Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 2 : OLAHRAGA

UNIT 1/1 (MODUL 1/2)

2.2 Acara Trek a) Teknik permulaan dan penamat Teknik Penghantaran dan penerimaan baton dilakukan dalam zon pertukaran Teknik yang selalu digunakan ialah penghantaran dari atas ke bawah Pemberi baton memegang hujung baton Ayun baton ke tapak tangan penerima baton setelah isyarat diberikan Tangan lurus dan tidak digunakan Penerima baton membuka tapak tangan menghadap ke atas apabila mendengar isyarat Tangan lurus melebihi paras pinggang dan tidak digerak-gerakkan Memegang baton dengan kemas, lari laju tanpa menukar baton ke tangan yang satu lagi sehingga ke garisan penamat

TUGASAN 2 : OLAHRAGA

UNIT 1/1 (MODUL 1/2)

b) Fasa-fasa larian Pelari pertama - Mempunyai tindak balas yang baik semasa permulaan. Mempunyai larian yang pantas di selekoh.

Pelari kedua

- Mahir menerima dan memberi baton dengan menggunakan tangan kiri. Mempunyai laraian yang pantas di lorong

yang lurus.

Pelari ketiga

- Mahir menerima dan memberi baton dengan tangan kanan. Mempunyai larian yang pantas di selekoh.

Pelari keempat

- Pelari yang paling pantas. Mempunyai larian pantas di lorong lurus sehingga ke garisan penamat.

* Pelakuan yang membatalkan larian - Pelari memasuki lorong peserta lain. - Memberi dan menerima baton di luar zon pertukaran. - Membaling atau melambung baton setelah menamatkan larian.

TUGASAN 2 : OLAHRAGA

UNIT 1/1 (MODUL 1/2)

2.3 Acara padang (pilih satu acara lompatan dan acara balingan) a) Fasa-fasa balingan dan lompatan Fasa Balingan (Rejam Lembing) i) Fasa Persediaan Memberi fokus kepada persediaan fizikal seperti teknik membaling. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian : Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa. Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa. Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah. Pandang ke arah kawasan rejaman.

ii) Fasa lari pantas Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala.Tingkatkan kelajuan untuk mewujudkan daya pecut secara terkawal. Langkah terakhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya. Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman.

iii) Fasa rejaman Dalam keadaantumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi. Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang.

TUGASAN 2 : OLAHRAGA

UNIT 1/1 (MODUL 1/2)

Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan kehadapan untuk melancarkan lembing. Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang.

Fasa lompatan (Lompat Jauh) i) Kelajuan Larian Penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh. Untuk ketepatan yang tinggi, check mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check mark dibuat untuk memudahkan serta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua kaedah melakukan check mark : 1) Pelompat harus mencari konsistensi melalui larian yang berulangulang ke papan pelepas. 2) Mencari konsistensi melalui larian di papan pelepas.

ii) Pelepasan Lompatan Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan. Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah, dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah. Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan iaitu dengan keduaduanya diangkat ke atas.

TUGASAN 2 : OLAHRAGA

UNIT 1/1 (MODUL 1/2)

iii) Semasa di udara Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pelompat jauh semasa di udara ialah 1) Pergerakan Belayar 2) Pergerakan Mengayuh 3) Pergerakan Ayunan Punggung iv) Pendaratan Teknik pendaratan yang dikenal sebagai Jack-kuifing adalah disarankan untuk tujuan ini. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. :

Anda mungkin juga menyukai