Anda di halaman 1dari 5

1.

PANDUAN PENGAJARAN OLAHRAGA MELALUI ICT (LARI PECUT) PPISMP PJI AMBILAN JULAI 2006

2. LARI PECUT 3. ISI KANDUNGAN OBJEKTIF DEFENISI OLAHRAGA DEFINISI LARI PECUT TEKNIK-TEKNIK LARI PECUT CARA-CARA MENGGUNAKAN STARTING BLOK MULAAN BAHAGIAN SELEKOH MENAMATKAN PERLUMBAAN KESALAHAN-KESALAHAN DALAM LARI PECUT PERMAINAN MELIBATKAN LARI PECUT LATIHAN ANSUR MAJU

4. OBJEKTIF UTAMA MEMBERI PENGAJARAN TENTANG OLAHRAGA MELALUI ICT. MENGAJAR TENTANG ASAS-ASAS TEKNIK LARI BERPAGAR. MENYATAKAN LANGKAH KESELAMATAN YANG PERLU DIAMBIL DALAM ACARA LARI BERPAGAR. MEMBERI PENGAJARAN YANG BERKESAN USAHA UNTUK MEMPERKENALKAN ACARA INI MELALUI ICT MERANCANG MENYEDIAKAN BAHAN UNTUK MEMBAGUNKAN APLIKASI PERISIAN BAGI MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

5. DEFENISI OLAHRAGA Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Ia merangkumi beberapa acara berlainan yang berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi seperti berlari, melompat dan membaling .

6. LARI PECUT DEFINISI : Merupakan acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua faktor mempengaruhi larian: Panjang langkah Kekerapan langkah

7. A. ARAHAN PERMULAAN ke garisan, sedia, bang B.TEKNIK MULA LARI PECUT Terdapat dua teknik: Gaya berdiri Gaya dekam

8. Gaya Berdiri Biasa diperaktikkan dan paling berkesan serta digemari di sekolah rendah. Ia tidak digunakan dalam pertandingan rasmi. Rajah 3.1 Gaya berdiri

9. Gaya Dekam Sejak sukan Olimpik Moden 1896, teknik lari pecut tidak berubah pada perinsipnya. Gaya ini sangat rumit. Gaya ini boleh dibahagikan kepada 3: Gaya pendek atau peluru Gaya sederhana Gaya panjang Gaya Dekam

10. MENGGUNAKAN BLOK MULAAN MENGGUNAKAN BLOK MULAAN Blok ini ini digunakan bertujuaan menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok adalah seperti berikut: Jarak blok dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia. Jarak diantara bahagian hadapan blok dengan garis mula adalah diantara 30-48cm.

11. Jarak diantara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan. Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu. Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok. Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.

12. Keadaan ke garisan berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkang. Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok. Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu. Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang maksimum.

13. Keadaan sedia Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari paras bahu. Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan. Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan. Berlepas dari blok mulaan Ini merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan kedua-dua belah kaki pelari menolak blok dengan kuat dan pantas. Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok tadi.

14. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut : bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta merta. Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak pula terlalu pendek. Contoh berlepas yang baik dari blok mulaan

15. MULAAN DI BAHAGIAN SELEKOH LORONG LARIAN Sekiranya pelari harus melakukan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak dengan lebih lurus ke bahagian dalam lorong larian. Kedudukan blok mulaan untuk larian dari bahagian selekoh

16. MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT Semasa menuju kegaris penamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat kegarisan tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasanya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya murid-murid paham dengan maksud lari terus melintasi garis tamat. Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garis tamat, pelari akan mendepakan tangannya ke belakang dan badannya pula (bahagian torso) digerakkan ke hadapan. Ada juga setengah-setengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan kepalanya apabila tiba di garisan penamat. Satu lagi gaya menamatkan larian pecut yang biasa kelihatan dalam persaingan yang hebat ialah pelari akan memusingkan sebelah bahunya ke hadapan pada saat-saat akhir apabila tiba di garis tamat.

17. Sejauh mana gaya ini memberi faedah kepada pelari masih dipersoalkan. Penting bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur mekanis yang baik. Sekiranya tidak kepantasan dan imbangan badan pelari mungkin terjejas. Lakuan di garis tamat

18. KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PESERTA SEMASA BERLARI PECUT Rajah-rajah berikut menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut: (a) Berlari di atas tapak kaki ( b)kedua-dua tangan dihayun menyilang badan. (c) Memandang

ke atas semasa berlari (d) kedua-dua tangan diluruskan semasa menghayun 19. Permainan kecil yang melibatkan lari pecut Permainan kecil yang berbagai-bagai bentuk boleh di adakan dalam pelajaran pendidikan jasmani yang bertemakan lari pecut. Tujuan utama permainan ini ialah untuk memberi peluang kepada murid-murid mempraktiskan teknik berlari yang telah mereka pelajari. Secara tidak langsung guru dapat menilai pembelajaran murid-muridnya dengan memerhatikan perlakuan mereka semasa permainan kecil dijalankan. Berikut adalah beberapa permainan kecil yang sesuai untuk tujuan tersebut : Lumba lari berganti-ganti antara dua tempat Lari ulang alik atau lari kutip mata Ahli bomba Nombor sama berlari (bulatan) Pukul berapa datuk harimau? Belalang,belatuk 20. LATIHAN ANSUR MAJU A.Latihan mendorong Berlari dalam kawasan terhad dan menyentu objek yang dimaklumkan. Berlari mengutip pundi saga/kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan Larian bayang-bayang; secara berpasangan, seorang mengejar dan lagi seorang berlari untuk mengelakkan diri disentuh. Lari bergantiganti ulang-alik; larian 20meter berkumpulan. 21. B.Larian teknik pecut 1. Larian dengan melangkah panjang 2.Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan mengangkat lutut. 22. 3.berjalan dengan lutut tinggi dan diikutu dengan bahagian bawah kaki diluruskan. 4.Berlari skip dengan bawah kaki diluruskan 23. 5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan. 6. Berlari menyepak ke belakang 24. 7. berlari dengan lutut tinggi dan memecut 8. Latihan pergerakan tangan: berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung. 25. C. Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan 1. melonjak untuk jarak 2. Melangkah panjang (bounding)

26. 3. melonjak dan melangkah melepasi halangan 4. melompat, memusing, mendekam dan memecut

27. 5. berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan 28. TAMAT SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai