Anda di halaman 1dari 26

PENGAJARAN MIKRO LARIAN PECUT 100M

MOHAMAD SHAHRIL BIN ALIM NUR FARAH SYAFIQAH BINTI FUAD NUR SYAHIRA BINTI MARUDING

PENGENALAN
Lari pecut berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut .

Prinsip-prinsip asas acara lari pecut


Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. Tangan digerakkkan dengan pantas. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

FASA
1. 2. 3. 4. Fasa permulaan Fasa berlepas Fasa pecutan Fasa penamat

1. Fasa permulaan
merupakan aspek terpenting yang harus diberikan perhatian faktor penting dalam menentukan kejayaan seseorang pelari pecut. Setidak-tidaknya, dengan melakukan permulaan yang baik, akan memberikan kesan psikologi kepada pelari itu dibandingkan dengan pelari lain

Gaya/teknik permulaan
1. Gaya berdiri 2. Gaya dekam
i. Gaya peluru ii. Gaya sederhana iii. Gaya panjang (elongated)
*kesesuaian gaya bergantung pada: bentuk badan(tinggi/rendah), masa tindak balas, kekutan kaki dan koordinasi yang cekap

1. Gaya berdiri
Diamalkan oleh penglibatan pelumba yang baru/ para pemula

2. Gaya dekam
Gaya peluru dan sederhana diamalkan oleh murid-murid sekolah dan pemula Gaya panjang selesa untuk pelumba yang tinggi

a) kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan.

a) Permulaan paling baik- kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta

Gaya panjang
Kaki belakang diletakkan jauh ke belakang dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan.

GAYA PILIHAN: GAYA SEDERHANA


a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak. b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan. c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Fasa berlepas
a. Pelumba hendaklah bergerak pantas dengan meluru kehadapan tanpa perlu menegakkan badan serta-merta. Untuk bergerak pantas, kedua-dua kaki pelumba menolak dengan kuat dan pantas pada blok permulaan. b. Tangan dihayun sekuat mungkin untuk membantu melepaskan diri dari blok permulaan. Ini akan mewujudkan garisan lurus yang lebih kurang 45 darjah bersudut daripada aras balapan, iaitu dari kepala ke kaki. c. Jarak langkah pertama pelumba hendaklah tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. d. Pelumba akan mula melangkah biasa selepas langkah ketiga dari blok permulaan tetapi dalam kelajuan memecut.

3. Fasa pecutan
a. Pergelangan kaki dan lutut yang membawa dipanjangkan apabila pusat graviti bergerak ke hadapan kaki yang menyokong,menolak pinggang kehadapan. b. Kaki yang satu lagi yang dipanggil kaki bebas, bergerak ke hadapan dan ke atas meningkatkan lagi ke forcecouple. Pemanjangan yang maksima oleh kaki pembawaan bergerak dengan tinggi dengan peha kaki bebas. Kaki pembawaan meninggalkan tanah dengan dipanjangkan sepenuhnya pada bahagian pergelangan kaki,kaki dan seterusnya ke hujung kaki.

c.Tangan akan mengimbangkan semula kaki dan bergerak ke arahnya,iaitu tangan berada pada sebelah yang sama apabila kaki bebas berbalik semula dan tangan yang satu lagi kehadapan. Titik maksima aksi mereka bergerak bersama dengan bahagian akhir menderas supaya apabila siku berada di bahagian yang terjauh sekali ke belakang, kaki yang sebelah lagi akan berada pada tahap yang paling tinggi.
d. Kedua-dua tangan dihayun hampir merintangi bahagian dada dengan siku berada pada sudut lebih kurang 90 darjah dan tangan dibuka. Kadar intensiti pergerakan tangan dan kaki adalah selari dengan kederasan berlari, lebih kurang dicondongkan ke hadapan badan bergerak tanpa dibongkokkan ke hadapan atau ke belakang.

4. Fasa penamat
1. Pelari tidak digalakkan melompat ke garisan sebaliknya terus berlari tanpa mengurangkan kepantasan. 2. Menggunakan kaedah lari terus ke garisan penamat

3. Lakuan seperti menundukkan kepala, memusingkan sebelah bahu ke garisan penamat akan menjejaskan kederasan larian kerana pelari akan memberi perhatian untuk melakukan lakuan ini, seterusnya mengabaikan tumpuan terhadap kelajuan berlari tanpa disedari.

PERATURAN
1. Blok permulaan tidak diperbuat daripada spring 2. Peserta perlu memanaskan badan sebelum permulaan 3. Semasa di garisan permulaan, pelari tidak dibenarkan menyentuh garisan/depan permulaan dengan tangan/ kaki 4. Permulaan dengan gaya dekam- kedua-dua tangan perlu ,menyentuh tanah

5. Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan pistol pelepas dikira batal 6. Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang batal sekali sahaja, jika dua kali, dibatalkan 7. Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari awl hingga akhir larian 8. Peserta pertama yang memecahkan torsonya pada pita penamat dikira pemenang

ALATAN
Trek larian Blok permulaan Stop watch

Track larian 100 meter.

100meter

Blok permulaan
Bertujuan menghasilkan daya tolakan yang berkesan apabila pelari mula bergerak memulakan perlumbaan.

Cara menyediakan blok permulaan


Jarak blok dengan garisan permulaan: Memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada pelumba(kedudukan sedia) Antara 30-50cm

Memastikan blok dipasang dengan baik, ketat dan kemas agar dapat digunakan dengan berkesan

OTOT-OTOT YANG TERLIBAT

Anda mungkin juga menyukai