Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Sebagai guru kokurikulum, anda telah diminta untuk memberi taklimat kepada guru-guru tentang aktiviti kokurikulum

di sekolah anda, Sediakan taklimat anda itu untuk dibentang dalam sesi tutorial.

TEKS Taklimat Program Perkhemahan Bina Insan 2004 Oleh : Cik Mariam Binti Abdul Razak Terima kasih saudara Pengerusi Majlis, yang dihormati Guru Besar SK Bukit Sekilau, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan rakan guru yang dihormati sekalian. Saya selaku pengerusi Program Bina Insan 2004, terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru sudi menghadirkan diri pada hari ini untuk mendengar taklimat berkenaan dengan Pprogram Perkhemahan Bina Insan 2004 ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, bahawa sekolah kita akan mengadakan Program Perkhemahan Bina Insan pada 2 hb Disember 2004 hingga 4 hb Disember 2004, bertempat di Taman Pertanian Indera Mahkota, Kuantan. Taklimat pada hari ini adalah berkisar tentang pembahagian bidang tugas guru dan perjalanan aktiviti program. Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat ke 7 yang lalu, saya selaku pengerusi program dan dibantu oleh guru-guru perancang program telah menyediakan perancangan jadual aktiviti sepanjang program tersebut. Guru-guru diminta merujuk edaran pertama yang telah diedarkan sebentar tadi. : 2hb Disember 2004 2.00-3.00 petang Pendaftaran 3.00-5.00 petang Ceramah I yang akan disampaikan oleh Encik Zaid bin Zulkifli, seorang pakar dalam bidang kaunseling. 5.00-6.00 petang Minum petang dan solat Asar 6.00-6.45 petang Kegiatan Sukan dan riadah 6.45-8.00 malam Rehat dan solat Maghrib 8.00-8.30 malam Makan malam 8.30-9.00 malam Rehat dan solat Isyak 9.00-10.00 malam Ceramah II (Disiplin) 10.00-11.00malam LDK 1 11.00-11.45malam Minum teh 3hb Disember 2004 5.00-6.30 pagi 7.00 -8.00 pagi 8.00-12.30 tengah hari 12.30-2.00 petang 2.00-4.30 petang Solat Subuh Sarapan pagi Kawat Rehat, makan tegah hari dan solat Latihan ketahanan dirimerentas hutan, desa, paya dan sungai

Format Tajuk

Sapaan biasa

Kata-kata aluan

Pengenalan

Kandungan Taklimat

Edaran Pertama

Anda mungkin juga menyukai