselamatan Dalam Negeri yang beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan
yang hanya diambil atas desakan semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak
pembaca dengan pelbagai hujah). Selain itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan
kronisme seperti pemimpin-pemimpin lain di dunia.

Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang


dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara
Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor
Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang.

Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri


Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan
sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia
menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara
membangun. Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai
pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara
selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

35
36
SUMBANGAN TUN DR. MAHATHIR (16 JULAI 1981 31 OKTOBER 2003)

Pada tahun-tahun awal pentadbirannya, Dr. Mahathir telah melancarkan Dasar


Pandang ke Timur, di mana kerajaan berpaling ke negara-negara timur yang maju
seperti Jepun dan Korea Selatan untuk tujuan usaha sama, perdagangan, pendidikan
tinggi dan aspek-aspek lain yang difikirkan bersesuaian. Lebih kurang pada masa yang
sama, Dr. Mahathir memeperkenalkan kempen Bersih, Cekap, Amanah dan kemudian
Kepimpinan Melalui Teladan.

Pada 1990, Dr. Mahathir melancarkan Wawasan 2020, pelan sembilan cabaran
yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk
mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr.
Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini,
tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri.
Pada 1996, Dr. Mahathir memacu Malaysia setapak lagi meninggalkan era ekonomi

37
pertanian mundur, kali ini ke arah era maklumat, dengan melancarkan Koridor Raya
Multimedia (MSC).

Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC


adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia yang akan membawa negara ke
taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-
aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan dan kad pintar serbaguna. Di satu
hujung MSC terletak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA,
pembangunan gergasi yang menampilkan bangunan pejabat tertinggi di dunia, Menara
Berkembar PETRONAS. Juga terletak di sepanjang koridor ini adalah pusat
penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi dan Putrajaya bandar pintar
pertama di dunia yang kini menjadi pusat pentadbiran Malaysia.

Semua projek berbilion ringgit ini dan juga projek kereta nasional pertama
Malaysia serta projek-projek mewah yang lain seperti Menara Kuala Lumpur, Jambatan
Pulau Pinang dan banyak lagi projek-projek bertaraf dunia kerap menghadapi kritikan
sewaktu ia mula dilaksanakan. Ramai menganggap Dr. Mahathir sebagai Perdana
Menteri Malaysiayang paling berani dan lantang sehingga kini. Sama ada di dalam
negara mahupun di persada antarabangsa Dr. Mahathir secara berani dan terbuka
menyuarakan pendirian negara.

Beliau dianggap jurucakap kepada negara-negara Dunia Ketiga mahupun Dunia


Islam. Antara lainnya, Dr. Mahathir menjadi pengkritik utama kuasa barat tentang
kegagalan menangani pedagang matawang yang menjadi punca krisis ekonomi pada
lewat 1990an. Kemudian bila keganasan antarabangsa memuncak pada awal alaf baru,
Dr. Mahathir dengan lantang mengecam tindakan pengganas, dan berulang kali
menegaskan bahawa satu-satunya cara menangani keganasan ialah dengan mencari
puncanya.

Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah pemimpin serba boleh, yang mungkin
hanya satu dalam sejuta. Beliau adalah doktor, arkitek, jurutera, artis pakar niaga dan

38
pemidato. Beliau juga adalah guru, pemikir, perancang dan pelakasana. Beliau adalah
ayah dan sahabat. Paling penting beliau adalah negarawan terulung yang dilahirkan di
bumi bertuah ini. Pada Mei 2003, satu koleksi 14 buku tentang pemikiran dan wawasan
Dr. Mahathir telah dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebuah Institut pemikiran
Dr. Mahathir juga sedang dibangunkan.
PEMBAHARUAN PENTADBIRAN KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN

Di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, pentadbiran negara Malaysia telah melalui


pelbagai perubahan dan pembaharuan. Pembaharuan pentadbiran adalah untuk
pembangunan negara. Perubahan yang ketara dalam sektor awam memperlihatkan
satu peralihan paradigma yang merangkumi bukan sahaja perubahan struktur dan
sistem, tetapi juga nilai, sikap dan pemikiran anggota perkhidmatan awam atau
kakitangan kerajaan. Peranan baru ini telah meletakkan kepentingan hubungan yang
erat antara sektor awam dan sektor swasta dalam semangat Pensyarikatan Malaysia.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) sektor awam terus


melaksanakan program pembaharuan semasa serta memperkenalkan inisiatif baru bagi
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang diberi kepada orang awam.Usaha juga
akan terus dipertingkatkan penyampaian perkhidmatan untuk memenuhi kehendak
sektor swasta terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan dan perniagaan.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) kerajaan di bawah pimpinan
beliau telah mengambil usaha untuk memeperkenalkan perubahan bagi
mempertingkatkan budaya kecermelangan dalam menyediakan perkhidmatan yang
berkualiti kepada pelanggan.

Program pembaharuan pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi


bidang-bidang yang luas, iaitu pengurusan kualiti, perlaksanaan Piagam Pelanggan,
penghasilan inovasi, pembaikan kepada sistem dan prosuder kerja, pengukuran
produktiviti dan prestasi, peluasa penggunaan teknologi maklumat, pengukuhan struktur
organisasi, pembaikan dalam pengurusan anggota awam, penerapan nilai positif dan
etika kerja, perwujudan sistem inspektor dan perlaksanaan Dasar Syarikat Malaysia.

39
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh, Kerajaan terus memberi tumpuan
kepada usaha memperbaiki pentadbiran dan pengurusan. Langkah-langkah akan
diambil bagi memastikan usaha pembaharuan berjalan dengan lancar dan berkesan.
Langkah yang diambil akan diteruskan dan inisiatif baru akan diteroka bagi
meningkatkan kecekapan dan produktiviti sektor awam disamping mewujudkan
persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan sektor swasta. Maklumat ini akan hanya
dapat dicapai melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih mengutamakan pelanggan,
pembaikan kepada sistem dan prosedur kerja, penekanan kepada prestasi dan hasil,
penggunaan IT yang lebih luas, pengukuhan struktur organisasi dan pengurusan
anggota sektor awam, pembaikan sistem pengesanan projek, pengukuhan akauntabiliti,
disiplin dan etika kerja, follow-up dan follow through perlaksanaan program serta
pengukuhan kerja sektor awam dan swasta.

KE ARAH PERKHIDMATAN YANG LEBIH MENGUTAMAKAN PELANGGAN

Gerakan kualiti terus menjadi asas bagi kerajaan dalam usaha menjadikan
sektor awam lebih mengutamakan pelanggan. Perlaksanaan Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (TQM) akan dipergiatkan lagi dalam kalangan agensi yang berurusan
secara langsung dengan orang awam terutamanya agensi yang terlibat dalam kutipan
hasil serta galakan perdagangan dan pelaburan Di samping itu kerajaan akan
menambah bilangan perkhidmatan dan agensi yang menyertai Rangkaian
Perkhidmatan Awam (PSN).

Selaras dengan rancangan ini, PSN akan dihubungkan dengan lebih banyak
pejabat pos dan diperluaskan lagi ke Sabah dan Sarawak. Kerajaan juga memberi
tumpuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan sistem jaminan kualiti pengurusan
dan sistem jaminan kualiti dalam usaha memperbaiki perkhidmatan yang diberikan oleh
agensi sektor awam. Bagi mencapai matlamat ini, tindakana akan diambil bagi
merancang dan melaksanakan siri Standard ISO 9000 di kementerian jabatan dan
agensi secara berperingkat. Langkah-langkah akan diambil bagi menyedarkan garis

40
panduan mengenai siri standard ini disamping menjalankan program latihan bagi
mempercepatkan perlaksanaannya dalam perkhidmatan awam.

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG LEBIH LUAS

Di bawah pentadbiran Dr. Mahathir juga, industri teknologi maklumat (IT) telah
diperkenalkan di negara ini. Penggunaan IT dalam sektor awam diperluaskan dengan
tumpuan kepada pembangunan insfrastruktur IT bagi meningkatkan keberkesanan
pengurusan dan produktiviti. Usaha ini akan merealisasikan objektif ke arah
mewujudkan perkhidmatan awam yang kurang menggunakan kertas. Program IT
kerajaan akan memberi tumpuan kepada penggubalan standard IT, pembangunan
pangkalan data wam, perlaksanaan Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan
(GITN), peningkatan keselamatan komputer dan rangkaian komputer, pembangunan
anggota IT serat kesedaran terhadap IT.

Penggubalan Pelan Standard IT akan menggariskan Standard untuk Pertukaran


Data Elektronik (EDI), prosedur perolehan, sistem metodologi pembangunan sistem
serta prosedur dan garis panduan untuk pengumpulan dan penyebaran maklumat. Dari
segi metodologi pembangunan, perhatian akan diberikan kepada pendekatan object-
oriented yang bertujuan meningkatkan produktiviti pembangunan perisian melaui
pengurangan dalam kos pembangunan kitaran hayat dan meningkatkan perisian mudah
alih. PROJEK MEASAT Dalam usaha membangunkan masyarakat Malaysia yang
bermaklumat, pembangunan Lebuhraya Maklumat dan Koridor Raya Multimedia (MSC)
menerusi insfrastruktur telekomunikasi telah memberi kejayaan yang cemerlang.

Pelancaran satelit milik Malaysia, iaitu Malaysia East Asia Satellite (MEASAT)
pada Januari 1996 telah meletakkan Negara Malaysia di ruang angkasa globalisasi. Ini
membolehkan perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran dan IT diperoleh secara
langsung dan serentak dari satu tempat ke satu tempat dan keseluruh pelusuk negara

41
serta hampir seluruh Asia Timur. Penggunaan gentian optik, stesen bumi dan satelit,
kabel darat dan dasar laut, teknologi pancaran tanpa talian dan selular serta teknologi
broadband dan digital yang sama-sama membentuk insfrastruktur telekomunikasi abad
ke 21 Malaysia akan membolehkan penghantaran secara meluas aplikasi IT seperti
video, grafik, suara, multimedia, cetakan desktop, perniagaan secara virtual, LTC
pendidikan jarak jauh, tele-perubatan dan aplikasi IT yang lain. Malaysia memiliki
keupayaan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan dan telekomunikasi dan IT-nya
dengan perlaksanaan sepenuhnya insfrastruktur ini.

Melalui kupasan tentang tajuk ini, ianya telah membuka mata dan minda kita
selaku rakyat Malaysia untuk sama memberikan satu kerjasama bagi melicinkan
perlaksanaan dan rancangan barisan pemimpin dalam merangka pembangunan yang
mampu menyumbang kepada kemajuan negara sekali gus meletakkan negara Malaysia
sebaris negara maju yang lain di dunia. Pelbagai rancangan yang bakal dilaksanakan
adalah untuk rakyat dan negara. Bagi sama-sama menjaga negara kita ke arah
keamanan dan kesejahteraan yang berterusan, kita sendiri perlu menanamkan
semangat cintakan negara dan memberi kerjasama dalam terus menjulang nama
Malaysia.

42
WAWASAN 2020

43
44
45
46
DR. MAHATHIR : DI MATA PEMIMPIN DUNIA

Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan
mengagumidan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan
praktikal

Margaret Thatcher Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya bertajuk


The Downing Street Years, hlm. 502

----------------------------------------------------------------------

Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan
pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak
beberapa tahun yang lepas

Bill Clinton Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan di


Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang dirancang 45 minit
berakhir menjadi 1 jam 20 minit

----------------------------------------------------------------------

Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan
tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah
pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami

47
mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua
Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan

Thabo Mbeki Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-alukan


kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995

Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang


sungguh menakjubkan tetapi pada waktu yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap
dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau
pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang
kukuh

Allahyarhamah Benazir Bhutto Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu


wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif pada 8
Julai 1995 di Kuala Lumpur

----------------------------------------------------------------------

Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti
Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah
mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika
Syarikat

Shaykh Muhammad Hisham Kabbani Pengerusi Majlis Tertinggi Islam Amerika


sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002

48
49
SAJAK PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati


Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya


Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa


Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara

50
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil


Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita


Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya


Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka ?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang ?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal

51
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian ?

Tugas kita belum selesai rupanya


Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah


Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Mahathir Mohamad, Malam Puisi Utusan


4 Mei 1996

52
Rujukan

1989. Kamus Dewan Edisi Baru , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2004 , Buku Cenderamata Sempena Istiadat Konvokesyen Khas Tun Dr Mahathir ,


Universiti Teknologi Malaysia , Skudai , Johor

Zainuddin Maidin. 1994 . Mahathir Di Sebalik Tabir , Kementerian Penerangan , Kuala


Lumpur .

Sejarah Perdana Menteri Keempat , http://www.umno-online.com/

Penghargaan Tun Mahathir , www.geocities.com/mywinfall/Tribute.htm

Tokoh Perdana Menteri www.geocities.com /tokoh_agung/


tokohPM MahathirbinMohammad.htm

4th Prime Minister biodata , www.plf.com.my

May 23 , 1997 Dr M ranked as second most powerful in ASIA , The New Straits Times ,
NSTP Press , Kuala Lumpur .

http://nurmuhamad89.blogspot.com/2015/04/rumah-kelahiran-tun-dr-mahathir-di-
alor.html

53
54

Anda mungkin juga menyukai