Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 3 LATIHAN 1

: PENGURUSAN GERKO

: DENGAN MENCARI SUMBER DARI PERPUSTAKAAN, TULISKAN SEJARAH PERMAINAN (PILIHAN) DIPERINGKAT ANTARABANGSA DAN DI MALAYSIA. Sejarah Permainan Badminton Diperingkat Antarabangsa Badminton direka kira-kira dua ribu tahun dahulu. Badminton berasal daripada dua permainan yang dinamakan battledore dan shuttlecock. Permainan ini dimainkan di Negara Greece kuno. Badminton juga turut dimainkan di India dan dikenali sebagai Poona. Nama ini diberi bersempena sebuah kota lama di negara itu. Di Negara China pula, satu permainan yang turut menggunakan bulu ayam pernah wujud kira-kira 2000 tahun yang lalu. Bagaimanapun, tidak pula diketahui sama ada permainan ini menyamai permainan Poona yang ditemui di benua India itu. Permainan badminton moden dimainkan di Negara India. Pada tahun 1860-an, permainan ini sering dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera British yang berada di India. Pegawai-pegawai ini kemudian membawa permainan ini balik ke England. Permainan ini menjadi amat popular di sebuah majlis yang diadakan oleh Duke of Beaufort di kediaman beliau di Gloucestershire yang bernama Badminton. Badminton yang mendapat nama sempena kediaman Duke of Beaufort di Gloucestershire merupakan tempat terletaknya Persekutuan Badminton Antarabangsa atau International Badminton Federation (IBF). IBF telah ditubuhkan pada tahun 1934 dengan keanggotaan awal sebanyak sembilan buah negara iaitu Kanada, Denmark, England, Perancis, Ireland, Netherlands, New Zealand, Scotland dan Wales. Kini sebanyak 147 buah negara telah menganggotai IBF.

Pada tahun 1939, IBF bersetuju untuk menganjurkan pertandingan badminton antara negara di dunia. Bagi memeriahkan pertandingan, Sir George Thomas, presiden IBF ketika itu telah menghadiahkan sebuah piala perak pada 11 Mac 1939 dan dikenali sebagai Piala Thomas. Walau bagaimanapun, disebabkan Perang Dunia Kedua pertandingan itu tidak dapat diadakan. Piala Thomas yang pertama dianjurkan oleh IBF adalah Piala Thomas untuk acara bergu lelaki pada tahun 1948. Kejohanan ini diadakan di Preston, England. Sejak itu, jumlah acara antarabangsa semakin bertambah dengan kemasukan Piala Uber untuk acara bergu wanita, Kejohanan Dunia, Junior Dunia, Grand Prix dan bergu campuran Piala Sudirman. Badminton adalah permainan gelanggang yang boleh dimainkan sama ada di dalam atau di luar dewan. Badminton boleh dimainkan oleh lelaki atau perempuan secara individu, beregu atau beregu campuran. Terdapat tiga kategori dalam permainan badminton iaitu acara perseorangan lelaki atau perempuan, beregu lelaki atau perempuan dan beregu campuran. Sejarah Badminton :1786 - Permainan badminton mula diperkenalkan oleh orang Inggeris yang datang ke Pulau Pinang. 1925 - Persatuan badminton yang pertama ditubuhkan di Malaysia ialah Persatuan Badminton Pulau Pinang. 1934 - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ditubuhkan. -Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang ditubuhkan telah memperkenalkan satu pertandingan antara negara-negara. Pertandingan ini dikenali sebagai Piala Thomas, pemain khas untuk pasukan lelaki. 1949 - Buat pertama kali Malaysia menjadi johan dengan menewaskan pasukan Denmark dalam pertandingan Piala Thomas di Preston, England.

1952 1992

- Malaysia sekali lagi menjadi johan dalam Pertandingan Piala Thomas. - Negara kita menjadi johan lagi setelah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam pertandingan Piala Thomas di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

2002

- Negara kita sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Thomas yang berlangsung di Guang Zhou, China tewas di tangan Indonesia.

Badminton di Malaysia Permainan yang bernama poona ini dikatakan telah dibawa ke Pulau Pinang pada tahun 1809 oleh pegawai-pegawai Syarikat India Timur (East India) dan mula dimainkan di Suffolk House iaitu kediaman pengasas Pulau Pinang, Kapten Francis Light. Asal usul badminton di Malaysia boleh dikaitkan dengan pembukaan sekolahsekolah mubaligh (missionary) pada awal abad ke-20. Badminton kemudian menjadi permainan yang diminati oleh rakyat tempatan terutamanya pelajar dan golongan dewasa. Kepulangan pelajar-pelajar Malaysaia yang menuntut di England turut menggalakkan lagi perkembangan permainan ini. Persatuan Badminton Malaya (Malaysia) ditubuhkan pada tahun 1934 dan tiga tahun kemudian Kejohanan Terbuka Malaya (Malaysia) diperkenalkan dan masih kekal sehingga sekarang. Piala Thomas yang merupakan kejohanan badminton yang ternama dan tertua pada asalnya dirancang pada tahun 1939. Bagaimanapun, kejohanan yang pertama hanya dilaksanakan 10 tahun kemudian akibat Perang Dunia Kedua. Malaysia telah memenangi Piala Thomas yang pertama dengan mengalahkan Denmark 8-1 di Preston, England. Malaysia kemudiannya memenangi kejohanan tersebut tiga kali iaitu pada tahun 1955, 1967 dan 1992.

Sehingga kini Malaysia merupakan jaguh dalam arena badminton antarabangsa. Pemain-pemain Malaysia ternyata memberi saingan hebat kepada pemainpemain handalan Malaysia yang terkenal Ng Boon Bee, Tan Aik Huan, Eddy Choong, Punch Gunalan dan Abdul Rahman Mohamed. Pemain-pemain daripada generasi baharu daripada keluarga Sidek seperti Misbun, Razif, Jalani dan Rashid. Pemain-pemain lain pula ialah seperti Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Ong Beng Tiong dan Roslin Hashim. Ketangkasan pemain-pemain ini sering dipaparkan di akhbar tempatan kerana berjaya meraih kemenangan di persada antarabangsa. Pada tahun 1992, Razif Sidek dan Jalani Sidek telah memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Barcelona. Empat tahun kemudian adik kepada kedua-dua pemain iaitu Rashid telah memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik di Atlanta, Amerika Syarikat. Pada tahun 1995 program 1001 Gelanggang Rakyat telah diadakan untuk mencari dan memberi latihan kepada pemain-pemain muda yang bakal mewakili Malaysia di arena antarabangsa. Program ini telah memberi manfaat kepada permainan badminton di Malaysia. Antara pertandingan-pertandingan tempatan yang lain di dalam negeri adalah seperti Malaysia Terbuka dan Kejohanan Milo.

TAJUK 3 LATIHAN 2

: PENGURUSAN GERKO : PILIH SATU JENIS PERMAINAN YANG ANDA MINATI DAN JELASKAN PERATURAN-PERATURAN ASAS PERMAINAN TERSEBUT.

Gelanggang Berbentuk segi empat tepat. 13.40m panjang dan 6.10m lebar untuk acara bergu. Bagi acara perseorangan, panjang gelanggang 13.4m dan lebar 5.18m. Tinggi tiang badminton ialah 1.55m. Tinggi jaringnya ialah 1.54m dari asas lantai dan lebar jarring ialah 0.76m.

Bulu Tangkis Berat bulu tangkis ialah 4.73g 5.50g. 14 16 batang bulu dicucukkan ke dalam gabus yang mempunyai panjang garisan pusat 0.0025 0.023m. Panjang bulu tangkis 0.064 0.070m dari hujungnya hingga ke dasar gabus.

Raket Diperbuat daripada kayu, besi atau gentian karbon. Berat raket ialah 99.2g 141.7g.

Membuat Undian Undian dilakukan sebelum memulakan perlawanan bagi menetukan pihak memenangi undian membuat pilihan sama ada : a) Membuat servis mula

b) Memilih gelanggang Pertukaran Petak Gelanggang Pemain-pemain hendaklah menukar petak gelanggang. a) Pada akhir permainan set pertama. b) Sebelum permulaan permainan set ketiga (Jika ada).

Pungutan Mata PERMAINAN PERSEORANGAN LELAKI PERSEORANGAN PEREMPUAN BEREGU LELAKI BEREGU PEREMPUAN BEREGU CAMPURAN MASA 15 11 15 15 15 MATA 14-14 10-10 14-14 14-14 14-14 TAMBAHAN MATA 3 3 3 3 3

TAJUK 3 LATIHAN 1

: PENGURUSAN GERKO : PILIH SATU JENIS PERMAINAN YANG ANDA MINATI DAN TERANGKAN CARA-CARA PERMAINAN ITU DIMAINKAN

Permainan badminton diadakan di atas gelanggang yang dimainkan oleh 2 orang pemain (perseorangan) dan empat orang pemain (bergu). Pemain-pemain menggunakan raket untuk memukul bulu tangkis melewati jaring yang diregangkan di tengah-tengah gelanggang. Seorang pemain akan menghantar bulu tangkis ke dalam gelanggang lawan. Jika bulu tangkis tidak dapat dibalas atau tersangkut di jaring, maka mata akan diberikan kepada pemaian yang menghantar bulu tangkis. Jika set pertama dan set kedua berkesudahan seri, set ketiga iaitu set penentu akan diadakan.

TAJUK 3 LATIHAN 2

: PENGURUSAN GERKO

: SENARAI DAN JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEJAYAAN SESUATU PASUKAN DI DALAM SESUATU PERTANDINGAN. PERALATAN Peralatan untuk pertandingan mestilah mencukupi bagi melancarkan perjalanan pertandingan.

Peralatan juga mestilah diperiksa bagi memastikan tiada kerosakan yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati kedua-dua pihak yang bertanding.

GELANGGANG Gelanggang pertandingan juga mestilah diperiksa dan berada dalam keadaan elok.

LAMPU DEWAN Mestilah dipastikan lampu dewan berada dalam keadaan baik

terutamanya jika pertandingan berlangsung pada waktu malam.

TAJUK 3 LATIHAN 3 BOLEH DARI PEMAIN JAWAPAN

: PENGURUSAN GERKO : KITA SERING MENDENGAR BERLAKUNYA KECEDERAAN DALAM PERMAINAN HOKI. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG DIBERI PERHATIAN SUPAYA KITA DAPAT MENCEGAH BERLAKUNYA KECEDERAAN DI KALANGAN PEMAINKETIKA SESUATU PERTANDINGAN. :

Langkah-langkah mencegah kecederaan semasa latihan atau pertandingan perlulah dititikberatkan. Jurulatih mesti memastikan semua kemahiran yang diajar dan dipelajari digunakan di persekitaran yang selamat. Strategi-strategi yang mungkin menimbulkan permainan yang kasar dan menyebabkan atau menggalakkan kecederaan patut dielakkan. Pakaian, alatan dan persediaan untuk perlawanan yang baik dan sesuai adalah penting untuk pencegahan kecederaan. Terdapat lima perkara yang boleh mencegah atau mengurangkan kecederaan iaitu : 1. Teknik yang betul 2. Mempunyai komponen-komponen kecergasan spesifik 3. Menggunakan alatan perlindungan dan pakaian yang sesuai 4. Pengetahuan tentang peraturan permainan dan

penguatkuasaan undang-undang yang ketat. 5. Persediaan lengkap untuk pertandingan atau latihan

1. Menggunakan teknik-teknik yang betul - Biasanya pemain-pemain yang lebih mahir jarang mengalami kecederaan kerana kemahiran mereka dapat menolong melindungi mereka. - Mempunyai teknik yang betul adalah penting jika ingin melindungi diri dan bermain dengan selamat.

- Contohnya, jika tidak tahu bagaimana menahan atau menyerkap bola hoki, kita akan merandak kayu hoki kepada bola, bola itu akan memantul daripada kayu hoki dan memukul kita. Kemungkinan kita akan mengalami kecederaan. - Jadi, teknik yang betul bukan sahaja menolong kita melakukan pukulan dengan berkesan tetapi juga dengan selamat.

2. Mempunyai Komponen-komponen Kecergasan Spesifik - Jurulatih perlulah memahami kecergasan spesifik yang diperlukan dalam permainan hoki. - Jurulatih perlu tahu tentang berapa banyak kelajuan, kekuatan, stamina dan kelenturan yang diperlukan untuk permainan hoki dan untuk pemain-pemainnya. Program latihan ansur maju patut digunakan untuk mengembangkan semua komponen kecergasan kecergasan yang penting di dalam permainan hoki. - Jika pemain itu mempunyai stamina yang mencukupi untuk permainan, dia tidak mudah tercedera pada akhir permainan banyak kecederaan dialami pada akhir sesi altihan atau perlawanan apabila pemain menjadi lemah untu berfikir atau bergerak.

3. Menggunakan Pakaian dan Alatan Yang Sesuai dan Betul - Jersi, seluar pendek atau skirt dan kasut tidak terlalu ketat sehingga menghalang pergerakan atau boleh melelas dan melecek. Pelindung tulang kering, pelindung muka, pelindung abdomen, sarung tangn dan ped adalah contoh alat pelindung yang digunakan dalam permainan hoki. - Alat pelindung bukan hanya digunakan semasa perlawanan tetapi juga semasa latihan. - Alat ini mestilah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

4. Peraturan-peraturan Permainan - Mematuhi peraturan-peraturan permainan akan mengurangkan kejadian kecederaan dan peraturan permainan patut dikuatkuasakan dengan ketat. - Selain daripada peraturan-peraturan permainan, ada juga peraturan-peraturan yang dibentuk khusus untuk keadaan tempat bermain atau kebolehan pemain-pemain.

5. Persediaan Lengkap untuk Pertandingan atau Latihan - Perlu memikirkan tentang pasukan lawan dan strategi yang akan mereka gunakan. -Jurukatih mesti menggunakan masa untuk memanaskan badan dan masa

menyejukkan badan selepas permainan. Ini akan mengurangkan kecederaan.

TAJUK 3 LATIHAN 1

: PENGURUSAN GERKO : DALAM SATU PENGAJARAN MIKRO (AMALI) TERANGKAN ANSUR MAJU BAGI SATU KEMAHIRAN ASAS (PILIHAN SENDIRI)

LATIHAN ANSUR MAJU PENUKARAN BATON i) Latihan statik berpasangan Dua orang peserta. Peserta A berdiri lebih kurang satu meter belakang peserta B. Peserta A memberi isyarat kepada peserta B dan peserta B menghulurkan tangan kanan ke belakang. Peserta B menarik tangan ke hadapan apabila peserta A menepuk tangannya. Lakukan secara berulang. Langkah di atas diulang dengan menggunakan baton.

ii)

Latihan bergerak (dinamik) - berpasangan Dua orang peserta saambil berlari anak (berjoging) Peserta A berlari di hadapan peserta B setelah baton diberikan kepadanya. Peserta B akan menghantar baton kepada peserta A. Ulang beberapa kali.

B A

Arah larian peserta A setelah beri baton kepada peserta B

iii)

Latihan bergerak (berpasangan) - berpasangan Kedua-dua peserta diasingkan dalam jarak 30 meter. Apabila A sampai di tandaan, peserta B mula berlari. Peserta A terus mengejar peserta B untuk memberi baton.

B X
Tandaan

Pelan kedudukan peserta A, peserta B dan Tandaan - Boleh dilakukan oleh 4-6 peserta dalam satu larian Guru menggalakkan pelajar memperhatikan rakan-rakan yang lain.

TAJUK 3 LATIHAN 2

: PENGURUSAN GERKO : PILIH SATU KEMAHIRAN ASAS YANG ANDA MINATI DAN TUNJUKKAN KEMAHIRAN TERSEBUT DENGAN TEKNIK YANG BETUL.

TEKNIK PENUKARAN BATON Terdapat dua gaya / teknik penukaran baton iaitu : i) Gaya selang seli tanpa pandang Dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Pelari 1 dan 3 membawa baton dengan tangan kiri, pelari 2 dan 4 membawa baton dengan tangan kanan. Semasa memberi baton pelari tidak menoleh belakan. Dua cara hantaran baton :

Pergerakan ke bawah

Pergerakan ke atas

Dua cara menghantar baton

ii) Gaya selang-seli cara pandang Pelari yang menerima baton, akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya.

TAJUK 3 LATIHAN 3

: PENGURUSAN GERKO : PILIH SATU KEMAHIRAN ASAS YANG ANDA MINATI DAN TULISKAN SATU RANCANGAN PENGAJARAN ATAU SATU SESI LATIHAN YANG LENGKAP. ASPEK-ASPEK ANSUR MAJU DAN BEBERAPA VARIASI LATIHAN PERLU DIBERI PERHATIAN.

Anda mungkin juga menyukai