Anda di halaman 1dari 19

LARI PECUT

TEKNIK MULAAN LARI


PECUT
 a) Mulaan gaya berdiri

 b) Mulaan gaya dekam


Mulaan gaya berdiri
Gaya ini seringkali diamalkan oleh para pelajar semasa
mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu
tempat. Oleh yang demikian, adalah paling baik jika para
guru memperkenalkan teknik asas mulaan gaya berdiri
dalam sesi permainan kecil yang memerlukan para
pelajar berlari. Langkah-langkah bagi penggunaan teknik
mulaan gaya berdiri adalah seperti berikut:

 Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh


dengan titik atau garismula.

 Bengkokkan sedikit kaki hadapan.

 Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah


terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan.

 Condongkan badan ke hadapan.

 Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk


bergerak.
Mulaan gaya dekam
Pengajaran mulaan gaya dekam ini kepada para pelajar
semasa waktu Pendidikan Jasmani/Pendidikan Sains
Sukan amat wajar diperkenalkan dengan tujuan untuk
mendedahkan mereka kepada gaya mulaan dan
penggunaan kelengkapan olahraga.
Berikut adalah langkah-langkah dalam gaya mulaan
dekam:

 Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, badan


direndahkan ke bawah.

 Melutut dengan kaki belakang.

 Kedua-dua tangan menyentuh tanah dan diletakkan


seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula.

 Penyesuaian dibuat mengikut keselesaan masing-


masing.
Terdapat tiga jenis gaya dekam yang
harus diketahui oleh para pelajar,
iaitu:
A) Gaya peluru (kedua-dua belah
kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung
kaki belakang ditempatkan selari
dengan bahagian tumit kaki
hadapan).
B) Gaya sederhana (lutut kaki
belakang selari dengan hujung kaki
hadapan).
c) Gaya panjang (lutut kaki
belakang selari dengan bahagian
tumit kaki hadapan)
MENGGUNAKAN BLOK
MULAAN
Blok mulaan digunakan adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu daya
tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan.
Cara menyediakan blok mulaan adalah seperti berikut:

 Jarak blok mulaan dari garis mula hendaklah memberi keselesaan,


imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam
keadaan sedia.

 Jarak di antara bahagian hadapan blok mulaan dengan garis mula adalah
di antara 30-48cm.

 Jarak di antara bahagian belakang blok mulaan dengan bahagian


hadapan blok mulaan adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang
digunakan.

 Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok mulaan


dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu.

 Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk


memijak bahagian belakang blok mulaan.

 Pastikan blok mulaan dipasang dengan ketat dan kuat.


Keadaan “ke garisan”
 Berjalan menuju ke blok mulaan dan berdiri
dengan blok itu berada dibawah kedua-dua
belah kaki dikangkangkan.

 Dekam dan letakkan hujung kedua-dua


belah kaki ke atas blok.

 Letak kedua-dua belah tangan di belakang


garisan,jarak di antara kedua-dua belah
tangan hendaklah sama luas dengan
bidang bahu.

 Sesuaikan kedudukan badan untuk


mendapatkan keselesaan dan
keseimbangan yang maksimum.
Keadaan “sedia”
 Tinggikan sedikit bahagian pinggan
dari aras bahu.

 Luruskan tangan dan gerakkan bahu


ke hadapan garisan.

 Tekankan kedua-dua elah tangan


dengan kuat ke atas blok mulaan.

 Tekankan kedua-dua belah kaki


dengan kuat ke atas blok mulaan.
Berlepas dari blok mulaan
Pada fasa ini, ianya merupakan suatu tindakan
ledakan. Semasa ia dilakukan, kedua-dua belah
kaki pelari menolak blok mulaan dengan kuat dan
pantas. Tangan pelari dihayun untuk membantu
pelepasan keseluruhan badannya dari blok mulaan
tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan
pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan
pergerakan-pergerakan yang berikut:

 Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan


badan dengan serta merta.
 Jarak langkah yang pertama dilakukan secara
sederhana, tidak terlalu panjang
 dan tidak terlalu pendek.
Mulaan di bahagian selekoh
lorong larian
Sekiranya pelari harus
memulakan larian dari bahagian
selekoh lorong larian, dia
hendaklah memasang blok
mulaan secara bersudut. Cara
ini akan membolehkan pelari
tersebut bergerak dengan lurus
ke bahagian dalam lorong
lariannya.
MENAMATKAN
PERLUMBAAN LARI PECUT
Semasa menuju ke garisan penamat, seseorang pelari tidak digalakkan
melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa
mengurangkan kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh
guru supaya para pelajar faham dengan maksud “lari terus melintasi
garisan penamat”. Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di
garisan penamat, pelari akan:

 mendepakan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso)

 digerakkan ke hadapan atau

 memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir atau

 menundukkan bahagian kepalanya.

Tanpa mengira gaya apa yang digunakan ketika sampai di garisan


penamat, kedudukan pelari-pelari akan ditentukan mengikut susunan
bahagian tubuh mereka iaitu bahagian torso yang jelas mencecah alur
menegak terdekat garisan penamat.
SEKIAN TERIMA KASIH…………

Anda mungkin juga menyukai