Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh saya, tetapi pada hari itu keadaan saya agak kurang baik berdebar kerana dipantau oleh pensyarah saya, walaubagaimana saya tetap bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah S.W.T dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran ini. Setelah diteliti dan dinilai semula saya rasa masih ada kekurangan pada pengajaran saya ini. Pertamanya adalah saya juga tidak memakai tanda nama sewaktu mengajar. Tanda nama merupakan cabang dalam kod etika perguruan. Seseorang guru yang tidak memakai tanda nama dianggap salah dari segi kod etika berpakaian kakitangan kerajaan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diberi peluang sekali lagi saya berharap perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh ini tidak akan berlaku lagi. Selain itu, saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik. Sepatutnya saya juga boleh menggunakan tayangan video yang dimuat naik dari you tube sebagai bahan pengajaran kerana dengan tayangan tersebut murid-murid mungkin lebih berminat dan bersemangat untuk mengetahui isi pelajaran saya pada hari itu. Tetapi sekolah saya mempunyai kekangan mendapatkan LCD kerana ianya telah rosak dan terdapat hanya satu LCD di sekolah tersebut. Saya juga kurang prihatin dengan aktiviti atau kaedah pengajaran saya. Saya hanya menggunakan beberapa kaedah biasa sahaja iaitu penyoalan, perbincangan, pembentangan dan membaca semula teks yang dipamerkan serta kaedah sumbang saran. Selain itu saya juga lebih banyak

menggunakan kedah syarahan. Jika dilihat semula kaedah atau teknik lakonan atau simulasi juga boleh digunakan agar murid-murid menjadi lebih cergas.

Saya juga terkilan kerana suara saya pada hari itu juga agak kurang memuaskan dan kurang menarik.. Seperti yang kita sedia maklum suara guru juga merupakan satu aspek penting dalam proses mengajar. Suara yang lemah, kurang jelas, menggunakan nada yang sama juga akan menyebabkan murid-murid jemu mendengarnya. Hal ini perlu dititik beratkan memandang kelas saya mempunyai murid yang ramai iaitu seramai 36 orang dalam satu kelas. Kepadatan murid perlu diselarikan dengan suara yang kuat, tegas, lunak dan menggunakan pelbagai intonasi kerana kemungkinan murid tidak akan memberi perhatian sewaktu guru mengajar jika mereka tidak berminat dengan suara guru mereka. Seterunya saya juga kurang menyentuh kepintaran semua murid secara terperinci. Saya lebih banyak memberi ruang kepada murid yang aktif sahaja menyertai pengajaran saya. Murid-murid yang berada pada aras 1 tidak berperanan kerana tidak diberi ruang kepadanya secara khusus. Jika saya diberi peluang mengajar tajuk ini lagi, saya akan memastikan semua murid menyertai proses pengajaran dan pembelajar yang saya jalankan. Ekoran daripada membuat refleksi ini, saya dapat mengambil kesempatan untuk memuhasabah diri saya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutama pada tajuk ini. Masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru saya perlu mengambil beberapa langkah segera dan bersesuaian jika saya diberi peluang mengajar pada lain kalinya. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lemah perlulah segera diatasi dan juga dielakkan dari berlaku. Yang sedemikian seseorang guru haruslah memiliki sifat kreatif, kritis dan inovatif. Hal ini akan lebih menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan secemerlang mungkin. Walaubagaimana dan apa carapun yang paling penting adalah berlakunya proses guru mengajar dan murid belajar di dalam kelas. Perkara ini lebih diutamakan kerana ianya merupakan proses pengajaran atau penyampaian ilmu yang sebenar. Murid dididik secemerlang mungkin akhlak dan peribadinya selaras dengan keseimbangan dari segi JERI merupakan objektif yang paling diharapkan oleh semua warga pendidik sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai