Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN D TRANSKRIPSI TEMUBUAL BERSAMA GURU SAINS (C) 1 2 3 Norazila Azlina Norazila Assalamualaikum Cikgu Azlina. Waalaikumussalam.

Terlebih dahulu terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa ditemubual. 4 5 Azlina Norazila Ya, sama-sama Baiklah kita teruskan sesi ini.Sebelum itu bolehkah saya tahu berapa lamakah cikgu bergelar warga pendidik? 6 7 8 Azlina Norazila Azlina Saya bergelar warga pendidik lebih kurang 23 tahun. Berapa lama pula cikgu mengajar subjek sains di sekolah? Saya mengajar subjek sains di sekolah ini sudah masuk tahun ke enam. 9 Norazila Sebagai guru sains apakah perkara pertama yang cikgu buat dalam merancang pengajaran sains di sekolah? 10 Azlina Biasanya saya akan merujuk pada sukatan pelajaran dan huraiannya.Ini adalah untuk memastikan bahawa sukatan pelajaran saya akan habis mengikut waktu yang sepatutnya. Tambahan pula saya mengajar di tahun 6 yang memerlukan masa untuk murid-murid saya mengulangkaji keseluruhan topik dari tahun 4 hingga 6.Jadi saya tidak boleh tumpukan sesuatu tajuk itu dengan terlalu lama. 11 Norazila Apakah cara ataupun kaedah yang cikgu gunakan untuk memulakan sesi pengajaran? 12 Azllina Memandangkan saya mengajar di tahun 6 biasanya saya akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan mengemukakan beberapa soalan berkaitaan dengan pelajaran yang lepas.Dari situ saya akan dapat tahu.sama ada apa yang telah saya ajar dapat difahami atau tidak oleh anak murid saya. 13 Norazila Dalam sesi pembelajaran siapakah yang selalu mengemukakan soalan? 14 Azlina Selalunya saya yang akan mengemukakan soalan kepada anak-

anak murid saya. Pada saya apabila saya mengutarakan soalan anak-anak murid saya akan sentiasa berfikir untuk mendapatkan jawapan dan secara tidak langsung mereka akan mengaitkan jawapan yang akan diberikan dengan apa yang telah mereka pelajari.Maksudnya mereka mestilah sentiasa bersedia dan mestilah memahami apa yang telah saya ajari. 15 16 Norazila Azlina Adakah murid cikgu mengambil bahagian dalam sesi soal-jawab? Emm......biasalah,tak semua murid yang terlibat.Biasanya murid yang berani dan aktif sahaja akan terlibat. Yang selebihnya akan menunggu sahaja jawapan atau setelah disoal baru hendak memberikan respon. 17 Norazila Pada pendapat cikgu,manakah yang lebih penting,sesi pengajaran yang cikgu sampaikan atau hasil pembelajaran yang murid perolehi? Atau pada cikgu kedua-duanya sama penting? 18 Azlina Macam mana nak cakap ye.......macam nilah pada pendapat saya sekiranya apa yang saya ajar pada hari itu diberi sepenuh perhatian dan tumpuan pastinya hasil pembelajaran yang akan diperolehi oleh murid adalah amat baik sekali.Saya akan pastikan objektif saya tercapai barulah saya rasa puas hati.Kesimpulannya saya merasakan kedua-duanya sama penting. 19 20 Norazila Azlina Adakah cikgu menyedikan pembelajaran secara koperatif (berkumpulan)? Ini bergantung pada topik yang hendak saya ajar. Sekiranya sesuai dibuat dalam bentuk koperatif saya akan buat sekiranya tidak sayaa kan gunakan kaedah yang lain pulak. 21 Norazila Adakah cikgu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dalam memulakan sesi pengajaran? 22 Azlina Ya, saya ada mengambilkira pengetahuan sedia ada murid saya. Ini akan memudahkan saya lagi untuk menjalankan proses p & p supaya objektif dapat dicapai dengan jayanya.Secara tidak langsung ia akan membantu saya untuk menggunakan apa kaedah yang sesuai.

23

Norazila

Adakah cikgu menerima pendapat anak murid cikgu tentang sesuatu konsep sains yang akan dipelajari?

24

Azlina

Saya takut sebenarnya anak murid saya akan salah konsep. Jadi sebelum mereka menjadi keliru saya akan menjelaskan konsep sesuatu tajuk yang akan saya ajar.jadi mereka tidak perlu menyatakan pendapat mereka.Ini pada saya lebih mudah dan dapat menjimatkan masa.

25

Norazila

Adakah cikgu memberi peluang kepada murid cikgu mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep sains?.

26

Azlina

Sama seperti yang telah saya jelaskan tadi, saya lebih suka menjelaskan terus sesuatu konsep sains berbanding bertanya pada anak murid saya.Ini akan lebih cepat dan menjimatkan masa.

27

Norazila

Adakah cikgu menyediakan aktiviti hand-on dan mind-on kepada murid?.

28

Azlina

Ada.....,saya ada menyediakan aktiviti hands-on dan mind-on pada anak murid saya.Ini perlu untuk saya memastikan adakah anak murid saya memahami atau tidak sesuatu konsep yang telah saya jelaskan.

29

Norazila

Adakah cikgu menerapkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir dalam merancang pengajaran?

30

Azlina

Sudah pastilah ada......inikan subjek sains, kedua-dua kemahiran ini sangat perlu diterapkam kepada anak-anak murid saya.

31

Norazila

Adakah anak murid cikgu boleh mengaplikasikan idea yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian?

32

Azlina

Saya rasa ada yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

33

Norazila

Bagaimanakah caranya cikgu menjalankan aktiviti eksperimen atau kajian?

34

Azlina

Biasanya saya akan mengarahkan mereka untuk berbuat dalam kumpulan

35

Norazila

Siapakah yang selalu menyediakan radas atau bahan dalam eksperimen atau kajian dalam pengajaran ?Cikgu atau murid atau kedua-duanya sekali?

36

Azlina

Selalunya saya tetapi sekiranya sesuatu bahan tersebut mudah didapati saya akan meminta anak murid saya sama-sama mentediakan bahan tersebut.

37

Norazila

Kebanyakan aktiviti cikgu dalam pengajaran,adakah secara individu atau berkumpulan?

38

Azlina

Ia bergantung pada topik juga,saya rasa lebih kurang sama banyak je cara ini.Namun begitu saya lihat anak-anak murid saya gembira sekiraya mereka diarahkan untuk menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

39

Norazila

Ada atau tidak ada murid cikgu mengemukakan sesuatu hipotesis (kesimpulan awal) dalam sesuatu eksperiman atau kajian yang dibuat?

40 41

Azlina Norazila

Ada tapi tak ramaila.... Adakah cikgu memberikan soalan yang merangsang idea murid untuk mencari jawapan sendiri?

42

Azlina

Sebagai panduan ada saya berikan mereka soalan yang boleh merangsang idea mereka.

43

Norazila

Adakah cikgu menggalakkan anak murid cikgu mencari maklumat sendiri untuk mendapatkan jawapan ? Jelaskan bagaimana cara atau kaedah yang cikgu boleh gunakan.

44

Azlina

Saya ada juga menggalakkan anak murid saya untuk mencari maklumat sendiri bagi soalan yang diberikan.

45

Norazila

Adakah cikgu mengambil kira keperluan,kebolehan dan minat murid dalam merancang pengajaran?

46

Azlina

Ye.... saya ada mengambilkira keperluan. kebolehan dan minat murid untuk merancang pengajaran supaya menjadi lebih menarik.

47

Norazila

Siapakah yang selalu membuat refleksi atau rumusan apabila selesai satu sesi pembelajaran ?Adakah cikgu,murid atau keduaduanya Jelaskan juga cara atau kaedah yang cikgu selalu gunakan?

48

Azlina

Mula-mula saya akan minta anak murid saya cuba buat refleksi terlebih dahulu. Kemudian saya akan membuat penambahbaikkan jawapan tersebut bagi mendapatkan jawapan yang lebih gtepat lagi.Biasanya saya akan minta murid nyatakan secara lisan sahaja.

49

Norazila

Adakah faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari sains? Boleh cikgu nyatakan contoh-contoh persekitaran tersebut.

50

Azlina

Pada saya persekitaran boleh mempengaruhi sejauh mana kanakkanak mempelajari sains. Contohnya jika kanak-kanak itu biasa membantu atau melihat ibubapa atau sesiapa sahaja menyiram pokok bunga secara tidak langsung kanak-kanak itu tahu bahawa untuk terus hidup pokok bunga perlukan air sebab itu kita kene siram pokok bunga dengan air selalu.

51

Norazila

Pada pandangan cikgu ,adakah personaliti seseorang guru turut mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari Sains?

52

Azlina

Pada saya personaliti guru boleh juga mempengaruhi kanakkanak untuk mempelajari sains. Sekiranya guru tersebut pandai mempelbagaikan teknik pengajarannya atau caranya yang berkeyakinan tinggi pasti kanak-kanak akan bertambah minat untuk mempelajari sains.

53

Norazila

Baiklah kita sampai ke penghujung temubual ini.Soalan saya terakhir,apakah harapan cikgu tentang subjek sains pada masa akan datang?

54

Azlina

Harapan saya adalah untuk melihat anak-anak murid saya dapat mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dalam subjek sains ini dalam kehidupan hariannya dengan bijak dan waras.Di masa akan datang saya juga berharap agar subjek sains ini akan terus

diminati dan dapat dipelajari oleh semua orang dengan aman dan tenteram. 55 Norazila Terima kasih cikgu atas kerjasama sepanjang menjayakan temubual ini. 56 Azlina Sama-sama

Anda mungkin juga menyukai