Anda di halaman 1dari 11

LARI PECUT 100 METER

Pemegang rekod dunia lumba jarak ini biasanya digelar sebagai "manusia terpantas di dunia Satu gelaran yang paling bernilai tinggi.

Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut :


Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. Tangan digerakkkan dengan pantas. Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).

TEKNIK LARI PECUT


Terdapat 2 teknik untuk memulakan larian iaitu teknik berdiri dan dekam. Kebiasaannya teknik berdiri digunakan.

GAYA BERDIRI 1) Persediaan : peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

TEKNIK LARI PECUT : GAYA BERDIRI


2) Ke garisan Pelari bergerak ke hadapan dgn meletak hujung kaki hadapan rapat kpd garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30cm40cm & mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan & berat badan lebih pada kaki hadapan. Condongkan badan ke hadapan. Kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

TEKNIK LARI PECUT : GAYA BERDIRI


3) Sedia condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. bengkokkan lutut kaki hadapan dan kaki belakang tolak ke tanah. badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

TEKNIK LARI PECUT : GAYA BERDIRI


4) Mula pelari mula bergerak apabila mendengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

bunyi

Berlepas dari blok mulaan


Ini merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan kedua-dua belah kaki pelari menolak blok dgn kuat & pantas. Tangan pelari dihayun utk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok tadi. Bagi memastikan pelari dpt berlepas dgn pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yg berikut :
a) Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta-merta b) Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.

Perbezaan kedudukan badan lari jarak dekat (pecut) & jarak jauh

TEKNIK PENAMAT
Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai