Anda di halaman 1dari 20

dapat digunakan oleh guru lain untuk mendapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

Dengan itu, pencapaian seseorang pelajar tersebut akan lebih diberi perhatian dan terutama ibubapa. Namun demikian, pemantuan penilaian ini seringkali di abaikan oleh segelintir kecil golongan ibubapa dan guru, walaupun jumlah yang kecil namun sudah pasti masa depan pelajar tersebut akan tergugat dan tidak terjamin kerana tidak terlalu diberikan perhatian. Ini sedikit mencacatkan dan tidak memenuhi hasrat seperti apa yang diiginkan oleh kementerian pelajaran . Seterusnya ialah, guru yang mampu menjalankan proses pengajaran yang berkesan ialah guru yang mempunyai sikap penyayang terhadap pelajarnya. Ini selaras dengan aspek asas yang dirangkumi didalam model konseptual pendidikan guru iaitu aspek Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi . Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yang menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dengan perasaan gembira dan menyeronokkan. Oleh sebab itu, sifat penyayang haruslah dipupuk dikalangan bakal guru-gUru pelatih terutama diri saya sendiri kerana sifat penyayang ini wajib perlu ada didalam diri seorang pendidik untuk menjamin keberkesanan pengajaran di masa hadapan. Apabila sifat ini ada maka adalah mudah untuk saya sebagai seorang guru untuk menyampaikan seberapa banyak ilmu pun kepada para pelajar kelak. Tuntasnya, amalan pengajaran yang berkesan sangat penting dan semuanya terpulang kepada individu guru itu sendiri bagaimana hendak mencorak pelajar tersebut. Selain itu juga, dalam melaksanakan tugas yang mencabar sebagai seorang pendidik, guru tidak perlu mengeluh dan merasa kecewa jika segala usahausaha yang dijalankan menemui kegagalan. Usaha dan ikhtiar yang berterusan mengikut pendekatan-pendekatan yang difikirkan wajar hasil daripada kreativiti dan innovasi serta komitmen guru yang tinggi. Kepuasan bagi seorang itu ialah apabila ramai murid yang diajar mencapai kejayaan. Usaha yang disertaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan mendapat keberkatanNya jua dan ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.

18

REFLEKSI NAMA NO. K/P : SHALMAN BIN PAUMIE : 930407-12-6643

Pendidikan adalah amat dititikberatkan di Malaysia. Pendidikan bertujuan untuk mendidik murid atau individu agar menjadi seorang insan yang berguna dan berupaya menyumbang kepada masyarakat dan Negara. Menuntut ilmu itu merupakan suatu tuntutan dalam Islam. Bak kata pujangga menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri Cina, dan seperti yang dituntut dalam Islam menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Ilmu adalah suatu aspek yang membezakan seseorang individu dengan individu yang lain. Tanpa ilmu sesungguhnya seseorang itu telah mensia-siakan masanya. Dalam Surah Al-asr ayat 1-2 yang bermaksud demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian Seseorang individu seharusnya

menggunakan masa yang ada untuk menuntut ilmu kerana seseorang yang tidak berilmu adalah diibaratkan seperti pohon yang tidak berbuah. Dengan adanya ilmu seseorang itu akan lebih dihormati dan disegani. Imam Syafiee pernah berkata ..saya boleh menang jika berdebat dengan beberapa orang ilmuan, tetapi saya pasti akan kalah jika saya berdebat dengan seorang yang jahil kerana mereka tidak faham landasan ilmu Daripada petikan kata-katanya ini dapat kita lihat perbezaan darjat seorang yang berilmu dan seorang yang jahil yakni tidak berilmu. Selain itu, dengan adanya ilmu fikiran kita akan lebih terbuka dan mempunyai fikiran yang matang dan berpandangan jauh. Dalam menimba ilmu, seseorang itu perlu ada usaha kerana usaha inilah yang mendorong diri kita untuk membuat kajian, bacaan dan pembelajaran yang lebih banyak. Namun bukan usaha individu itu sahaja yang mempengaruhi banyaknya ilmu di dada tetapi guru juga adalah antara faktor kecemerlangan seseorang individu dalam menuntut ilmu. Guru adalah insan yang mencurahkan ilmu kepada anak muridnya. Tanpa guru, penyebaran ilmu itu sukar dilakukan. Gurulah merupakan egen perubahan kepada seseorang individu. Di Malaysia, sebelum seseorang itu menjadi guru hendaklah mempunyai keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia
19

(SPM) barulah boleh memasuki Institut Pendidikan Guru iaitu tempat bagi melatih bakal-bakal guru untuk menjadi seorang guru yang disegani di masa hadapan. Dalam meniti kehidupan seorang guru, pasti ada asam garam, pahit dan manisnya. Namun dalam banyak-banyak kerjaya, guru merupakan profesion yang paling mulia kerana seorang guru itu bukan sahaja menjalankan kerjanya sebagai seorang guru tetapi dia juga pada masa yang sama melakukan amal ibadat. Seorang guru haruslah menjiwai peranannya sepenuh hati barulah dia dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Selain itu, seorang guru juga seharusnya mempunyai kaedah atau strategi pengajaran yang berkesan kerana kecemerlangan seorang pelajar bermula dari seorang guru yang cemerlang. Justeru itu, saya sebagai seorang bakal guru haruslah membuka pekung didada dan mengisi kekosongan di jiwa dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan. Setelah membuat kajian dan pembacaan daripada buku-buku dan carian melalui kata kunci di laman sesawang, saya dapat mempelajari beberapa teknik, cara, kaedah, dan strategi tentang cara pengajaran yang berkesan. Daripada dapatan ini, semoga dapat saya aplikasikan dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Namun apa yang saya tahu tentang cara pengajaran yang baik bukan semuanya daripada bacaan tetapi pengalaman-pengalaman lalu yang telah saya lalui. Saya pernah diajar oleh lebih seratus orang guru sejak di bangku sekolah rendah lagi. Daripada pengalaman ini, saya telah melihat teknik-teknik pengajaran yang berbeza. Daripada itu saya boleh mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran yang berkesan daripada apa yang telah saya baca dan apa yang telah saya alami. Berdasarkan dapatan daripada bacaan saya, antara amalan pengajaran berkesan yang dapat saya amalkan ialah menyayangi pelajar. Sesuatu yang kita lakukan tanpa minat adalah amat berbeza prestasinya berbanding sesuatu perkara lain yang kita lakukan dengan penuh minat. Begitu juga dengan teknik ini iaitu menyayangi pelajar dimana saya perlu menyayangi pelajar terlebih dahulu barulah teknik-teknik pengajaran yang seterusnya dapat saya laksanakan dengan berkesan. Saya harus menyayangi pelajar seperti menyayangi diri saya sendiri atau dalam kata yang lebih ringkas mengajar mereka seperti anak sendiri. Jika saya menyayangi mereka sudah tentu saya akan mengambil berat tentang pencapaian mereka dan
20

seterusnya memuhasabahkan diri saya untuk mendidik mereka sehingga mereka benar-benar pandai. Seterusnya, teknik pengajaran yang dapat saya aplikasikan lagi dalam pengajaran saya dimasa hadapan ialah pengurusan bilik darjah. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru sepatutnya memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang kondusif untuk belajar. Selepas murid-murid mengucapkan ucapan selamat pagi, arahkan mereka melihat di sekitar kawasan tempat duduk mereka sekiranya ada kotoran atau sampah. Hal ini penting kerana keadaan yang kemas dan teratur di dalam kelas akan memberi keselesaan kepada murid untuk belajar. Sekiranya menjadi seorang guru kelas, saya hendaklah memastikan anak murid dan kelas di bawah jagaan saya membersihkan kelas dan mengarahkan mereka menghias kelas agar suasana didalam kelas lebih menarik. Seterusnya, teknik pengajaran ketiga yang saya pelajari ialah m enggunakan alat bantu mengajar. Dengan menggunakan teknik ini, seseorang guru itu dapat mengajar dengan lebih berkesan. Seperti yang kita tahu daya pemikiran murid-murid di sekolah rendah masih rendah. Oleh itu, dengan adanya alat bantu mengajar, apa yang ingin disampaikan oleh guru akan lebih mudah ditangkap oleh murid. Contohnya jika mengajar murid mengira dari satu hingga sepuluh, saya boleh menggunakan guli, manik, bola dan sebagainya agar memudahkan proses pemahaman mereka. Selain itu, cara ini juga akan mebuatkan mereka lebih ingat apa yang telah dipelajari. Sekiranya menduduki peperiksaan, murid tersebut boleh membayangkan dan mengingat semula bilangan nombor satu hingga sepuluh menggunakan alat bantu mengajar iaitu guli yang telah dilakukan di dalam kelas bersama dengan guru. Teknik keempat yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya dimasa hadapan ialah memberi bantuan klinikal. Apa yang dimaksudkan dengan memberi bantuan klinikal adalah menumpukan pengajaran yang lebih kepada murid yang lemah dan bermasalah. Guru seharusnya membuat pemerhatian yang terperinci kepada setiap muridnya agar dapat mengetahui murid-murid yang lemah dengan lebih awal. Langkah seterusnya yang boleh dilakukan adalah mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid yang lemah ini. Semasa kelas tersebut, guru boleh memberikan latih tubi dan pengayaan agar tahap kefahaman mereka meningkat.
21

Guru juga harus mengetahui latar belakang keluarga murid kerana mungkin ada di kalangan murid tersebut mempunyai masalah dalam keluarga. Maka guru boleh mengambil tindakan susulan dengan memberi dorangan dan mengadakan sesi kaunseling bersama mereka. Seterusnya teknik pengajaran kelima yang dapat saya aplikasikan dalam diri saya sebagai seorang bakal guru ialah memantau kemajuan. Sekiranya saya sudah menjadi guru, teknik ini boleh saya gunakan untuk memantau kemajuan anak murid dari semasa ke semasa. Dalam setiap ujian, saya akan menganalisis prestasi muridmurid sama ada meningkat ataupun menurun. Sekiranya ramai murid tidak dapat menjawab beberapa soalan yang sama, saya sepatutnya memberi tumpuan terhadap topik tersebut dan memberikan latih tubi sehingga mereka mampu menjawab soalan-solan tersebut. Seterusnya saya akan membuat laporan pencapaian mereka agar boleh dijadikan rujukan kepada guru yang lain. Seterusnya teknik keenam yang saya pelajari ialah menggunakan teknik simulasi. Simulasi merupakan satu situasi yang

diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Terlebih dahulu apa yang saya harus kuasai adalah kemahiran ICT kerana teknik simulasi yang digunakan ini lebih mudah dilaksanakan dengan menggunakan komputer. Contohnya jika mengajar murid tentang cara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran, saya boleh

menayangkan mereka video tentang langkah keselamatan dan cara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran. Langkah ini amat berkesan kerana dengan cara ini kaedah demonstrasi yang sukar dilakukan tidak perlu dibuat malah teknik simulasi ini lebih menarik perhatian dan membuka minda mereka. Teknik ketujuh yang saya pelajari ialah teknik sumbangsaran. Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat
22

menyumbangkan dibincangkan.

fikiran

dan

pendapat

terhadap

sesuatu

topik

yang

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan

berkesan prinsip asas

hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. Dengan menggunakan teknik ini saya dapat menggalakkan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis dalam

menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya yang terakhir adalah menggunakan teknik Neuro Linguistic Programming. Teknik ini mungkin agak asing bagi individu -individu yang belum tahu tentang teknik ini. Neuro Linguistic Programming atau NLP adalah seni dan sains kecemerlangan manusia yang menjadi alat komunikasi digunakan oleh para komunikator terbaik dunia dalam memacu kejayaan organisasi dan meningkatkan produktiviti. Ia menyediakan alat bagi memudahkan kita memahami bagaimana manusia berfungsi dan berinteraksi dengan persekitaran. NLP membawa kita menjelajah dunia minda yang membolehkan kita mengetahui pola fikiran dan bahasa minda yang mengubah tingkah laku individu. Ia juga digunakan oleh para pendidik terbaik di seluruh dunia sebagai alat memperkasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ia adalah alat pengajaran yang praktikal dengan pendekatan, teknik dan strategi yang menjadikan pengalaman pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan hidup. Dalam kaedah ini terdapat empat teknik yang diperkenalkan iaitu pengajaran berdasarkan hasil, membina hubungan baik, keanjalan dan fleksibiliti dan bahasa berpengaruh. Pengajaran berdasarkan hasil ialah sesuatu pengajaran perlu dimulakan dengan objektif yang jelas. Ini menjadikan sesuatu pengalaman dalam kelas itu dengan matlamat yang diterjemahkan dalam bentuk strategi terancang. Objektif dan matlamat sahaja tidak cukup, ia memerlukan keyakinan dan faktor pelonjak dalam diri untuk mencapainya. Apa yang dapat saya aplikasikan dalam teknik pengajaran saya di sini ialah mengajar anak murid dengan bermatlamatkan suatu target.

Contohnya sekiranya mensasarkan murid di dalam kelas saya seratus peratus mendapat gred 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya harus menyematkan cita-cita tersebut didalam jiwa mereka agar usaha antara guru dan murid dapat disatukan dalam mencapai target tersebut.

23

Seterusnya membina hubungan baik adalah teknik yang dibuat berdasarkan kajian. Berdasarkan kajian, 80 peratus halangan ataupun penolakan dapat diselesaikan hanya dengan membina hubungan baik dengan individu terbabit. Dalam kelas, kadangkala seseorang murid itu bukannya tidak faham mengenai sesuatu pembelajaran. Namun mereka tidak mahu untuk faham kerana ada faktor penolakan. Membina hubungan baik amat penting bagi menaik taraf pengajaran dan pembelajaran. Faktor penolakan yang dimaksudkan ialah disebabkan jurang antara guru dan murid itu sendiri. Mungkin guru tersebut tidak disukai oleh murid atau cara guru itu sendiri yang tidak disukai mereka. Oleh itu sebagai seorang guru, saya haruslah berfikiran matang dengan cara merenung semula kesilapan pada diri saya. Mungkin ada sesuatu tindakan atau cara penyampaian saya tidak disukai oleh murid. Sekiranya hubungan yang baik terjalin, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan ceria dan suasana tegang di dalam kelas dapat dikurangkan. Seterusnya keanjalan dan fleksibiliti yang dimaksudkan ialah perkara paling penting dalam pengajaran. Setiap pelajar dan peserta ada kaedah pembelajaran yang bersesuaian dengan cara fikir mereka. Seorang guru sedapatnya menjadi paling feksibel dalam memastikan ilmu disampaikan dapat diserap dengan baik oleh pendengarnya. Maksudnya seseorang guru itu seharusnya menyesuaikan dirinya dengan anak murid. Contohnya guru tersebut membuatkan dirinya fleksibel dengan cara mengubah tingkah laku yang setara dengan umur mereka tetapi batasnya harus dijaga untuk menjaga profesionalisme seorang guru. Guru akan cuba menjadi rakan mereka dengan cara memasuki dunia mereka. Saya akan membuatkan diri saya fleksibel dengan cara bercerita tentang topik yang mereka sukai bertujuan untuk mendekati mereka. Seterusnya bahasa berpengaruh bermaksud setiap manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai critical faculty di dalam minda mereka. Critical faculty ini wujud disebabkan oleh proses pendidikan, proses pembesaran, cara didikan keluarga, persekitaran dan banyak lagi. Mereka mempunyai persepsi tersendiri kepada sebarang maklumat yang diterima. Segala maklumat melalui proses pemadaman, pengherotan dan penyamarataan yang menyebabkan pemahaman kepada sesuatu perkara berbeza-beza di antara satu sama lain. Seorang guru yang baik perlu mengetahui kaedah untuk melepasi critical faculty ini dengan
24

menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai. Ini dipanggil bahasa berpengaruh atau bahasa hipnotik. Apa yang dimaksudkan di sini ialah seseorang guru itu haruslah mahir dalam mengolah bahan dan fakta dari satu bahasa ke bahasa yang lain mengikut kesesuaian. Guru menyesuaikan cara menyampaikan ilmu mengikut budaya dalam masyarakat tersebut. Contohnya sekiranya saya mengajar di kawasan pedalaman Sabah, saya sepatutnya mengubah bahasa, cara penyampaian, kaedah pengajaran mengikut keadaan dalam masyarakat tersebut dan cara penyampaian. Kesimpulannya, semoga dapat saya aplikasikan segala teknik pengajaran yang telah saya pelajari di dalam diri saya agar menjadi guru yang disegani di masa hadapan.

25

REFLEKSI NAMA NO. K/P : : KHAIRUNNISA BT MOHD MAHZUNIE 930624-13-5706

Kami telah diberi tempoh masa lebih kurang sebulan untuk menyiapkan kerja kursus pendek bagi kursus Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Selama tempoh itu, kumpulan kami telah membuat rujukan, pembacaan serta pemerhatian kerana tugasan ini amat berkait rapat dengan dunia kami sebagai bakal guru. Memandangkan tugasan ini hanya berbentuk esei, saya secara peribadinya tidak mempunyai kekangan dari segi masa kerana kami tidak perlu membuat sebarang kajian yang berbentuk soal selidik. Namun begitu, tugasan ini mempunyai cabarannya sendiri. Kumpulan kami telah sepakat memilih soalan 1. Secara peribadinya, saya amat menyokong pemilihan soalan 1 ini kerana ia mengkehendaki kami untuk menggali maksud yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di mana falsafah ini merupakan pegangan semua pendidik yang ada di Malaysia. Proses galian yang kami lakukan meliputi segala aspek yang terkandung dalam aspirasi falsafah ini. Kita sedia maklum bahawa FPK adalah adunan daripada campuran Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1974, Laporan JK Kabinet 1979, Rukun Negara, prinsip-prinsip pendidikan, matlamat pendidikan, serta Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan sebatinya adunan-adunan ini, maka terbentuklah FPK yang sememangnya sentiasa relevan dengan perubahan arus masa. Sebelum terbentuknya FPK, kita telah mempelajari beberapa aliran falsafah di Timur dan Barat. Sejarah dan perubahan yang berlaku dalam aliran-aliran falsafah pendidikan cukup menarik dan indah untuk dipelajari dan diambil iktibar. Ini membuktikan bahawa peranan pendidikan cukup besar dalam pembangunan manusia dan tamadun. Asas pemikiran aliran-aliran falsafah ini terdapat banyak perkaitan dengan FPK. Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penyuluh dan pedoman kepada segala
26

usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Ia juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan Negara dan sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem pendidikan Negara serta menghapuskan pendidikan. Terdapat beberapa cabaran yang perlu ditempuhi oleh seorang guru bagi merealisasikan aspirasi yang terkandung dalam FPK. Saya telah menjelaskan cabaran yang dihadapi dari aspek pendidikan sebagai suatu usaha yang berterusan atau turut dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanakkanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT secara on-line dan melalui media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita menghadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK. Cabaran yang turut saya ketengahkan ialah cabaran untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani. Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan. Contohnya, menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna, menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Dalam cabaran ini, saya telah menyelitkan Dasar 1 Sukan 1 Murid yang sering disebutsebut pada masa sekarang. salah faham dan keraguan dalam melaksanakan tugasan

27

Jika dilihat pada objektif tugasan kerja kursus pendek ini, saya merasakan bahawa ketiga-tiga objektif ini telah Berjaya dicapai. Objektif yang pertama ialah untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sepertimana yang saya telah nyatakan, tugasan ini mengkehendaki kami untuk memahami definisi Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedalam-dalamnya. Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Dayang Siti Hawa kerana dalam setiap sesi P&P yang beliau jalankan dalam kelas kami, beliau sentiasa menerapkan FPK dan FPG sehinggakan dalam gurauan serta perbualan seharian, kami turut terbawa-bawakan penerapan FPK dan FPG. Hasilnya, kami berjaya mengingati sekaligus memahami intipati falsafah-falsafah ini. Objektif yang seterusnya ialah memahami pelbagai peranan dan

tanggungjawab yang dimainkan oleh guru profesional di samping sebagai pembentuk insan dengan menerapkan nilai-nilai dan sifat-sifat keguruan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Kita sedia maklum bahawa tugas guru bukanlah sekadar menulis di papan hitam, mengajar dan member latihan kepada para pelajar. Pada masa kini, kerjaya guru telah dianggap sebagai kerjaya profesional serta berjaya mengambil perhatian ramai orang. Justeru, saya sebagai seorang bakal guru telah mengambil iktibar bahawa saya perlu menjadi guru yang bukan sekadar guru di dalam kelas. Guru seharusnya menjadi seorang individu yang fleksibel serta mampu menjadi apa sahaja. Dalam dunia pendidik, cabaran datang tak mengira waktu dan tempat. Semua bakal guru perlu sedar dan peka akan peranan yang bakal mereka galas apabila bergelar guru kelak. Lebih-lebih lagi saya yang akan menjadi guru Pendidikan Khas. Kata orang, guru Pendidikan Khas adalah orang yang sangat penyabar. Sepanjang dua tahun berada di IPG, saya semakin jelas akan senario dan keadaan yang akan saya hadapi apabila bergelar guru Pendidikan Khas kelak. Penerapan nilai-nilai dan sifat-sifat keguruan hendaklah bermula dari sekarang kerana saya sedar akan tanggungjawab saya untuk terus memartabatkan profesion keguruan yang amat saya cintai. Objektif yang terakhir adalah untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam mencapai tugasan yang diberikan. Sepertimana yang telah saya nyatakan, kami telah melakukan proses penerokaan ilmu bagi merangka isi esei ini. Sepanjang proses itu, sememangnya amat banyak info dan pengetahuan baru yang kami perolehi. Benarlah kata orang, semakin banyak perkara yang kita pelajari, semakin banyak
28

perkara yang kita tidak tahu. Bila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah swt dalam Surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud: "Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". Bila kita menilai diri sendiri, barulah terasa bahawa kita juga memiliki ilmu yang tidak ada pada orang lain. Pengalaman hidup kita itulah ilmu yang paling berharga. Jadi bila kita fikirkan balik, semua orang memiliki ilmu yang boleh dikongsi dengan orang lain. Justeru, melalui tugasan ini juga, kami telah belajar untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dimiliki. Janganlah menjadi orang yang lokek serta bongkak dengan ilmu yang dimiliki kerana kegunaan ilmu adalah untuk kita beramal. Sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib, Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sedangkan harta terhukum. Kalau harta itu akan berkurang apabila dibelanjakan, tetapi ilmu akan bertambah apabila dibelanjakan. Sebagai seorang khalifah di muka bumi, saya amat jelas dengan tanggungjawab kita agar menuntut ilmu. Dengan ini, dapatlah saya simpulkan bahawa saya dan rakanrakan sekumpulan telah berjaya mencapai semua objektif, sekaligus mencapai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di samping mendapat ilmu yang akan menjadi bekalan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak. Sesungguhnya, saya sendiri berasa agak gerun dengan cabaran-cabaran yang bakal kami hadapi apabila bergelar guru kelak. Pelbagai desas-desus dan khabar angin kononnya bidang keguruan amat mencabar lebih-lebih lagi jika dihantar bertugas ke kawasan pedalaman. Namun, dengan adanya galakan daripada ibu bapa dan keluarga, nasihat dan tunjuk ajar daripada para pensyarah yang berkaliber, pengalaman daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Program Bina Insan Guru (BIG), dan bermacam lagi program, saya amat yakin bahawa Institut Pendidikan Guru merupakan wadah dan medium terbaik yang akan melahirkan guru yang berkualiti serta mampu merealisasikan aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru, serta falsafah-falsafah lain yang turut menjadi pedoman para guru. Sepertimana yang telah kami nyatakan dalam bahagian penutup esei kami, kehidupan kita tidak akan pernah lekang daripada ditimpa cabaran. Sehubungan dengan itulah kita dap at melihat frasa ..
29

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.. dalam Falsafah Pendidikan Negara. Allah S.W.T. pernah berfirman bahawasanya DIA tidak akan menguji hamba-hambaNya di luar keupayaan hambaNya. Justeru, dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan, ataupun apa jua bentuk cabaran yang kita hadapi, rasa bertuhan itu perlu ada agar kita tidak merasa lemah serta hilang pedoman dalam kehidupan. Pekerjaan sebagai seorang guru amat mulia di sisi mana-mana agama di dunia ini. Justeru, sebagai penutup bagi refleksi ini, saya ingin mengingatkan diri saya sendiri agar sentiasa jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang bakal guru kerana tugas menyampaikan ilmu adalah suatu ibadah. Sepertimana kita menunaikan solat, kita melakukannya sepenuh hati dan sebaik mungkin. Maka, seperti itu jugalah kita perlu bersungguhsungguh dalam mendidik anak bangsa kita kerana mereka merupakan aset penting yang akan menjayakan program transformasi negara Malaysia.

30

REFLEKSI NAMA NO. K/P : SILVIA MEERA ANAK WILLIAM : 921022135886

Introduksinya, dalam usaha menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan yang baharu telah saya perolehi. Tugasan yang memerlukan pemikiran secara kritis ini sedikit sebanyak mencabar penggunaan ayat yang dramatis serta memerlukan pembacaan yang banyak bagi memahami dan sekaligus menyelusuri keguruan serta mencari cabaran-cabaran guru dalam menangani gelodak globalisasi pendidikan kini. Dalam usaha Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020, insan yang menyandang profesion keguruan tidak dapat lari dari menjadi tulang belakang berjaya atau tidak tercapainya Wawasan 2020 ini kelak. Saya tidak pernah melupakan ungkapan yang diutarakan oleh Usman Awang (1979) iaitu : Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut dan sabarya mengajar tulis-baca. Nah, bagi pendapat saya, tanpa insan yang bergelar pendidik, sudah pasti tiada lahirnya insan-insan yang berkuasa ini. Benarlah knowledge is power. Sebutlah apa sahaja, pendidikan, pengajaran, education dan sebagainya, ertinya masih sama. Misi dan visinya masih juga sama. Setiap titik kejayaan yang kita kecapi bermula dari abjad dan huruf, baca dan kira, penat dan lelah insan pendidik yang

31

tidak kenal erti jemu dalam memberikan pengetahuan serta motivasi, hanyalah semata-mata mahukan model insan yang cemerlang dari pelbagai aspek. Menyentuh mengenai kecermelangan dari pelbagai aspek pula, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menekankan konsep insane berminda kelas pertama. Tutasnya, pada pandangan saya dalam usaha melahirkan insan berminda kelas pertama ini, peranan guru sangatlah penting sebagai satu wadah ketersampaian dan seterusnya sasaran seperti yang dikehendaki. Pada pendapat saya juga, membntuk insan yang berminda kelas pertama tidak hanya mementingkan aspek kognitif sahaja, walhal untuk mencapai target insane berminda kelas pertama memerlukan aspek yang pelbagai. Apa yang lebih merisaukan dan cabaran kepada para pendidik ialah kejayaan sesebuah sekolah mahupun pelajar hanya dilihat dan dinilai dari segi perbezaan markah dalam peperiksaan. Kita khuatir pembinaan insan pelajar hanya berfokuskan kognitif sahaja tertapi mengabaikan aspek jasmani, rohani dan sebagainya. Sudah pasti insan yang berminda kelas pertama seperti yang diwar-warkan oleh mantan perdana menteri yang ke-5 ini tidak mencapai sasaran yang sebenarnya. Berbicara mengenai konteks pendidikan itu sendiri, kita jangan pernah alpa bahawa sistem pendidikan di Malaysia sendiri mempunyai pegangan kepada permasalahan di mana ada sesetengah sekolah hanya menekankan aspek kognitif pelajar sahaja. Berbalik kepada konteks pendidikan itu tadi, kita ada Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah sendiri sudah membawa maksud tunjang atau asas kepada sesebuah matlamat. Sudah terang lagi bersuluh, Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan bahawa, Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
32

yang

berilmu,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

bagi

mencapai

kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Barisan ayat insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani itu sendiri sudah menjelaskan bagaimana kita ingin menjayakan konsep insan yang memiliki minda kelas pertama. Nyatalah sudah model insan yang berkualiti tidak hanya menekankan aspek kognitif sahaja tetapi melibatkan kesemua seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tanpa salah satu aspek ini, maka pincanglah model insan tersebut. Falsafah Pendidikan Negara adalah tunjang nya, maka di sinilah cabaran insan yang bergelar pendidik, apatah lagi negara Malaysia berhasrat mahu melahirkan pendidikan bertaraf dunia. Oleh yang demikian, sasaran Wawasan 2020 dan Pendidikan bertaraf dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat dinamikan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Pada pendapat saya, sebagai sebuah negara yang mengalami perkembangan pembangunan yang progresif, sektor pendidikan juga hendaklah turut sama dinamik dan mengalami perubahan anjakan paradigma malah seterusnya dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Umum telah mengetahui, pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan yang unggul bagi mentranformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki, -kualiti pengajaran -kualiti kurikulum -kualiti pensyarah -kualiti perkhidmatan -kualiti penilaian dan pensijilan -kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

-kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi -kualiti pengurusan dan pentadbiran university -kualiti kepimpinan university
33

-kualiti penyeliaan -kualiti mentoring -kualiti perkembangan staf dan tenaga pengajar Ironinya kesemua yang disenaraikan seperti yang di atas adalah

tanggungjawab seorang pendidik. Justeru itu timbullah persoalan bagaimanakah kita mahu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ini. Bukankah ini merupakan cabaran yang berat untuk warga pendidik? Namun begitu kita jangan lupa, antara salah satu strategi merealisasikan falsafah pendidikan negara ialah menerusi pembangunan insan iaitu

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Salah satu perkara yang harus diberi penekanan dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa kini. Cabarannya di sini ialah guru haruslah memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum itu sendiri. Bukan setakat itu sahaja, dalam melahirkan modal insan yang seimbang, guru juga harus mengadaptasi keadaan sekeliling mereka. Mengikut Yang Berbahagia Dato Haji Abdullah Rafie bin Mahat, di dalam kertas kerja beliau yang bertajuk Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan dan Profesionalisme Keguruan menyatakan; hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi penekanan. Ketiga-tiga entity ini perlu ada hubungan mantap dan akrab kerana kejayaan sistem negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu-membantu antara satu sama lain Saranan ini amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud sendirian. Oleh itu adalah menjadi cabaran bagi guru untuk

melaksanakan perhubungan dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat tanpa mengambil kira status sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar mereka. Pada pendapat saya juga, adalah amat mustahak untuk golongan pendidik di negara ini mengingatkan diri mereka agar perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri
34

dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, di samping meningkatkan kewibawaan dan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik. Ironinya, senario seperti budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan bagi menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah senario pendidikan yang bakal mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di Malaysia. Hal ini memerlukan resolusi yang radikal. Pada pendapat saya juga, selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat, profesion keguruan di negara ini juga perlu direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi bagi melahirkan modal insan yang celik komputer dan bersikap terbuka dalam mengembangkan budaya saintifik. Sehubungan itu, saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya tugasan ini dapat disiapkan. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang banyak membantu dan tanpa semangat berkumpulan yang tinggi saya percaya nescaya tugasan ini akan lebih memakan tempoh yang lama untuk disiapkan, apatah lagi tugasan ini banyak memerlukan fakta dan maklumat yang bukan sedikit. Konklusi nya, banyak informasi-informasi yang telah saya peroleh semasa menyiapkan tugasan yang diberikan, malah sedikit sebanyak ianya telah mengajar saya bahawa profesion ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng sebagaimana yang difikirkan oleh sesetengah individu. Saya juga bersyukur dengan pendedahan awal ini, khususnya cabaran-cabaran yang harus dihadapi pada masa akan datang, saya akan lebih bersedia dan sedia memikul tanggungjawab sebagaimana yang sepatutnya.

35

RUJUKAN
1. BUKU DAN ARTIKEL
A.Rashid, N., Lee, Lee, K. C., Zulkifli, M., & Zakiah, N. (2012). Siri Pendidikan Guru "Falsafah & Pendidikan di Malaysia". Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Christopher, D., David, J., & Patrick Whitaker. (1985). Managing Primary Schools. London: Harper & Row, Publishers. Coombs, B. (2007). Mengajar Secara Efektif. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kementerian Pelajaran Malaysia. (n.d.). Standard Guru Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sang, M. S. (2012). Perkembangan Kanak-Kanak (Edisi Ketiga). Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Silberman, M. (2009). Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Turner-Bisset, R. (2006). Pengajaran Pakar. Kuala Lumpur: 2006.

Abas, I. (2007). Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran Wawasan 2020. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, 82 Selangor, Jilid 10, 82-87.

2. LAMAN SESAWANG INTERNET


http://hajikhaidir.blogspot.com/2012/04/cabaran-profesyen-perguruan-pada-masa.html http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/aspirasi-negara-dan-falsafah-pendidikan/ http://duniakhiratsyurga.blogspot.com/2012/11/remaja-dan-aspirasi-negara-dalampelan.html http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/06/isu-pendidikan-dasar-1-murid-1-sukan.html http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/jaflus.pdf http://eprints.uthm.edu.my/2713/1/22._PKPGB_2008_2.pdf http://cikguroha.blogspot.com/2013/03/aktiviti-sukan-tidak-bebankan-guru-murid.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-inforingkas/10461-dasar-1murid-1sekolah.html http://cheguabbas.blogspot.com/2011/06/edu3109-guru-dan-cabaran-semasa-bab1.html.

36

37

Anda mungkin juga menyukai